Juara
Asia dua kali, Azlan Shah Kamaruzaman yang merupakan pelumba Manual
Tech KYT Kawasaki Racing itu memulakan kempen musim 2017 dengan baik
apabila meraih dua podium sewaktu pusingan pembukaan di Thailand. Namun
begitu, masalah mekanikal menjadi penghalang sewaktu di Australia menyebabkan
Azlan jatuh ke tangga ketiga dalam senarai keseluruhan ketika ini. Beliau berdepan tugas mencabar dalam
usaha untuk mempertahankan gelaran juara SuperSports 600cc apabila turun beraksi pada pusingan ketiga Kejuaraan
Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Suzuka, Jepun
pada 1 hingga 3 Jun ini.Lebih
mencabar apabila jentera baharu yang digunakan pada musim ini masih
belum berada pada tahap terbaik selain turut mengharapkan insiden
kemalangan di litar Suzuka sepanjang dua tahun lepas tidak berulang.
"Litar
Suzuka bukanlah litar kegemaran saya. Selain faktor bentuk teknikal
litar, nasib saya juga tidak begitu baik di sini," jelas pelumba berusia
34 tahun itu.
No comments:
Post a Comment