Suzuki kembali menggegar jalanan!

Jenama Suzuki kan kembali menggegar jalanan Malaysia dengan penampilan model model pemasangan tempatan yang menggunakan komponen Asian, sekaligus memungkinkan penawaran motosikal yang berkualiti namun mampu milik.

Kemunculan semula jenama motosikal Suzuki di pasaran Malaysia diserikan dengan pelancaran enam buah model baharu sebelum ini, ketika mengumumkan penjaga baharu jenama itu serta mewujudkan jaringan lebih daripada 70 pengedar jualan dan servis di seluruh negara.

Hari ini, seperti yang dijanjikan pada suku keempat tahun 2021, Suzuki Malaysia melancarkan model bersesaran 150 cc untuk pasaran tempatan. Ia sekali gus menandakan kemunculan semula jenama tersohor Jepun itu ke dalam pasaran motosikal kecil untuk Malaysia.

Tiga model baharu yang dilancarkan hari ini ialah Suzuki GSX-R150, GSX-S150 dan R150i disasarkan kepada segmen golongan yang lebih muda dan mereka yang mahukan motosikal kegunaan harian yang dilengkapi dengan teknologi terkini, ringan dan mempunyai prestasi keseluruhan yang baik.



No comments: