Showing posts with label #66. Show all posts
Showing posts with label #66. Show all posts

#66 Niki Tuuli undur diri dari GP Jerman

Pelumba Moto2 PETRONAS Sprinta Racing, Niki Tuuli terpaksa berundur dari Grand Prix Jerman hujung minggu ini berikutan kecederaan yang dialami pada tangan kiri di Assen.

Hanya dua belas hari selepas sebahagian jari kirinya terpaksa dipotong, Niki Tuuli dengan cekal dan berani telah kembali beraksi dengan jentera Kalexnya pagi semalam. Anak muda Finland ini berjuang untuk menunggang dalam kesakitan dan memberikan usaha terbaiknya. Selepas cuba lagi untuk mencari langkahnya dalam latihan bebas Free Practice Two, keputusan sebulat suara dibuat oleh kedua-dua pelumba dan pasukan untuk mengundurkan Tuuli dari hujung minggu ini.

#66 Niki Tuuli selesaikan tugasan pertama Moto2 SIC Racing

 Pelumba baharu SIC Racing Team, Niki Tuuli membuat penampilan pertamanya di Kejohanan Dunia Moto2, untuk tamat di tempat ke-22.

Niki yang berhadapan dengan cabaran besar pasukan baru, motosikal baru, tayar baru dan litar yang tidak pernah dialaminya, Niki Tuuli berupaya menjalankan tugas itu. Setelah bekerja keras sepanjang hujung minggu, penunggang muda Finland itu telah menyesuaikan diri dengan persekitaran barunya, dan menunjukkan peningkatan yang konsisten di atas jentera Kalexnya, sebelum mengakhiri hujung minggu di luar lingkungan dua puluh teratas.

"Ini adalah kali pertama untuk Niki untuk menjadi motosikal Moto2 dan juga kali pertama di Le Mans, kali pertama bertemu dengan pasukan, kali pertama pada tayar Dunlop, begitu banyak perkara yang berbeza dan pasti perbezaan antara motosikal Supersport ke motosikal Moto2 sangat besar," kata Pengurus Pasukan, Johan Stigefelt.

"Saya fikir sepanjang hujung minggu dia telah melakukan kerja yang sangat baik kerana dia telah maju setiap sesi; hanya sesi kelayakan yang sedikit mengecewakan. Dalam perlumbaan dia sangat baik; dia membuat permulaan yang baik dan bersaing dengan penunggang lain. Untuk menyelesaikan perlumbaan dalam 48 saat dari juara di depan dalam perlumbaan pertama, adalah permulaan yang baik. Kami menaruh harapan pada Niki; kita dapat melihat potensi dalam dirinya dan tahu bahawa dia akan maju sepanjang perlumbaan seterusnya. "

"Saya benar-benar gemuruh sebelum perlumbaan kerana kelayakan yang tidak begitu baik dan saya tidak berasa begitu tenang dan selesa," ulas Niki pula. Dalam perlumbaan saya membuat permulaan yang baik, walaupun saya hanya berlatih baru beberapa kali sahaja. Dua pusingan pertama berjalan lancar dan kemudian selepas itu saya hanya cuba menunggang tanpa membuat sebarang kesilapan. Saya gembira kerana saya hanya membuat satu kesilapan, pada pusingan terakhir ketiga, iaitu apabila Kent melepasi saya. Ia perlumbaan yang baik dan setiap masa pusingan adalah serupa tetapi saya perlu belajar bagaimana untuk menjadi lebih pantas. Bagaimanapun, ini hanya perlumbaan pertama saya dan semuanya baru; motosikal, tayar, litar, jadi saya tahu makin banyak pengalaman yang saya dapat pada motosikal ini dan semakin saya belajar, semakin baik saya dapat lakukan. Motosikal ini berfungsi dengan baik, saya hanya perlu memperbaiki tunggangan saya sendiri maka kita boleh membuat satu lagi langkah. Saya sangat gembira mendapat peluang ini. Saya sangat selesa berada di sini dengan pasukan ini, yang luar biasa! "

#66 Niki ganti Zulfahmi di Moto2 SIC Racing

Pasukan SIC Racing Team telah mengumumkan pelumba Finland Niki Tuuli sebagai pengganti Zulfahmi Khairuddin, yang telah menamatkan kerjaya Moto2nya. Niki akan membuat kemunculan sulungnya dengan jentera Kalex 600cc #66 di Le Mans, Perancis hujung minggu ini.

Niki berusia dua puluh dua tahun dan berasal Imatra, Finland, akan bertanding dalam Kejohanan Moto2 menggantikan Zulfahmi yang memutuskan untuk memberikan tumpuan penuh kepada peranan mentornya dalam program 'Impian ke MotoGP' yang disokong oleh SIC.

Niki Tuuli memasuki Kejohanan Dunia dengan latar belakang perlumbaan yang mengagumkan sehingga kini.
Menunggang minimotos dari umur sembilan tahun, penampilan Niki menunggang motosikal 600cc buat kali pertama dan menang di IDM Yamaha R6 Cup dalam tahun 2012. Pada tahun berikutnya, beliau melangkah ke siri SuperStock600 Eropah selama tiga musim dan berjaya menaiki podium lima kali dan satu kemenangan dan tamat tempat keempat keseluruhan pada 2014.

Niki menyertai  di tiga dari empat perlumbaan terakhir Kejuaraan Dunia SuperSport 2016 sebagai peserta wildcard, dan tamat di podium dalam kesemua perlumbaan tersebut. Beliau juga memenangi Kejohanan Finland pada tahun tersebut.

Kemunculannya cemerlang di WorldSSP memberikannya peluang untuk bersaing sebagai pelumba sepenuh masa untuk musim 2017. Di bawah bimbingan Vesa Kallio (saudara Mika Kallio), Tuuli meraih dua podium dan satu permulaan petak utama pada tahun itu, dengan penyudahan keseluruhan ke-7.

Pada 2018, beliau telah mengambil bahagian dalam lima perlumbaan WorldSSP dan kini berada di tempat ke-8 dalam kedudukan keseluruhan, sebelum menerima tawaran daripada Pasukan SIC Racing untuk memulakan cabaran  bersama dalam Kejohanan Dunia Moto2.