Statistik rasmi menjelang perlumbaan MotoGP di Sepang

 Statistik Rasmi Grand Prix Motosikal Shell Malaysia
Ini merupakan acara Grand Prix motosikal ke-27 yang akan diadakan di Malaysia dan di bawah adalah beberapa fakta dan angka yang berkaitan dengannya:

  • Grand Prix Malaysia pertama telah diadakan pada tahun 1991 dan telah berlangsung saban tahun sejak itu, di tiga litar yang berbeza; Shah Alam, Johor dan Sepang.
  • Grand Prix Malaysia pertama yang diadakan di litar Shah Alam pada tahun 1991 menyaksikan kemenangan pertama di kelas utama untuk John Kocinski yang menunggang Yamaha. Penunggang Itali menguasai kelas yang lebih kecil dengan Luca Cadalora (Honda) memenangi perlumbaan 250cc dan Loris Capirossi (Honda) dalam perlumbaan 125cc.
  • Litar Shah Alam menganjurkan acara itu selama tujuh tahun sebelum GP Malaysia ke Johor untuk satu tahun pada 1998. GP Malaysia pertama yang akan diadakan di Sepang pada tahun 1999 dan ini akan menjadi kali ke-19 ia nya diadakan di Sepang.
  • Honda mempunyai lima kemenangan di litar Sepang di era MotoGP™, termasuk selama empat tahun berturut-turut dari 2012 hingga 2015 - tiga kemenangan dari Dani Pedrosa dan satu dari Marc Marquez. Penunggang Honda yang pertama melintasi garisan penamat Sepang tahun lepas ialah Jack Miller di tempat kelapan.
  • Yamaha juga mempunyai lima kemenangan MotoGP™ di Sepang, yang terakhir adalah oleh Valentino Rossi pada 2010.
  • Ducati telah meraih empat MotoGP™ kemenangan di Sepang, termasuk oleh Andrea Dovizioso tahun lepas. Kemenangan oleh Dovizioso tahun lepas adalah podium pertama untuk Ducati di Sepang sejak Casey Stoner memenangi perlumbaan pada tahun 2009.
  • Sepang adalah litar yang paling berjaya bagi Ducati, dengan empat kemenangan sebelum 2017 - menyamai jumlah kemenangan untuk Ducati di Motegi dan Phillip Island.
  • Keputusan terbaik untuk Suzuki di Sepang dalam era MotoGP™ merupakan tempat kelima pada 2010 dengan Alvaro Bautista. Suzuki memenangi perlumbaan 500cc di Sepang pada 1999 2000 dengan Kenny Roberts.
  • Untuk selama tiga tahun berturut turut yang lepas, pelumba yang menduduki petak utama permulaan telah mucul juara di Sepang MotoGP™.
  • Pelumba paling berjaya di litar Sepang ialah Valentino Rossi dengan enam kemenangan GP (1 x 500cc, 5 x MotoGP).  Yang paling berjaya seterusnya, dengan lima kemenangan, adalah Dani Pedrosa (1 x 125cc, 1 x 250cc, 3 x MotoGP).
  • Tujuh perlumbaan Moto2™ yang berlangsung di Sepang telah dimenangi oleh enam pelumba yang berbeza: 2010 - Roberto Rolfo, 2011 - Tom Luthi, 2012 -Alex de Angelis, 2013 - Tito Rabat, 2014 - Maverick Viñales, dan 2015 & 2016 - Johann Zarco.
  • Lima perlumbaan Moto3™ yang berlangsung di Sepang telah dimenangi oleh lima pelumba yang berbeza: 2012 - Sandro Cortese, 2013 - Luis Salom, 2014 - Efren Vazquez, 2015 Miguel Oliveira dan 2016 - Francesco Bagnaia.
Statistik rasmi yang disusun oleh Dr. Martin Raines

Jika saya perlu bertarung, saya akan berjuang - Marquez

Morbidelli, Rossi, Dovizioso, Marquez, Viñales, Zarco
 Satu persidangan akhbar telah diadakan menjelang Grand Prix Motosikal Shell Malaysia hujung minggu ini. Pendahulu kejohanan Marc Marquez (Repsol Honda Team), saingannya Andrea Dovizioso (Pasukan Ducati), Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3), Franco Morbidelli (EG 0,0 Marc VDS), Valentino Rossi dan Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP) telah hadir bersama-sama untuk bercakap mengenai hujung minggu ini bilamana kedua-dua gelaran MotoGP™ dan Moto2™ menjadi titik penentu perebutan buat kali pertama.
Marquez
Marc Marquez kini berada dalam kedudukan 33 mata di depan pencabar terdekatnya Dovizioso dan bakal melakukan serangan pertamanya untuk gelaran juara keseluruhan. "Salah satu sasaran utama adalah berusaha menamatkan perlumbaan, dan berada pada tahap yang sama dengan mentaliti yang sama, namun jelas ia nya nyata terasa sedikit berbeza dan ia adalah hujung minggu yang istimewa. Tetapi sebaliknya, saya mempunyai motivasi dan mentaliti yang sama dan saya akan cuba untuk menjalani sesi latihan secara maksimum untuk bersedia bagi perlumbaan akhir, dan kami akan melihat bagaimana kami boleh bertarung dan menyelesaikan persaingan hari Ahad. Ramai pelumba yang pantas di sini, dan kami melakukan banyak latihan di sini semasa ujian pramusim, jadi ia akan menjadi hujung minggu yang sengit. Saya mempunyai beberapa kelebihan dan kekurangan di litar ini pada masa lalu, jadi ia nya bukanlah salah satu litar terbaik saya. Kita akan lihat apa yang boleh kita capai hujung minggu ini. Tetapi saya mempunyai kelebihan yang baik dengan dua perlumbaan berbaki, dan kami akan cuba untuk berada pada tahap yang baik dan memikirkan tentang kejuaraan. Tetapi jika saya perlu bertarung, saya akan berjuang."
Dovizioso
Andrea Dovizioso juga bercakap hal yang sama, dengan mengatakan dia akan mencuba sebaiknya untuk mengekalkan persaingan gelaran keseluruhan: "Selepas penamat yang buruk di Phillip Island, saya pergi ke Langkawi selama tiga hari, dan saya menikmati cuaca dan pantai bersedia untuk hujung minggu ini. Kami tahu ia nya sukar tapi pintu kejuaraan masih terbuka dan kami akan cuba segalanya. Kita perlu bersedia dalam semua keadaan. Tahun lepas ia merupakan kemenangan dan pertempuran yang menakjubkan dengan Valentino dan Iannone. Saya mempunyai kenangan yang baik dan saya sangat gemar menunggang di litar ini. Pada masa lalu di litar kering kami tidak begitu kompetitif, tetapi saya menjangkakan ia nya akan berbeza tahun ini. Kami akan cuba mendapatkan hasil yang terbaik, dan kemudian kami akan melihat apa yang dilakukan Marc dan pelumba lain. Kami turun hujung minggu ini untuk memenangi perlumbaan, dan harapan ini tidak akan kami ubah."
Viñales
Persaingan bagi mahkota kejuaraan kini hanya di antara kedua dua mereka, dan tekanan tidak lagi dirasai Viñales. Selepas satu langkah besar ke hadapan di Phillip Island, pelumba ini yakin menjelang Sepang, dan mampu menyulitkan keadaan bagi pelumba lain di hadapan. "Saya begitu menikmati acara di Phillip Island. Saya tidak mengharapkan untuk berada di podium kerana saya kehilangan beberapa saat apabila saya bersentuhan dengan Iannone tetapi saya mendesak sepenuhnya. Tetapi kami telah mampu memulihkan maklumbalas terutamanya dengan tayar depan, dan ini penting bagi Sepang. Mari kita lihat apa yang boleh kami lakukan pada hujung minggu ini tetapi saya yakin kita boleh melakukan satu lagi persembahan yang hebat. Ini adalah satu litar yang saya suka, saya sentiasa laju dan dengan keputusan yang baik, dan ia nya juga baik untuk Yamaha. Dan saya juga rasa baik dalam keadaan yang sukar. Kami bergelut sepanjang tahun di semua litar basah dan kemudian dalam masa 20 minit kami mendapat jawapannya! Mungkin akan hujan di sini, dan ini akan membuka peluang untuk membuktikan yang kami telah menjumpai jawapan tersebut."
Rossi
Kebanyakan penunggang telah bercakap tentang GP Australia dan persaingan yang luar biasa, termasuk Rossi. Beliau merupakan pelumba yang paling berjaya di litar itu dengan rekod enam kemenangan. Anak Itali tersebut sangat menyukai litar tersebut, tetapi ia adalah hujung minggu yang paling sukar baginya untuk tahun ini: "Ia merupakan satu keseronokan untuk bertarung dalam perlumbaan di Phillip Island. Dan ia merupakan keputusan yang penting, terutama bagi saya selepas kecederaan, dan juga untuk pasukan. Saya amay menyukai trek ini, saya menunggang jentera 250 ketika di sini untuk kali pertama dan ia sangat mengujakan untuk menunggang jentera MotoGP. Tetapi sepertinya cuaca buruk telah mengikuti kami di mana-mana sepanjang musim! Kami akan berusaha bersaing dalam semua keadaan. Saya tidak sekuat seperti tahun lepas dalam keadaan basah, tetapi kami berharap untuk menjadi kuat. Sepang akan menjadi perlumbaan yang paling mencabar musim ini kerana ia sangat panas."
Zarco
Sementara itu, Johann Zarco berpendapat GP Australia merupakan langkah penting, dan menyedari bahawa dia tiba di Malaysia dengan pengalaman yang lebih banyak berbanding dengan ujian: "Apabila saya menyaksikan kembali persaingan di Phillip Island, melihat semua orang yang potong memotong, dan saya senang menjadi sebahagian daripada mereka, berjuang di peringkat tertinggi, dan saya gembira dengan hujung minggu yang dilalui. Kami mempunyai peningkatan yang baik yang saya harapkan yang sama juga di sini. Jika saya dapat merasakan perasaan yang sama, saya ingin menjadi sebahagian daripada perjuangan untuk podium atau untuk kemenangan. Saya menyimpan harapan untuk kembali ke sini pada hari Ahad ini! Pantas di Phillip Island merupakan pengalaman emosi yang istimewa, tetapi di sini agak berbeza kerana kami diuji di sini. Dan saya dapat merasai pengalaman yang telah saya peroleh dari bulan Februari hingga Oktober. "
Morbidelli
Franco Morbidelli merupakan penyumbang akhir dalam pusingan pertama soalan. Tidak mempunyai sebanyak kelebihan seperti Marquez, dia masih mempunyai kesempatan yang tinggi untuk menguasai gelaran hujung minggu ini. Tenang seperti biasa, pelumba Itali itu berkata dia akan berusaha seperti biasa: "Saya akan cuba menghadapi hujung minggu ini seperti biasanya. Saya tahu ia akan menjadi agak sukar dan ia tidak akan menjadi GP yang biasa tetapi saya akan cuba untuk bertenang, lakukan tugas saya dan menunggang secepat mungkin. Saya sangat sukakan Sepang, terutamanya dengan permukaan baru dengan benjolan yang berkurangan sekarang. Ia sangat bagus untuk menunggang di sini. Mudah-mudahan ia akan menjadi kering atau basah, saya lebih sukakan cuaca cerah. Di Australia kedua-dua KTM kami benar-benar pantas, saya cuba mendapatkan lebih banyak mata dan bertarung dengan Binder tetapi tidak dapat mengalahkannya pada akhirnya. Tapi tempat ketiga adalah baik untuk Kejuaraan. "Kejuaraan MotoGP™ dan Moto2™ pastinya tetap menjadi buah mulut hujung minggu. Aksi di litar kini bermula pada hari Jumaat pagi, sebelum semuanya berada di garis penentuan tibanya hari Ahad."

Marc Marquez - Rashid Sidek juara!


Menjelang Grand Prix Motosikal Shell Malaysia, pendahulu kejuaraan Marc Marquez (Pasukan Repsol Honda) dan Jorge Lorenzo dari pasukan Ducati menghadapi persaingan yang berbeza - di gelanggang badminton! Berpaangan dengan pemenang pingat perak Olimpik Yap Kim Hock dan Rashid Sidek di Velodrom Nasional Malaysia di Nilai, kedua-dua mereka bersaing untuk melihat siapa yang akan memenangi pertandingan pertama hujung minggu.

"Sukar untuk bermain,"  ujar Marquez sambil tersenyum , yang mencuba acara itu buat julung kalinya. "Ia kali pertama saya bermain dan sukar untuk memahami kelajuan bola tangkis ini. Saya berpeluh sedikit! "

Marquez bagaimanapun cepat memahami permainan ini, dan mampu mendahului pesaingnya Lorenzo, yang bermain juga dengan bersemangat walaupun masih berada dalam kesakitan selepas kemalangan di Pulau Phillip.

"Saya mencuba tetapi saya tahu ia akan agak sukar," kata pelumba Ducati, yang mengalami kemalangan dalam sesi latihan untuk GP Australia. "Saya masih mengalami kesakitan di bahu dan pergelangan kaki jadi ia nya tidak mudah, tetapi kami berseronok dengan Marc dan bermain secara profesional. Ia adalah pengalaman yang menarik ... sama dengan tenis tapi sedikit berbeza! "

Selepas beberapa perlawanan pertama, lagenda MotoGP™ Mick Doohan membuat penampilan wildcard di penghujung acara ketika dia masuk untuk menggantikan Lorenzo. "Ia bukan mudah," jelas pelumba berbangsa Australia itu. "Pada mulanya, saya fikir ia akan menjadi dan beberapa hits pertama adalah ok ... tapi kemudian saya kehilangan rentak permainan! Tetapi ia adalah acara kecil yang menyeronokkan dan saya tidak pernah mencubanya sebelum ini, jadi ia menyeronokkan. "

Marquez juga gembira telah mengambil bahagian, dan di ambang perlumbaan pertama di mana dia boleh meraih gelaran juara, berkata ia amat bagus untuk mengalihkan perhatian dari dunia dua roda buat seketika: "Ia amat bagus untuk mempunyai acara seperti ini. Ia membantu anda melupakan motosikal seketika dan melupakan tekanan hujung  minggu perlumbaan! "


Tetapi persaingan tetap persaingan, dan penyandang nombor 93 memenangi permainan itu - sesuatu yang akan cuba diulanginya hujung minggu ini apabila perebutan gelaran mencecah titik kemuncak di Litar Antarabangsa Sepang.

Lorenzo tidak sabar untuk kembali ke litar, memandangkan litar Sepang merupakan tempat yang lebih sesuai bagi Ducati. "Ia adalah trek yang sangat berbeza," jelas anak Majorcan tersebut. "Membrek keras dan selekoh perlahan, tidak seperti Phillip Island. Ia nya juga lebih luas ... ia sepatutnya lebih baik untuk jenetera kami. Phillip Island adalah hujung minggu yang sukar jadi kami berharap untuk berlumba lebih baik di sini. "

Mentaliti Marquez tetap sama menjelang hujung minggu walaupun inilah peluangnya untuk meraih gelaran, dengan tumpuan untuk meningkatkan cabaran dan tetap tenang di bawah tekanan.

"Kami akan cuba memberikan 100%, fokus dan mempunyai mentaliti yang sama seperti dalam perlumbaan lain," tegas Juara bertahan itu. "Sekarang kita mempunyai kelebihan yang baik, kita perlu tenang dan selesaikan perlumbaan. Dari hari Jumaat mentaliti saya adalah sama - mula mendesak 100% dan menilai bagaimana tahap kami pada Ahad. "

Bila rider MotoGP pegang raket badminton....

Apa yang berlaku bila dua juara dunia MotoGP lima kali dan pemenang dua pingat Olimpik badminton masuk ke gelanggang yang sama? Berkongsi semangat kompetitif juara-juara ini, penganjur Grand Prix Motosikal Shell Malaysia 2017, iautu Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah melancarkan satu majlis khas yang mempertemukan pasangan juara MotoGP Marc Marquez dan Jorge Lorenzo dengan pemenang pingat perak Olimpik Atlanta 1996 Rashid Sidek dan pemenang pingat perak Yap Kim Hock dalam satu perlawanan badminton persahabatan.

Ada videonya. Nanti kami proses dan muatnaik. Rajin rajinlah menjengah FB Motorev yaa......

Bertempat di Velodrome Kebangsaan di Nilai, Negeri Sembilan, pelumba MotoGP memoamerkan sifat hebat mereka dalam perlawanan badminton persahabatan sebagai sebahagian daripada aktiviti promosi untuk Grand Malaysia Motorcycle Grand Prix ​​2017 dari 27-29 Oktober.
Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang, Dato 'Razian Razali berkata setiap tahun, penganjur dan Litar Antarabangsa Sepang akan menganjurkan acara Pre-MotoGPTM yang berbeza dengan pertaruhan promosi mereka tahun ini.
"Kami mempunyai aktiviti pelbagai seperti perlumbaan go-kart dan acara berbasikal di masa lalu tetapi kami merasakan bahawa kami perlu melakukan sesuatu yang unik tahun ini untuk Grand Prix Motosikal Shell Malaysia 2017. Kedua-dua pemain badminton ini semasa zaman kegemilangan mereka dianggap sebagai ikon dan wira sukan kebangsaan," kata Dato 'Razlan.
Marquez kini mendahului kejuaraan MotoGP dengan 269 mata dan perlu mengatasi Dovizioso di Sepang untuk mendapat ruang yang selesa. Dovizioso kini mempunyai 236 mata di tempat kedua - sebelum perlawanan akhir di Valencia. Lorenzo yang merupakan juara keseluruhan 2015 kini ketujuh dalam kedudukan.

Grand Prix Motosikal Shell Malaysia 2017 adalah pusingan kedua terakhir kejohanan dunia sebelum final di Valencia bulan depan. Acara 2017 di Litar Antarabangsa Sepang dijangka menjadi satu lagi pusingan menarik kerana tiket untuk acara itu telah dijual dua bulan menjelang acara itu.





Pasukan SIC Racing berkembang ke kelas Moto2


Pasukan Racing SIC hari ini telah mengumumkan barisan pelumba mereka untuk 2018. Pasukan tempatan ini akan meneruskan kesinambungan pelumba Moto3™ Adam Norrodin dan Ayumu Sasaki, dan seperti dijangka akan menyaksikan kehadiran pelumba negara Hafizh Syahrin yang akan bertanding dalam Kejohanan Moto2™.

Pasukan ini berkembang ke kategori kelas pertengahan tersebut untuk musim 2018 menerusi jalinan kerjasama baharu di antara Litar Antarabangsa Sepang [SIC] dan Petronas.

Kedua-dua pihak akan membentuk pasukan 'PETRONAS Sprinta Racing' yang akan memberi tumpuan kepada pembangunan bakat untuk bersaing dalam kejohanan dua roda global. Perkongsian ini akan diteruskan dengan usaha sama Program Pembangunan Bakat PETRONAS (TDP) dan Program Pembangunan Bakat SIC (SICTD) untuk memupuk bakat masa depan yang semakin meningkat dari Cub Prix Malaysia, Kejohanan Asia Road Racing dan Piala Asia Talent untuk meneruskan kerjaya mereka di kejohanan Moto2™ dan Moto3™.

Pengurus pasukan baharu ini, Jogan Stigefelt sangat gembira untuk mengumumkan penerusan cabaran oleh Adam Norrodin dan Ayumu Sasaki dalam Moto3 tahun depan dan juga perkembangan pasukan tersebut ke kelas Moto2 untuk 2018 dengan Hafizh Syahrin. Adam dan Ayumu telah mempersembahkan banyak kemajuan dan mereka telah bertambah baik sepanjang musim dan terus belajar dari kesilapan dan pencapaian mereka.
Pasukan ini juga akan meneruskan kerjasamanya dengan Honda bagi tahun ketiga dengan jentera NSF250RW sejak dua tahun yang lalu. Pastinya pasukan ini akan lebih kuat dalam aspek teknikal bagi tahun depan. Moto2 akan menjadi cabaran hebat dan mereka sangat teruja kerana diberi kesempatan untuk memperkembangkan pasukan. Kali terakhir pasukan ini berada di kelas pertengahan tersebut adalah dalam tahun 2014 dengan Johann Zarco dan Josh Herrin, jadi pasukan ini nyata mampu melakukan yang terbaik dengan Hafizh. Mereka juga telah mengumpulkan krew yang sangat berpengetahuan untuknya tahun depan dengan pengalaman, pengetahuan dan CV yang mantap dengan hasil yang mengagumkan dengan pelumba sebelumnya. Nyata pasukan ini akan membolehkan Hafizh mengambil langkah seterusnya dalam kerjayanya dan mencapai keputusan yang mampu dicapainya.

"Mula-mula saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Perlumbaan SIC kerana memberi saya peluang ini dan mempercayai saya." ujar Hafizh Syahrin apabila ditanya mengenai perkembangan ini. "Saya akan cuba yang terbaik untuk mereka pada tahun 2018.
Saya sangat gembira kerana saya akan terus berada dalam kelas Moto2 tahun depan dan dengan pasukan baru saya, saya sangat berharap dapat saya lakukan dengan lebih baik.
Saya telah bergelut sedikit pada tahun 2017 dan hanya mendapat dua podium; walaupun saya telah mencapai sasaran saya untuk tahun ini, saya mahukan yang lebih baik pada 2018. Podium akan sentiasa menjadi matlamat saya; untuk bertanding di depan dan bersaing untuk gelaran Kejohanan. Sekarang saya akan tetap fokus dan terus bekerja untuk tahun depan. Saya sangat gembira dan teruja untuk kerjasama baru ini. Saya percaya kita boleh melakukan kerja yang sangat baik bersama-sama pada 2018."

Adam Norrodin juga tidak kurang keterujaannya untuk berada dengan pasukan ini bagi tahun hadapan. "Ini akan menjadi tahun ketiga kami bersama. Kami telah bekerja keras sejak permulaan dan telah mencapai kemajuan yang baik sejak dua tahun yang lalu, jadi saya sangat teruja untuk meneruskan; Saya percaya tahun depan saya boleh mengambil langkah yang lebih besar dan benar-benar menjadi pesaing dalam Kejohanan Moto3. Saya sangat gembira dengan perkembangan pasukan ke dalam Moto2 dan perkongsian baru kami dengan Petronas. Ia nya adalah sangat baik untuk Hafizh Syahrin bersama kami, bukan sahaja kerana kami adalah kawan baik tetapi juga kerana pengalaman yang dia bawa bersamanya. Dia sentiasa membantu saya untuk bertenang dan berfokus dan saya banyak belajar darinya.

Bagi Ayumu Sasaki pula, tahun ini adalah tahun pembelajaran untuk beliau. "Sesetengah litar benar-benar begitu baharu kepada saya, krew saya baharu, begitu juga jentera saya semuanya masih asing. Saya terpaksa menyesuaikan terlalu banyak perkara yang berbeza. Sudah menjadi tahun yang sukar bagi saya kerana saya datang ke Kejohanan dunia dengan menjangkakan untuk melakukan yang lebih baik tetapi tahap persaingan dalam Moto3 adalah begitu tinggi dan lebih sukar untuk bertarung di bahagian depan. kami telah belajar banyak perkara musim ini dan berkembang sebagai satu pasukan, jadi saya sangat gembira dapat meneruskan pasukan yang sama dan kru yang sama sekali lagi tahun depan. Saya benar-benar mengharapkan musim 2018 kerana saya mempunyai lebih banyak keyakinan sekarang; Saya tahu apa yang diharapkan dan saya rasa saya telah berkembang banyak dalam Kejohanan sejak permulaan tahun rookie saya. Ia sangat menarik untuk disertai Petronas juga! Saya berharap dapat berbangga dan juga membayar balik jasa pasukan dan SIC [Litar Antarabangsa Sepang] di atas semua sokongan mereka dengan keputusan yang baik tahun depan. Saya kini fokus dan bersedia untuk bekerja lebih keras daripada sebelum ini; Saya akan melakukan lebih baik pada 2018."