Showing posts with label Azlan Shah Kamaruzaman. Show all posts
Showing posts with label Azlan Shah Kamaruzaman. Show all posts

VOGE BERKOLABORASI DENGAN AS25 RACING TEAM UNTUK CUBPRIX & ARRC 2025

VOGE Malaysia dengan bangganya mengumumkankerjasama hebat bersama AS25 Racing Team yang diketuai oleh legenda lumba motosikal negara, Azlan Shah Kamaruzaman. Kerjasama ini akan menyaksikan jentera hebat Formica Rossa 150 (FR150) memulakan debutnya dalam Kejuaraan Malaysia CubPrix 2025 dan

Kejuaraan Asia Road Racing Championship (ARRC).
Kerjasama ini menonjolkan dedikasi VOGE terhadap inovasi dan prestasi tinggi. FR150, yang
dilengkapi enjin DOHC 150cc silinder tunggal, menghasilkan 15.42hp @ 8,500rpm dan
13.5Nm tork @ 7,500rpm, menjadikannya antara pencabar yang luar biasa di litar
perlumbaan.


Penyertaan Bersejarah
Sebagai pendatang baru dalam CubPrix dan ARRC, FR150 kini menjalani proses homologasi
bagi memastikan pematuhan kepada peraturan perlumbaan. Dilengkapi dengan slipper
clutch, ABS dwi-saluran, suspensi canggih, dan transmisi 6-kelajuan, FR150 menawarkan
kawalan, kelincahan, dan prestasi yang tiada tandingan.


Azlan Shah Kamaruzaman, Ketua Pasukan AS25 Racing Team, berkata:
"Kerjasama ini adalah langkah besar bagi AS25. Bersama VOGE, kami bertekad untuk
menetapkan penanda aras baru dalam dunia perlumbaan motosikal di Malaysia dan Asia."
Pengumuman Pasukan dan Penunggang
Barisan rasmi pasukan dan penunggang akan diumumkan pada Januari 2025. AS25 Racing
Team kini sedang mencari penunggang elit untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi FR150
di peringkat antarabangsa.


Tentang Model Perlumbaan FR150
 Enjin Berprestasi Tinggi: Enjin 149.6cc berpenyejuk cecair untuk kelajuan dan
ketahanan maksimum.
 Keselamatan Terjamin: Dilengkapi dengan slipper clutch dan ABS dwi-saluran.
 Reka Bentuk Tahan Lasak: Kapasiti tangki 5.8L, suspensi canggih, dan keselesaan
ergonomik.
 Keunggulan Teknologi: Menyediakan port pengecas USB dan paparan meter LCD.
Kerjasama ini dijangka akan membawa keseronokan dalam kalendar perlumbaan 2025,
memastikan peminat menikmati aksi yang mendebarkan.

Azlan Shah wakili pasukan ONEXOX TKKR Racing Team bagi ASB1000 ARRC


Pelumba berpengalaman negara, Azlan Shah Kamaruzaman akan bersama pasukan ONEXOX TKKR Racing Team bagi menghadapi saingan kategori ASB1000 pada Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) musim 2019.


Pelumba berusia 34 tahun itu akan beraksi menggunakan jentera BMW S1000 RR.

“Azlan merupakan antara pelumba terbaik di Malaysia ketika ini. Saya agak terkejut memandangkan dia tidak diikat oleh mana-mana paukan pengeluar, jadi ia merupakan satu peluang baik kepada pasukan kami untuk memiliki pelumba berkaliber seperti Azlan di dalam pasukan,” jelas principal pasukan ONEXOX TKKR Racing Team, Bobie Farid.
 “Tidak ada pelumba lain yang memiliki pengalaman luas sepertimana yang ada pada Azlan,” jelas Bobie merujuk kepada pencapaian Azlan selama ini bermula dari siri Kejuaraan Cub Prix sehingga menjadi pelumba terbaik ARRC dan seterusnya menimba pengalaman di dalam kelas Moto2 Kejuaraan Motosikal Dunia.

Saingan musim 2019 menyaksikan pasukan ONEXOX TKKR Racing akan menyertai semua kelas di dalam siri Kejuaraan Cub Prix Malaysia dan juga ARRC. Pasukan tersebut juga sedang membuat perancangan untuk membuat penampilan pertama di dalam siri Kejuaraan Motosikal Sepanyol (CEV).

Azlan gagal pertahan gelaran SS600 ARRC


Azlan Shah Kamaruzaman gagal mempertahankan gelaran keseluruhan keseluruhan SuperSports 600cc yang dimenangi pada musim lepas sambil menyaksikan gelaran menjadi milik pelumba Thailand, Ratthapong Wilairot pada pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) yang berakhir di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, hari ini.


Pelumba Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu perlu memenangi Perlumbaan 2 untuk muncul juara keseluruhan bagaimanapun kecewa apabila sekadar menamatkan saingan di kedudukan kelima dengan masa keseluruhan 30’06.927s di belakang Ratthapong yang memenangi perlumbaan dengan masa keseluruhan 30’00.360s sekaligus mengesahkan gelaran keseluruhan yang kali terakhir dimenangi pelumba Thailand melalui rakan sepasukan Ratthapong, Decha Kraisart pada tahun 2010.
Decha turut menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua dengan masa 30’00.701s diikuti rakan sepasukan Azlan, Ahmad Yudhistira ketiga dengan masa 30’03.412s.
Penamat di tempat kelima menyaksikan Azlan menamatkan musim 2018 di kedudukan keempat keseluruhan dengan mengumpul 123 mata.
Ratthapong di kedudukan teratas dengan 141 mata diikuti Anthony West kedua, 136 mata manakala Yudhistira di kedudukan ketiga dengan 131 mata.
“Minggu ini begitu mengecewakan saya. Saya mahu menamatkan musim terakhir dalam kategori ini di kedudukan teratas namun gagal,” jelas Azlan yang akan beralih ke kategori ASB1000cc pada musim 2019.
Tambah Azlan, “Saya sudah mencuba yang terbaik namun keupayaan jentera yang tidak berada pada tahap maksimum menyaksikan saya gagal untuk mengejar pelumba di hadapan. Walaubagaimanapun, musim ini sudah tamat dan saya perlu bersedia untuk musim 2019.”

SUPERSPORTS 600CC
1 Ratthapong Wilairot (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 30’00.360s
2 Decha Kraisart (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 30’00.701ss
3 Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 30’03.412s
4 Tomoyoshi Koyama (JPN) Musashi Boon Siew Honda Racing 30’03.412s
5 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 30’06.927s

Kedudukan Keseluruhan
1 Ratthapong Wilairot (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 141 mata
2 Anthony West (AUS)  Webike IKAZUCHI Racing 136 mata
3 Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 131 mata
4 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 123 mata
5 Andi Farid Izdihar (INA) Astra Honda Racing Team 117 mata

Kedudukan Keseluruhan Berpasukan
1 Webike IKAZUCHI Racing 162 mata
2 Manual Tech KYT Kawasaki Racing 162 mata
3 YAMAHA Thailand Racing TEAM 160 mata
4 Musashi Boon Siew Honda 144 mata
5 Yamaha Racing Asean 120 mata

Zaqhwan Zaidi sasar bantu pasukan muncul terbaik

Pasukan Musashi Boon Siew Honda Racing kini berada di kedudukan ketiga keseluruhan dengan 120 mata, 29 mata di belakang pendahulu Webike Ikazuchi Racing yang mengumpul 149 mata manakala Manual Tech KYT Kawasaki Racing di kedudukan kedua dengan 130 mata, menjelang pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand minggu ini.

Sementara itu dalam kedudukan individu Mohd Zaqhwan Zaidi berada di kedudukan kelima keseluruhan dengan 94 mata, 42 mata di belakang pendahulu keseluruhan, Anthony West yang mengumpul 136 mata. Menyedari peluang untuk merampas kedudukan keseluruhan agak sukar, pelumba berusia 22 tahun itu tekad untuk sekurang-kurangnya membantu pasukan untuk mengungguli kedudukan keseluruhan berpasukan.  Zaqhwan berharap dapat menamatkan musim 2018 dengan keputusan podium sekaligus dapat membantu pasukannya untuk berada di kedudukan terbaik dalam kategori berpasukan SuperSports 600 cc.
 Hanya 50 mata maksimum yang menanti dan dengan jurang 42 mata dengan pendahulu ia menjadikan tugas untuk muncul juara keseluruhan agak sukar, ditambah dengan persaingan sengit diantara tiga lagi pelumba yang berada di atas nya ketika ini termasuk rakan senegara, Azlan Shah Kamaruzaman. Zaqhwan merupakan juara keseluruhan SuperSports 600cc musim 2014 dan 2016. 

"Namun, apa sahaja boleh berlaku dalam perlumbaan. Dalam pada itu, saya lihat peluang untuk mengembalikan gelaran terbaik kepada pasukan lebih terbuka seandainya saya mampu memenangi kedua-dua perlumbaan minggu ini kerana jurang yang tidak begitu ketara," kata Zaqhwan.

"Walaupun begitu, saingan sudah tentu sangat sengit terutama dengan kumpulan pendahulu yang lain dan juga pelumba-pelumba tuan rumah. Setidak-tidaknya saya mahu meraih satu gelaran juara untuk musim ini," jelas Zaqhwan yang meraih pencapaian terbaik sebagai naib juara Perlumbaan 1 pusingan keempat di India Oktober lepas. 
 

Azlan hanya fokus untuk menang

Pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman kan menumpukan fokus untuk meraih kemenangan dalam perlumbaan pusingan kelima SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di LitarAntarabangsa Sentul, 12 hingga 14 Oktober ini.

Beliau tidak akan membiarkan kontroversi yang melibatkan pencabar utamanya, Anthony West dari Australia yang dikatakan digantung oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIM) berkait ujian dadah. Isu ini sudah pasti akan menjejaskan aksi pendahulu keseluruhan tersebut pada minggu ini.
Menurut Azlan, dia ada membaca mengenai isu tersebut namun tidak dapat dipastikan bilapenggantungan ke atas West itu akan mula berkuatkuasa.

“Saya tidak pasti sama ada dia (West) akan beraksi ataupun tidak. Tidak ada berita khusus mengenainya terutama bilakah hukuman itu akan mula dilaksana ataupun masih perlu menunggu ujian berikutnya sebelum segalanya dikuatkuasa.
“Lagipun, jika benar dia digantung dan tidak boleh beraksi, saya tidak pasti adakah hukuman yang akan diterimanya akan menjejaskan jumlah kutipan mata yang dipungutnya ketika ini. Apa yang penting kepada saya pada minggu ini adalah hanya fokus kepada perlumbaan dan cuba untuk memenangi kedua-dua perlumbaan,” jelas pelumba Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu.
Tambahnya, “Perlumbaan minggu ini sangat penting kepada saya. Ini adalah peluang terbaik untuk merapatkan jurang pungutan mata ketika ini. Selain mendapat sokongan penyokong di Malaysia, sokongan penyokong tuan rumah kepada pasukan ini juga pasti meningkatkan semangat saya untuk menang minggu ini.”

#25 Azlan Shah gagal kekal rentak

Selepas aksi cemerlang pada Perlumbaan 1, aksi pelumba negara sedikit tenggelam apabila hanya satu podium diraih pada hari ketiga Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia FIM di Litar Suzuka, Jepun, hari ini.

Dalam saingan SuperSports 600cc, Azlan Shah Kamaruzaman yang memenangi Perlumbaan 1, semalam gagal meneruskan rentak apabila terpaksa berpuas hati di kedudukan kelima dengan masa keseluruhan 22’22.477s.

