Demak henti operasi?

Khabar angin bertiup kencang bahawa pengeluar dan pemasang motosikal Demak, DNC Asiatic Holdings Sdn. Bhd. telah menghentikan operasi mereka. Tiada pengumuman rasmi yang telah dibuat setakat ini,  dan usaha untuk menghubungi pihak pengurusan juga menemui jalan buntu. Apa yang pasti telah ada beberapa kakitangan penting DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd, Demak Marketing Sdn Bhd dan juga dari syarikat pengedaran motosikal yang mempunyai kaitan secara langsung dengan DNC Asiatic telah mengumumkan 'pemergian' mereka dari syarikat syarikat tersebut melalui media sosial. Malah ada juga laman media sosial yang telah menaikkan apa yang dikatakan gambar terkini papan tanda kilang Demak.

  Sebelum ini DNC Asiatic Holdings Sdn. Bhd. telah meneroka pasaran antarabangsanya yang pertama di Sri Lanka pada tahun 2016 dan mensasakan beberapa buah negara lagi yang turut dikenal pasti sebagai pasaran berpotensi seperti di Myanmar, Bangladesh dan Asia Barat.
 Selain Demak, DNC Asiatic Holdings turut memiliki jenama MV Agusta dan diberi hak untuk memasang dan menjual jenama tersebut untuk pasaran tempatan menerusi anak syarikat Moto Varese Asiatic Sdn. Bhd.
 Laman FB Demak Marketing setakat ini masih lagi beroperasi di https://www.facebook.com/pages/Demak-Marketing-Sdn-Bhd/311749769006581.

Begitu juga dengan laman sesawang rasmi mereka di http://dncmotorcycle.com/

No comments: