Pelumba
Hong Leong Yamaha Malaysia, Mohd Ramdan Rosli telah mencipta kejutan apabila berjaya
menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dalam Perlumbaan 2 setelah
Perlumbaan 1 dibatalkan sekaligus meraih podium pertamanya dalam kelas
SuperSports 600cc sewaktu di Australia.
Kejuaraan
Motosikal Asia FIM (ARRC) kini bertandang ke
Litar Suzuka, Jepun bagi menghadapi perlumbaan pusingan ketiga pada 1 hingga 3 Jun ini.
"Podium
di Australia menjadi pembakar semangat saya untuk beraksi dengan lebih
baik di sini. Walaupun mungkin faktor nasib juga membantu saya
tetapi ia tak boleh dicapai tanpa usaha saya dan pasukan sepanjang
minggu tersebut.
"Namun
begitu, memang tidak dinafikan bukan tugas mudah untuk menaiki podium
di Suzuka terutama dengan kehadiran ramai pelumba Jepun dan juara musim
lepas, Anthony West yang kembali beraksi pada pusingan ini," jelas
Ramdan yang kali terakhir beraksi di litar Suzuka pada tahun 2013.
No comments:
Post a Comment