“Saya sudah mencuba yang terbaik namun sedikit kesilapan kami terhadap pelarasan jentera memusnahkan impian untuk mengulangi pencapaian podium semalam,” jelas pelumba Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu.

“Kami menggunakan pelarasan yang serupa dengan semalam dan ia terbukti baik ketika sesi latihan sebelah pagi. Malangnya cuaca sewaktu perlumbaan agak sejuk, berbeza dengan cuaca panas semalam dan menyebabkan kuasa enjin saya berkurangan, sama seperti rakan sepasukan saya, Ahmad Yudhistira.”

Perlumbaan dimenangi pelumba Australia, Anthony West (Webike Ikazuchi Racing) dengan masa keseluruhan 22’22.002s manakala Keminth Kubo (Yamaha Racing Team Asean) meraih podium pertamanya dalam kelas perdana dengan masa 22’22.379s. Rakan sepasukan Azlan, Ahmad Yudhistira lebih bernasib baik apabila berjaya menamatkan perlumbaan di tangga ketiga dengan masa keseluruhan 22’22.408s.

Gelaran juara meletakkan West kembali ke tangga teratas dalam senarai keseluruhan dengan mengumpul 86 mata manakala Azlan jatuh ke tangga kedua dengan 74 mata. Yuki Ito (Yamaha Racing Asean) yang menamatkan saingan di tempat keempat berada di tangga ketiga dengan 68 mata.
KEPUTUSAN PERLUMBAAN 2
SS600
1 Anthony West (AUS) Webike IKAZUCHI Racing 22'22.002s
2 Keminth Kubo (THA) YAMAHA Racing Team ASEAN 22'22.379s
3 Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 22'22.408s
4 Yuki Ito (JPN) YAMAHA Racing Team ASEAN 22'22.435s
5 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 22'22.477s

Kedudukan Keseluruhan
1 Anthony West (AUS) Webike IKAZUCHI Racing 86 mata
2 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 74 mata
3 Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing Asean 68 mata
4 Keminth Kubo (THA) Yamaha Racing Asean 57 mata
5 Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 52 mata

Azlan, Helmi juara di ARRC Suzuka

Pelumba ngara, Azlan Shah Kamaruzaman berjaya meraih kemenangan pertama dalam saingan SuperSports 600cc musim 2018 apabila berjaya mengungguli Perlumbaan 1 pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Suzuka, Jepun, hari ini.

Pelumba Manual Tech KYT Kawasaki Racing yang bermula dari petak pertama memulakan aksi dengan baik untuk mendahului perlumbaan namun berjaya di pintas beberapa pelumba lain seawal pusingan kedua perlumbaan.

Azlan bagaimanapun kekal memberikan cabaran di kelompok lima pelumba hadapan sebelum menggunakan peluang untuk memintas dan kembali mendahului kedudukan pada baki tiga pusingan terakhir sebelum berjaya menamatkan 13 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 29’09.539s.
Rakan sepasukan Azlan, Ahmad Yudhistira muncul naib juara dengan masa 29’10.177s diikuti Anthony West (Webike Ikazuchi Racing) ketiga dengan masa 29’10.656s.

“Saya gembira dengan kemenangan ini dan berterima kasih kepada pasukan kerana menyediakan jentera yang terbaik kepada saya,” jelas Azlan yang kini naik ke tangga teratas dalam senarai keseluruhan dengan 63 mata.

“Perlumbaan seperti biasa berlangsung sengit, dan saya juga bersaing sengit dengan Yudhistira sendiri sebelum memenangi perlumbaan. Saya berharap dapat mengekalkan momentum seperti ini pada perlumbaan kedua esok.”

West yang tidak beraksi dalam pusingan kedua di Australia sebelum ini turun ke tangga kedua keseluruhan dengan 61 mata manakala Yuki Ito (Yamaha Racing Asean) ketiga dengan 55 mata.

