Khabar angin bertiup kencang bahawa pengeluar dan pemasang motosikal Demak, DNC Asiatic Holdings Sdn. Bhd. telah menghentikan operasi mereka. Tiada pengumuman rasmi yang telah dibuat setakat ini, dan usaha untuk menghubungi pihak pengurusan juga menemui jalan buntu. Apa yang pasti telah ada beberapa kakitangan penting DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd, Demak Marketing Sdn Bhd dan juga dari syarikat pengedaran motosikal yang mempunyai kaitan secara langsung dengan DNC Asiatic telah mengumumkan 'pemergian' mereka dari syarikat syarikat tersebut melalui media sosial. Malah ada juga laman media sosial yang telah menaikkan apa yang dikatakan gambar terkini papan tanda kilang Demak.
Sebelum ini DNC Asiatic Holdings Sdn. Bhd. telah meneroka pasaran antarabangsanya yang pertama di Sri Lanka pada tahun 2016 dan mensasakan beberapa buah negara lagi yang turut dikenal pasti sebagai
pasaran berpotensi seperti di Myanmar, Bangladesh dan Asia Barat.
Selain Demak, DNC Asiatic Holdings turut memiliki jenama MV Agusta dan
diberi hak untuk memasang dan menjual jenama tersebut untuk pasaran
tempatan menerusi anak syarikat Moto Varese Asiatic Sdn. Bhd.
Laman FB Demak Marketing setakat ini masih lagi beroperasi di https://www.facebook.com/pages/Demak-Marketing-Sdn-Bhd/311749769006581.
Begitu juga dengan laman sesawang rasmi mereka di http://dncmotorcycle.com/
Royal Enfield Himalayan dilancar RM36,880
Royal Enfield Himalayan menggabungkan ketahanan dan keselesaan menunggang sepanjang hari untuk. Rekabentuk minimalis dan semata-mata untuk fungsi mungkin tidak menambat hati peminat motosikal sejati namun ia mendapat tempat di hati kumpulan sasarannya. Suspensi yang selesa, roda berjejari, tambatan mudah untuk tali bagasi dan lain-lain utiliti membuatkan Himalayan motosikal impian bagi pengembara.
Royal Enfield Malaysia telah melancarkan versi baru Himalayan yang baru dan ditambah baik. Suapan bahan api untuk enjin 410cc kini dikendalikan oleh sistem suntikan bahan api. RE mendakwa bahawa ia juga telah menjaga isu kualiti yang telah disebut dalam beberapa laman forum Himalayan.
Suspensi pergerakan panjang, posisi menunggang semulajadi, enjin lasak dan penuh tork semuanya menyumbang kepada tunggangan yang selesa untuk anda, sama ada di lebuhraya, jalan raya, atau jalan tanah dan pergunungan.
Himalayan berfungsi untuk menggunakan tenaga jalan yang dilaluinya. Berdiri denga mantap, gantungan yang diuji, tayar dwi kegunaan yang digabungkan dengan pengendalian tangkas bermakna Himalayan boleh mengendalikan sebarang persekitaran jalan luar.
Himalaya menempatkan penunggang di ketinggian di pelana yang rendah, hendal dan pemijak kaki berfungsi dengan sempurna untuk menyatukan penunggang dengan motosikal untuk kedudukan tegak yang selesa. Tambatan yang sedia ada di bahagian depan dan belakang membolehkan anda mengikat barangan dan bertolak pada bila-bila masa, sementara kluster instrumen LCD akan menjejakkan kaki ke penyelenggaraan. Ianya juga motosikal pertama yang menyediakan kompas digital pada paparan meternya.
Himalayan serbaboleh yang versatil ini juga sesuai untuk menjadi satu satunya motosikal milik anda.
Royal Enfield Malaysia telah melancarkan model Himalaya ini pada harga RM36,880 atas jalan (tidak termasuk insurans dan tanpa GST).
Spesifikasi
Enjin: Silinder tunggal, 4 lejang, sejukan Udara, SOHC, Suntikan Bahan Api
Sesaran: 411cc
Gerek x Lejang :78 mm x 86 mm
Nisbah Mampatan: 9.5: 1
Kuasa Maksimum: 24.5 bhp @ 6500 rpm
Tork Maksimum: 32 Nm @ 4250 rpm
Sistem nyalaan: Pencucuhan elektronik digital
Klac: jenis Basah, berbilang plat
Kotak gear: lima keljuan
Pelinciran: takung basah
Suapan: Suntikan bahan api elektronik
Penghidup: Elektrik
| boleh dipasang tangki bahanapi tambahan |

Honda perkenal barisan model CRF450 2019
Honda diberitakan menyegarkan barisan model 2019 jentera luar jalannya, dan ia termasuklah model dual-sport CRF450L yang baru. Menurut laman web Honda, motosikal ini berada dalam barisan "CRF Performance Line" Honda.
