Perodua bayar balik GST dengan tunai

Perodua mengesahkan akan membayar sepenuhnya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada pelanggan yang membeli kenderaan Perodua baru, melakukan servis pada kenderaan Perodua mereka atau membeli alatganti di antara 18 dan 31 Mei 2018. Ini bermakna Perodua akan melaksanakan GST yang berkadar sifar dari tarikh yang diumumkan kerajaan iaitu pada 1 Jun 2018.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, YBhg Dato' Dr Zahari Husin berkata, "Inisiatif rebat GST ini melambangkan komitmen kami untuk sentiasa mengutamakan pelanggan dalam semua perkara. Sila lawati mana-mana 179 cawangan jualan rasmi di seluruh negara untuk mengetahui lebih lanjut."


Dato' Zahari menambah bahawa rebat GST tunai ini adalah inisiatif Perodua sendiri dan beliau berharap pelanggan akan memanfaatkannya di kesemua pusat jualan dan perkhidmatannya.

"Bagi pelanggan kami yang telah melakukan transaksi di mana-mana pusat servis kami pada 18 Mei 2018, kami akan membayar balik kepada anda dalam bentuk e-baucer, yang sah pada 1 Jun 2018 dan seterusnya.

"Bermula dari 19 Mei 2018, pelanggan kami akan menerima rebat tunai 6% segera untuk kenderaan yang diservis," katanya.

Jumlah rebat adalah berdasarkan harga jualan bersih kenderaan tanpa aksesori GearUp, insurans dan perbelanjaan jualan lain.

Sila lihat senarai rebat GST yang dilampirkan.


NEW VEHICLE PURCHASES (PENINSULAR MALAYSIA)
Model
Colour
GST Rebate (RM)
Axia 1.0 Std E MT
Solid/Metallic
1,345
Axia 1.0 Std G MT
Solid/Metallic
1,897
Axia 1.0 Std G AT
Solid/Metallic
2,007
Axia 1.0 SE MT
Solid/Metallic
2,062
Axia 1.0 SE AT
Solid/Metallic
2,172
Axia 1.0 Advance AT
Solid/Metallic
2,337
Bezza 1.0 Std G MT
Solid/Metallic
2,028
Bezza 1.0 Std G AT
Solid/Metallic
2,138
Bezza 1.0 GXtra MT
Solid/Metallic
1,997
Bezza 1.0 GXtra AT
Solid/Metallic
2,111
Bezza 1.3 Premium X MT
Solid/Metallic
2,328
Bezza 1.3 Premium X AT
Solid/Metallic
2,439
Bezza 1.3 Advance AT
Solid/Metallic
2,769
Myvi 1.3 Std G MT
Solid/Metallic
2,493
Myvi 1.3 Std G AT
Solid/Metallic
2,606
Myvi 1.3 Premium X AT
Solid/Metallic
2,719
Myvi 1.5 High AT
Solid/Metallic
2,916
Myvi 1.5 Advance AT
Solid/Metallic
3,114
Alza 1.5 S MT
Solid
2,851
Metallic
2,878
Alza 1.5 S AT
Solid
3,016
Metallic
3,043
Alza 1.5 SE MT
Solid
3,071
Metallic
3,098
Alza 1.5 SE AT
Solid
3,236
Metallic
3,263
Alza 1.5 Advanced AT
Solid
3,544
Metallic
3,572



NEW VEHICLE PURCHASES – AXIA, BEZZA, MYVI (EAST MALAYSIA)
Model
Colour
GST Rebate (RM)
Axia 1.0 Std E MT
Solid/Metallic
1,472
Axia 1.0 Std G MT
Solid/Metallic
2,026
Axia 1.0 Std G AT
Solid/Metallic
2,137
Axia 1.0 SE MT
Solid/Metallic
2,192
Axia 1.0 SE AT
Solid/Metallic
2,303
Axia 1.0 Advance AT
Solid/Metallic
2,469
Bezza 1.0 Std G MT
Solid/Metallic
2,174
Bezza 1.0 Std G AT
Solid/Metallic
2,285
Bezza 1.0 GXtra MT
Solid/Metallic
2,145
Bezza 1.0 GXtra AT
Solid/Metallic
2,258
Bezza 1.3 Premium X MT
Solid/Metallic
2,476
Bezza 1.3 Premium X AT
Solid/Metallic
2,587
Bezza 1.3 Advance AT
Solid/Metallic
2,919
Myvi 1.3 Std G MT
Solid/Metallic
2,615
Myvi 1.3 Std G AT
Solid/Metallic
2,728
Myvi 1.3 Premium X AT
Solid/Metallic
2,841
Myvi 1.5 High AT
Solid/Metallic
3,038
Myvi 1.5 Advance AT
Solid/Metallic
3,236

NEW VEHICLE PURCHASES – ALZA (EAST MALAYSIA)


Keningau/KK
Kuching
Miri/
Bintulu
Sandakan
Sibu
Tawau/
Lhd Datu
Model
Colour
GST Rebate (RM)
Alza 1.5 S MT
Solid
2,997
2,991
3,001
3,000
2,998
3,006
Metallic
3,024
3,019
3,028
3,028
3,025
3,031
Alza 1.5 S AT
Solid
3,164
3,158
3,167
3,166
3,164
3,172
Metallic
3,192
3,186
3,195
3,195
3,192
3,199
Alza 1.5 SE MT
Solid
3,219
3,213
3,223
3,222
3,219
3,227
Metallic
3,247
3,240
3,249
3,249
3,247
3,254
Alza 1.5 SE AT
Solid
3,385
3,380
3,389
3,388
3,386
3,393
Metallic
3,413
3,407
3,417
3,416
3,414
3,422
Alza 1.5 AV AT
Solid
3,696
3,691
3,700
3,699
3,696
3,704
Metallic
3,723
3,717
3,727
3,726
3,723
3,731

KTM 790 Adventure bersayap dilihat diuji di jalan raya!

KTM 790 Adventure telah kelihatan semasa ujian akhir jalan di Eropah sebelum pelancaran rasminya dalam masa beberapa bulan. Foto yang telah disiarkan oleh morebikes.co.uk semalam.

Apa yang paling adalah selain daripada skrin yang lebih besar, pelana besar dan penghadang lumpur yang berlainan, motosikal itu mempunyai sayap di tepi bahagian tangki bahanapi di bahagian depan.

Penambahan aerodinamik itu kelihatan dibentuk sebagai sebahagian dari tangki petrol dan bercabang di atas lutut penunggang, sementara di bahagian kakinya terpasang bentuk aerodinamik tambahan berupa bonjolan besar di sekitar dasar enjin. Bonjolan aero bawah fairing ini telah kelihatan pada prototaip terawal walaupun lebih kecil.

'Sayap' atas ini julungkali dilihat pada motosikal kembara, dan ia jauh lebih besar dari sayap lawi yang dilihat pada motosikal jalan raya sehingga kini, dan belum pasti samada kita akan melhat penggunaannya pada model pengeluaran ataupun tidak.

Pembiayaan Mercedes-Benz lebih fleksibel dengan AgilityPlus

Pelanggan Mercedes-Benz Services Malaysia kini mempunyai kebebasan untuk menyesuaikan pelan Pembiayaan Agility mereka termasuk dengan insurans kenderaan komprehensif, Insurans Return To Invoice (RTI), Insurans Tayar dan Rim dan/atau pakej servis tambahan.

AgilityPlus menggabungkan beberapa penyelesaian penting untuk memberikan kemudahan, penjimatan dan perlindungan daripada perubahan harga pasaran. Ini termasuklah pilihan untuk melaraskan tempoh setiap pembiayaan, insurans dan pakej servis. Ia direka bagi memenuhi terhadap permintaan penyelesaian kewangan yang lebih fleksibel.

Pelopor pembiayaan automotif, Mercedes-Benz Services Malaysia Sdn Bhd (Mercedes-Benz Services Malaysia) memperkenalkan AgilityPlus iaitu penyelesaian serba lengkap terkini oleh syarikat yang memberi pelanggan lebih kebebasan untuk menyesuaikan pakej untuk membiayai, melindungi dan menyenggarakan kenderaan Mercedes-Benz mereka yang dihargai dengan cara terbaik.

“Kami bertekad untuk menyokong gaya hidup pelanggan kami.  Untuk berbuat demikian Mercedes-Benz Services Malaysia menjangkaui sempadan pembiayaan konvensional. Strategi di sebalik portfolio kami yang berkembang kepada lebih RM2.3 bilion, ialah usaha memahami pelanggan terlebih dahulu dan menentukan keperluan mereka. AgilityPlus disediakan khas untuk individu yang inginkan nilai, manfaat tiada tandingan dan juga ketenangan fikiran,” kata Pengarah Urusan Mercedes-Benz Services Malaysia, Mike Ponnaz.

Dengan pakej AgilityPlus, pelanggan akan menikmati manfaat pelan Pembiayaan Agility yang tersendiri, iaitu pilihan fleksibel pada akhir perjanjian untuk menjelaskan atau melanjutkan kontrak, atau memulangkan kenderaan Mercedes-Benz mereka. Nilai Masa Depan Terjamin (GFV) ialah satu lagi ciri penting yang melindungi pelanggan daripada susut nilai, sambil membolehkan pelanggan menikmati ansuran bulanan lebih rendah.

Untuk menyempurnakan ciri-ciri ini, AgilityPlus memberikan pilihan kepada pelanggan untuk melengkapi pelan Pembiayaan Agility dengan tambah nilai menarik. Pelanggan bebas memilih satu, atau kombinasi ciri-ciri tambahan, yang terdiri daripada Insurans Kenderaan Komprehensif Mercedes-Benz, Insurans Tayar dan Rim, Insurans Return To Invoice (RTI) dan juga Pakej Servis Mercedes-Benz (Compact atau Compact Plus). Kontrak servis dari Mercedes-Benz memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan semasa memandu, tanpa perlu bimbang tentang sebarang kerja pembaikan dan kos yang tidak diduga.

“Pelanggan menikmati tahap fleksibiliti lebih tinggi menguruskan aliran tunai dengan AgilityPlus kerana bayaran disusun menjadi ansuran. Kami merangka pakej untuk menggantikan bayaran sekaligus supaya pelanggan kini boleh menikmati penjimatan semasa pembelian. Dengan memilih Pakej Servis Mercedes-Benz, pelanggan menerima jaminan bahawa kenderaan Mercedes-Benz mereka disenggarakan oleh juruteknik terlatih dan berpengalaman, yang disokong oleh alat diagnostik terkini dan penggunaan alat ganti tulen yang terjamin. Kehadiran kami dapat dirasai di seluruh rangkaian kami yang luas dan memberikan jaminan kemudahan tambahan kepada pelanggan kami di seluruh negara,” jelas Ponnaz.

Dengan menawarkan penyelesaian tersendiri, AgilityPlus menghimpunkan beberapa penyelesaian penting setempat untuk meningkatkan kesenangan dan manfaat nilai tambah, pengalaman pelanggan bersama jenama menjadi semakin menarik. Tambahan lagi, pelanggan boleh memanfaatkan penjimatan kerana dilindungi daripada perubahan harga pasaran yang turun naik menerusi Nilai Masa Depan Terjamin dan Pakej Servis Mercedes-Benz.

Pelanggan juga bebas memilih tempoh setiap pakej pembiayaan dan insurans. Pilihan tempoh bagi Agility Financing, RTI dan Pakej Servis Mercedes-Benz (Compact) adalah antara satu hingga lima tahun, manakala tempoh bagi Insurans Motor Komprehensif serta Tayar dan Rim ialah satu tahun (atas dasar pembaharuan). Pakej Servis Mercedes-Benz (Compact Plus) adalah tambahan sekali sehaja.

Sebagai contoh, pelanggan yang ingin membiayai Mercedes-Benz GLC200 dengan pilihan Drive360+ selama lima tahun (20,000km setahun),  serta RTI 5 tahun, Insurans Motor Komprehensif Setahun (Compact Plus) serta Tayar dan Rim hanya perlu membayar RM 4,754 sebulan.

Baru-baru ini, MBSM telah memperkenalkan Kempen EQ Agility Care, yang berlangsung hingga 30 Jun 2018, sebagai pelengkap bagi produk EQ Power yang baru dilancarkan. Pelanggan Kempen EQ Agility Care, yang juga layak untuk menambah penyelesaian AgilityPlus, akan menerima penyelengaran dan servis kenderaan berjadual serta EQ Power pengecas wallbox dengan EQ Power C350 e atau E350 e bagi tempoh pemilikan dari satu hingga lima tahun.