Saingan kelas Asia Production menjadi milik pelumba Indonesia, Rheza Danica Ahrens (Astra Honda Racing Team) yng menamatkan perlumbaan dengan masa 19'50.478s diikuti Anupab Sarmoon (YAMAHA Thailand Racing TEAM ) kedua, 19'55.777s.

Rakan sepasukan Rheza, Mario Suryo Aji di kedudukan ketiga dengan masa 19'55.986s manakala Ahmad Afif Amran (CKJ Yamaha Racing) muncul pelumba terbaik negara setelah menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh. Rheza turut mendahului senarai keseluruhan dengan mengumpul 98 mata.


Sementara itu, pentas podium kategori Underbone 150cc menjadi milik pelumba Malaysia, Md Helmi Azman (SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team) yang menamatkan lima pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 13’25.729s mengatasi rakan senegara, Md Akid Aziz.

Pelumba UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team itu menamatkan perlumbaan dengan masa 13’25.808s diikuti pelumba Indonesia, Gupita Kresna Wardhana (Yamaha Yamalube SND Factory) ketiga, 13’25.982s.

Kemenangan ini melonjakkan Helmi ke kedudukan teratas dalam senarai keseluruhan dengan 81 mata diikuti Md Izzat Zaidi (RCB Yamaha YY Pang Racing) yang menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam di tangga kedua dengan 77 mata. Akid naik ke tangga ketiga dengan mengumpul 61 mata.

KEPUTUSAN PERLUMBAAN 1
SS600
1 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 29’09.539s
2 Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 29’10.177s
3 Anthony West (AUS) Webike IKAZUCHI Racing 29’10.656s
4 Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing Asean 29’10.971s
5 Mohd Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda Racing 29’11.440s

Kedudukan Keseluruhan
1 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 63 mata
2 Anthony West (AUS) Webike IKAZUCHI Racing 61 mata
3 Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing Asean 55 mata
4 Ratthapong Wilairot (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 40 mata
5 Keminth Kubo (THA) Yamaha Racing Asean 37 mata

AP250
1 Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 19'50.478s
2 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 19'55.777s
3 Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 19'55.986s
4 Awhin Sanjaya (INA) Astra Honda Racing Team 19'56.087s
5 Muklada Sarapuech (THA) A.P. Honda Racing Thailand 19'57.385s

Kedudukan Keseluruhan
1 Rheza Danica Ahren (INA) Astra Honda Racing Team 98 mata
2 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 82 mata
3 Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 82 mata
4 Muklada Sarapuech (THA) AP Honda Racing Thailand 62 mata
5 Rafid Topan Sucipto (INA) Yamaha Yamalube KYT TJM WR Super battery 46 mata

UB150
1 Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 13’25.729s
2 Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 13’25.808s
3 Gupita Kresna Wardhana (INA) Yamaha Yamalube SND Factory 13’25.982s
4 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 13’26.325s
5 Fakhrusy Syakirin Rostam (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 13’26.402s

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 81 mata
2 Md Izzat Zaidi (MAS) RCB Yamaha YY Pang Racing 77 mata
3 Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 61 mata 
4 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 52 mata
5 Md Affendi Rosli (MAS) Team One For All 44 mata


#25 Azlan berdepan tugas getir di Suzuka

Juara Asia dua kali, Azlan Shah Kamaruzaman yang merupakan pelumba Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu memulakan kempen musim 2017 dengan baik apabila meraih dua podium sewaktu pusingan pembukaan di Thailand. Namun begitu, masalah mekanikal menjadi penghalang sewaktu di Australia menyebabkan Azlan jatuh ke tangga ketiga dalam senarai keseluruhan ketika ini. Beliau  berdepan tugas mencabar dalam usaha untuk mempertahankan gelaran juara SuperSports 600cc apabila turun beraksi pada pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Suzuka, Jepun pada 1 hingga 3 Jun ini.Lebih mencabar apabila jentera baharu yang digunakan pada musim ini masih belum berada pada tahap terbaik selain turut mengharapkan insiden kemalangan di litar Suzuka sepanjang dua tahun lepas tidak berulang.

"Litar Suzuka bukanlah litar kegemaran saya. Selain faktor bentuk teknikal litar, nasib saya juga tidak begitu baik di sini," jelas pelumba berusia 34 tahun itu.

Tambahnya, "Saya berharap nasib saya lebih baik pada tahun ini. Kami juga telah mengadakan ujian persendirian di sini bersama jentera baharu Kawasaki Ninja ZX6R untuk mendapatkan lebih banyak data jentera untuk menjadikannya lebih kompetitif berbanding di Australia. Saya akan bekerja keras minggu ini untuk kembali ke podium. Mudah-mudahan semua berjalan lancar."

Bendera merah dua kali sebabkan Race 1 ARRC Australia terbatal

Perlumbaan SuperSports 600cc di The Motorsport Motor Bend, Pusingan 2 Kejohanan Perlumbaan Jalan FIM Asia, telah dianggap terbatal berikutan dua kejadian berasingan yang menghendaki kibaran bendera merah sewaktu tempoh perlumbaan.

Perlumbaan 15 pusingan itu dikibarkan merah pada Lap 3 apabila pemimpin perlumbaan Yuki Ito terbabas. Beliau walaubagaimana pun tidak mengalami sebarang ecederaan serious. Persaingan 600cc itu disambung semula untuk baki perlumbaan 9 pusingan tetapi sekali lagi terganggu apabila pemimpin kejohanan Azlan Shah Kamaruzaman jatuh di selekoh yang sama di Lap 3.

Di bawah peraturan ARRC, kibaran dua kali bendera merah ini menyebabkan Race 1 dianggap terbatalk dan tiada mata kejohanan akan diberikan.

Zaqhwan, Azlan pamer aksi positif

Azlan Shah
Dua pelumba Supersports 600cc negara, Md Zaqhwan Zaidi dan Azlan Shah Kamaruzaman mempamer aksi positif apabila menduduki kelompok lima pelumba terpantas ketika sesi latihan bebas pada hari pertama Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, hari ini.

Zaqhwan (Musashi Boon Siew Honda Racing) secara keseluruhan mencatat masa ketiga terpantas dengan catatan 1’38.934s yang dilakukan dalam sesi latihan bebas kedua manakala juara bertahan, Azlan Shah Kamaruzaman (Manual Tech KYT Kawasaki Racing) mencatat masa kelima terpantas, 1’39.205s yang dilakukan dalam sesi latihan bebas ketiga.

Zaqhwan Zaidi
Keminth Kubo (Yamaha Racing Asean) mencipta kejutan apabila muncul pelumba terpantas dengan masa 1’38.902s diikuti pelumba tuan rumah, Decha Kraisart (YAMAHA Thailand Racing Team) dengan masa 1’38.933s. Rakan sepasukan Decha, Ratthapong Wilairot keempat terpantas dengan masa 1’38.944s.

“Sesi latihan ketiga tadi saya banyak menumpukan kepada pelarasan jentera sahaja, dan kami juga menggunakan tayar lama. Beberapa berapa perkara masih boleh dipertingkatkan menjelang sesi kelayakan esok namun setakat ini, keadaan jentera lebih baik berbanding perlumbaan pusingan terakhir tahun lepas dimanak etika itu saya agak bergelut untuk menempatkan diri di kelompok depan. Saya harap semuanya berjalan lancar dan dapat bersaing untuk merebut podium pada minggu ini,” jelas Zaqhwan.

Bagi Azlan pula, dia yakin untuk mencatat masa lebih pantas pada sesi kelayakan dan perlumbaan esok. “Cuaca hari ini sangat panas dan kami juga tidak terlalu menumpukan untuk mencatat masa terpantas pada sesi latihan ketiga. Selain turut menggunakan tayar lama, kami juga hanya menumpukan kepada beberapa pelarasan untuk membantu saya pada hari esok,” jelasnya.