Ia berkongsi enjin 449.7 cc Unicam empat injap yang sama digunakan pada kesemua model CRF450, walaupun sesetengah bahagian dalaman telah laras untuk membezakan kuasa output untuk kegunaan yang dimaksudkan.
Jika anda tidak biasa dengan huruf dalam barisan model baharu ini,secara mudahnya
1. 450RWE (Edisi Kerja) kini berada di bahagian atas barisan model itu sebagai versi hebat 450R,
2. 450R direka untuk kegunaan motocross.
3. 450RX mempunyai nisbah mampatan yang lebih tinggi dan kotak gear lima kelajuan berbanding model X untuk perlumbaan enduro yang lebih agresif,
4. 450X pula yang mendapat enam gear, aci engkol lebih berat, lampu, dan nisbah mampatan yang lebih rendah untuk persaingan berkelajuan tinggi.
5. 450L baru adalah versi jalan raya yang paling serupa dengan 450X.
Gegelung gpring teleskopik terbalik 49 mm di bahagian depan boleh diselaraskan untuk lantunan dan pemampatan redaman (tetapi tiada pramuat). Suspensi belakang dikendalikan oleh penyerapkejutan Pro-Link Showa dengan penyesuaian tetapan untuk pramuat, lantunan dan redaman mampatan.
Terdapat juga perbezaan kepada geometrinya juga. CRF450L mendapat ketinggian pelana lebih rendah pada 37.1 inci berbanding 37.8 inci pada R dan RX. Ia juga mendapat jarak tapak roda terpanjang pada 58.9 inci dan paling sedikit kelegaan bumi pada 12.4 inci berbanding dengan 12.7 inci pada X dan 12.9 inci pada R dan RX.
Berat badan keseluruhan pakej masih berdaya saing pada 131 kg walaupun lebih berat daripada jentera 450 yang lain. Memandangkan ia mesti memenuhi keperluan pelepasan dan peraturan DOT, tidak adil untuk menilainya dengan CRF lumba sahaja,tetapi ia boleh dibandingkan dengan jentera dwi-kegunaan (dual purpose) yang lain.

TEKNO_MOTOREV: Bateri berkualiti bantu tingkat kuasa enjin
Salah satu cara yang kita semua ketahui bagi meningkatkan kuasa enjin ialah dengan mengurangkan bebanan yang perlu ditanggung oleh enjin sewaktu ia nya beroperasi. Selain bebanan dari geseran enjin yang mampu ditangani dengan pengunaan minyak pelincir yang baik, sistem penjanaan kuasa elektrik juga menyumbang kepada beban enjin dan mempu mengurangan kuasa yang dikeluarkan. Jika anda pernah menghidupkan enjin janakuasa untuk mendapatkan kuasa elektrik, atau pernah melihatnya digunakan di pasar malam, perhatikan bagaimana deruman bunyi enjin akan berubah ketika peralatan elektrik dipasang hasil beban dari generator yang menghasilkan kuasa elektrik itu.
Sistem penjanaanan terdiri daripada tiga komponen utama: bateri, yang menyimpan tenaga elektrik untuk digunakan dan bertindak sebagai penampan untuk sistem elektrik motosikal; generator/alternator yang menghasilkan arus ulang-alik untuk menjalankan motosikal dan mengecas bateri; dan pengalih (rectifier), atau penerus/pengatur (regulator) yang lebih biasa digunakan, yang mengubah atau membetulkan arus ulang-alik (AC) yang dihasilkan oleh alternator ke arus terus (DC) supaya ia boleh disimpan dalam bateri dan mengawal jumlah arus yang dihasilkan untuk mengelakkan penjanaanan berlebihan. Sistem penjanaan pada motosikal menghasilkan kuasa elektrik untuk kegunaan penghasilan percikan api pada palam pencucuh atau plag, dan juga untuk mengecas semula bateri yang membekalkan kuasa kepada sistem nyalaan, unit kawalan elektronik enjin atau ECU yang berperanan penting dalam operasi enjin terutamanya bagi enjin yang menggunakan suapan sistem suntikan bahanapi. Kenayakan motosikal kini menggunakan penghidup elektrik yang mendapat kuasanya dari bateri yang sentiasa dicaj semula sewaktu enjin beroperasi.
Berbalik kita pada isu usaha meningkatkan kuasa enjin tadi. Dalam berbuat demikian, kesemua komponen enjin akan diteliti untuk menentukan dan mengenepikan apa jua komponen enjin yang tidak diperlukan dalam perlumbaan, ataupun dicari alternatif lain bagi menggantikan fungsinya. Kali ini kita berbicara sedikit tentang modifikasiatau alternatif sistem penjanaan yang digunakan oleh enjin perlumbaan.
Dari segi praktikalnya, jentera lumba tidak lagi perlu mengharapkan pengecasan semula bateri untuk menapatkan bekalan kuasa elektrik bagi operasi enjin ketika berlumba. Hakikat ini juga mengenepikan keperluan untuk mengekalkan sistem generator yang terdiri dari gegelung atau koil dan juga magnet penunggu serta peralatan lain seperti rektifier yang menentukan arus elektrik yang betul, dan juga regulator yang bertugas menetapkan tahap voltan elektrik yang dijana. Penanggalan kesemua peralatan ini dari jentera lumba sebenarnya bukanlah untuk mengurangkan berat enjin tetapi seperti yang dikatakan awal tadi, ia lebih kepada usaha untuk mengurangkan bebanan operasi yang ditanggung enjin dan sebagai usaha meningkatkan kuasa yang mampu dihasilkan.
Bagi menangani keperluan bekalan elektrik yang diperlukan operasi enjin, jentera lumba cub prix kini hanya bergantung harap kepada bekalan elektrik oleh bateri sahaja. Oleh itu, bateri yang digunakan haruslah mampu membekalkan bukan sahaja kuasa elektrik yang mencukupi sepanjang perlumbaan, tetapi yang lebih penting adalah bekalan kuasa elektrik yang sekata, malar atau tetap, dan mampu menangani kehendak peralatan elektronik bagi mendapatkan operasi enjin yang optimum. Bateri bateri yang digunakan oleh jentera perlumbaan dalam cub prix ini sentiasa dicaj dan dipastikan penuh terutama sekali sepanjang hujung mingu perlumbaan. Amat malang sekali jika enjin motosikal lumba anda mati di tengah tengah perlumbaan kerana kehabisan kuasa bateri!
Bagi enjin suapan kerburetor, penggunaan bateri yang berjenama dan berkualiti adalah penting untuk mendapatkan bekalan kuasa yang diperlukan sepanjang opersi hujung minggu perlumbaan. Kebanyakan jentera suapan karburetor menggunakan bateri jenis gel bagi mengelakkan tumpahan cecair asid bateri ketika kemalangan.
Kuasa elektrik yang sekata dan boleh diharap ini adalah mustahak lebih lebih lagi bagi enjin yang menggunakan suapan sistem suntikan bahanapi atau fuel injection seperti Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R. Oleh itu, bateri yang berkualiti tinggi akan digunakan bagi jentera seperti ini untuk memastikan bahawa bekalan kuasa elektrik yang sekata akan mampu dibekalkan untuk keperluan operasi enjin yang optimum ketika perlumbaan. Kebanyakan pasukan lumba menggunakan bateri yang diperbuat dari sel lithium ion, dan jangan terkejut jika ada di antaranya mampu mencecah harga ribuan ringgit! Bateri lithium juga digunakan dalam telefon bimbit anda, dan ia dipilih kerana karekteristiknya yang mampu menghasilkan bekalan kuasa yang sekata, penyimpanan kuasa yang tinggi serta amat ringan jika dibandingkan dengan bateri asid plumbum samada dari jenis cecair mahupun jenis gel. Bateri 'mahal' seperti dari jenis Super-B ataupun Skyrich ini mampu menyimpan kuasa hingga sebanyak 72 Watt-jam, dan biasanya akan mampu bertahan bagi setahun penggunaan untuk perlumbaan. Teknologi bateri kian hari semakin berkembang, dan seperti yang dikatakan awal tadi, peranan bateri yang utama adalah membekalkan kuasa elektrik yang sekata dan mencukupi, jadi ada juga pasukan yang mencuba menggunakan pelbagai bateri bukan konvensional, seperti bateri 10,000mAh yang digunakan dalam helikopter kawalan jauh!