Menerusi AgilityPlus, MBSM turut memperkenalkan kempen Performance Agility Care yang berlangsung dari 25 April hingga 30 Jun. Kempen ini menawarkan pembiayaan Agility bagi semua model Mercedes-Benz AMG 43 dan 45 bagi tempoh pemilikan dari satu hingga lima tahun, yang dilengkapi pakej servis dan merchandise AMG ekslusif.

Untuk maklumat lanjut mengenai AgilityPlus, sila layari www.mercedes-benz.com.my/AgilityPlus, hubungi pusat perkhidmatan pelanggan pembiayaan dan insurans Mercedes-Benz Services Malaysia di 1-800-88-1133, atau kunjungi mana-mana wakil penjual sah Mercedes-Benz.
cid:image002.png@01D3ECFF.AD7B7040

Petronas Sprinta SIC Junior Team kan beraksi di Le Mans hujung minggu ini

Para peserta Kejohanan Dunia Junior Moto3™ sekali lagi akan berpeluang untuk berlumba di litar Kejuaraan Dunia: iaitu litar legenda Circuit Bugatti Le Mans, hujung minggu ini seiring dengan  Kejohanan MotoGP™ Dunia HJC Helmets Grand Prix de France.

Pelumba-pelumba pasukan Petronas Sprinta SIC Junior Team, Izam Ikmal (No36) dan Idil Fitri Bin Mahadi (No78) akan bersaing dalam perlumbaan Moto3 ™ JWC dengan menunggang jentera Honda mereka.
Izam Iqmal
Pusingan hujung minggu ini di HJC Helmets Grand Prix Perancis merupakan cara yang baik untuk menguji para pelumba muda ini kerana litar Le Mans sangat mencabar dan yang paling oleh para pelumba FIM CEV Repsol, kerana ia hanya dilawati sekali setahun oleh para peserta kategori Moto3 sahaja.
Idil Fitri Mahadi
Sesi kelayakan pertama akan berlangsung pada hari Jumaat dari 12.00 hingga 12.50 dan yang kedua dari 16.05 hingga 16.55 untuk penentuan grid bagi pusingan ketiga JWC Moto3 ™ ini.

Perlumbaan Moto3™ 17 pusingan akan bermula Sabtu ini pada jam 16.30. Ianya akan disiarkan secara langsung di saluran Youtube kejohanan.

Semua keputusan dan maklumat mengenai Kejuaraan boleh anda dapati di laman web rasmi: www.fimcevrepsol.com

Movistar Yamaha Racing sedia hadapi Le Mans

 Selepas dua ujian berjaya di Jerez, Sepanyol dan  di Mugello, Itali, Pasukan MotoGP Movistar Yamaha bersedia untuk beraksi hujung minggu ini di Le Mans, litar Circuit Bugatti di Perancis.

Maverick Viñales yang menunggang YZR-M1 di litar Perancis sebelum ini terbukti merupakan gabungan  pemenang tahun lalu, ketika pelumba muda itu mendapat kemenangan Grand Prix Yamaha yang ke-500. Dia yang tamat ketiga pada tahun 2016 telah menetapkan untuk membuat hatrik menaiki podium hujung minggu ini.

Anak muda Sepanyol tersebut kini menduduki tempat ketiga dalam kejohanan itu, iaitu 20 mata di belakang pendahulu kejuaraan. Selepas ujian minggu lalu, dia berhasrat hadir di Le Mans dengan fikiran yang positif dan akan memberikan sepenuh usaha untuk merapatkan margin ke puncak kejuaraan.
Valentino Rossi pula begitu bersemangat untuk memulakan pusingan kelima kejohanan itu disamping mengujakan ribuan peminat yang hadir ke pusingan MotoGP Perancis setiap tahun. Dia berada di ambang kemenangan pada perlumbaan tahun lepas namun terjatuh ketika berada di tempat kedua. Pada tahun ini dia berhasrat mengulangi cabaran ini, dan melangkah naik ke podium Perancis dan merayakannya dengan peminatnya.

Secara tradisinya, The Doctor begitu kompetitif di Grand Prix de France. Sepanjang karier kelasnya, beliau telah mengumpul tiga kemenangan di Le Mans (2002, 2005 dan 2008), enam tempat kedua (2003, 2010, 2012, 2014, 2015 dan 2016) dan tiga tempat ketiga (2000, 2001 dan 2011). Dia kini berada di tempat keenam dalam kedudukan kejuaraan, 10 mata di belakang rakan sepasukannya.