Lagi kematian melibatkan beg udara Takata disahkan

Honda Malaysia telah mengesahkan bahawa pengembung atau inflator satu peringkat (single stage SDI) beg udara pemandu Takata  terlah berkecai dalam kemalangan kenderaan pada 27 Mei 2018 lepas. Kemalangan itu mengakibatkan kematian tragik ke atas pemandu. Namun tiada punca kematian rasmi telah diumumkan.

Honda juga mengesahkan telah menjalankan pemeriksaan dengan Polis Diraja Malaysia, didapati bahawa inflator beg udara pemandu Takata (SDI) kereta Honda City keluaran tahun 2004 yang terbabas dalam kemalangan pada 27 Mei 2018 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan ini tersenarai dalam panggilan semula produk Malaysia Product Recall yang diumumkan pada 21 Mei 2015, bagi penggantian inflator SDI untuk beg udara hadapan pemandu Takata. Beberapa surat pemberitahuan yang berkaitan dengan panggilan balik ini telah dihantar kepada pemilik kenderaan tersebut berdasarkan maklumat dalam pangkalan data Honda. Rekod Honda menunjukkan bahawa penggantian inflator tersebut tidak pernah dibuat dan kenderaan itu tidak diservis di peniaga Honda yang bertauliah.

Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan ini juga telah dimasukkan ke dalam senarai panggilan bersurat bagi gantian inflator beg udara penumpang hadapan tahap tunggal (SPI) yang dikeluarkan pada hari yang sama iaitu 21 Mei 2015. Honda telah mengesahkan bahawa inflator beg udara hadapan penumpang pecah pada hari kemalangan tersebut iaitu pada 27 Mei 2018.

Honda kini sedang berhubung dengan pihak berkuasa dan bagi menghormati keluarga mangsa, Honda tidak akan mendedahkan sebarang maklumat peribadi berkaitan kemalangan tersebut.


Maklumat lanjut berkaitan program keselamatan beg udara yang dijalankan Honda selama ini:
Honda Malaysia telah menjalankan aktiviti pemberitahuannya mengenai penggantian modul beg udara hadapanpan Takata menerusi siaran akhbar, iklan, jerayawara, panggilan telefon dan SMS, serta penghantaran surat secara terus, untuk memastikan para pelanggan dimaklumkan dan menggesa pelanggan terjejas untuk melakukan penggantian.
Butiran aktiviti termasuk:
Penghantaran surat kepadalebih daripada 3,200,000 pelanggan yang terjejas
Mengirim lebih daripada 3,660,000 SMS kepada pelanggan yang terjejas
Membuat panggilan telefon kepada lebih daripada 71,700 pelanggan terjejas
Kempen yang diiklankan dan siaran akhbar dikeluarkan untuk memberitahu orang ramai
Mengadakan notis di laman web syarikat, dan membolehkan pencarian VIN (nombor casis) kenderaan terjejas di laman web www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my
Melaksanakan 'kempen capaian' di semua aktiviti luar dan pameran bergerak
Maklumat mengenai panggilan semula turut dikongsi di majalah 'With Dreams' Honda

Syarikat ini juga telah meningkatkan aktiviti penggantian inflator beg udara termasuk memastikan ketersediaan stok 100% bagi alatganti inflator pemandu dan penumpang beg udara hadapan penumpang, dan meningkatkan kapasiti khidmat penggantian melalui Hub Pusat Perkhidmatan, Hab Bergerak, Hab di stesen Petronas terpilih, Hab di jerayawara atau roadshow Honda dan mengutamakan aktiviti penggantian di pusat pengedar.

Setakat 29 Mei 2018, Honda Malaysia telah melengkapkan penggantian lebih daripada 224,000 unit inflator beg udara Takata iaitu 85% selesai. Jumlah gantian pengembung inflator bagi kedua dua beg udara pemandu dan penumpang siap sepenuhnya adalah lebih daripada 445,000 unit atau 75% selesai.

Untuk Model City Tahun 2003-2008, Honda Malaysia telah menyelesaikan penggantian lebih daripada 47,500 unit pengembung beg udara Takata pemandu, iaitu 79% selesai dan 47,200 unit inflator beg udara penumpang  hadapan Takata sebanyak 78% siap.

Seperti kerosakan beg udara sebelum ini, Honda Malaysia dengan tegas ingin memberi nasihat dan terus menggalakkan Pemilik Kereta Model City Tahun 2003-2008 untuk menghantar kenderaan mereka agar diperiksa dan dibaiki segera di peniaga sah Honda.

Honda Malaysia terus merayu kepada pemilik kenderaan Honda yang terjejas oleh penarikan semula produk inflator udara Takata depan untuk membaiki kenderaan mereka di peniaga sah Honda secepat mungkin. Syarikat itu juga menggesa semua pemilik kenderaan Honda untuk mendaftarkan kenderaan mereka di peniaga terdekat supaya sebarang maklumat yang diperlukan dihantar dapat mencapai pemiliknya secukupnya.

Pemilik kenderaan boleh menyemak status penarikan balik produk kenderaan mereka di www.productrecall.honda.com.my atau www.honda.com.my atau hubungi nombor bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau lawati mana-mana peniaga yang diberi kuasa Honda.

Honda Malaysia ingin mengesahkan bahawa model jualan Honda semasa tidak mempunyai jenis inflator udara Takata yang sama seperti model terdahulu yang terlibat dalam penarikan balik. Semua model Honda yang dijual sekarang tidak terjejas.

No comments: