Jerayawara Kawasaki akan ke Johor

 Lebih 1,500 orang telah melawat jerayawara Kawasaki Road Show untuk menguji Motosikal Kawasaki yang diminati mereka. Acara dua hari itu telah berlangsung pada 16-17 September lepas di Stadium Selayang, Selangor.
 Kopi percuma dan barisan motosikal ujian telah disediakan di trek yang direka khas untuk para pengunjung merasakan pengalaman pertama mereka dengan jentera Kawasaki.
Jerayawara Kawasaki ini akan menghampiri anda seterusnya dari 22-24 di Angsana Mall, Johor Bahru. Perkhidmatan servis percuma dan pemeriksaan 16-perkara percuma juga disediakan untuk semua pemilik Kawasaki oleh para mekanik terlatih.






Smajli, Farid juara MSBK 2017


Ismael Smajli, pelumba berusia empat puluh sembilan tahun dari Jerman, berjaya mempertahankan mahkota kejohanan Supersport Malaysia Superbike 600cc (MSBK) di Pusingan 4 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam.

Kemenangan tempat ketiga dalam kedua-dua perlumbaan itu dengan jentera Kawasaki ZX6R telah menambah mata beliau sebanyak 32 mata lagi, bagi membolehkan penunggang BikeART itu menerajui kejuaraan keseluruhan musim dengan 154.5 mata, tanpa mampu dicabar lagi oleh pencabar terdekatnya Khurana Diraj, yang telah mengumpul 104 mata selepas empat pusingan.

Bekas pelumba Moto2 dan bekas juara Asia Road Racing Championship (ARRC) Azlan Shah Kamaruzzaman tampil sebagai bintang perlumbaan semalam dengan mengetepikan saingannya dan memenangi kedua-dua perlumbaan dalam gaya dominan dan memintas beberapa pelumba terbelakang di Litar Utara Sepang yang sepanjang 2,705 meter itu.

Bekas pelumba wildcard Moto3 Malaysia, Muhammad Farid Badrul Hisam juga hebat pada Pusingan 4 apabila memenangi gelaran Kejohanan Superbike pertamanya, selepas pelumba kelahiran Kajang itu memenangi dua gelaran keseluruhan Supersport pada 2014 dan 2015.

Servis kereta tapi menang Axia

 Siapa sangka pergi servis kereta boleh menang kereta? Mohd Saipol Kamal Nor Izam Mohd Saad dari Ipoh menang Hadiah Utama Perodua Service dan Win yang diadakan antara April dan Jun tahun ini.Saipol memenangi sebuah Perodua Axia dalam peraduan yang dijalankan dengan kerjasama Petronas Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd yang merupakan pembekal pelincir kenderaan rasmi bagi perniagaan selepas jualan Perodua.

"Peraduan ini menyaksikan 37,600 peserta dengan jumlah 1.26 juta liter pelincir yang dijual dalam tempoh tiga bulan," kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato' Dr. Zahari Husin.

Sebanyak 90 hadiah diberikan kepada pemenang pertandingan. Pemenang dipilih secara rawak melalui program perisian komputer untuk memastikan tiada pilih kasih.
Perodua telah menjual sebanyak 137,200 kenderaan antara Januari dan Ogos tahun ini. Ini adalah peningkatan 2.6% berbanding dengan 133,700 kenderaan Perodua yang dijual pada masa yang sama tahun lepas.

Pada Mei tahun lalu, Perodua dan Petronas Lubricants Marketing Malaysia, anak syarikat Petronas Dagangan Sdn Bhd, telah menandatangani perjanjian di mana Petronas Lubricant akan menjadi pembekal tunggal pelincir kenderaan jualan Perodua.
1
Grand Prize
(a brand new of Perodua Axia)
Mohd Saipol Kamal Nor Izam B Mohd Saad


No.
Winner
Name
1
3rd
(a unit of Huawei P9 Smartphone)
Nurlis Lydia Bt Mohamed Rashidi
2
Marziah Bt Mazlan
3
Wiiknes A/L Muttalagan
4
Low Tianan
5
Aziz Bin Abd Rahman



1
2nd
(Travel Voucher worth RM3000)
Mohd Fadli Bin Sahadan
2
Lim Lean Beng
3
Chong Yee Shan
4
Wahiddah Bt Hj Yahya
5
Nurhasanah Bt Mohd Zahid



1
1st
(a unit of Samsung 55” Curve UHD LED TV)
Pang Wei Yang
2
Sayyid Safwan Bin Rosfan
3
Tan Beng Hooi
4
Yeap Oi Peng
5
Ahmad Hasanuddin Bin Khairu Azwa
6
Ng Soon Siang
7
Tee Ching Leong
8
Ahwazi Bin Mustafa
9
Abdul Rahim Bin Suhaimi

Michael van der Mark ganti Rossi di MotoGP

 Pasukan MotoGP Movistar Yamaha akan disertai oleh penunggang World SBK Yamaha iaitu Michael van der Mark sebagai pengganti Valentino Rossi di Gran Premio Movistar de Aragón. Van der Mark akan menunggang YZR-M1 Valentino Rossi dalam Pusingan 14 MotoGP 2017 Kejohanan Dunia, yang diadakan di trek MotorLand Aragón di Sepanyol, sementara pelumba tersohor Itali itu berehat agar pulih dari kecederaan kakinya. Rossi dilaporkan menatat kemajuan yang baik dalamproses pemulihannya. Bagaimanapun, beliau dijangkakan tidak akan dapat bersaing lagi sebelum Grand Prix of Japan di Twin Ring Motegi, yang akan diadakan dari 13 hingga 15 Oktober.

Untuk perlumbaan Aragón, Van der Mark akan disokong oleh kru biasa Rossi. Peluang ini akan menyediakan pengalaman MotoGP yang sama bagi pelumba berusia 24 tahun itu seperti yang telah dialami rakan pelumba Yamaha WorldSBK dan pemenang Suzuki 8 Hour 2017 iaitu Alex Lowes pada tahun lepas. Lowes ketika itu menggantikan Bradley Smith dalam pasukan Monster Yamaha Tech3 di Grand Prix British, San Marino, dan Aragón.
Tidak seperti Lowes, yang telah menjalani beberapa ujian di Brno, Republik Czech, sebelum mengambil bahagian dalam MotoGP, Van der Mark akan membuat penampilan di kelas perdana itu dengan menunggang YZR-M1 tanpa latihan. Walau bagaimanapun, pemenang tiga kali Suzuka 8 Jam ini telah biasa dengan tuntutan bekerja untuk pasukan kilang. Beliau juga tidak asing lagi dengan paddock MotoGP, dan telah pernah bersaing dalam tujuh perlumbaan Grand Prix 125cc pada tahun 2010, dan dalam perlumbaan Moto2 2011 di Assen, Belanda. Selain itu, pengalamannya dalam FIM Superbike (WorldSBK) dan Supersport World Championships, dan siri Eropah Superstock 600 membuatnya biasa dengan litar MotorLand Aragón memandangkan beliau telah berlumba di sana sebanyak tujuh kali sebelum ini.


Saingan terus bermakna bagi semua peserta YPSS


Litar Jasin, Melaka telah menjadi tuanrumah Pusingan 6 kejohanan Yamaha Petronas Super Series (YPSS), dengan panjang keseluruhan 1.106 km yang dihiasi 9 selekoh dan lurusan terpanjang sejauh 252 meter, pada 5 dan 6 Ogos lepas.

Md Aiman Aziz, pelumba No 4 dari Kuala Lumpur masih mendahului kutipan mata keseluruhan sehingga akhir pusingan 6 bulan lepas, setelah memenangi kesemua empat perlumbaan terdahulu walaupun buat kali pertamanya tidak berjaya menamatkan perlumbaan di Jasin. Mengekori dengan 25 mata di belakang beliau ialah pelumba jentera No 2, Md Faris Md Fazi yang dicabar Md Adib Md Asri yang menunggang jentera No 3, dengan kutipan mata terkini sebanyak 69 mata.
Adib mendahului dengan 11 mata berbanding pencabar terdekatnya iaitu Zaifi Zaini pelumba No 20 yang juga merupakan juara di Jasin dan menaiki podium buat kali pertama. Turut mengalami pengalaman pertama menaiki podium merupakan pelumba jentera No 10 iaitu Md Hazim Md Fairues, yang diikuti Md Usammah Md Narzam yang sekali lagi menduduki tempat ketiga podium setelah mencapai kejayaan yang sama di Psingan 5 di Serdang Selangor dalam  bulan Julai sebelum itu.
Namun begitu Hazim dan Usammah tidak sekali kali harus berasa selesa memandangkan kedudukan keseluruhan mereka didahului oleh Md Faiz Halim dan Akif Hakimi Zainuddin yang masing masing mengutip 46 dan 45 mata sehigga kini walaupun mereka tidak pernah menaiki podium sehingga kini.

Berbaki empat pusingan musim ini, kebanyakkan pelumba lain masih mampu mempersembahkan cabaran kepada kelompok hadapan jika mereka berusaha lebih keras dalam memperbaiki prestasi mereka dalam kejohanan satu pengeluar yang dianjurkan Yamaha ini dengan sokongan Petronas. Kejohanan satu pengeluar sebegini sering menjadi batu loncatan ke dalam arena prlumbaan bagi anak anak muda berbakat, yang mungkin satu hari nanti akan mampu mengharumkan nama negara dipersada antarabangsa.

Mari kita ikuti perkembangan mreka selanjutnya hari ini dan esok di Pusingan 7 yang berlangsung di Pasir Puteh, Bachk, Kelantan.