Showing posts with label adventure. Show all posts
Showing posts with label adventure. Show all posts

GWM TANK 300 Rasmi Dilancar, Harga RM250,000 (Atas Jalan))


Great Wall Motor mengumumkan pelancaran rasmi GWM TANK 300 di Malaysia. SUV ‘off-road’ mewah dan pintar ini diimport sepenuhnya (CBU) dari China. GWM TANK 300 ditawarkan pada harga
kompetitif RM250,000, dan kini bersedia untuk menjadi penanda aras baharu dalam industri
automotif.


Sebagai tanda penghargaan, GWM menawarkan pakej hebat kepada 300 pemilik pertama
GWM TANK 300, antaranya:
1. Penyelenggaraan percuma selama 5 tahun/100,000km, termasuk kos buruh dan alat ganti, untuk setiap 10,000 KM atau setiap 6 bulan, mengikut mana yang terdahulu.
2. Waranti seumur hidup untuk enjin dan transmisi tanpa had perbatuan (eksklusif untuk
pemilik pertama).
3. Kit Pengembaraan GWM x Thule, mengandungi baucar Thule bernilai RM8,000 dan beg
sandang Paramount Thule bernilai RM999.
4. Siri Pengembaraan dengan GWM TANK - Stesen 1: ChongQing dan ChengDu, China. 



Sempena pelancaran GWM TANK 300, para pelanggan yang telah melengkapkan pendaftaran
kenderaan selewat-lewatnya pada 12 Ogos 2024 berpeluang memenangi sebuah percutian
pengembaraan ke ChongQing dan ChengDu, China. Sepuluh pemenang akan dipilih melalui
cabutan bertuah.



Di samping itu, GWM TANK 300 juga hadir dengan waranti kenderaan tanpa had perbatuan
selama 6 tahun.

Zontes : jenama terbaharu dalam pasaran motosikal Malaysia

• Zontes Malaysia kini jenama terbaru di pasaran motosikal Malaysia.
• Zontes Malaysia memperkenalkan empat model baru.
• Semua model Zontes memberi tumpuan kepada inovasi, teknologi terkini dan prestasi terbaik.

Zontes Malaysia membawa jenama premium baharu ke Malaysia. Zontes adalah kemasukan terbaru ke dalam segmen motosikal sederhana negara. Jenama itu yakin akan mencapai kedudukan yang kukuh pada tahun ini dan peminat motosikal Malaysia akan dapat menerima jenama ini.
Zontes ZT310-T
Jenama Zontes memenuhi permintaan yang semakin sengit untuk motosikal yang merangkumi prestasi, inovasi, teknologi, gaya, kualiti, keselesaan, kebolehcapaian dan kepraktisan, dengan harga yang kompetitif. Inilah sebabnya mengapa empat model Zontes ini menawarkan ciri-ciri hebat yang lazimnya hanya terdapat pada motosikal yang lebih besar dan lebih mahal. Semua modelnya dibina untuk menjadi praktikal dalam setiap keadaan menunggang. Malah, Zontes dibina atas falsafah inovasi dan kualiti.

Ciri ciri yang dimaksudkan termasuklah:
• Gaya futuristik, berani, tiada tandingan dan unik.
• Cermin laras elektrik (untuk 310- T dan 310-X).
• Paparan meter TFT digital sepenuhnya.
• Lampu LED untuk cahaya berjalan, lampu, lampu belakang dan lampu isyarat.
• Bateri lithium-ion pintar memastikan permulaan yang cepat dan mengurangkan berat badan. • Sistem brek ABS Bosch M9.1 dwi-saluran ( boleh dikawal/tutup).
• Dua Mod kuasa: "E" untuk ekonomi dan "S" untuk Sports
• Topang / fork terbalik.
• Gantungan belakang monoshock gas nitrogen.
• Lenganayun aluminium
• Roda aluminium ringan
• Rangka tiub keluli kekuatan tinggi yang juga merupakan sebagai penyejuk minyak.
• Pengurusan suntikan bahan api Delphi. • Pelinciran enjin takung kering
• Blok enjin aluminium untuk penyejukan optimum.
• Tangki bahan api dengan pelapik tergalvani untuk melarang hakisan dan sistem bahan api yang disekat.
• Lapisan anti pelepasan pada penyenyap ekzos.
• Pengisi bahan api kawalan elektrik.
• Kunci tempat duduk kawalan elektrik
• Port pengecasan USB.
• Sistem Kawalan Tanpa Kekunci untuk keselamatan dan memudahkan mengunci dan membuka kunci motosikal.
• Rak bagasi belakang.

Motosikal Zontes bukan hanya memukau dan bergaya, tetapi juga dibina dengan keselamatan dan keselesaan pengendara.
ZT310-T, ZT310-R, ZT310-X dan ZT310-X GP dibina di atas platform enjin, bingkai dan casis yang sama, menjadikan ketersediaan komponen alatganti yang mudah. Zontes Malaysia akan saling bekerjasama dengan peniaga untuk memastikan semua pelanggan Zontes mendapat penjagaan lepas jualan terbaik di seluruh Malaysia.

ZONTES ZT310-T
Zontes ZT310-T adalah motosikal pengembaraan (ADV) yang jelas. Ciri-cirinya termasuk cermin penghadang angin besar, penghadang tangan, penghadang lumpur (madgad) paras tinggi dan bar perlindungan kemalangan.