Mohd Helmi Azman
Sementara itu, dalam saingan Underbone 150cc, pengalaman beraksi dalam saingan Asia Talent Cup yang menggunakan jentera Moto3 sebelum ini banyak membantu Mohd Helmi Azman untuk mencatat masa terpantas ketika sesi kelayakan setelah penggunaan tayar licin (tayar slick) serupa digunakan ke atas jentera Underbone pada musim ini.

Pelumba SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team itu muncul pelumba tunggal yang mencatat masa di bawah 2’02s setelah mencatatkan masa terpantas 2’01.998s mengatasi rakan senegara, Mohd Amirul Ariff Musa yang mencatatkan masa terbaik 2’02.206s.

“Saya sudah agak biasa dengan karakter tayar tersebut, jadi sebaik keluar ke litar, saya tidak mengambil masa yang lama untuk mendapatkan keserasian dengan tayar yang digunakan, sebaliknya lebih menumpukan kepada prestasi jentera,” jelas Helmi yang beralih menggunakan jentera Honda bersama pasukan baharu pada musim ini.

Gupita Kresna Wardhana (Yamaha Yamalube SND Factory) mencatat masa ketiga terpantas dengan masa 2’02.786s diikuti dua pelumba RCB Yamaha YY Pang Racing), Md Izzat Zaidi dan Md Adib Rosley dengan masa 2’02.786s dan 2’03.046s.

KEPUTUSAN
(LATIHAN BEBAS)

SUPERSPORTS 600cc 
1 Keminth Kubo (THA) YAMAHA Racing Asean 1:38.902s
2 Decha Kraisart (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 1:38.933s
3 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda 1:38.934s
4 Ratthapong Wilairot (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 1:38.944s
5 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 1:39.205s

ASIA PRODUCTION 250cc
1. Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 1:53.106s
2. Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 1:53.250s
3 Rafid Topan Sucipto (INA) Yamaha Yamalube KYT TJM WR Super Battery 1:53.389s
4 Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 1:53.466s
5 Muklada Sarapuech (THA) A.P. Honda Racing Thailand 1:53.531s

SESI KELAYAKAN
Underbone 150cc
1 Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 2:01.998s
2 Md Amirul Ariff Musa (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 2:02.206s
3 Gupita Kresna (INA) Yamaha Yamalube SND Factory 2:02.236s
4 Md Izzat Zaidi (MAS) RCB Yamaha Y Y Pang Racing 2:02.786s
5 Md Adib Rosley (MAS) RCB Yamaha Y Y Pang Racing 2:03.046s

Azlan Shah teruja dengan keputusan ujian

Azlan Shah Kamaruzaman berasa teruja dengan keputusan ujian pra musim sebelum menjuarai 2018 FIM Asia Racing Racing Championship. Tugas mempertahankan gelaran SuperSports 600cc tahun ini tampak memberangsangkan bagi Azlan apabila dia mencatat masa terpantas dalam kelasnya selepas dua sesi ujian dengan masa 1'38.691s.
Penunggang Manual Tech KYT Kawasaki menghampiri rekod litar sedia ada yang dipegang oleh Decha Kraisart. Azlan mengetuai kontinjen sembilan pelumba Malaysia dalam kategori SuperSports 600cc. Penyertaan pasukan Malaysia di kelas perdana Asia ini kian meriah dengan pengenalan dua pasukan Malaysia dan ONEXOX TKKR Racing dan SIC Junior ZK Racing.




Zaqhwan Zaidi menyempurnakan ujian di tempat keempat terpantas dengan 1'39.042s manakala rakan sepasukannya berjaya menyertai kelompok kesepuluh teratas dengan 1'40.112s. Pendatang baru lain di grid, terutamanya Ramdan Rosli dan Kasma Daniel Kasmayuddin, mencatat tempat ke-12 dan ke-13 masing masing.
Dalam kategori Underbone, Mohd Amirul Ariff Musa sekali lagi menjadi rakyat Malaysia terpantas apabila dia mencatatkan tempat kedua terlaju dengan 2'01.618s. Amirul mengekori juara Gupita Kresna Wardhana yang mencatat masa terpantas dengan 2'01.476s.

Azlan Shah kekal berbisa


Usaha Azlan Shah Kamaruzaman untuk mempertahankan kedudukannya sebagai juara bertahan SuperSports 600cc tampak cerag apabila muncul pelumba terpantas pada hari pertama sesi ujian pra-musim Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu yang berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, hari ini.

Pelumba Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu mendominasi ketiga-tiga sesi ujian dengan mencatatkan masa terpantas 1’38.936s mengatasi pelumba tuan rumah, Decha Kraisart (Yamaha Thailand Racing), 1’39.132s diikuti seorang lagi pelumba negara, Md Zaqhwan Zaidi (Musashi Boon Siew Honda) yang mencatatkan masa terbaik 1’39.190s.

Menurut Azlan, beberapa perubahan yang dilakukan terhadap sistem saspensi jentera menjadi faktor utama yang membantunya mencatat masa terpantas di Buriram. “Masih banyak ruang yang boleh dipertingkatkan pada hari esok dan lebih penting dapat membantu saya untuk memenangi perlumbaan pertama musim ini.”

Rakan sepasukan Azlan, Ahmad Yudhistira muncul pelumba keempat terpantas dengan masa 1’39.197s manakala Ratthapong Wilairot yang beralih ke pasukan Yamaha Thailand Racing Team kelima terpantas dengan masa 1’39.303s.

Tomoyoshi Koyama yang kembali ke kelas SuperSports 600cc setelah semusim beraksi dalam kategori Asia Production 250cc keenam terpantas diikuti Yuki Ito yang hanya keluar ke litar pada sesi ketiga mencatat masa ketujuh terpantas, 1’39.968s.

Taiga Hada, Andi Farid Izdihar dan Azroy Hakeem Anuar melengkapkan senarai 10 pelumba terpantas hari pertama.

Anupab Sarmoon
 Sementara itu kategori Asia Production 250cc dikuasai pelumba Thailand, Anupab Sarmoon (Yamaha Thailand Racing) yang mencatat rekod baharu litar dengan masa 1’53.180s diikuti Rheza Danica Ahrens (Astra Honda Racing) 1’53.779s dan Peerapong Boonlert (Yamaha Thailand Racing), 1’54.124s.

Wahyu Aji Trilaksana
 Dalam kategori Underbone 150cc, catatan terpantas milik Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha Racing Indonesia) dengan catatan 2’02.357s, manakala Md Amirul Ariff Musa muncul pelumba terbaik negara dengan catatan 2’02.371s. Seorang lagi pelumba negara, Md Haziq Fairues (UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia) muncul pelumba ketiga terpantas dengan catatan 2’02.617s.

Pelumba-pelumba Underbone 150cc memanfaatkan sesi ujian pra-musim untuk menyesuaikan diri dengan penggunaan tayar baharu Dunlop yang digunakan musim ini dari jenis kompaun medium Moto3.

Pusingan 1 Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu akan berlangsung pada 2 hingga 4 Mac di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand.


Keputusan Hari Pertama Sesi Ujian Pra-Musim :
SS600cc
1 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 1:38.936s
2 Decha Kraisart (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 1:39.132s
3 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda 1:39.190s
4 Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 1:39.197s
5 Ratthapong Wilairot (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 1:39.303s

AP250cc
1 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 1:53.180s
2 Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 1:53.779s
3 Peerapong Boonlert (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 1:54.124s
4 Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 1:54.437s
5 Muklada Sarapuech (THA) AP Honda Racing Thailand 1:54.559s

Underbone 150cc
1 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 2:02.357s
2 Md Amirul Ariff Musa (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 2:02.371s
3 Md Haziq Md Fairues (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 2:02.617s
4 Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 2:02.892s

5 Gupita Kresna (INA) Yamaha SND Factory 2:02.897s