Showing posts with label Andrea Dovizioso. Show all posts
Showing posts with label Andrea Dovizioso. Show all posts

Ducati kan terus mengungguli Red Bull Ring hujung minggu ini?

Hanya beberapa hari selepas GP Czech sudah ada  tindakan persediaan untuk MotoGP™ Red Bull Ring - Spielberg yang menakjubkan. Ketinggian dan pecutan merupakan kata kuncinya dan jentera Ducati sentiasa menyerlah di litar ini. Musim 2016 dan 2017 sememangnya memihak kepada jentera kilang Borgo Panigale dengan begitu sempurna, dan ini merupakan petanda baik untuk Andrea Dovizioso (Pasukan Ducati) dan rakan sepasukan Jorge Lorenzo setibanya mereka di Austria selepas mencatat kemenangan 1-2 di Brno. 'DesmoDovi' memenangi pertarungan musim lepas, dan Lorenzo kini menjadi ancaman serius di sisinya. Bolehkah jentera yang lain mengenepikan dua jentera Ducati ini dari tangga teratas kali ini?
Kedudukan keseluruhan
1 - Marc Marquez (SPA) HONDA 181 points
2 - Valentino Rossi (ITA) YAMAHA 132
3 - Andrea Dovizioso (ITA) DUCATI 113
4 - Maverick Viñales (SPA) YAMAHA 109
5 - Jorge Lorenzo (SPA) DUCATI 105

Dovizioso pecah rekod MotoGP dengan kelajuan 356.4 kmj


Andrea Dovizioso (Pasukan Ducati) menjadi pelumba terpantas dalam sejarah MotoGP ™ apabila dia mencatatkan rekod kelajuan tertinggi baru pada 356.4km/j mengatasi catatan terbaik 354.9km/j yang ditetapkan oleh rakan senegara Andrea Iannone pada tahun 2016.

Pasukan Ducati mulakan 2018 dengan gaya

Projek MotoGP 2018 kilang Borgo Panigale telah bermula semalam di Bologna, dan matlamat mereka amat mudah: kemenangan!

Ducati merupakan pasukan MotoGP pertama yang turun ke grid untuk mendedahkan projek 2018 mereka. Selepas musim 2017 hebat yang telah menyaksikan 'DesmoDovi' meraih enam kemenangan dan mengejar kejuaraan ke pusingan akhir, perhatian pemnat MotGP tetap tidak beralih dari pasukan Ducati bermulanya musim 2018. Rakan sepasukan Dovi iaitu Lorenzo juga menambah jumlah markah pada musim pertamanya di bawah jenama merah tersebut, dan pelumba Mallorca tersebut semakin menghampiri kemenangan pada akhir musim lepas setelah penyesuaiannya dengan jentera tersebut semakin serasi.
"Ia nya menakjubkan," kata Andrea Dovizioso mengenai Desmosedici dan liveri barunya. Pencabar Kejohanan tersebut telah memberikan persembahan yang luar biasa pada musim 2017, dan matlamat Dovi untuk musim yang akan datang adalah amat positif. Mengenai jentera baharunya, Dovi mengulas "Ia begitu cantik. Setiap motosikal yang saya naik memang cantik, tetapi yang ini mempunyai sesuatu yang berbeza. Kami telah menambah beberapa jalur kelabu, dan ia tampak lebih agresif dan lebih menakjubkan lagi. "
"2017 tidak mudah bagiku, kerana saya tidak memenangi sebarang perlumbaan," kata Jorge Lorenzo mengenai peralihannya ke jentera Desmosedici, "dan pada permulaan musim saya tidak dapat bertarung untuk podium. Tetapi saya bersabar dan saya tidak pernah berputus asa. Saya menikmati kemajuan yang berterusan, dan kini kami bersedia untuk musim 2018. Kami mempunyai hasil yang semakin baik sepanjang tahun. Kerja berpasukan sangat penting dan Ducati banyak membantu saya untuk menyesuaikan motosikal dengan gaya menunggang saya." Sekarang, sudah tiba masanya untuk melihat ke hadapan sekali lagi. "Saya fikir kedua-dua pasukan dan motosikal sudah sedia untuk menang," tegas pemain Sepanyol tersebut.



