Showing posts with label CEV. Show all posts
Showing posts with label CEV. Show all posts

6 pelumba negara di FIM CEV REPSOL dan IATC Musim 2022

 

Pelumba-pelumba muda negara, Syarifuddin Azman, Danial Syahmi dan Hakim Danish sah akan beraksi di FIM CEV Repsol musim 2022 dan pusingan pertama telah dijadualkan pada 8 Mei 2022 di Circuito do Estoril, Portugal. 

Syarifuddin Azman atau lebih dikenali sebagai Damok sekali lagi akan bersaing dalam kategori FIM Moto3 Junior World Championship bersama pasukan Monlau Motorsport. Pada musim 2021, 

Damok berada di tempat ke-9 bagi kedudukan keseluruhan dan tahun 2022 merupakan tahun ke-3 Damok berlumba di kejohanan FIM CEV Repsol. 

Dengan prestasi yang membanggakan dalam kejohanan Idemitsu Asia Talent Cup (IATC) pada musim 2021, Danial Syahmi yang merupakan naib juara keseluruhan akan membuat penampilan sulung di pentas FIM Moto3 Junior World Championship bersama Honda Junior Talent Team. 

Manakala, johan edisi pertama SIC MiniGP Championship, Hakim Danish akan membuat penampilan penuh dalam kejohanan Hawkers European Talent Cup (HETC) bersama pasukan 

Monlau Motorsport. Pada tahun 2021, Danish telah membuat empat penampilan di CEV dan menunjukkan prestasi cemerlang di IATC di tempat ke-5. Ini bermakna pada musim hadapan, Danish akan berlumba di HETC dan IATC. 

Finalis FIM MiniGP World Series, Farres Putra, Emil Idzhar dan Farish Hafiy juga akan menyertai Danish di IATC. Pusingan pertama IATC akan berlangsung pada 4-6 Mac 2022 di Losail International Circuit, Qatar.

“Tahniah buat pelumba-pelumba negara yang akan beraksi di kejohanan CEV dan IATC untuk musim 2022. Cabaran pandemik Covid-19 tidak menghalang mereka untuk mempamerkan prestasi yang membanggakan pada tahun ini. Saya yakin Damok, Danial, Danish, Farres, Emil dan Farish dapat menaikkan lagi nama Malaysia di persada dunia. Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) dan pasukan SIC Racing dalam memastikan program pembangunan bakat negara diteruskan ke peringkat yang tertinggi.” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Sepang International Circuit (SIC), Azhan Shafriman Hanif. 

Zulfahmi Khairuddin, pengurus pasukan SIC Racing berkata, “Bagi musim 2022, kita mempunyai barisan pelumba yang kompetitif di CEV dan IATC. Saya juga sangat gembira kerana pihak Dorna Sports S.L telah memberi peluang kepada finalis FIM MiniGP Malaysia Series untuk ke perlumbaan IATC 2022 dengan ketiadaan sesi pemilihan pada tahun ini. Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada SIC dan KBS untuk peluang keemasan ini kepada mereka. Saya yakin pelumba kita dapat berlumba dengan lebih baik pada musim 2022 di bawah bimbingan saya dan barisan jurulatih pasukan SIC Racing”.

Adam Norrodin ke persaingan Moto2 CEV

Adam Norrodin dikhabarkan akan kembali ke persaingan FIM CEV Repsol dalam kelas Moto2. Persoalan pembabitannya dalam sukan bermotor ini timbul berikutan beliau tida disenaraikan dalam barisan pelumba pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team yang baharu.

Adam telah menyertai Piala Asia Talent pada 2014 dan 2015, dan Kejohanan Dunia Junior FIM CEV Moto3 2015 . Dia menjadi pelumba pertama dari siri Piala Asia Talent untuk bertanding dalam Kejohanan Dunia Moto3 pada 2016.

Adam Norrodin membuat debut Kejohanan Dunia dalam siri Moto3 pada tahun 2016, dis
amping Jakub Kornfeil dengan menunggang jentera Honda di bawah pasukan SIC Racing Team.

Petronas Sprinta SIC Junior Team kan beraksi di Le Mans hujung minggu ini

Para peserta Kejohanan Dunia Junior Moto3™ sekali lagi akan berpeluang untuk berlumba di litar Kejuaraan Dunia: iaitu litar legenda Circuit Bugatti Le Mans, hujung minggu ini seiring dengan  Kejohanan MotoGP™ Dunia HJC Helmets Grand Prix de France.

Pelumba-pelumba pasukan Petronas Sprinta SIC Junior Team, Izam Ikmal (No36) dan Idil Fitri Bin Mahadi (No78) akan bersaing dalam perlumbaan Moto3 ™ JWC dengan menunggang jentera Honda mereka.
Izam Iqmal
Pusingan hujung minggu ini di HJC Helmets Grand Prix Perancis merupakan cara yang baik untuk menguji para pelumba muda ini kerana litar Le Mans sangat mencabar dan yang paling oleh para pelumba FIM CEV Repsol, kerana ia hanya dilawati sekali setahun oleh para peserta kategori Moto3 sahaja.
Idil Fitri Mahadi
Sesi kelayakan pertama akan berlangsung pada hari Jumaat dari 12.00 hingga 12.50 dan yang kedua dari 16.05 hingga 16.55 untuk penentuan grid bagi pusingan ketiga JWC Moto3 ™ ini.

Perlumbaan Moto3™ 17 pusingan akan bermula Sabtu ini pada jam 16.30. Ianya akan disiarkan secara langsung di saluran Youtube kejohanan.

Semua keputusan dan maklumat mengenai Kejuaraan boleh anda dapati di laman web rasmi: www.fimcevrepsol.com