Showing posts with label Austria. Show all posts
Showing posts with label Austria. Show all posts

#71 Ayumu Sasaki mantap tamat di P7

Pelumba PETRONAS Sprinta Racing, Ayumu Sasaki berjaya memperoleh kedudukan ketujuh di Grand Prix Austria semalam, sementara rakan sepasukannya Adam Norrodin menyeberangi garisan pada P17.

Penunggang Jepun ini menunjukkan prestasi yang baik dari awal, dan segera dapat memperbaiki kedudukannya dari petak permulaan ke-18. Sasaki tidak sabar-sabar berjuang hingga ke posisi kesepuluh, dan pelumba berusia tujuh belas tahun itu membuat dorongan terakhir ke garisan penamat, dengan memperbaiki tiga kedudukan sebelum bendera penamatnya.
 "Hujung minggu ini agak sukar, jadi saya sangat gembira dengan keputusan saya hari ini.Saya rasa sangat fokus sejak sesi pemanasan pagi ini; kami membuat keputusan untuk membuat beberapa perubahan untuk memperbaiki brek semasa sesi tersebut, jadi kami menukar tetapan depan. Bahagian hadapan motosikal menjadi agak sukar untuk ditangani tetapi ia berfungsi dengan baik dalam perlumbaan; brek itu sempurna dan saya boleh memintas ramai orang. Pada akhirnya saya selesai ketujuh; Saya fikir ini boleh menjadi perlumbaan terbaik saya sejak menyertai Moto3. Saya berjuang sepanjang masa dan mempunyai banyak persaingan yang baik. Kelajuan juga baik, jadi saya berasa sangat gembira. Perlumbaan seterusnya ialah GP halaman sendiri untuk kebanyakan krew saya, jadi saya mahu melakukan yang lebih baik untuk mereka di sana. "

#7 Adam Norrodin kecewa sekadar tamat di P17

Bermula dari tempat kesepuluh, Adam Norrodin mengalami pengalaman yang sukar di litar Austria. Walaupun berusaha terbaik untuk mengekalkan kedudukan permulaannya, Norrodin berhadapan cabaran sukar untuk mengekalkan rentaknya, menyebabkan dia susut ke belakang dan gagal mengutip sebarang mata.

"Saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku hari ini; Saya benar-benar menanti-nantikan perlumbaan ini, walaupun saya bergelut semasa sesi pemanasan di waktu pagi. Saya berasa yakin bahawa saya boleh berlumba lebih baik hujung minggu ini. Semasa latihan bebas dan sesi kelyakan jentera saya terasa cukup baik, jadi saya pasti menjangkakan prestasi lebih baik hari ini.
 Namun begitu dari awal perlumbaan, saya dapat merasaka kesulitan untuk mencapai masa lap yang baik; Saya mempunyai rentak yang sama seperti yang saya lakukan pada pemanasan waktu pagi dan saya tidak dapat berbuat lebih baik. Saya mampu merapati pelumba lain ketika membrek di selekoh tetapi kemudiannya mereka memecut keluar begitu pantas. Jurangnya terlalu besar untuk melawan. Apabila tayar mula menyusut, saya lebih sukar bergelut; Saya hampir terjatuh banyak kali. Pada akhirnya saya menyelesaikan perlumbaan jauh dari posisi saya bermula, jadi saya amat kecewa dengan perkara ini. Saya memberikan sepenuh usaha saya hari ini, jadi saya benar-benar perlu mengkaji data untuk mengetahui di mana."

PETRONAS Sprinta Racing siaga hadapi Red Bull Ring Austria.

Seminggu selepas paddock MotoGP beraksi di Republik Czech, pelumba PETRONAS Sprinta Racing kembali ke litar hujung minggu ini di Red Bull Ring di Austria.

Czech GP merupakan hujung minggu yang sukar untuk kedua-dua pelumba PETRONAS di Brno, Ayumu Sasaki dan Adam Norrodin berusaha untuk meningkatkan persembahan mereka di Grand Prix Austria.

Ayumu Sasaki lebih positif di litar ini memandangkan beliau mempunyai banyak pengalaman dari zamannya ketika di Piala Red Bull Rookies.
Bagi Adam Norrodin pula, Red Bull Ring merupakan satu litar kegemarannya dan dia berharap dapat memanfaatkan sepenuhnya pengalaman dan keyakinannya di sekitar litar sejauh 4.3km itu.
 #7 ADAM NORRODIN
"Saya masih kecewa dengan apa yang saya lakukan di Brno, jadi saya benar-benar tidak sabar untuk ke Austria untuk membuat perubahan. Tahun lepas Red Bull Ring adalah salah satu litar terkuat saya, jadi saya yakin bahawa saya boleh melakukan lebih baik pada hujung minggu ini. Set up yang kami ada di Brno bekerja sangat baik dan saya rasa dengan jentera saya, jadi harap kami tidak perlu berubah begitu banyak dan saya boleh terus bertambah baik. Pasti saya perlu memberi lebih fokus pada sesi kelayakan saya hujung minggu ini juga; sasarannya adalah empat baris teratas."

 # 71 AYUMU SASAKI
"Ia merupakan hujung minggu yang sukar untuk kami di Republik Czech, jadi saya bersedia untuk bermula semula di Austria. Ini adalah litar yang saya tunggangi agak banyak ketika di Red Bull Rookies Cup, jadi dari sesi latihan pertama saya hanya boleh menumpukan perhatian kepada diri saya sendiri dan bekerja untuk mendapat teteapan jentera dengan baik. Hujung minggu ini sasaran saya adalah untuk melupakan kedudukan dan benar-benar memberi tumpuan kepada hanya mendesak diri saya di setiap pusingan."