Zontes ZT310-T dijual pada harga RM22,800.00 (harga jualan asas tanpa cukai jalan, insurans dan plat nombor). Zontes Malaysia menawarkan kumpulan pertama ZT310-T beserta dengan kotak teratas dan pannier eksklusif.
ZONTES ZT310-R
Zontes ZT310 R mrrupakan model naked dalam barisan ZT,  dengan gaya berani dan ekstrovert. Ciri-ciri yang paling membezakan adalah lampu depan, lampu ekor dan penghadang enjin yang agresif. Lampu depan yang digabungkan dengan  radiator memberikan kesan robot futuristik. Sebaliknya, lampu ekor pula terbina ke dalam ekor bagimemberikan penampilan yang tersendiri dan agresif.
Zontes ZT310-R berharga RM 19,800.00 (harga jualan asas tanpa cukai jalan, insurans dan plat nombor).
Zontes ZT310-X GP
ZONTES ZT310-X DAN ZONTES ZT310-X GP
Zontes ZT310-X adalah model sports dari siri 310 ini. Ia mempunyai cermin aerodinamik depan dan muncung hadapan, fairing penuh penuh dan pemegang untuk penumpang. Bar tangan dipasang di atas untuk menyediakan kedudukan menunggang yang semula jadi dan selesa untuk perjalanan panjang ke destinasi kegemaran anda jauh dari kesibukan bandar.
Untuk gaya yang lebih menyerlah, Zontes ZT310-X GP mempunyai grafik yang lebih sporty agar lebih menonjol dari yang lain.
Zontes ZT310-X berharga RM 20,800.00 , manakala Zontes ZT310-X GP berharga RM 21,600.00 (harga jualan asas tanpa cukai jalan, plat nombor dan insurans)

KTM 390 Adventure bakal tiba

Sejak tahun 2014 telah ada khabar angin yang beredar bahawa KTM akan mengeluarkan motosikal kembara berdasarkan kerangka trellis dan enjin silinder tunggal 390 cc. Kini berita tersebut dilaporkan 'orang dalam' telah disahkan dan kelihatannya akan tiba tahun depan. Kita mungkin akan melihat sesuatu yang serupa dengan konsep jentera kembara KTM 790 yang menarik seperti yang digambarkan di atas.          
                   
Motosikal kembara inidijangka  akan dikuasakan oleh unit 373.2 cc yang sama dengan 390 Duke, menghasilkan lebih daripada 43bhp @ 9,600rpm dan 24.28 tork pada 7,000 rpm.   

KTM 790 Adventure bersayap dilihat diuji di jalan raya!

KTM 790 Adventure telah kelihatan semasa ujian akhir jalan di Eropah sebelum pelancaran rasminya dalam masa beberapa bulan. Foto yang telah disiarkan oleh morebikes.co.uk semalam.

Apa yang paling adalah selain daripada skrin yang lebih besar, pelana besar dan penghadang lumpur yang berlainan, motosikal itu mempunyai sayap di tepi bahagian tangki bahanapi di bahagian depan.

Penambahan aerodinamik itu kelihatan dibentuk sebagai sebahagian dari tangki petrol dan bercabang di atas lutut penunggang, sementara di bahagian kakinya terpasang bentuk aerodinamik tambahan berupa bonjolan besar di sekitar dasar enjin. Bonjolan aero bawah fairing ini telah kelihatan pada prototaip terawal walaupun lebih kecil.

'Sayap' atas ini julungkali dilihat pada motosikal kembara, dan ia jauh lebih besar dari sayap lawi yang dilihat pada motosikal jalan raya sehingga kini, dan belum pasti samada kita akan melhat penggunaannya pada model pengeluaran ataupun tidak.

BMW R 1200 GS Adventure baharu lebih dominan


Buat pertama kalinya, versi khas BMW R 1200 GS “Triple Black”  diperkenalkan bagi mengukuhkan lagi tradisi GS. BMW Motorrad Malaysia memenuhi hasrat pelanggan dengan membawakan model travel enduro ini dalam kemasan serba hitam.

Pelindung tangki tengah, penutup kompartmen storan dan madgad hadapan dalam warna Blackstorm bersama panel sisi tangki dengan warna Dark Slate memberikan model travel enduro lagendari ini penampilan yang sangat maskulin. Perincian terhadap aspek teknikal diserlahkan menerusi kerangka hadapan dan belakang dalam warna kelabu (Agate Grey) bersama kombinasi enjin, kotak gear dan lengan ayun berwarna hitam.

Tempat duduk baharu berwarna hitam dengan sulaman GS pada bahagian tempat duduk pembonceng melengkapkan ciri R 1200 GS “Triple Black” baharu. 

Sama seperti semua model BMW Motorrad yang menggunakan enjin boxer dengan sistem penyejukan cecair, BMW R 1200 GS Adventure baharu juga telah dibangunkan dengan satu peredam getar pada aci output transmisi. Ciri baru termasuklah satu pemilih gerak gelendong untuk penukaran gear yang telah ditambah baik, aci transmisi, galas aci transmisi dan lampu indikator serta paparan OBD pada kokpit. 

Harga atas jalan tanpa insurans, termasuk 6% GST) bagi motosikal baharu BMW Motorrad ini ialah:
 
            BMW R 1200 GS Adventure                        -                       RM 116,900.00