Usaha Azlan
Shah Kamaruzaman untuk mempertahankan kedudukannya sebagai juara bertahan
SuperSports 600cc tampak cerag apabila muncul pelumba terpantas pada hari pertama sesi ujian
pra-musim Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu yang berlangsung di Litar Antarabangsa
Chang, Buriram, Thailand, hari ini.
Pelumba
Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu mendominasi ketiga-tiga sesi ujian dengan
mencatatkan masa terpantas 1’38.936s mengatasi pelumba tuan rumah, Decha Kraisart
(Yamaha Thailand Racing), 1’39.132s diikuti seorang lagi pelumba negara, Md
Zaqhwan Zaidi (Musashi Boon Siew Honda) yang mencatatkan masa terbaik 1’39.190s.
Menurut
Azlan, beberapa perubahan yang dilakukan terhadap sistem saspensi jentera
menjadi faktor utama yang membantunya mencatat masa terpantas di Buriram. “Masih
banyak ruang yang boleh dipertingkatkan pada hari esok dan lebih penting dapat
membantu saya untuk memenangi perlumbaan pertama musim ini.”
Tomoyoshi
Koyama yang kembali ke kelas SuperSports 600cc setelah semusim beraksi
dalam kategori Asia Production 250cc keenam terpantas diikuti Yuki Ito
yang hanya keluar ke litar pada sesi ketiga mencatat masa ketujuh
terpantas, 1’39.968s.
Taiga Hada, Andi Farid Izdihar dan Azroy Hakeem Anuar melengkapkan senarai 10 pelumba terpantas hari pertama.
Anupab Sarmoon |
Sementara
itu kategori Asia Production 250cc dikuasai pelumba Thailand, Anupab Sarmoon
(Yamaha Thailand Racing) yang mencatat rekod baharu litar dengan masa 1’53.180s
diikuti Rheza Danica Ahrens (Astra Honda Racing) 1’53.779s dan Peerapong
Boonlert (Yamaha Thailand Racing), 1’54.124s.
Wahyu Aji Trilaksana |
Dalam
kategori Underbone 150cc, catatan terpantas milik Wahyu Aji Trilaksana
(Yamaha Racing Indonesia) dengan catatan 2’02.357s, manakala Md Amirul Ariff Musa muncul pelumba terbaik negara
dengan catatan 2’02.371s. Seorang lagi pelumba
negara, Md Haziq Fairues (UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia) muncul pelumba
ketiga terpantas dengan catatan 2’02.617s.
Pelumba-pelumba
Underbone 150cc memanfaatkan sesi ujian pra-musim untuk menyesuaikan diri
dengan penggunaan tayar baharu Dunlop yang digunakan musim ini dari jenis
kompaun medium Moto3.
Pusingan
1 Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu akan berlangsung pada 2 hingga 4
Mac di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand.
Keputusan Hari Pertama Sesi Ujian Pra-Musim :
SS600cc
1 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki
Racing 1:38.936s
2 Decha Kraisart (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 1:39.132s
3 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda 1:39.190s
4 Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 1:39.197s
5 Ratthapong Wilairot (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 1:39.303s
AP250cc
1 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 1:53.180s
2 Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 1:53.779s
3 Peerapong Boonlert (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 1:54.124s
4 Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 1:54.437s
5 Muklada Sarapuech (THA) AP Honda Racing Thailand 1:54.559s
Underbone 150cc
1 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 2:02.357s
2 Md Amirul Ariff Musa (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team
2:02.371s
3 Md Haziq Md Fairues (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor
Asia Team 2:02.617s
4 Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team
2:02.892s
5 Gupita Kresna (INA) Yamaha SND Factory 2:02.897s
No comments:
Post a Comment