Showing posts with label Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC). Show all posts
Showing posts with label Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC). Show all posts

Litar licin rencatkan misi Zaqhwan pada Perlumbaan 2 ASB1000

Keadaan jentera yang kurang stabil telah merencatkan misi pelumba Malaysia, Md Zaqhwan Zaidi untuk melakukan penyudah podium kelas ASB1000 pada Perlumbaan 2 Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) FIM 2019 yang berakhir di Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun hari ini.

Pada perlumbaan 11 pusingan itu, Zaqhwan sekadar menduduki tempat kelima dengan masa 27’04.355 saat (s) untuk mengutip 11 mata.

Perlumbaan yang berlangsung dalam keadaan litar licin dan basah itu ternyata menyukarkan rentak pelumba pasukan Honda Asia Dream Racing with Showa itu untuk melancarkan strategi meskipun telah beberapa kali berusaha untuk menempatkan diri di hadapan.

Namun, bagi Zaqhwan, dia tidak kehilangan mata daripada perlumbaan tersebut selepas kejayaannya muncul naib juara pada Perlumbaan 1 semalam.

“Saya buka tidak berusaha untuk mengejar kedudukan podium, tetapi keadaan tidak mengizinkan saya untuk melakukan ke tahap maksimum.

“Saya akui perlumbaan tersebut memang sukar tetapi saya telah melakukan yang terbaik. Keadaan cuaca yang tidak menentu antara faktor yang menjejaskan usaha saya. Selepas hujan, litar licin dan tidak lama kemudian, keadaan agak kering pada hal kami telah memilih untuk menggunakan tayar basah.

“Situasi tersebut menyebabkan jentera kurang stabil dan ‘setting’ juga agak lari gara-gara perubahan cuaca yang begitu mendadak,” jelas Zaqhwan.

Menurutnya, ekoran masalah tersebut dia memilih jalan selamat dan mengekalkan momentum agar tidak kehilangan mata.

Perlumbaan 2 itu dimenangi pelumba Jepun, Shinichi Nakatomi yang mewakili pasukan HiTMAN RC-Koushien Yamaha dengan masa 26’48.314s.

Broc Parkes (Yamaha Racing Team ASEAN) yang muncul juara Perlumbaan 1 semalam, berada di kedudukan kedua dengan catatan masa 26’50.448s manakala Yuki Ito (Yamaha Racing Team ASEAN) di tempat ketiga dengan masa 26’50.898s.

Pelumba pasukan ONEXOX TKKR SAG Racing Team, Azlan Shah Kamaruzaman menamatkan perlumbaan itu di kedudukan keenam dengan masa 27’10.335s.

Rentak Azlan pada perlumbaan itu juga kurang lancar gara keadaan cuaca yang tidak begitu baik.

Selepas berakhirnya perlumbaan hari ini, kedudukan keseluruhan kelak dipimpin oleh Broc dengan 150 mata diikuti Azlan (123 mata) dan Zaqhwan di tempat ketiga dengan 115 mata.

Keputusan Perlumbaan 2 ASB1000 (Lima teratas)
Shinichi Nakatomi (JPN) HiTMAN RC-Koushien Yamaha – 26’48.314s
Broc Parkes (AUS) Yamaha Racing Team ASEAN – 26’50.448s
Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing Team ASEAN – 26’50.898s
Ratthapong Wilairot (THA) Yamaha Thailand Racing Team – 26’56.597s
Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Honda Asia Dream Racing with Showa – 27’04.355s

Kedudukan keseluruhan
Broc Parkes (AUS) Yamaha Racing Team ASEAN – 150 mata
Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) ONEXOX TKKR SAG Racing Team – 123
Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Honda Asia Dream Racing with Showa – 115
Apiwat Wongthananon (THA) Yamaha Thailand Racing Team – 97
Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing Team ASEAN – 95


Saingan Kelas SS600 ARRC Pusingan 4 Suzuka dijangka hebat

Pusingan 4  Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2019 bakal dilangsungkan pada 28 hingga 30 Jun ini di Litar Suzuka, Jepun.

Saingan bagi kelas SS600 nampaknya kan lebih berpihak kepada pelumba pasukan Yamaha Thailand Racing Team, Peerapong Boonlert. Selepas mengharungi 3 pusingan setakat ini, beliau yang muncul juara bagi Perlumbaan 1 dan 2, turut mengungguli Perlumbaan 3 untuk mengumpul mata maksimum dengan 150 mata.

Peerapong muncul juara pada Pusingan 1 di Litar Antarabangsa Sepang pada Mac lalu diikuti Pusingan 2 di The Bend Motorsports Park, Australia dan terbaharu pada Pusingan 3 di Litar Antarabangsa Chang Buriram hujung bulan lalu.

Andai dia berjaya meneruskan penguasaannya pada saingan Pusingan 4 di Suzuka nanti, gelaran juara keseluruhan musim ini sudah pasti berada dalam genggamannya walaupun masih ada dua pusingan lagi untuk diharungi sebelum musim 2019 ini melabuhkan tirainya.

Antara yang mampu untuk menghalang Peerapong daripada mengutip mata maksimum di Suzuka nanti dan mengesahkan kejuaraan lebih awal adalah pelumba Indonesia Andi Farid Izdihar (Astra Honda Racing Team) yang kini berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan 71 mata.
Selain Andi,  Kasma Daniel Kasmayudin (Hong Leong Yamaha Malaysia), Azroy Hakeem Anuar (Muasashi Boon Siew Honda Racing Team), Muhamad Adam Mohd. Norrodin (SIC Junior ZK Racing Team) dan juga Md Ramdan Rosli (ONEXOX TKKR SAG Racing Team), yang kesemuanya menghuni kedudukan lima teratas dalam carta keseluruhan, masih berpeluang untuk menyekat dominasi Peerapong yang sedang berada pada prestasi luar biasa setakat ini.

Situasi ini telah menjadikan persaingan bagi kelas SS600 di Suzukan nanti nyata bakal sengit kerana barisan pelumba yang berada dalam kedudukan lima teratas ini bertekad untuk tidak memberi laluan mudah buat Peerapong di Suzuka nanti.

Bagi pelumba negara, Azroy menyifatkan perjuangan masih belum berakhir kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku ketika berada di atas litar.

Menurut pelumba pasukan Muasashi Boon Siew Honda Racing Team itu, tiada istilah menyerah dalam dirinya kerana persaingan masih terbuka.

“Kami tetap melontarkan cabaran bagi bagi merealisasikan sasaran untuk berada di podium. Pada masa yang sama, prestasi jentera harus berada dalam keadaan terbaik dan stabil kerana ia antara faktor penentu untuk menamatkan setiap perlumbaan dengan penyudah podium.

“Memang tidak dinafikan bahawa jentera Peerapong agak luar biasa ketika saingan di Buriram baru-baru ini, tetapi segala kemungkinan boleh berlaku kerana suasana akan berubah di litar yang berbeza,” jelas Azroy ketika ditemui selepas beraksi pada Kejuaraan Superbike Malaysia 2019 (MSBK) di Sepang baru-baru ini.

Menurutnya, perbezaan mata yang agak jauh antara dia dan Peerapoong disebabkan dia tidak beraksi pada Pusingan 2 di Australia, April lalu kerana jadual perlumbaan bertindih dengan Kejuaraan Moto2 Eropah  (CEV) Sepanyol yang turut di sertai Kasma Daniel.

“Keadaan mungkin akan berubah jika saya tidak terlepas beraksi pada saingan Pusingan 2 itu,” jelas Azroy yang turut mendominasi saingan MSBK600 pada saingan MSBK 2019 di Sepang baru-baru ini.

Azroy kini menghuni tangga ketiga keseluruhan bagi kelas SS600 dengan mengumpul 69 mata manakala Kasma menghuni tangga kelima dengan 65 mata.

Seorang lagi pelumba negara, Adam Norrodin berada di kedudukan keempat selepas meraih 69 mata.

Kedudukan keseluruhan kelas SS600 (Lima teratas)
1. Peerapong Boonlert (Yamaha Thailand Racing Team) – 150 mata
2. Andi Farid Izdihar (Astra Honda Racing Team – 71
3. Azroy Hakeem Anuar (Muasashi Boon Siew Honda Racing Team – 69
4. Muhamad Adam Norrodin (SIC Junior ZK Racing Team) – 69
5. Kasma Daniel Kasmayudin (Hong Leong Yamaha Malaysia) - 65


Kedudukan keseluruhan pasukan (Lima teratas)
1. Yamaha Thailand Racing Team – 150 mata
2. SIC Junior ZK Racing Team – 98
3. Hong Leong Yamaha Malaysia – 89
4. Astra Honda Racing Team – 79
5. Muasashi Boon Siew Honda Racing Team – 71



Broc Parkes terpantas di ujian ARRC semalam


Pelumba Australia, Broc Parkes memberi amaran awal untuk mendominasi saingan kategori Asia Superbike 1000cc (ASB1000) yang mula diperkenalkan pada musim ini setelah mencatat masa terpantas sepanjang dua hari sesi ujian pra-musim Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu di Litar Antarabangsa Sepang yang berakhir hari ini.

Pelumba YAMAHA Racing Team ASEAN yang turut beraksi dalam Kejuaraan Endurance Dunia pada tahun ini mencatat masa terpantas 2’06.075s di litar sepanjang 5.5km ini.
 Rakan sepasukan, Yuki Ito mengekori di belakang dengan catatan terbaik 2’06.767s sambil Thitipong Warokorn (KAWASAKI Thailand Racing Team) ketiga dengan masa 2’06.879s.

Azlan Shah Kamaruzaman (ONEXOX TKKR SAG Racing Team) muncul pelumba terbaik Malaysia dengan catatan keempat terpantas, 2’06.950s manakala Md Zaqhwan Zaidi (Honda Asia-Dream Racing With SHOWA) yang masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan tangan mencatat masa terbaik 2’07.107s.

“Tangan saya masih sakit kesan pembedahan akibat kemalangan yang dialami pada musim lepas. Walaubagaimanapun, saya masih gembira dengan prestasi epanjang dua hari sesi ujian pra-musim ini dan berharap tangan saya semakin kuat menjelang sesi latihan bebas pertama pada Jumaat depan,” jelas Zaqhwan.

Sementara itu, saingan kelas SuperSports 600cc melibatkan barisan pelumba muda Asia berlangsung sengit apabila hanya satu saat membezakan kedudukan enam pelumba terpantas.

Peerapong Boonlert (YAMAHA Thailand Racing Team) mencatat masa terpantas 2’11.015s diikuti pelumba Malaysia, Md Helmi Azman (Musashi Boon Siew HONDA Racing) kedua dengan masa 2’11.294s dan rakan senegara, Kasma Daniel Kasmayuddin (Hong Leong Yamaha Malaysia) ketiga, 2’11.551s.

Andi Farid Izdihar (ASTRA Honda Raciing Team) keempat dengan masa 2’11.553s manakala rakan sepasukan Helmi, Azroy Hakeem Anuar kelima dengan masa 2’11.745s. Bekas pelumba Moto3 negara, Muhamad Adam Mohd Norrodin (SIC Junior ZK Racing Team) keenam dengan catatan terbaik 2’11.818s.

Pusingan 1 ARRC akan berlangsung 8 hingga 10 Mac ini dan tiada sebarang bayaran masuk ke tempat duduk utama dikenakan kepada pengunjung.

Korea kini sebahagian kalendar ARRC 2019

Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) dijangka akan lebih meriah dan sengit dengan pengenalan kelas ASB1000cc dan juga pertambahan kepada tujuh pusingan perlumbaan untuk musim 2019.

Kejuaraan ARRC bakal melibatkan empat kelas perlumbaan iaitu ASB1000 (Asia Superbike), SuperSports 600cc, Asia Production 250cc dan Underbone 150cc dan turut mengekalkan format dua perlumbaan akhir yang digunakan sejak tahun 2000.

Saingan musim 2019 akan membuka tirai dengan sesi ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang pada 5 dan 6 Mei 2019.

 
Pengumuman kalendar musim 2019 oleh FIM Asia bersama Kejuaraan Motosikal Asia adalah seperti berikut:

KALENDAR KEJUARAAN MOTOSIKAL ASIA FIM 2019
Pusingan
Litar
Negara
Tarikh
Ujian pra-musim
Litar Antarabangsa Sepang
MALAYSIA
Mac 5 – 6, 2019
Pusingan 1
Litar Antarabangsa Sepang
MALAYSIA
Mac 8 – 10, 2019
Pusingan 2
The Bend Motorsport Park
AUSTRALIA
April 25 – 28, 2019
Pusingan 3
Litar Antarabangsa Chang
THAILAND
Mei 31 – June 2, 2019
Pusingan 4
Litar Suzuka
JAPAN
Jun 28 – 30, 2019
Pusingan 5
Litar Antarabangsa Korea
SOUTH KOEA
Ogos 9 – 11, 2019
Pusingan 6
Litar Antarabangsa Sepang
MALAYSIA
September 19 – 22, 2019
Pusingan 7
Litar Antarabangsa Chang
THAILAND
November 29 – Disember 1, 2019


Keputusan Asia Production 250CC

ASIA PRODUCTION 250CC
1 Awhin Sanjaya (INA) Astra Honda Racing Team 20:37.542s
2 Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 20:37.580s
3 Andy Muhammad Fadly (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 20:45.417s
4 Rafid Topan Sucipto (INA) Yamaha Yamalube KYT TJM WR Super Battery 20:45.427s
5 Muklada Sarapuech (THA) A.P. Honda Racing Thailand 20:50.937s

Kedudukan Keseluruhan
1 Rheza Danica Ahren (INA) Astra Honda Racing Team 193 mata
2 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 126 mata
3 Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 122 mata
4 Awhin Sanjaya (INA) Astra Honda Racing Team               117 mata
5 Rafid Topan Sucipto (INA) Yamaha Yamalube KYT TJM WR Super battery 113 mata



Haziq Md Fairues juara Perlumbaan 2 UB150

Barisan pelumba negara kembali menguasai perlumbaan Underbone 150cc apabila duo UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team berjaya menamatkan Perlumbaan 2 di atas podium.

Md Haziq Md Fairues berjaya menebus kehampaan Perlumbaan 1 apabila muncul juara perlumbaan dengan masa keseluruhan 18’26.338s manakala Akid di kedudukan ketiga dengan masa 18’26.388s.

Juara Perlumbaan 1, M. Agung Fahrul (Orbit SND CNC Sporting) sekali lagi menaiki podium apabila berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan masa 18’26.344s.

Sementara itu, Md Helmi Azman (SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team) semakin menghampiri gelaran keseluruhan apabila mengumpul 164 mata setelah menamatkan perlumbaan di tempat keenam, 42 mata mengatasi rakan senegara, Md Izzat Zaidi (RCB Yamaha YY Pang Racing) yang tidak beraksi dengan mengumpul 122 mata. Ahmad Fazli Sham (ONEXOX TKKR Racing Team) di tangga ketiga dengan 96 mata.

Pusingan terakhir ARRC akan berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand pada 30 November hingga 2 Disember depan.