Musim 2017 seolah seperti MotoGP terhebat setakat ini


Empat pendahulu teratas, lima pemenang pusingan  dan sepuluh pernah menaiki podium: itulah kedudukan kejohanan MotoGP musim 2017 setakat ini.

Sjak pusingan pembukaan musim di Qatar , setiap hujung perlumbaan pada tahun 2017 ini telah mencatat bab baharu dalam satu musim yang pastinya bersejarah. Kini berehat untuk cuti musim panas, kejohanan musim ini seph melepasi tahap separuh jalan, dengan sembilan lagi Grand Prix mendatang bagi tahun 2017, dan nampaknya berada dalam rentak yang baik untuk diakhiri perlumbaan yang luar biasa menjelang pusingan terakhir di Valencia kelak.

Belum pernah lagi kita menyaksikan persaingan yang begitu hebat di kalangan pendahulu kejohanan. Empat pemimpin kejohanan iaitu Marc Marquez (Pasukan Repsol Honda), Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP), Andrea Dovizioso (Pasukan Ducati) dan Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) hanya dibezakan dengan sepuluh mata selepas sembilan perlumbaan. Kemenangan Marquez di GP Jerman telah menjadi pemangkin baginya untuk menyertai senarai teratas. Dani Pedrosa (Repsol Honda Team) juga agak dekat dengan pendahulu dan terpisah dengan hanya 26 mata, cukup memberikan harapan baginya.


Rahsia untuk musim yang mengagumkan ini bukan sahaja disebabkan oleh kedudukan kejuaraan dan aksi tunggangan yang hebat, malah persaingan di belakang pendahulu kejuaraan turut membuatkannya sebagai salah sebuah perlumbaan terhebat di dunia. Kemenangan Dani Pedrosa di Jerez bererti dia menyertai pemimpin Kejohanan sebagai pemenang kelima setakat ini, dan terdapat lima lagi pelumba lain yang telah berpeluang menaiki podium dalam separuh pertama musim 2017 ini iaitu Cal Crutchlow (LCR Honda), Jorge Lorenzo ( Pasukan Ducati), Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3), Danilo Petrucci (Octo Pramac Racing) dan Jonas Folger (Monster Yamaha Tech 3). Bertarung untuk mengejar kemenangan, persaingan diantara kelima lima mereka ini dengan taktik kelajuan tinggi menumbang kepada pembikinan mencipta salah satu Kejohanan yang paling luar biasa dalam sejarah dari minggu ke minggu.


 23 penunggang dan enam pengeluar yang berbeza bersaing dalam Kejohanan Dunia MotoGP™, dan setiap pelumba kini menjadi protagonis dalam satu musim yang akan diperkatakan untuk tahun tahun yang mendatang. Padok motoGP kini sepi sehinggalah Brno kelak, apabila api kemeriahan aka dinyalakan sekali lagi sebagai pembuka tirai separuh kedua musim, dengan menjanjikan sembilan perlumbaan luar biasa.

Satu era baru kini bermula, dan apa yang sebelum ini tidak dijangkakan kini mampu dijangka. Musim perlumbaan yang paling baik pernah dipersembahkan MotoGP™ boleh dijangkakan dengan saingan kini semakin sengit dan lebih hebat. GP Czech di Brno akan berlangsung pada 6 Ogos ini dan akan diikuti pusingan Red Bull Ring di Austria pada hujung minggu berikutnya apabila kehangatan kejohanan MotoGP™ kembali marak selepas cuti musim panas. Pastikan anda mengikutinya!

1
Marc Marquez, 93, Repsol Honda Team
129 mata

2
Maverick Viñales, 25, Movistar Yamaha MotoGP
124 mata

3
Andrea Dovizioso, 4, Ducati Team
123 mata

4
Valentino Rossi, 46, Movistar Yamaha MotoGP
119 mata