Helmet Nexx kini di Malaysia

Yamashiro Malaysia Sdn Bhd kini dilantik sebagai pengedar eksklusif  Topi keledar NEXX untuk seluruh Malaysia berkuatkuasa mulai 26 Oktober 2021.

Nexx Helmets yakin bhawa perkongsian mereka dengan Yamashiro Malaysia Sdn Bhd akan menyediakan kualiti yang cemerlang dan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa, selain  mewujudkan rantaian bekalan topi keledar Nexx serta stok tempatan untuk penghantaran yang lebih cepat. NEXX menawrkan topi keledar yang inovatif dengan rangkaian produk yang diperluaskan dan pelbagai guna. 

 Yamashiro Malaysia Sdn Bhd ialah syarikat pengedaran yang ditubuhkan oleh syarikat pengedaran mega dari Jepun, Yamashiro Ltd dengan lebih 100 jenama dalam portfolio syarikat, dan banyak lagi dengan pengalaman lebih 70 tahun.  

Yamashiro Malaysia mengamalkan nilai nilai "Sinergi, Semangat & Profesionalisme", dan didedikasikan untuk menyediakan pelanggan NEXX perkhidmatan selepas jualan yang terbaik dengan sedaya upaya mereka, jujur ​​dan mengamalkan penetapan harga yang adil.  Kakitangan mereka semuanya juga merupakan para penunggang yang bersemangat dan mempercayai jenama yang mereka jual, dengan menggunakan jenama tersebut.

Afif bersedia untuk menawan Asia

 

Masih bersemangat dengan kemenangan pertamanya musim ini di hadapan domestik, juara Cub Prix 2 kali, Ahmad Afif Amran bersemangat untuk merebut kejuaraan Asia musim ini.

 Afif, yang berlumba dengan Pasukan Perlumbaan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ di barisan kebangsaan, akan menyarungkan warna pasukan Cardinals Racing Team Malaysia untuk mencabar kelas Underbone 150cc Kejuaraan Lumba Jalanan Asia FIM 2022.

 Afif dan rakan sepasukannya Mohd Aiman ​​Tahiruddin akan 'dipinjamkan' kepada Pasukan Lumba Cardinals.  Kedua-dua pasukan perlumbaan mempunyai perjanjian perkongsian R&D yang telah lama berjalan.

 "Kerjasama ini sepatutnya berlangsung pada 2020, tetapi seperti yang anda tahu, perlumbaan peringkat Asia telah digantung kerana komplikasi yang timbul daripada pandemik global Covid-19. Dua tahun telah menunggu lama dan saya teruja untuk kembali ke  litar Asia,” kata Afif.

 "Akid Aziz dan Helmi Azman memenangi gelaran Underbone untuk Malaysia pada 2017 dan 2018. Saya berharap dapat membawa pulang trofi itu semula tahun ini."



Harga Motosikal Honda Berkuatkuasa 11 Mac 2022

 

Kemas Kini Harga Runcit Motosikal Honda Berkuatkuasa 11 Mac 2022

EX5 Edisi Terhad                      RM 5,198.00
Wave Alpha (Roda Jejari)       RM 4,312.00
Wave Alpha (Cast Wheels)     RM 4,589.00
Dash 125 (Double Disc)          RM 6,299.00
Dash 125 (Edisi Repsol)          RM 6,499.00
Wave125i (Double Disc)          RM 6,399.00
RS150R                                       RM 8,299.00
RS-X                                             RM 9,550.00
BeAT                                            RM 5,765.00
Vario                                            RM 7,499.00
ADV150                                       RM 11,999.00
CBR150R                                     RM 12,999.00

Forza                                           RM 25,388.00
CRF250 (ABS)                            RM 27,599.00
CBR250RR                                  RM 25,999.00
CB250R - Mat Crypton Silver Metallic & Graphite Black                            RM 22,999.00
CB250R  Candy Chromo Red  RM 23,499.00
CB500X                                       RM 36,099.00
CBR500R                                     RM 34,499.00
Rebel                                            RM 32,899.00
CB650R                                        RM 43,499.00
CBR650R                                     RM 45,499.00
CBR600RR                                   RM 98,888.00
X-ADV                                            RM 67,799.00
Africa Twin:
CRF1100L (Manual)                    RM 98,888.00
CRF1100L Adv Sports Manual RM 111,888.00
CRF1100L Adv Sports (DCT)   RM 117,888.00
CBR1000RR-R Fireblade SP     RM 198,800.00
Goldwing 1800                           RM 210,888.00

Harga yang dipaparkan adalah harga bilik pameran yang disyorkan tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.  Boon Siew Honda menawarkan jaminan pengilangan dua tahun atau 20,000km (yang mana terdahulu).
Untuk maklumat lanjut mengenai harga motosikal Honda yang dikemas kini, pelanggan boleh mengunjungi Honda
Pengedar Sah atau hubungi nombor Bebas Tol Boon Siew Honda di 1-800-88-3993 atau log masuk
www.boonsiewhonda.com.my
#boonsiewhonda


Suzuki Raider R150 Fi kini tiba!

Suzuki Belang F150 yang mula diperkenalkan pada bulan April 2009 telah menjadi satu model motosikal yang unik di pasaran Malaysia, yang dahulunya telah mewujudkan kultus tersendiri dan dihormati kerana prestasinya. Sehingga kini, terdapat ribuan penunggang dan peminat yang berterusan menyokong model tersebut. (Baca mengenainya di https://www.motorev.com.my/2009/04/suzuki-belang-r150.html)

Suzuki Malaysia kini membawakan versi terkini Belang dalam bentuk Suzuki Raider R150 Fi. Model baharu ini mengekalkan nilai nilai yang menjadikannya begitu digemari komuniti dua roda di negara ini.


Enjin 147cc empat injap DOHCnya merupakan nadi yang paling berkuasa kini dipasang pada Raider R150 Fi. Para jurutera Suzuki juga telah memastikan bahawa peningkatan kuasa sebanyak 2 kW kepada 13.6 kW @ 10,000 rpm dan tambahan 1.3 Nm kepada 13.8 Nm @ 8,500 rpm, akan mampu dirasai pada keseluruhan julat putaran enjin dari rpm rendah hinggalah yang tertinggi. Nozel atau muncung suntikan bahan api jenis empat liang telah digunapakai bagi menyuntik jumlah bahan api yang optimum untuk memastikan penghasilan kuasa yang lebih hebat serta kecekapan bahan api yang lebih baik. Enam sensor siap terbina dalam enjin untuk memastikan data yang mencukupi mampu dikumpulkan oleh Modul Kawalan Elektronik (ECM ) mampu menentukan nisbah terbaik untuk prestasi enjin yang optimum.


Penggunaan injap berdiameter lebih besar memastikan kecekapan terbaik dari
segi output kuasa atau penggunaan bahan api untuk enjin 150 cc itu. Diameter luar injap kemasukan kini bersaiz 24 mm berbanding 22 mm terdahulu, dan injap ekzos pula kini berdiameter 21 mm berbanding 19 mm terdahulu.

Teknologi salutan silinder SCEM (Suzuki Composite Electrochemical Material) yang digunakan dalam motosikal sports besar Suzuki turut digunakan pada Raider bagi memastikan silinder dilindungi daripada
deformasi haba dan dalam masa yang sama mengurangkan geseran. Salutan Nikasil yang didaftar hak penggunaannya oleh Suzuki yang menggunakan bahan nikel-fosforus-silikon-karbaid.


Diameter saluran ekzos yang lebih besar (31.8 mm berbanding 25.4 mm pada model terdahulu) kini menghasilkan tindak balas yang optimum daripada enjin pada keseluruhan julat putaran enjin.

Suzuki Raider R150 Fi yang baharu ini didatangkan dengan rangka Suzuki Advanced Twin Spar yang menawarkan keseimbangan antara peningkatan ketegaran, serta rangka yang lebih ringan, dan dalam masa yang sama menawarkan kebolehgerakan atau fleksibiliti dan kestabilan yang unggul sama seperti model GSX-R.

Suzuki Raider R150 Fi ini dipasang tayar tanpa tiub IRC yang menawarkan pengurangan rintangan golekan sebanyak enam peratus, memperbaiki kadar pecutan dan kadar cengkaman yang mencukupi untuk tunggangan yang lebih meyakinkan, dan selamat.

Brek cakera kelopak digunapakai bagi menyesarkan haba dengan lebih cepat, sekaligus meningkatkan tahap keselamatan ketika menunggang di kawasan berbukit. Rekaan pelana serba baharu yang tampak sporti itu menawarkan tahap keselesaan yang sama seperti model terdahulu.


Tunggangan malam kini lebih selamat di mana Raider R150 Fi dilengkapi dengan pencahayaan LED untuk suluhan rendah dan juga tinggi. la bukan sahaja meningkatkan tahap penglihatan penunggang, malah mempunyai jangka hayat yang lebih lama dan menggunakan tenaga elektrik yang tidak membebankan bateri.
Hendal pemegangnya merupakan rekaan zig-zag yang selesa sama seperti model GSX-R, sementar cermin sisi pula menawarkan rupa yang lebih moden, dengan saiz yang lebih besar untuk penglihatan dan keselamatan yang lebih baik.

Penyelenggaraan mudah juga turut di utamaan pada model Raider R150 Fi, dan ia merupakan motosikal underbone bawah 150 cc pertama yang didatangkan dengan rantai termeterai (sealed chain) yang baharu. Penggunaan rantai ini bukan sahaja memastikan ianya lebih mampu mengekalkan ukuran asalnya, malah ketahanan rantai juga turut dipertingkatkan. Rantai seperti ini lazinya digunakan pada motosikal berkuasa tinggi. Ianya menggunakan meterai minyak atau oil-seal yang menahan gris dari keluar pada setiap sambungannya. Penggunaan rantai ini bukan sahaja memastikan ianya lebih mampu mengekalkan ukuran asalnya, malah ketahanan rantai juga turut dipertingkatkan. Rantai seperti ini lazinya digunakan pada motosikal berkuasa tinggi.

Panel instrumen LCD penuh menyediakan pelbagai informasi yang diperlukan, sementara rekaan badan yang ramping dan ringan itu menawarkan prestasi tunggangan dalam bandar yang sesak yang praktikal malah mengujakan.

Suzuki Raider R150 Fi hadir dengan dua warna menarik dengan grafik yang berpadanan iaitu Hitam Titan Black dan Biru Metalik Mat Stellar Blue/Titan Black.
Harga runcit yang dicadangkan untuk Suzuki Raider R150 Fi ini bermula dari RM8,173.00 atas jalan tanpa insurans. Ia dilindungi jaminan pembuatan selama 2 tahun atau 20,000 km, yang mana terdahulu.

Untuk perbandingan, Suzuki Belang yang dperkenalkan dalam tahun 2009 ditawarkan pada harga RM7,570.00

Spesifikasi

Jenis enjin : 4 lejang, Dwi aci sesondol 4 Injap DOHC
Svstem Penyejukan : Sejukan Cecair
Gerek x Lejang : 62.0 x 48.8 mm
Sesaran : 147cc
Sistem Nyalaan: Transistor Elektronik
Nisbah Mampatan : 11.5: 1
Sistem nyalaan : Suntikan bahanapi
Penghidup: Tendang/Elektrik
Sistem Pelinciran: SJCS

Suzuki kembali menggegar jalanan!

Jenama Suzuki kan kembali menggegar jalanan Malaysia dengan penampilan model model pemasangan tempatan yang menggunakan komponen Asian, sekaligus memungkinkan penawaran motosikal yang berkualiti namun mampu milik.

Kemunculan semula jenama motosikal Suzuki di pasaran Malaysia diserikan dengan pelancaran enam buah model baharu sebelum ini, ketika mengumumkan penjaga baharu jenama itu serta mewujudkan jaringan lebih daripada 70 pengedar jualan dan servis di seluruh negara.

Hari ini, seperti yang dijanjikan pada suku keempat tahun 2021, Suzuki Malaysia melancarkan model bersesaran 150 cc untuk pasaran tempatan. Ia sekali gus menandakan kemunculan semula jenama tersohor Jepun itu ke dalam pasaran motosikal kecil untuk Malaysia.

Tiga model baharu yang dilancarkan hari ini ialah Suzuki GSX-R150, GSX-S150 dan R150i disasarkan kepada segmen golongan yang lebih muda dan mereka yang mahukan motosikal kegunaan harian yang dilengkapi dengan teknologi terkini, ringan dan mempunyai prestasi keseluruhan yang baik.