Showing posts with label mt09. Show all posts
Showing posts with label mt09. Show all posts

TEKNO-MOTOREV: Quickshifter: Pengalih Gear Tangkas mudah dan menyeronokkan


Pengalih gear tangkas atau quickshifter asalnya dicipta bagi kegunaan di litar lumba, untuk membantu mendapatkan masa pusingan atau lap yang lebih pantas. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, teknologi ini telah digunakan di  jalan raya, dan gaya pengalihan gear tanpa klac, dengan pendikit dibuka sepenuhnya mula menjadi ikutan ramai. Sememangnya ia adalah ciri yang tidak benar benar perlu untuk kegunaan di jalan, tetapi bihinglah jika dikatakan bahawa ianya tidak mengujakan dan mampu menjadi ketgihan.

Biasanya untuk mengalih gear anda akan mengurangkan pendikit sedikit dan menarik klac, kerana transmisi dikurangkan bebanan pada gigi gigi gear seketika agar ianya boleh digelincir masuk ke gear pilihan seterusnya. Dengan pengalih gear tangkas, pengurangan bebanan seketika ini dicapai dengan memanipulasi percikan pencucuhan. Inilah cara ianya berfungsi: Terdapat sensor yang disepadukan ke dalam pengalih gear tangkas yang mengesan apabila tuil pengalih gear bergerak dan menghantar isyarat kepada ECU motosikal untuk mengganggu percikan api seketika. Oleh itu, sebaik sahaja anda mennggerakkan tuil gear terdapat pemotongan api nyalaan enjin buat beberapa milisaat yang membolehkan gear beralih pada ali mau syafnya, dan menyebabkan peralihan gear transmisi, tanpa perlu menarik tuil klac ataupun mengurangkan kilasan pendikit.
Quickshifter dipasang standard pada Yamaha MT09 model 2018
Memang akan ada yang mengatakan bahada anda haya perlu melepaskan pendikit sekejap sahaja untuk menaikkan gear, tetapi ketika perlumbaan, separuh saat adalar masa yang aman berharga. Dengan pengalih gear tangkas tau quickshifter, peralihan gear ke atas berlaku dengan cepat sehingga pada dasarnya tunggangan anda tidak terganggu, jadi anda boleh mengalih gear semasa menangani selekoh bahkan ketika anda menyendeng motosikal luar keluar dari selekoh. Quickshifters juga mmemudahkan tumpuan perhatian minda anda, kerana peralihan gear kini menjadi tindakan yang memerlukan shanya satu gerakan mudah, dan bukan lagi  dua pergerakan yang perlu diselaraskan sbaiknya iaitu pengawak klac dan menyonget tuil gear.

Quickshifter merupakan ciri yang menyenangkan, dan cara mudah untuk membuat motosikal merasa lebih sporty, dan terdapat banyak pilihan yang dijual sebagai aksesori lepas jualan. Sesetengah orang mengatakan bahawa pengalih gear tangkas adalah untuk pelumba malas, tetapi jika anda bukan seorang peminat kelajuan, mungkin kerana anda belum pernah mencubanya.


Mungkin anda tertanya-tanya tentang auto-blip iaitu bantuan menurunkan gear, iia sebenarnya kecanggihan pengalih gear elektronik. Seperti ppengalih gear tangkas, auto-blip membolehkan anda menurunkan gear tanpa menggunakan klac. Ia boleh didapati pada beberapa model motosikal dan terdapat juga kit lepas-jualan atua aftermarket, tetapi pendikit motosikal anda perlulah dari senis tunggang-dengan-wayar (ride-by-wire) supaya sistem itu boleh mengawal pendikit secara secara elektronik. Ia sangat canggih, dan begitu seronok untuk digunakan.

Yamaha MT09 2018 terima banyak peningkatan

 Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) mula memperkenalkan model Yamaha MT-09 empat tahun lepas dan juga memperkenalkan model pemasangan dalam negara pada penghujung tahun 2014. MT09 merupakan siri model motosikal berkuasa tinggi kedua yang dipasang dalam negara di kilang Yamaha di Sungai Buloh selepas siri XJ yang terdiri dari model XJ6, XJ6 Diversion dan XJ6 Diversion F. Yamaha MT-09 merupakan model perdana HLYM dalam barisan model berkuasa tinggi mereka dan jentera 'Master Of Torque' ini merupakan konsep baru dalam reka bentuk keseluruhan motosikal sukan. Dari awal lagi Yamaha berhasrat untuk bukan sahaja menyampaikan sekadar sebuah lagi motosikal umum dari Jepun, tetapi sebagai sesuatu yang berbeza dan berdaya tarikan di dalam ciri ciri nya. Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa  siri MT mula diperkenalkan dengan penampilan MT-01 pada tahun 1999 lagi.
 Salah satu topik yang paling banyak dibahaskan di kalangan penunggang adalah persoalan mengenai konfigurasi enjin motosikal yang paling sempurna untuk penunggang jalanan. Namun memang tidak dapat dinafikan bahawa ramai yang akan bersetuju, walaupun dengan berat hati, bahawa konfigurasi enjin tiga-silinder adalah sesuatu yang berlainan dan amat menarik.
 Yamaha menghargai hakikat ini dan membekalkan jentera MT-09 ini dengan enjin 850 cc tiga-silinder dengan tork yang tinggi, berbekalkan kuasa 115hp yang berdaya 87,5 Nm sebagai jentera prestasi generasi baru yang direka untuk penunggang yang menghargai pecutan cemerlang. Ia menghasilkan daya kilas atau tork yang sekata atau linear bagi memberi pecutan penuh sensasi bagi memuncakkan aliran adrenalin ke jantung anda. Ia dikawal pendikit kawalan-dengan-wayar (fly-by-wire) dengan 3 mod menunggang, walaupun ramai pada mulanya mungkin mendapati dua mod awal adalah agak tangkas dan agresif untuk keselesaan menunggang dalam bandar, dan memerlukan sedikit penyesuaian diri.


 MT-09 ini didatangkan dengan casis yang padat bagi mendapatkan gabungan konsep keseluruhan yang segar sebagai sebuah motosikal sports. Tangkas dikendalikan, motosikal dinamik gaya motard ini dilengkapi dengan casis aluminium padat dan kedudukan menunggang tegak yang memudahkan tunggang harian dalam bandar mahupun tunggangan bebas santai mahupun tangkas pada hujung minggu.
 Tidak banyak perbezaan dibuat bagi model 2018 ini kepada kedudukan menunggang jentera yang agak kurus dan mudah dikendalikan ini. Perkara pertama yang anda sedari mungkin pelana berbentuk segi tiga: menirus di hadapan dan berkembang luas di belakang. Ia memudahkan capaian kaki kaki ke tanah semasa berhenti. Pembonceng motosikal anda juga akan menghargai bentuk pelana belakang yang tampak kecil tetapi cukup untuk menampung mereka dengan selesa.

Suspensi hadapannya kini bolehlaras sepenuhnya, dan sistem breknya kini dilengkapi ABS sebagai peralatan standard. Gantungan belakang monocross dengan penyerap-kejutan mendatar boleh disesuaikan dengan pelarasan mekanikal pra-bebanan spring yang maksimum untuk mengelakkan bahagian belakang dari membuai pada kelajuan tinggi.

Kotak gear nya kini dilengkapi dengan cekam atau klac gelincir dan berbantu (assisted & slipper clutch ASC) yang mengurangkan daya usaha yang diperlukan untuk operasi tuil klac, dan menghalang gelinciran roda belakang semasa penurunan gear yang mendadak. Selain turut dilengkapi kawalan daya cengkaman (traction control), ia juga kini dilengkapi pengalih gear tangkas (quickshifter), bagi memudahkan dan mempecepatkan peralihan gear dua dan ke atas selepas 2,500 rpm.
 Yamaha MT-09 ini diringankan dengan penggunaan kerangka aluminium tetuang CF yang nipis dan ringan, piston aluminium tempaan dan rim aloi ringan 10-jejari yang bergaya. Tidak hairanlah MT-09 adalah se ringan itu, dan ini secara efektif akan menyumbang secara positif kepada nisbah kuasa-ke-berat dan meningkatkan kecekapannya.

Kedatangan MT-09 merupakan lebih daripada sekadar lembaran baru dalam evolusi Yamaha. Ia adalah gelombang siri jentera 3-silinder motard yang menawarkan alternatif baru yang menarik untuk penunggang yang memahami keluk tork bermakna.
 Model 2018 ini dilengkapi lampu utama LED dari jenis projektor yang menyerupai lampu MT-10. Lampu belakangnya juga kini dari jenis LED yang disusun dalam dua baris.

Dua warna awal bagi 2018 iaitu kelabu Night Fluo dan hitam Tech Black ditawarkan dalam tahun ini pada harga RM47,388 termasuk GST. Jika dikira peningkatan yang telah dilakukan pada model 2018 ini, iaitu suspensi hadapan bolehlaras, serta brek antikunci ABS, kawalan daya cengkaman (traction control) dan pengalih gear tangkas (quickshifter) sebagai peralatan standard, yang mana kesemua ini benar benar memberikan lebih nilai dengan harganya yang tidak banyak naik berbanding model terdahulu.


SPESIFIKASI

ENJIN 3-Silinder, 4-lejang, sejukan Cecair, DOHC, 4-injap

SESARAN 847 cc

GEREK X LEJANG 78.0 mmX 59.1 mm

NISBAH MAMPATAN 11.5: 1

KUASA MAKSIMA 115hp (84.6 kW) @ 10,000 rpm

TORK MAKSIMA 87.5 Nm (8.9 kg-m) @ 8,500 rpm

SISTEM LUBRIKASI Wet Sump

KLAC Berbilang, basah

SUAPAN Suntikan Bahan Api

NYALAAN TCI

PENGHIDUP Elektrik

KOTAK GEAR 6-kelajuan

HANTARAN AKHIR Rantai

KERANGKA Bentuk permata

SUSPENSI HADAPAN Tupang teleskopik kembar, pergerakan 137 mm

SUDUT CAPAI 25 °

SUSPENSI BELAKANG Lenganayun berhubung

PERGERAKAN SUSPENSI BELAKANG 130 mm

BREK HADAPAN Cakera kembar Ø 298 mm

BREK BELAKANG Cakera tunggal Ø 245 mm

TAYAR HADAPAN 120 / 70ZR17 M / C (58W) (Tubeless)

TAYAR BELAKANG 180 / 55ZR17 M / C (73W) (Tubeless)

PANJANG 2.075 mm

LEBAR 815 mm

TINGGI 1.120 mm

TINGGI PELANA 820 mm

TAPAK RODA 1.440 mm

KELEGAAN BUMI 135 mm

BERAT BASAH 193 KG bahanapi penuh

KAPASITI TANGKI BAHANAPI 14 L

JUMLAH MINYAK PELINCIR 3.4 L

Yamaha MT-09 dipertingkatkan untuk 2018

Yamaha telah membuka tirai pengenalan motosikal bagi tahun 2018 dengan pelancaran model baharu Yamaha MT-09 yang dipertingkatkan bagi tahun 2018 ini. Model berenjin tiga silinder itu kini dilengkapi dengan cekam atau klac gelincir dan berbantu (assisted & slipper clutch A&S), pengalih gear tangkas (quickshifter), kawalan daya cengkaman (traction control) dan suspensi hadapan bolehlaras, serta brek antikunci ABS sebagai peralatan standard, yang mana kesemua ini benar benar memberikan lebih nilai dengan harganya yang tidak banyak naik berbanding model terdahulu.
Enjin berkonfigurasi tiga silinder 847 cc masih dikekalkan bagi model MT-09 diperbaharui ini, yang mempu menjana 115 hp pada 10,000 rpm dan tork 87.5 Nm pada 8,500 rpm. Kuasanya disalurkan ke kotak gear enam kelajuan melalui klac Yamaha A&S yang mengurangkan daya usaha yang diperlukan untuk operasi tuil klac, dan menghalang gelinciran roda belakang semasa penurunan gear yang mendadak.

Model 2018 ini delengkapi lampu utama LED dari jenis projektor yang menyerupai lampu MT-10. Lampu belakangnya juga kini dari jenis LED yang disusun dalam dua baris.
Menurut Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Malaysia Dato' Jim Khor, wira jalanan mutakhir MT-09 ini merupakan desakan baharu Yamaha yang kini mempunyai kawalan pasaran sebanyak 28% daripada pasaran motosikal tempatan bagi segmen melebihi 200 cc.

Yamaha MT-09 ini akan tersedia di dalam pasaran tempatan mulai akhir bulan ini dalam dua warna iaitu kelabu Night Fluo dan hitam Tech Black pada harga RM47,388 termasuk GST.

Lagi gambar di bawah!

SPESIFIKASI
ENJIN 3-Silinder, 4-lejang, sejukan Cecair, DOHC, 4-injap
SESARAN 847 cc
GEREK X LEJANG 78.0 mmX 59.1 mm
NISBAH MAMPATAN 11.5: 1
KUASA MAKSIMA 115hp (84.6 kW) @ 10,000 rpm
TORK MAKSIMA 87.5 Nm (8.9 kg-m) @ 8,500 rpm
SISTEM LUBRIKASI Wet Sump
KLAC Berbilang, basah
SUAPAN Suntikan Bahan Api
NYALAAN TCI
PENGHIDUP Elektrik
KOTAK GEAR 6-kelajuan
HANTARAN AKHIR Rantai
KERANGKA Bentuk permata
SUSPENSI HADAPAN Tupang teleskopik kembar, pergerakan 137 mm
SUDUT CAPAI 25 °
SUSPENSI BELAKANG Lenganayun berhubung
PERGERAKAN SUSPENSI BELAKANG 130 mm
BREK HADAPAN Cakera kembar Ø 298 mm
BREK BELAKANG Cakera tunggal Ø 245 mm
TAYAR HADAPAN 120 / 70ZR17 M / C (58W) (Tubeless)
TAYAR BELAKANG 180 / 55ZR17 M / C (73W) (Tubeless)
PANJANG 2.075 mm
LEBAR 815 mm
TINGGI 1.120 mm
TINGGI PELANA 820 mm
TAPAK RODA 1.440 mm
KELEGAAN BUMI 135 mm
BERAT BASAH 193 KG bahanapi penuh
KAPASITI TANGKI BAHANAPI 14 L
JUMLAH MINYAK PELINCIR 3.4 L