Michelin bekal tayar Moto- e

Dorna telah  mengumumkan bahawa Michelin akan bertindak sebagai pembekal tayar rasmi untuk Kejohanan Piala Dunia FIM Moto-e yang akan bermula pada tahun 2019. Pembekal untuk kelas utama perlumbaan Grand Prix, MotoGP itu dilihat sebagai kolaborator yang sempurna untuk Piala Dunia Moto- e  an disasarkan untuk menjadi perlumbaan hangat dngan emisi sifar.

Michelin, yang berpangkalan di Clermont-Ferrand di Perancis, telah menyertai MotoGP ™ sebagai pembekal tayar tunggal pada 2016. Sejak itu, kelas utama telah menikmati dua musim yang paling menakjubkan yang telah menjadi penanda aras tinggi di dunia suka bermotor beroda dua. Kini dengan menambah FIM Moto-e Piala Dunia ke dalam portfolio lumba mereka yang mengagumkan, jenama Perancis pasti memberikan kecemerlangan, kepakaran dan pengalaman sekali lagi - serta visi dan inovasi yang diperlukan untuk siri baru yang menarik ini.

No comments: