Showing posts with label Perodua Myvi 2017. Show all posts
Showing posts with label Perodua Myvi 2017. Show all posts

Jumlah EEV Perodua capai 500,000 unit

Pengeluaran Kenderaan Cekap Tenaga (EEV)Perodua kini telah melebih setengah juta unit di Malaysia, sekaligus mengukuhkan statusnya sebagai syarikat pengeluar EEV No 1 negara.

“Jejak EEV kami bermula pada tahun 2014 dengan pengeluaran modelAxia, EEV pertama negara dan juga model Transformasi pertama kami. Ia diikuti duatahun kemudian dengan Bezza, sedan EEV pertama, dan seterusnya Myvi baharu pada tahun 2017.

“Saya dengan rendah diri ingin mengumumkan bahawa sejak pelancarannya masing-masing, sebanyak 342,600 unit Axia, 130,000 unit Bezza dan lebih 75,000 unit Myvi baharu telah menemui pemiliknya di Malaysia setakat ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.
Sejak kerajaan memperkenalkan klasifikasi EEV dalam Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP 2014), lebih daripada 344,000 unit Axia, 130,800 unit Bezza dan 75,800 unit Myvi baharu telah dikeluarkan oleh Perodua di Sungai Choh.

Untuk diiktiraf sebagai EEV, sesebuahkenderaan itu harus sekurang kurangnya mencapai tahap kecekapan bahan api yang diuji mengikut piawaian UNECE R101 berdasarkan beratnya tanpa muatan. Axia, Bezza dan Myvi baharu kesemuanya mampu mencapai kecekapan bahan api melebihi 20 kilometer seliter.

“Kecekapan bahan api kenderaan kami menyumbang kepada kos operasi yang sangat rendah, dan juga selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia lebih bersih dan hijau serta trend global ke arah kenderaan yang lebih cekap bahan api.
“Kepada semua rakyat Malaysia, terima kasih kerana menjadikan Perodua jenama pilihan anda. Sokongan padu anda sepanjang 25 tahun ini menggalakkan kami untuk terus berusaha, kerana anda keutamaan kami,” tambah  kata Aminar.

Malahan, kilang Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd, yang mengeluarkan Axia dan Bezza, juga merupakan kilang bertaraf EEV pertama di Malaysia yang menggabungkan teknologi cekap tenaga dalam mengurangkan kadar pengeluaran pelepasan serta menetapkan piawaian baru dari segi kualiti, pengurusan kos dan penghantaran.

4,500 Perodua Myvi telah diserah milik

Permintaan untuk Perodua Myvi Baharu telah mencatat permintaan melebihi 20,000 tempahan dalam tempoh sebulan dari pelancarannya tempohari. Setakat ini, 4,500 daripada jumlah tersebut telah diserahkan kepada pemiliknya.

"Tumpuannya sekarang adalah untuk memastikan penghantaran Perodua Myvi Baharu ini dalam kerangka masa yang boleh diterima. Kami mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana memilih Myvi sebagai kereta pilihan," kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, YBhg Dato 'Dr. Zahari Husin.

Dato' Dr Zahari menambah bahawa model Perodua lain juga terus mengalami permintaan yang baik, terutamanya dengan tawaran yang dikemukakan oleh jenama kereta kompak paling dipilih Malaysia ini. Bagi bulan Disember, Perodua menawarkan tawaran eksklusif untuk Axia, Bezza dan Alza (untuk varian terpilih sahaja) dengan rebat sehingga RM 2,000. Perodua juga menggalakkan pelanggannya untuk mengunjungi bilik pameran dan pusat servis Perodua yang bertauliah di seluruh negara dan nikmati suasana yang menyeronokkan dengan promosi istimewa dan tawaran hebat bersempena kempen 'Jom Singgah' untuk. Kempen ini berlangsung dari 8-10 Disember.
"Sila berhubung dengan penasihat jualan dan penasihat perkhidmatan kami mengenai banyak tawaran yang ada untuk anda kerana mereka akan memberikan maklumat terkini dan betul tentang tawaran kami. Sila menguji pandu Myvi 1.5 dan 1.3 dan alami pengalaman serba baru itu," tambah Zahari.

Perodua telah merekodkan jualan 184,707 kenderaan untuk 11 bulan pertama dalam tahun 2017, lonjakan sebanyak 1.2% daripada 182,485 unit yang dijual dalam tempoh yang sama tahun lepas. Perodua mempunyai 181 jualan dan 214 pusat perkhidmatan di seluruh negara.

"Bagi pelanggan kami yang melancong semasa cuti sekolah, kami ingin anda selamat dan selesa, jadi sila datang dan lawati pusat servis kami untuk memastikan kenderaan anda dalam keadaan terbaik untuk pemanduan jauh," ujar Zahari lagi.