Jika anda ingin meningkatkan kuasa motosikal anda, mungkin anda juga boleh mencuba menggunakan pendekatan sebegini untuk motosikal anda. Cuma, pastikan bateri anda sentiasa dicaj penuh dan berada dalam keadaan baik, agar anda tidak tersadai pula di tepi jalan dalam perjalanan pulang ke rumah!
TEKNO-MOTOREV: Quickshifter: Pengalih Gear Tangkas mudah dan menyeronokkan
Pengalih gear tangkas atau quickshifter asalnya dicipta bagi kegunaan di litar lumba, untuk membantu mendapatkan masa pusingan atau lap yang lebih pantas. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, teknologi ini telah digunakan di jalan raya, dan gaya pengalihan gear tanpa klac, dengan pendikit dibuka sepenuhnya mula menjadi ikutan ramai. Sememangnya ia adalah ciri yang tidak benar benar perlu untuk kegunaan di jalan, tetapi bihinglah jika dikatakan bahawa ianya tidak mengujakan dan mampu menjadi ketgihan.
Biasanya untuk mengalih gear anda akan mengurangkan pendikit sedikit dan menarik klac, kerana transmisi dikurangkan bebanan pada gigi gigi gear seketika agar ianya boleh digelincir masuk ke gear pilihan seterusnya. Dengan pengalih gear tangkas, pengurangan bebanan seketika ini dicapai dengan memanipulasi percikan pencucuhan. Inilah cara ianya berfungsi: Terdapat sensor yang disepadukan ke dalam pengalih gear tangkas yang mengesan apabila tuil pengalih gear bergerak dan menghantar isyarat kepada ECU motosikal untuk mengganggu percikan api seketika. Oleh itu, sebaik sahaja anda mennggerakkan tuil gear terdapat pemotongan api nyalaan enjin buat beberapa milisaat yang membolehkan gear beralih pada ali mau syafnya, dan menyebabkan peralihan gear transmisi, tanpa perlu menarik tuil klac ataupun mengurangkan kilasan pendikit.
![]() |
| Quickshifter dipasang standard pada Yamaha MT09 model 2018 |
Memang akan ada yang mengatakan bahada anda haya perlu melepaskan pendikit sekejap sahaja untuk menaikkan gear, tetapi ketika perlumbaan, separuh saat adalar masa yang aman berharga. Dengan pengalih gear tangkas tau quickshifter, peralihan gear ke atas berlaku dengan cepat sehingga pada dasarnya tunggangan anda tidak terganggu, jadi anda boleh mengalih gear semasa menangani selekoh bahkan ketika anda menyendeng motosikal luar keluar dari selekoh. Quickshifters juga mmemudahkan tumpuan perhatian minda anda, kerana peralihan gear kini menjadi tindakan yang memerlukan shanya satu gerakan mudah, dan bukan lagi dua pergerakan yang perlu diselaraskan sbaiknya iaitu pengawak klac dan menyonget tuil gear.
Quickshifter merupakan ciri yang menyenangkan, dan cara mudah untuk membuat motosikal merasa lebih sporty, dan terdapat banyak pilihan yang dijual sebagai aksesori lepas jualan. Sesetengah orang mengatakan bahawa pengalih gear tangkas adalah untuk pelumba malas, tetapi jika anda bukan seorang peminat kelajuan, mungkin kerana anda belum pernah mencubanya.
Mungkin anda tertanya-tanya tentang auto-blip iaitu bantuan menurunkan gear, iia sebenarnya kecanggihan pengalih gear elektronik. Seperti ppengalih gear tangkas, auto-blip membolehkan anda menurunkan gear tanpa menggunakan klac. Ia boleh didapati pada beberapa model motosikal dan terdapat juga kit lepas-jualan atua aftermarket, tetapi pendikit motosikal anda perlulah dari senis tunggang-dengan-wayar (ride-by-wire) supaya sistem itu boleh mengawal pendikit secara secara elektronik. Ia sangat canggih, dan begitu seronok untuk digunakan.
Labels:
auto blip,
klac,
motosikal,
mt09,
pendikit,
pengalih gear tangkas,
quickshifter,
tekno-motorev,
Yamaha
Subscribe to:
Posts (Atom)