Rossi VR46 Juara Rali Monza buat kali keenam

Valentino Rossi telah memenangi persaingan Rali 2017 Monza sekali lagi. Bintang MotoGP Itali itu memandu kereta rali Ford Fiesta RC WRC pada edisi ke-38 Monza Rally Show untuk memenangi kemenangan kali keenam. Ini menjadikan Valentino Rossi sebagai pemandu paling berjaya dalam sejarah perlumbaan rali tersebut yang bermula pada tahun 1938 di Itali.

Vale sememangnya menjadi kegemaran untuk acara itu, setelah memenanginya pada 2006, 2007, 2012, 2015, dan 2016. Bagaimanapun, ia tidak bukannya mudah setelah dikenakan penalti 10 saat untuk kereta yang didapati kurang berat selepas peringkat dua.
Ini telah memberikan pendahuluan 2.7 saat kepada pesaing terdekatnya, Marco Bonanomi yang memandu Citroen DS3. Namun pada peringkat akhir, Bonanomi telah terbabas dua kali, yang menyebabkan dia jatuh ke tangga ketiga.

"Ini adalah salah satu daripada Rali Monza yang paling sukar yang pernah saya sertai, kerana terdapat empat kereta yang mampu menang, dan semua orang sudah begitu hampir antara satu sama lain, hinggalah ke hujung perlumbaan," kata Valentino Rossi.
Walaupun 'The Doctor' mempunyai ramai kawan yang berlumba di acara itu termasuk rakan lamanya Uccio, adiknya Luca Marini telah bergabung dengannya untuk acara Monza Rally Show 2017.

Saudara kandungnya itu menyertai beliau tahun ini. Pelumba muda Itali itu menduduki tempat ke-11 dalam kelasnya dan ke-26 keseluruhan. "Ini pengalaman pertamanya dengan kereta rali dan dia sudah cepat menyesuaikan diri jadi saya gembira dan dia juga gembira. Tetapi kontraknya adalah bahawa dia boleh laju, tapi tidak selaju saya," seloroh Rossi.
Foto foto oleh: Autodromo Nazionale Monza / PhotoRigato

No comments: