Pemandu Formula Satu British, Lewis Hamilton telah menyatakan hasratnya untuk melawat ladang Il Dottore, ladang ternama di Itali yang dimiliki pelumba lagenda Moto GP, Valentino Rossi. Juara Dunia Formula Satu tiga kali ini adalah pencinta kelajuan, tak kira samada empat atau dua roda, dan telah berkali kali menyatakan minatnya dalam MotoGP.
Lewis Hamilton pernah menyatakan dalam temu bual dengan Channel Four, "Saya sukakan motosikal, jadi saya pasti saya akan menghabiskan beberapa hari dengan Rossi di ladangnya dan menunggang di litar tanah." Hamilton turut menambah, "Saya akan cuba Menguji MotoGP. Bukannya berlumba, tetapi saya yakin boleh memberikan saingan dalam latihan ".
Rossi pula sebelum ini pernah berkata, "Lewis boleh datang bila-bila masa dia mahu. Dia pernah merancang untuk datang pada bulan Disember tahun lepas, tetapi tak jadi. Bagi dia, yang begitu pantas, pintu ladang saya sentiasa terbuka. "
John Surtees merupakan satu-satunya juara dalam kedua-dua disiplin perlumbaan dua dan empat roda, setelah memenangi tujuh Kejohanan Dunia Motosikal (tiga dalam kelas 350cc dan empat dalam kelas 500cc) dan sekali dalam F1 memandu Ferrari, selalu ada pelumba motosikal yang bersungguh-sungguh mahu mencuba nasib dengan empat roda. Lorenzo pernah memandu Mercedes W05 yang digunakan Lewis Hamilton untuk merangkul gelaran Juara Dunia dalam tahun 2017. Rossi sendiri pula pernah memandu jentera lumba Ferrari beberapa kali, dan pemandu F1 Fernando Alonso juga telah menguji jentera MotoGP Honda.
No comments:
Post a Comment