Pengeluaran Kenderaan Cekap Tenaga (EEV)Perodua kini telah melebih setengah juta unit di Malaysia, sekaligus mengukuhkan statusnya sebagai syarikat pengeluar EEV No 1 negara.
“Jejak EEV kami bermula pada tahun 2014 dengan pengeluaran modelAxia, EEV pertama negara dan juga model Transformasi pertama kami. Ia diikuti duatahun kemudian dengan Bezza, sedan EEV pertama, dan seterusnya Myvi baharu pada tahun 2017.
“Saya dengan rendah diri ingin mengumumkan bahawa sejak pelancarannya masing-masing, sebanyak 342,600 unit Axia, 130,000 unit Bezza dan lebih 75,000 unit Myvi baharu telah menemui pemiliknya di Malaysia setakat ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.
Sejak kerajaan memperkenalkan klasifikasi EEV dalam Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP 2014), lebih daripada 344,000 unit Axia, 130,800 unit Bezza dan 75,800 unit Myvi baharu telah dikeluarkan oleh Perodua di Sungai Choh.
Untuk diiktiraf sebagai EEV, sesebuahkenderaan itu harus sekurang kurangnya mencapai tahap kecekapan bahan api yang diuji mengikut piawaian UNECE R101 berdasarkan beratnya tanpa muatan. Axia, Bezza dan Myvi baharu kesemuanya mampu mencapai kecekapan bahan api melebihi 20 kilometer seliter.
“Kecekapan bahan api kenderaan kami menyumbang kepada kos operasi yang sangat rendah, dan juga selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia lebih bersih dan hijau serta trend global ke arah kenderaan yang lebih cekap bahan api.
“Kepada semua rakyat Malaysia, terima kasih kerana menjadikan Perodua jenama pilihan anda. Sokongan padu anda sepanjang 25 tahun ini menggalakkan kami untuk terus berusaha, kerana anda keutamaan kami,” tambah kata Aminar.
Malahan, kilang Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd, yang mengeluarkan Axia dan Bezza, juga merupakan kilang bertaraf EEV pertama di Malaysia yang menggabungkan teknologi cekap tenaga dalam mengurangkan kadar pengeluaran pelepasan serta menetapkan piawaian baru dari segi kualiti, pengurusan kos dan penghantaran.
Showing posts with label bezza. Show all posts

Seribu Perodua ditempah syarikat perkhidmatan panggil-tumpang
Perodua telah menerima tempahan 1,000 unit Bezza dan Axia bagi perkhidmatan panggil-tumpang (ride-hailing) dan panggil-kongsi (ride-sharing) oleh syarikat perkhidmatan yang beroperasi di Malaysia
Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, YBhg Dato’ Dr Zahari Husin berkata bahawa jualan tersebut amat penting buat Perodua kerana ia membuka pasaran baharu buat syarikat kereta kompak itu.
“Ini merupakan tanda kepercayaan syarikat-syarikat tersebut kepada kenderaan kami yang berkualiti, selamat serta mempunyai kos operasi yang rendah,” katanya.
“Perkembangan perkhidmatan ride-hailing dan ride-sharing di Malaysia telah merevolusikan pengangkutan bagi rakyat Malaysia, dan Perodua amat berbangga menjadi sebahagian daripada usaha ini ke arah pengangkutan yang lebih cekap dan mampan untuk semua,” tambah Zahari.
Lebih 300,000 Axia dan 100,000 Bezza telah dijual sejak pelancarannya masing-masing pada 2014 dan 2016. Kedua-duanya merupakan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang telah diperakui kerajaan dan menguasai segmen kenderaan masing-masing.
Perodua baru-baru ini telah melancarkan varian baharu Bezza GXtra di Autoshow Malaysia 2018, yang diadakan pada 26-29 April di Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang (MAEPS). Bezza GXtra menggantikan varian 1.0 Standard G dan menawarkan spesifikasi trim setanding dengan varian 1.3 Premium X tanpa sebarang kenaikan harga, dengan itu memberikan lebih banyak nilai kepada pelanggan.