UNDERBONE 150CC

1 Md Haziq Md Fairues (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 18:26.338s

2 M. Agung Fahrul (INA) Orbit SND CNC Sporting 18:26.344s

3 Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 18:26.388s

4 Wawan Wello (INA) Yamaha Yamalube SND Factory Yamaha 18:26.584s

5 Reza Fahlevi (INA) Usaha Jaya Racetech Cargloss 18:26.882s



Kedudukan Keseluruhan

1 Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 164 mata

2 Md Izzat Zaidi (MAS) RCB Yamaha YY Pang Racing 122 mata

3 Ahmad Fazli Sham (MAS) ONEXOX TKKR Racing Team 96 mata

4 Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 87 mata

5 Wahyu Aji Trilaksana (INA) YAMAHA Racing Indonesia 83 mata

Zaqhwan terlepas podium kedua ARRC Sentul


Gelaran juara Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) yang berakhir di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia, Ahad lepas menjadi milik pelumba tuan rumah, Andi Farid Izdihar (Astra Honda Racing Team) dengan masa 24’18.014s diikuti Ahmad Yudhistira (Manual Tech KYT Kawasaki Racing) di tempat kedua dengan masa 24’21.200s.

Setelah menamatkan saingan di tempat ketiga pada Perlumbaan 1 pada hari Sabtu, Mohd Zaqhwan Zaidi terlepas peluang meraih podium kedua apabila terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di tempat keempat dalam Perlumbaan 2.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu menamatkan 16 pusingan perlumbaan dengan masa 24’23.515s, hanya 0.220s dibezakan dengan pemenang tempat ketiga, Ratthapong Wilairot (YAMAHA Thailand Racing Team). 

Seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh dengan masa 24’27.910s.

“Saya terpaksa akur dan berpuas hati di tempat keempat setelah bersaing sengit bersama Ratthapong. Walaupun sedikit kecewa, namun saya masih berjaya mengumpul mata untuk menjadikan persaingan memburu gelaran keseluruhan kembali terbuka menjelang perlumbaan terakhir di Thailand nanti,” jelas Zaqhwan.
Anthony West (Webike Ikazuchi Racing) yang tidak beraksi di Sentul masih kekal mendahului kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 136 mata diikuti oleh Azlan Shah dengan 102 mata. Tempat ketiga milik Andi Farid yang mengumpul 99 mata bersama-sama Yudhistira manakala Zaqhwan di kedudukan kelima dengan 94 mata. 

KEPUTUSAN PERLUMBAAN 2, PUSINGAN 5 ARRC

SUPERSPORTS 600CC

1 Andi Farid Izdihar (INA) Astra Honda Racing Team 24:18.014s

2 Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 24:21.200s

3 Ratthapong Wilairot (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 24:23.295s

4 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda Racing 24:23.515s

5 Irfan Ardiansyah (INA) Astra Honda Racing Team Honda 24:27.245s



Kedudukan Keseluruhan

1 Anthony West (AUS) Webike IKAZUCHI Racing 136 mata

2 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 102 mata

3 Andi Farid Izdihar (INA) Astra Honda Racing 99 mata

4 Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 99 mata

5 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda 94 mata




Azlan hanya fokus untuk menang

Pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman kan menumpukan fokus untuk meraih kemenangan dalam perlumbaan pusingan kelima SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di LitarAntarabangsa Sentul, 12 hingga 14 Oktober ini.

Beliau tidak akan membiarkan kontroversi yang melibatkan pencabar utamanya, Anthony West dari Australia yang dikatakan digantung oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIM) berkait ujian dadah. Isu ini sudah pasti akan menjejaskan aksi pendahulu keseluruhan tersebut pada minggu ini.
Menurut Azlan, dia ada membaca mengenai isu tersebut namun tidak dapat dipastikan bilapenggantungan ke atas West itu akan mula berkuatkuasa.

“Saya tidak pasti sama ada dia (West) akan beraksi ataupun tidak. Tidak ada berita khusus mengenainya terutama bilakah hukuman itu akan mula dilaksana ataupun masih perlu menunggu ujian berikutnya sebelum segalanya dikuatkuasa.
“Lagipun, jika benar dia digantung dan tidak boleh beraksi, saya tidak pasti adakah hukuman yang akan diterimanya akan menjejaskan jumlah kutipan mata yang dipungutnya ketika ini. Apa yang penting kepada saya pada minggu ini adalah hanya fokus kepada perlumbaan dan cuba untuk memenangi kedua-dua perlumbaan,” jelas pelumba Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu.
Tambahnya, “Perlumbaan minggu ini sangat penting kepada saya. Ini adalah peluang terbaik untuk merapatkan jurang pungutan mata ketika ini. Selain mendapat sokongan penyokong di Malaysia, sokongan penyokong tuan rumah kepada pasukan ini juga pasti meningkatkan semangat saya untuk menang minggu ini.”

Zaqhwan Zaidi damba mata berharga

Selepas empat pusingan, Mohd Zaqhwan Zaidi yang turut beraksi dalam saingan 1000cc di Kejuaraan Seluruh Jepun kini menduduki tangga kelima keseluruhan Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) dengan mengumpul 65 mata selepas tidak beraksi pada pusingan kedua di Australia. Zaqhwan berhasrat unutuk menamatkan kemarau gelaran juara SuperSports 600cc apabila turun beraksi pada pusingan kelima yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia pada 12 hingga 14 Oktober ini
 Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu yang juga merupakan juara keseluruhan musim 2014 dan 2016 setakat ini masih belum meraih sebarang kemenangan juara sepanjang empat pusingan lepas dengan pencapaian terbaik muncul naib juara pada pusingan keempat yang berlangsung di Madras, India, Ogos lepas.

Kali terakhir Zaqhwan muncul juara ialah pada Perlumbaan 1 sewaktu pusingan keenam ARRC di Litar Buriram, Thailand yang membantunya untuk muncul naib juara keseluruhan di belakang seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman.
 “Saya sangat berharap dapat memenangi perlumbaan pada minggu ini namun rekod saya di sini tidak begitu baik. Pada musim lepas saya sekadar di tempat keempat pada perlumbaan kedua sebelum mengalami kemalangan dan tidak dapat beraksi pada Perlumbaan 2,” jelas Zaqhwan.
Tambahnya, “Namun saingan sudah tentu bukannya mudah, ditambah dengan kehadiran pelumba tuan rumah dan juga faktor keadaan litar yang agak mencabar di sini. Walau bagaimanapun, saya akan memberikan yang terbaik dan turut yakin kemampuan jurutera pasukan untuk menyediakan jentera yang terbaik kepada saya.”



Helmi Azman usaha kekalkan kelebihan

Md Helmi Azman kan perlu waspada dengan ancaman pelumba-pelumba tuan rumah termasuk pelumba wildcard dalam usaha untuk memungut mata maksimum dalam saingan Underbone 150cc Kejuaraan Motosikal Asia di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia pada 12 hingga 14 Oktober ini.
 Pelumba SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team itu kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan 134 mata termasuk hasil dua gelaran juara dan tiga kali penamat di tempat kedua. Berbaki empat perlumbaan dalam dua pusingan terakhir musim ini, Helmi kini 23 mata mengatasi rakan senegara, Md Izzat Zaidi Salehan (RCB Yamaha YY Pang Racing) manakala Ahmad Fazli Sham (ONEXOX TKKR Racing Team) ketiga dengan 88 mata. Sementara itu pelumba tuan rumah, Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha Racing Indonesia) di kedudukan keempat dengan 81 mata. 
 “Pelumba tuan rumah sentiasa mendatangkan ancaman kepada pelumba negara jika di Sentul termasuk pelumba wildcard. Mereka sudah biasa dengan keadaan litar ini dan banyak memberi kelebihan kepada mereka,” jelas Helmi.

“Seperti musim lepas, meskipun saya berjaya menaiki podium dalam kedua-dua perlumbaan tetapi pelumba wildcard mereka, Richard Taroreh memenangi perlumbaan kedua manakala Wahyu turut menaiki podium dalam kedua-dua perlumbaan.
 “Selain itu, saya juga perlu lebih berhati-hati dan mengatur strategi terbaik bersama rakan sepasukan. Sebagai pendahulu, mesti saya menjadi perhatian untuk ditewaskan bagi memberi peluang pelumba negara mereka untuk merapatkan jurang.”

Otai nyata berbisa di ARRC India

Ahmad Fazli Sham menamatkan saingan di Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC)  India dengan cemerlang apabila berjaya meraih gelaran berganda setelah muncul juara Perlumbaan 2 Underbone 150cc dengan masa keseluruhan 18’59.247s.

Mengekori di belakang pelumba ONEXOX TKKR Racing itu ialah Md Helmi Azman (SCK Rapido Hi Rev Honda Racing) yang menamatkan perlumbaan dengan masa 18’59.355s manakala rakan sepasukan Helmi, Travis Hall berjaya meletakkan nama selaku pelumba Australia pertama menjejakkan kaki di podium dalam kelas tersebut dengan penamat di tempat ketiga.
Dua gelaran naib juara di India membantu Helmi untuk terus menjarakkan diri selaku pendahulu keseluruhan dengan mengumpul 134 mata manakala Md Izzat Zaidi (RCB Yamaha YY Pang Racing) kekal di tangga kedua dengan 111 mata sementara Fazli melonjak ke tangga ketiga dengan 88 mata.





UNDERBONE 150CC
1 Ahmad Fazli Sham (MAS) ONEXOX TKKR Racing Team 18:59.247s
2 Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 18:59.355s
3 Travis Hall (AUS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 19:03.008s
4 Md Adib Rosley (MAS) RCB Yamaha YY Pang Racing 19:15.249s
5 Md Aiman Azman (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 19:20.504s

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 134 mata
2 Md Izzat Zaidi (MAS) RCB Yamaha YY Pang Racing 111 mata
3 Ahmad Fazli Sham (MAS) ONEXOX TKKR Racing Team 88 mata
4 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 81 mata
5 Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 71 mata

Zaqhwan pasrah di tempat keempat Perlumbaan 2 ARRC India

Pelumba negara, Mohd Zaqhwan Zaidi terlepas kedudukan podium apabila menamatkan perlumbaan di tempat keempat pada Perlumbaan 2 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berakhir di Litar Lumba Motor Madras, India, semalam. Zaqhwan yang bermula dari petak ketiga terpaksa berpuas hati di tempat keempat sekalipun seringkali berada di kedudukan podium ketika bersaing sengit bersama-sama Koyama dan Haida namun akur dipintas oleh kedua-dua pelumba itu pada penghujung perlumbaan dan melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 27’18.209s.
 “Saya agak kecewa dengan prestasi hari ini kerana pada satu ketika sudah berada di kedudukan podium. Namun, inilah perlumbaan, sebarang kesilapan boleh membawa kekecewaan. Saya sudah mencuba yang terbaik dan turut berterima kasih kepada seluruh pasukan yang telah bekerja keras pada minggu ini. Kami akan cuba membuat yang lebih baik selepas ini di Indonesia, jelas Zaqhwan.




West juara berganda di ARRC India

Pelumba Australia, Anthony West terus mempamerkan aksi cemerlang apabila meraih kemenangan berganda dalam saingan SuperSports 600 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berakhir di Litar Lumba Motor Madras, India, hari ini.

Selepas muncul juara dalam Perlumbaan 1, semalam, West sekali lagi beraksi cemerlang apabila menamatkan 16 pusingan perlumbaan bersendirian ke garisan penamat dengan masa keseluruhan 27’10.157s mengatasi Tomoyoshi Koyama (Musashi Boon Siew Honda Racing) yang bergelar naib juara dengan masa 27’17.240s diikuti Taiga Hada (Idemitsu Honda Racing India by T.Pro Ten10) ketiga dengan masa 27’17.568s.
 Dua kemenangan di India meletakkan West terus menerajui kedudukan keseluruhan dengan mengumpul  136 mata sementara seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman yang menamatkan perlumbaan di tempat kelima naik ke tangga kedua dengan mengumpul 85 mata.

Pelumba Jepun, Yuki Ito yang terjatuh pada selekoh terakhir perlumbaan ketika sedang berada di kedudukan keempat turun ke tangga ketiga dengan 76 mata.
KEPUTUSAN PERLUMBAAN 2
SUPERSPORTS 600CC
1 AnthonyWest (AUS) Webike IKAZUCHI Racing 27:10.157s
2 Tomoyoshi Koyama (JPN) Musashi Boon Siew Honda Racing 27:17.240s
3 Taiga Hada (JPN) Idemitsu Honda Racing India by T.Pro Ten10 27:17.568s
4 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda Racing 27:18.209s
5 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing Kawasaki 27:21.189s

Kedudukan Keseluruhan
1 Anthony West               (AUS)   Webike IKAZUCHI Racing 136 mata
2 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 85 mata
3 Yuki Ito (JPN)  Yamaha Racing Asean 76 mata
4 Tomoyoshi Koyama (JPN) Musashi Boon Siew Honda 66 mata
5 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda 65 mata


Anthony West hampiri kejuaraan Asia 2018

Pemimpin kejuaraan SuperSports 600cc, Anthony West kini satu langkah lebih dekat untuk dinobatkan sebagai juara Asia 2018 setelah dia memenangi perlumbaan pertama di Madras Motor Race Track, India.

Pelumba Webike IKAZUCHI Racing tersebut memulakan perlumbaan 16 pusingan dari kedudukan petak pertama selepas mencatat rekod pusingan baharu dengan catatan masa 1'40.585s. Walaupun kelihatan agak gugup pada permulaan perlumbaan, West tidak lama kemudian berusaha untuk memastikan kemenangan dengan jumlah masa 27'35.304s. Ini merupakan kemenangan ketiga bagi pelumba Australia tersebut untuk musim ini dan telah memperluaskan jurang kelebihannya kepada 35 mata.


Laluan West ke kejuaraan Asia ini menjadi lebih mudah apabila pesaing utamanya mengalami kemalangan di Madras Motor Race Track. Azlan Shah Kamaruzaman terjatuh di Lap 7, dengan melibatkat pelumba Thai Decha Kraisart. Yuki Ito, seorang lagi pencabar West selesai ditempat kelapan.

Sementara itu, dua pelumba yang mengiringi West podium, Mohd Zaqhwan Zaidi yang menduduki tempat kedua dan Taiga Hada yang ketiga, tidak berada dalam kedudukan yang mampu mencabar kejuaraan tahun ini.

Dalam kelas Pengeluaran Asia 250cc, Mohd Hafiz Nor Azman dari pasukan CKJ Yamaha Racing merupakan pelumba terbaik Malaysia di tempat ketujuh. Kontinjen Indonesia menyapu bersih podium Race 1 dengan Rheza Danica Ahrens di tempat pertama, Mario Suryo Aji di tempat kedua dan Rey Ratukore di tempat ketiga.

Zaqhwan Zaidi naib juara SuperSports 1 ARRC India

Meskipun gagal menepati sasaran, pelumba negara, Mohd Zaqhwan Zaidi tetap berpuas hati apabila muncul naib juara Perlumbaan 1 SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berlangsung di Litar Lumba Motor Madras, Chennai, India, semalam.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing yang bermula dari petak ketiga itu menamatkan 16 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 27’35.304s di belakang juara yang juga pendahulu keseluruhan, Anthony West (Webike Ikazuchi Racing) yang menamatkan perlumbaan dengan masa 27’35.304s.

