#71 Ayumu Sasaki mantap tamat di P7

Pelumba PETRONAS Sprinta Racing, Ayumu Sasaki berjaya memperoleh kedudukan ketujuh di Grand Prix Austria semalam, sementara rakan sepasukannya Adam Norrodin menyeberangi garisan pada P17.

Penunggang Jepun ini menunjukkan prestasi yang baik dari awal, dan segera dapat memperbaiki kedudukannya dari petak permulaan ke-18. Sasaki tidak sabar-sabar berjuang hingga ke posisi kesepuluh, dan pelumba berusia tujuh belas tahun itu membuat dorongan terakhir ke garisan penamat, dengan memperbaiki tiga kedudukan sebelum bendera penamatnya.
 "Hujung minggu ini agak sukar, jadi saya sangat gembira dengan keputusan saya hari ini.Saya rasa sangat fokus sejak sesi pemanasan pagi ini; kami membuat keputusan untuk membuat beberapa perubahan untuk memperbaiki brek semasa sesi tersebut, jadi kami menukar tetapan depan. Bahagian hadapan motosikal menjadi agak sukar untuk ditangani tetapi ia berfungsi dengan baik dalam perlumbaan; brek itu sempurna dan saya boleh memintas ramai orang. Pada akhirnya saya selesai ketujuh; Saya fikir ini boleh menjadi perlumbaan terbaik saya sejak menyertai Moto3. Saya berjuang sepanjang masa dan mempunyai banyak persaingan yang baik. Kelajuan juga baik, jadi saya berasa sangat gembira. Perlumbaan seterusnya ialah GP halaman sendiri untuk kebanyakan krew saya, jadi saya mahu melakukan yang lebih baik untuk mereka di sana. "

#7 Adam Norrodin kecewa sekadar tamat di P17

Bermula dari tempat kesepuluh, Adam Norrodin mengalami pengalaman yang sukar di litar Austria. Walaupun berusaha terbaik untuk mengekalkan kedudukan permulaannya, Norrodin berhadapan cabaran sukar untuk mengekalkan rentaknya, menyebabkan dia susut ke belakang dan gagal mengutip sebarang mata.

"Saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku hari ini; Saya benar-benar menanti-nantikan perlumbaan ini, walaupun saya bergelut semasa sesi pemanasan di waktu pagi. Saya berasa yakin bahawa saya boleh berlumba lebih baik hujung minggu ini. Semasa latihan bebas dan sesi kelyakan jentera saya terasa cukup baik, jadi saya pasti menjangkakan prestasi lebih baik hari ini.
 Namun begitu dari awal perlumbaan, saya dapat merasaka kesulitan untuk mencapai masa lap yang baik; Saya mempunyai rentak yang sama seperti yang saya lakukan pada pemanasan waktu pagi dan saya tidak dapat berbuat lebih baik. Saya mampu merapati pelumba lain ketika membrek di selekoh tetapi kemudiannya mereka memecut keluar begitu pantas. Jurangnya terlalu besar untuk melawan. Apabila tayar mula menyusut, saya lebih sukar bergelut; Saya hampir terjatuh banyak kali. Pada akhirnya saya menyelesaikan perlumbaan jauh dari posisi saya bermula, jadi saya amat kecewa dengan perkara ini. Saya memberikan sepenuh usaha saya hari ini, jadi saya benar-benar perlu mengkaji data untuk mengetahui di mana."

Nastyport mampu tingkat kuasa enjin

Kita sering terlupa tentang kewujudan udara walaupun kita menyedutnya setiap masa dan kita bergerak melaluinya. Kita mungkin diingatkan tentang kepentingan udara bila menjalankan aktiviti yang memenatkan dan mula bernafas kencang. Begitu juga bagi enjin yang beroperasi pada kelajuan tinggi. Pada kelajuan tinggi enjin memerlukan jumlah udara yang banyak. Untuk menangani keperluan aliran udara yang tinggi, laluan atau saluran kemasukan udara haruslah baik bagi membantu aliran udara tidak terganggu.

Saluran udara pada enjin standard mungkin nampak biasa pada mata kasar, tetapi permukaannya yang kasar akan mewujudkan banyak gangguan pada aliran udara dan juga menyebabkan gangguan pusaran atau turbulence. Begitu juga saluran keluar gas ekzos, yang turut terganggu jika permukaannya kasar.