28,000 Myvi telah diserahkan Perodua
Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato' Dr Zahari berkata pelanggan yang menempah Myvi baru kemungkinan besar akan menerima kereta mereka tepat pada waktunya iaitu untuk cuti Hari Raya kelak. Setakat ini, Perodua telah memenuhi semua pesanan Myvi baru yang dibuat dalam tahun 2017.
"Kami mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan dan rakyat Malaysia atas sokongan kuat mereka terhadap Myvi, dan kami akan terus meningkatkan masa penghantaran pelanggan kami," kata Zahari.
Beliau berkata berdasarkan sokongan kukuh terhadap model Perodua terkini serta permintaan yang sihat bagi model-model lain, mereka menganggarkan akan melepasi 41% kawalan pasaran bagi bulan Februari, dengan 17,100 kenderaan yang terjual berbanding anggaran Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) sebanyak 41,100 unit.Dari jumlah 17,100 unit tersebut, 6,500 merupakan model Myvi, 5,000 unit Axia, 3,700 buah Bezza dan selebihnya 1,900 merupakan model Alza.
Prestasi jualan Perodua meningkat 13.1% kepada 34,800 unit dalam dua bulan pertama tahun ini berbanding 30,800 kenderaan yang dijual dalam tempoh yang sama pada tahun 2017.
Perodua mensasarkan untuk menjual 209,000 unit tahun ini iaitu kenaikan sebanyak 2% berbanding 204,900 unit yang dijual pada tahun 2017.
"Untuk pertanyaan atau tempahan, kami meminta para pelanggan kami untuk berurusan hanya dengan kakitangan Perodua yang bertauliah di cawangan Perodua yang diberi kuasa," ujar Dato' Dr Zahari sebagai penutup kata.
MYPerodua Nation ke utara esok!
Karnival kegemaran Perodua kini kembali bagi meraikan Tahun Baru, dengan pelbagai tawaran tambahan dengan kempen Happy New Ride yang menawarkan rebat RM2,000 untuk Bezza Standard G dan Alza, dan RM1,500 bagi Bezza Advance dan Axia.
Berikutan kejayaannya di Shah Alam tahun lepas, karnival MYPerodua Nation akan ke utara hujung minggu ini, ke Amanjaya Mall di Sungai Petani dari pukul 10 pagi hingga 10 malam pada 13 dan 14 Januari.
"MYPerodua Nation menjanjikan sesuatu untuk semua orang. Alami perjalanan hebat kami sebagai pembuat kereta nombor satu negara dan memanfaatkan promosi menarik kami di karnival ini," kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato' Dr Zahari Husin.
Pengunjung boleh mendapat diskaun sehingga 50% daripada alatganti terpilih, aksesori GearUp dan barangan di Karnival MYPerodua Nation, dan mengambil kesempatan daripada Happy Hours pada kedua dua hari di mana pakej alatganti yang lebih menarik boleh didapati.
MYPerodua Nation juga akan menampilkan pameran khas Compact Nation yang menceritakan kisah perjalanan 25 tahun Perodua ke arah menjadi pembuat kereta kompak yang paling disukai di Malaysia.
"MYPerodua Nation adalah acara tahunan yang merupakan salah satu usaha kami untuk menjangkau dan berada lebih dekat dengan rakyat Malaysia. Tahun lepas kami mengadakan karnival ini di Shah Alam, dan kini kami membawanya ke seluruh negara, bermula dengan wilayah utara tahun ini, "kata Zahari.
Pengunjung dijemput untuk mengalami bagaimana Perodua Myvi Advanced Safety Assist (ASA) berfungsi menerusi demonstrasi, dan persembahan oleh artis jemputan seperti Aiman Tino, Aizat Amdan, Projector Band, Hazama, Siti Nordiana dan juga BoBoiBoy.
Cabutan bertuah yang akan diadakan memungkinkan anda untuk pulang dengan sebuah telefon pintar bernilai lebih RM3,000, dan permainan mini, pertandingan, trak makanan dan juga pawagam luar menjanjikan dua hari yang menyeronokkan untuk anda dan keluarga anda.
"Dengan tawaran hebat, permainan, hadiah dan penampilan selebriti di karnival MYPerodua Nation, ia tentunya cara terbaik untuk memulakan 2018. Kami berharap dapat berjumpa anda di sana!" tambah Zahari.
Untuk maklumat lanjut mengenai acara MYPerodua Nation, sila layari www.perodua.com.my.

Perodua Myvi baharu dianugerah 5-bintang ASEAN NCAP
Perodua Myvi baharu telah secara rasminya diberi penarafan 5-bintang oleh program penilaian keselamatan Asean (ASEAN NCAP) oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
(MIROS).
Diuji dan dinilai berdasarkan protokol terbaru dari ASEAN NCAP 2017-2020, Myvi baharu mencatatkan pematuhan 90.9% atau 32.71 mata daripada sejumlah 36 untuk Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), dan pematuhan 88% atau 43.14 mata daripada jumlah keseluruhan 49 untuk Perlindungan Penumpang Kanak kanak (COP).
"Kami berbangga namun pada masa yang sama berasa terharu dengan pengiktirafan terhadap pencapaian kami. Perodua adalah sebuah syarikat yang sentiasa mengutamakan insan atau 'People First', dan Myvi baharu mewakili usaha gigih kami untuk menjamin keselamatan para pelanggan dan penghuni kenderaan kami,"kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua , Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh pada seminar 'ASEAN NCAP: Ke arah Autonomi' hari ini.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada MIROS dan ASEAN NCAP atas kerjasama dan bimbingan mereka dalam membantu Perodua untuk menjadikan Myvi baharu diiktiraf 5 bintang," tambah Datuk (Dr) Aminar.Tahap keselamatan 5-bintang terpakai untuk semua varian Myvi baharu, yang mempunyai empat beg udara standard, ABS dengan Pengedaran Daya Brek Elektronik (EBD), Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Daya Kawalan, Isyarat Hentian Kecemasan, tambatan ISOFIX, sensor belakang dan peringatan tali pinggang untuk semua tempat duduk.
Di samping itu, varian 1.5 dilengkapi enam beg udara dan barisan model 1.5 Advance melancarkan sistem keselamatan aktif maju atau Advanced Security Assist, yang terdiri daripada amaran pra-perlanggaran (Pre-Collision Warning), membrek untuk mencegah perlanggaran atau brek kecemasan autonomi (Pre-Collision Braking), pemaklum pergerakan jenderaan hadapan (Front Departure Alert) dan kawalan khilaf operasi pedal pemijak (Control Misoperation Pedal).
"Myvi baharu adalah kenderaan pertama di Malaysia untuk memperkenalkan ciri keselamatan canggih seperti ini pada harga sedemikian. Malah, ia adalah kereta yang paling berharga patut dengan brek kecemasan autonomi di Malaysia. Dengan Myvi baharu, kami membawa keselamatan aktif kepada rakyat,"kata Aminar.
"Myvi baru adalah kereta lima bintang Perodua selepas Bezza. Tahun lepas, ASEAN NCAP menganugerahkan Perlindungan Penghuni Kanak-kanak Terbaik dan Perlindungan Penghuni Dewasa Terbaik dalam kategori kereta keluarga kecil kepada Bezza. Kesemua kenderaan kami dinilai oleh ASEAN NCAP dan mematuhi peraturan keselamatan, " tambahnya lagi.

Labels:
2017,
Aminar Rashid Salleh,
asean ncap,
bezza,
lima bintang,
myvi,
perodua
Perodua terpakai dijamin P2
Nak beli Perodua terpakai yang dijamin Perodua sendiri? Nah, Perodua KL kini beroperasi dengan bilik pameran dan jualan Perodua pra-milik di Kuala Lumpur.
Yang pertama seumpamanya, bilik pameran Perodua KL ini kini beroperasi untuk memenuhi kehendak mereka yang mencari nilai dan tawaran terbaik sama ada untuk kenderaan Perodua yang baharu mahupun yang terpakai.
Bilik pameran yang terletak di Lot 18, Seksyen 86, Jalan Pahang, 53200 Kuala Lumpur ini merupakan ruang pameran jualan Perodua milik mereka sendiri yang terbesar di Kuala Lumpur dengan kos binaannya mencecah RM1.7 juta.
"Bilik pameran baharu ini merupakan satu lagi inisiatif oleh Perodua untuk memberikan ketenangan fikiran dan pengalaman memiliki kenderaan Perodua yang memberikan keselesaan kepada pelanggan kami," kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato 'Dr. Zahari Husin.
"Pelanggan akan mempunyai pilihan kenderaan baharu atau kenderaan Perodua terpakai yang diperakui telah diperiksa dengan teliti dan diperbaharui oleh juruteknik terlatih kami dari pusat servis Perodua kami sendiri," katanya.
Cawangan ini juga menerima pembelian secara tukar-beli (trade-in) dengan mana-mana kereta jenama lain oleh bakal pelanggan untuk ditukar dengan kenderaan berjenama Perodua mereka.
"Kami faham bahawa kereta masih diperlukan untuk kemudahan perjalanan sekitar tetapi ramai yang tidak mampu memilikinya. Perniagaan kenderaan terpakai atau pra-milik kami menawarkan kereta dengan harga yang yang berpatutan dengan jaminan yang diperpanjang untuk kenderaan terpilih," tambah Dato' Dr. Zahari.
Waranti yang diberikan adalah dilanjutkan sehingga 18 bulan akan meliputi kedua-dua bahagian enjin dan sistem penghantaran atau transmisi dan memastikan bahawa semua kenderaan yang ditawarkan telah melalui pemeriksaan kenderaan yang ketat untuk memastikan ia akan memberi kgidmat yang baik bagi pemilik baharunya selama bertahun-tahun.
"Kami mengalu-alukan kedatangan anda untuk melihat Perodua mana yang boleh kami tawarkan bagi memenuhi keperluan permotoran anda," kata Dato' Dr Zahari.

Subscribe to:
Posts (Atom)