Pasukan MotoGP Movistar Yamaha akan disertai oleh penunggang World SBK Yamaha iaitu Michael van der Mark sebagai pengganti Valentino Rossi di Gran Premio Movistar de Aragón. Van der Mark akan menunggang YZR-M1 Valentino Rossi dalam Pusingan 14 MotoGP 2017 Kejohanan Dunia, yang diadakan di trek MotorLand Aragón di Sepanyol, sementara pelumba tersohor Itali itu berehat agar pulih dari kecederaan kakinya. Rossi dilaporkan menatat kemajuan yang baik dalamproses pemulihannya. Bagaimanapun, beliau dijangkakan tidak akan dapat bersaing lagi sebelum Grand Prix of Japan di Twin Ring Motegi, yang akan diadakan dari 13 hingga 15 Oktober.
Untuk perlumbaan Aragón, Van der Mark akan disokong oleh kru biasa Rossi. Peluang ini akan menyediakan pengalaman MotoGP yang sama bagi pelumba berusia 24 tahun itu seperti yang telah dialami rakan pelumba Yamaha WorldSBK dan pemenang Suzuki 8 Hour 2017 iaitu Alex Lowes pada tahun lepas. Lowes ketika itu menggantikan Bradley Smith dalam pasukan Monster Yamaha Tech3 di Grand Prix British, San Marino, dan Aragón.
Tidak seperti Lowes, yang telah menjalani beberapa ujian di Brno, Republik Czech, sebelum mengambil bahagian dalam MotoGP, Van der Mark akan membuat penampilan di kelas perdana itu dengan menunggang YZR-M1 tanpa latihan. Walau bagaimanapun, pemenang tiga kali Suzuka 8 Jam ini telah biasa dengan tuntutan bekerja untuk pasukan kilang. Beliau juga tidak asing lagi dengan paddock MotoGP, dan telah pernah bersaing dalam tujuh perlumbaan Grand Prix 125cc pada tahun 2010, dan dalam perlumbaan Moto2 2011 di Assen, Belanda. Selain itu, pengalamannya dalam FIM Superbike (WorldSBK) dan Supersport World Championships, dan siri Eropah Superstock 600 membuatnya biasa dengan litar MotorLand Aragón memandangkan beliau telah berlumba di sana sebanyak tujuh kali sebelum ini.
No comments:
Post a Comment