Tempat ketiga milik Taiga Hada (Idemitsu Honda Racing India by T.Pro Ten10) dengan masa 27:36.885s manakala seorang lagi pencabar kejuaraan, Azlan Shah Kamaruzaman gagal menamatkan perlumbaan. 

“Perlumbaan hari ini sangat sukar terutama faktor cuaca yang berubah-ubah. Selain itu, saya juga bermula agak perlahan dan sedikit ketinggalan pada awal perlumbaan,” jelas Zaqhwan.
Tambahnya, “Saya cuba untuk mengejar dan memberikan saingan kepada West pada penghujung perlumbaan namun disebabkan jurang yang agak jauh menyebabkan saya gagal untuk mendekatinya. Namun, secara keseluruhan saya berpuas hati dengan gelaran naib juara dan akan mencuba yang lebih baik pada perlumbaan kedua esok.”
Gelaran juara meletakkan West selesa menerajui kedudukan keseluruhan dengan 111 mata diikuti Yuki Ito (Yamaha Racing Asean) kedua dengan 76 mata manakala Azlan Shah jatuh ke tangga ketiga dengan 74 mata.

KEPUTUSAN PERLUMBAAN 1
SUPERSPORTS 600
1 Anthony West (AUS) Webike IKAZUCHI Yamaha Racing 27:35.304s
2 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda Racing 27:35.629s
3 Taiga Hada (JPN) Idemitsu Honda Racing India by T.Pro Ten10 27:36.885s
4 Andi Farid Izdihar (INA) Astra Honda Racing Team 27:37.007s
5 Tomoyoshi Koyama (JPN)  Musashi Boon Siew Honda Racing 27:37.724s

Kedudukan Keseluruhan
1 Anthony West (AUS) Webike IKAZUCHI Racing 111 mata
2 Yuki Ito (JPN)  Yamaha Racing Asean 76 mata
3 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 74 mata
4 Keminth Kubo (THA) Yamaha Racing Asean 57 mata
5 Ratthapong Wilairot (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 56 mata

ASIA PRODUCTION 250
1 Rheza Danica Ahren ( INA) Astra Honda Racing Team 21:53.4
2 Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 21:53.5
3 Reynaldo C. Ratukore (INA) ONEXOX TKKR Racing Team 22:01.9
4 Rafid Topan Sucipipto (INA) Yamaha Yamalube KYT TJM WR Super Battery 22:04.5
5 Awhin Sanjaya (INA) Astra Honda Racing Team 22:05.3

Kedudukan Keseluruhan
1 Rheza Danica Ahren (INA) Astra Honda Racing Team 148 mata
2 Mario Suryo Aji (INA)  Astra Honda Racing Team 122 mata
3 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 92 mata
4 Awhin Sanjaya (INA)   Astra Honda Racing Team 63 mata
5 Muklada Sarapuech (THA) AP Honda Racing Thailand 62 mata

Zaqhwan ungguli latihan bebas ARRC India

Pelumba negara, Md Zaqhwan Zaidi mengungguli sesi latihan bebas SuperSports 600cc pada hari pertama Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) dengan merakamkan masa terpantas 1’41.306s di Litar Lumba Motor Madras, India, hari ini.

Catatan terbaik Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu mengatasi catatan pelumba Australia yang merupakan pendahulu keseluruhan, Anthony West (Webike IKAZUCHI Racing) yang mencatatkan masa terbaik 1’41.388.

Pelumba muda negara yang juga merupakan rakan sepasukan Zaqhwan, Azroy Hakeem Anuar beraksi dengan cemerlang apabila muncul pelumba ketiga terpantas setelah merakam masa terbaik 1’41.677s. Sementara itu, seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman mencatat masa ketujuh terpantas dengan catatan 1’41.910s.
“Walaupun masih kepenatan, namun fizikal dan mental saya berada di tahap terbaik setelah pencapaian cemerlang sewaktu saingan Kejuaraan Endurance Dunia Suzuka 8-Hour di Jepun minggu lepas. Momentum itu saya teruskan di sini minggu ini,” jelas Zaqhwan.
Tambahnya, “Dari segi jentera, semuanya berada pada tahap terbaik namun ia masih boleh dipertingkatkan lagi memandangkan saya masih belum dapat memecah rekod catatan masa musim lepas. Saya berharap dapat melakukannya hari esok pada sesi kelayakan dan seterusnya dapat memuakan perlumbaan dari barisan depan.”
Kategori Asia Production 250cc dikuasai oleh pelumba Indonesia, Rheza Danica Ahrens (Astra Honda Racing Team) dengan catatan terbaik 1:48.030s diikuti Anupab Sarmoon (YAMAHA Thailand Racing TEAM), 01:48.252s dan rakan sepasukan Rheza, Mario Suryo Aji ketiga dengan catatan 1:48.775s.
Hafiz Nor Azman (CKJ Yamaha Racing Team) muncul pelumba terbaik negara dengan catatan 1:50.070s.
 
Keputusan Sesi Latihan Bebas
SuperSports 600cc
1 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda 1:41.306s
2 Anthony West (AUS) Webike IKAZUCHI Racing 1:41.388s
3 Azroy Hakeem Anuar (MAS) Musashi Boon Siew Honda 1:41.677s
4 Ratthapong Wilairot (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 1:41.828s
5 Taiga Hada (JPN) Idemitsu Honda Racing India by Ten10 1:41.838s
6 Decha Kraisart (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 01:41.858s
7 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 1:41.910s

Asia Production 250cc
1 Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 01:48.030s
2 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 01:48.252s
3 Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 01:48.775s
4 Reynaldo C. Ratukore (INA) ONEXOX TKKR Racing Team 01:48.853s
5 Andy Muhammad Fadi (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 01:49.510s

Akid damba podium di ARRC India

Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) turun beraksi di Litar Lumba Motor Madras, Chennai, India pada 3 hingga 5 ogos ini memberi misi baharu kepadv pelumba Underbone 150cc, Mohd Akid Aziz iaitu untuk meraih gelaran juara yang pertama pada musim ini.

Sepanjang tiga pusingan yang lepas, pelumba Uma Racing Yamaha Maju Motor Asia Team itu masih belum mengecapi gelaran juara  namun begitu telah berjaya meraih dua podium setakat ini dengan gelaran naib juara di Suzuka dan ketiga sewaktu di Australia.
 Akid yang juga merupakan juara bertahan kini berada di kedudukan keempat keseluruhan dengan 71 mata, 23 mata di belakang pendahulu, Md Helmi Azman (SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing Team).
“Rakan sepasukan, Md Haziq Fairues telah memenangi perlumbaan sewaktu di Australia, dan ini membuktikan bahawv jentera kami kekal kompetitif pada musim ini. Saya yakin yang saya juga mampu untuk menaiki podium sebagai juara pada baki tiga lagi pusingan musim ini,” jelas Akid.
Tambahnya, “Saya juga tidak begitu bimbang tentang usaha untuk mempertahankan gelaran keseluruhan kerana jurang perbezaan mata masih belum begitu jauh.
 “Paling penting saya mahu mencari kemenangan pertama terlebih dahulu di India minggu ini dan kemudian barulah saya memikirkan tentang strategi untuk mempertahankan gelaran keseluruhan.”

Izzat tangkis kemarau podium Malaysia

Mohd Izzat Zaidi Salehan mengubat kekecewaan barisan pelumba negara apabila berjaya menghadiahkan podium setelah menamatkan perlumbaan di tangga ketiga dalam kategori Underbone 150cc.

Peluma RCB Yamaha YY Pang Racing itu menamatkan enam pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 16’04.945s di belakang juara, Gupita Kresna ( Yamaha Yamalube SND Factory) dan Wahyu Aji Trilaksana (YAMAHA Racing Indonesia) sebagai naib juara.

Jumlah 16 mata yang dipungut sebagai pemenang tempat ketiga meletakkan Izzat di tangga kedua dalam senarai keseluruhan dengan mengumpul 93 mata, satu mata di belakang juara Perlumbaan 1, Mohd Helmi Azman (SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team) manakala Wahyu ketiga, 72 mata.

UB150
1 Gupita Kresna (INA) Yamaha Yamalube SND Factory 16'04.836s
2 Wahyu Aji Trilaksana (INA) YAMAHA Racing Indonesia 16'04.899s
3 Md Izzat Zaidi (MAS) RCB Yamaha Y Y Pang Racing 16'04.945s
4 Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 16'05.181s
5 Syahrul Amin (INA) Yamaha Yamalube SND Factory 16'05.316s

Kedudukan Keseluruhan
1  Mohd Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 94 mata
2 Md Izzat Zaidi (MAS) RCB Yamaha YY Pang Racing 93 mata
3 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 72 mata
4 Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 71 mata
5 Gupita Kresna Wardhana (INA) Yamaha Yamalube SND Factory 58 mata

Pelumba Indonesia sapu bersih AP250 di Suzuka

Kategori Asia Production (AP250) telah dikuasai oleh duo Astra Honda Racing Team, Rheza Danica Ahrens dan Mario Suryo Aji. Rheza memenangi perlumbaan keempatnya pada musim ini dengan masa keseluruhan 19’53.378s diikuti Mario dengan masa 20’02.030s. Andy Muhammad Fadly (Manual Tech KYT Kawasaki Racing) di kedudukan ketiga dengan masa 20’02.228s. Kemenangan ini meletakkan Rheza selesa mendahului kedudukan keseluruhan dengan 123 mata.

Pelumba CKJ Yamaha Racing, Ahmad Afif Amran menctat keputusan terbaik peribadi dan juga buat barisan pelumba negara apabila berjaya menamatkan perlumbaan di tempat keempat dalam kategori ini, dengan masa keseluruhan 20’02.642s.

AP250
1 Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 19'53.378s
2 Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 20'02.030s
3 Andy Muhammad Fadly (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 20'02.228s
4 Ahmad Afif Amran (MAS) CKJ Yamaha Racing 20'02.642s
5 Akito Narita (JPN) Team HIRO 20'02.718s

Kedudukan Keseluruhan
1 Rheza Danica Ahren (INA) Astra Honda Racing Team 123 mata
2 Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 102 mata
3 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 92 mata
4 Muklada Sarapuech (THA) AP Honda Racing Thailand 62 mata
5 108 Andy Muhammad Fadly (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 58 mata