Porting atau penghalusan kepala silinder merujuk kepada proses mengubah suai saluran pengambilan dan ekzos pada enjin pembakaran dalaman untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti aliran udara. Kepala silinder standard biasanya kurang optimal dari segi rekabentuknya dan penjimatan kos pengilangan. Penghalusan kepala silinder memberikan perhatian terperinci yang diperlukan untuk membawa enjin ke tahap kecekapan yang tertinggi. Sebenarnya proses penghalusan kepala silinder atau porting ini bertanggungjawab ke atas peningkatan kuasa tinggi enjin moden melebihi sebarang faktor tunggal yang lain.
Proses ini digunakan bagi mengoptimumkan keluaran kuasa enjin pengeluaran untuk menjadikan ia enjin perlumbaan, untuk meningkatkan keluaran kuasa bagi kegunaan harian atau mengubah ciri keluaran kuasa untuk memenuhi aplikasi tertentu. Malah apabila pengubahsuaian diputuskan setelah menjalankan ujian aliran udara, bahan dinding silinder asal boleh diubah dengan teliti secara manual dengan tangan dengan penggosok atau oleh mesin penggilingan digital. Untuk pengubahsuaian yang besar, kepala silinder mungkin harus dikimpal atau dibina untuk menambah bahan di mana yang diperlukan.
Salah sebuah syarikat yang menawarkan khidmat ini ialah Nastyportflow yang terletak di Shah Alam. Menerka menawarkan perkhidmatan penghalusan kepala silinder ini baik untuk kereta mahupun motosikal. Malahan telah banyak pasukan cub prix yang menggunakan khidmat mereka dengan jayanya. Kepala silinder motosikal yang telah siap dihalusi bagi model popular seperti Yamaha Y15R dan Honda RS150R mungkin ber harga sekitar RM600 bergantung kepada tahap penghalusan dan modidfikasi yang dikehendaki. Hasil yang optima mungkin melibatkan pembentukan saluran baharu ataupun gantian tapak injap motosikal anda.

Layari www.nastyportflow untuk maklumat lanjut atau lawati sendiri gerai pameran mereka di tapak pameran cub prix yang terdekat dengan anda.

MV Agusta Kembali ke Grand Prix dalam Moto2

MV Agusta masih merupakan pengeluar yang memiliki gelaran Grand Prix dunia yang paling banyak sehingga kini, meskipun tidak menyertai persaingan GP selama 42 tahun.

MV Agusta telah mempamerkan jentera Moto2 yang akan bertanding dalam Kejohanan Dunia Moto2 2019. MV Agusta akan berkerjasama dengan Forward Racing musim depan untuk menyertai Kejohanan Dunia Moto2 2019. Ini menandakan kembalinya pengilang motosikal Itali itu ke persada Grand Prix selepas berehat selama 42 tahun. Syarikat dari Varese, Itali, ini sedang berusaha untuk memanfaatkan kepakaran dan pengetahuan teknikalnya dalam segmen sports tiga silinder dengan peralihan enjin dari Honda 599cc empat silinder ke platform tiga silinder Triumph 765cc bermulanya musim 2019.

MV Agusta memilih untuk kembali ke pertandingan Grand Prix dengan pelumba Moto2 yang baru. Mereka mempunyai bingkai hibrid yang menggabungkan komponen depan keluli-trellis dengan bahagian belakang aloi di mana lenganayunnya dipasang.
Prototaip Moto2 MV Agusta akan dikuasai oleh enjin Triumph 765cc I3 baharu. Perubahan enjin ini memainkan peranan penting kepada MV memandangkan jenama Itali ini mempunyai pengalaman luas dengan konfigurasi enjin ini.
Walaupun menggunakan enjin berspesifikasi sama untuk semua pasukan seperti yang ditetapkan Moto2, casisnya adalah terpulang kepada MV untuk menetapkan spesifikasinya. Jenama Itali ini merupakan pakar dalam segmen ini dengan campuran penggunaan bingkai utama keluli dan aluminium. Pasukan itu akan diuruskan oleh skuad Forward Racing untuk musim 2019 Moto2.


Haval kini di Bandar Baru Bangi

Haval secara rasminya membuka premis baru di Bandar Baru Bangi, Selangor. Cawvngan ini kendalikan oleh Wan Auto Car Wheels Sdn Bhd di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi sebagai cawangan 3 S (Jualan, Servis dan Alatganti) dan bertujuan untuk kemudahan pelanggan HAVAL yang tinggal di sekitar kawasan Bangi atau Kajang. Premis yang terletak di kawasan perindustrian dan komersil ini bertindak sebagai pusat sehenti untuk menyampaikan tawaran HAVAL kepada pelanggan mereka.

Pelancaran premis ini dihadiri oleh Pengarah Eksekutif Go Auto Group, Dato' SM Azli SM Nasimuddin Kamal, yang berkata, "Kami gembira untuk menambah ahli keluarga HAVAL yang semakin berkembang, dan pengedar baru ini menambah jumlah bilik pameran kami kepada 27 buah di seluruh negara. Kami berhasrat untuk mempunyai sebanyak 35 wakil di seluruh negara menjelang 2019."
Model H1 Haval datang dengan waranti perbatuan tanpa had selama tujuh tahun, dan H2 dilengkapi dengan jaminan 5 tahun atau 150,000km yang mana lebih awal. Dari hari ini hingga Ahad, Kempen Reimagine Haval akan mengadakan jerayawara atau roadshow di The Curve. "Saya menggalakkan pelanggan untuk datang dan menikmati Kebebasan  daripada tawaran GST yang tersedia sehingga akhir bulan ini," tambah Dato Azli.
HAVAL Malaysia kini menawarkan pelanggan baru dan pemilik Haval semasa yang berminat untuk membeli SUV baru dengan promosi Merdeka 'Kebebasan dari GST' dengan penjimatan sehingga RM6,600 untuk Haval H1 dan RM7,300 untuk Haval H2.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kempen HAVAL di http://reimagine.haval.my/. Pelanggan boleh menghubungi talian Perkhidmatan Pelanggan di 03-5569 7332 atau email mereka di customercare@goauto.com.my. Pelanggan juga boleh melawat www.haval.my atau halaman Facebook rasmi kami di www.facebook.com/havalmy atau halaman instagram di www.instagram.com/havalmy.