Khabar angin bertiup kencang bahawa pengeluar dan pemasang motosikal Demak, DNC Asiatic Holdings Sdn. Bhd. telah menghentikan operasi mereka. Tiada pengumuman rasmi yang telah dibuat setakat ini, dan usaha untuk menghubungi pihak pengurusan juga menemui jalan buntu. Apa yang pasti telah ada beberapa kakitangan penting DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd, Demak Marketing Sdn Bhd dan juga dari syarikat pengedaran motosikal yang mempunyai kaitan secara langsung dengan DNC Asiatic telah mengumumkan 'pemergian' mereka dari syarikat syarikat tersebut melalui media sosial. Malah ada juga laman media sosial yang telah menaikkan apa yang dikatakan gambar terkini papan tanda kilang Demak.
Sebelum ini DNC Asiatic Holdings Sdn. Bhd. telah meneroka pasaran antarabangsanya yang pertama di Sri Lanka pada tahun 2016 dan mensasakan beberapa buah negara lagi yang turut dikenal pasti sebagai
pasaran berpotensi seperti di Myanmar, Bangladesh dan Asia Barat.
Selain Demak, DNC Asiatic Holdings turut memiliki jenama MV Agusta dan
diberi hak untuk memasang dan menjual jenama tersebut untuk pasaran
tempatan menerusi anak syarikat Moto Varese Asiatic Sdn. Bhd.
Laman FB Demak Marketing setakat ini masih lagi beroperasi di https://www.facebook.com/pages/Demak-Marketing-Sdn-Bhd/311749769006581.
Begitu juga dengan laman sesawang rasmi mereka di http://dncmotorcycle.com/
Showing posts with label Demak. Show all posts
Showing posts with label Demak. Show all posts
Demak eksport motosikal ke Kemboja
Pengeluar motosikal Demak iatu DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd dan Asian Comfort Investment Co. Ltd telah menandatangani satu perjanjian penting untuk membolehkan pengeluar motosikal tempatan itu memasarkan kenderaan keluaran mereka di Kemboja. Upacara menandatangani perjanjian tersebut telah berlangsung di Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC) di Menara Matrade semalam dengan disaksikan oleh wakil Duta Kemboja ke Malaysia, Rath Many, dan Pengerusi ICSMEE Malaysia Tan Sri Abdul Rahman Mamat, Pengarah MATRADE ASEAN YM Raja Badrul, serta Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah syarikat-syarikat yang terlibat.
Usaha untuk menggalakkan pembangunan keusahawanan dan kejayaan PKS yang mampan ini telah diterajui Majlis Antarabangsa PKS & Keusahawanan Malaysia (International Council of SMEs & Entrepreneurship Malaysia (ICSMEE) bersama-sama dengan MATRADE Malaysia, dengan sokongan strategik oleh Aspen Gateway, sebuah syarikat yang berpengalaman dalam mengatur pembiayaan perdagangan.
Asian Comfort Investment Co. Ltd Kemboja telah dilantik oleh DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd untuk mempromosikan dan menjual barisan model motosikal Demak di Kemboja. Kumpulan Demak berjaya membangun dan memasarkan lebih daripada 30 model motosikal di bawah jenama "DEMAK", meliputi skuter, moped, utiliti dan sukan, e-basikal dan aksesori. Ia telah mendapat penguasaan pasaran yang kukuh bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Indonesia dan Filipina.
Bab ICSMEE Pulau Pinang telah membolehkan kesinambungan OKS Malaysia untuk pengkomersialan dan diikuti dengan perdagangan dan kerjasama silang sempadan. Ia mampu dilakukan melalui suntikan modal perniagaan dan bantuan pembiayaan perdagangan oleh Aspen Gateway - sebuah syarikat Malaysia yang mempunyai pengalaman dalam rangkaian kewangan di seluruh dunia, yang juga akan menandatangani MoU dengan PKS ini. MATRADE ASEAN menyokong pasaran eksport yang melangkaui model sinergi, secara keseluruhannya berfungsi sebagai platform untuk lima PKS Malaysia yang memasuki perniagaan dengan perwakilan perniagaan Kemboja.
Usaha untuk menggalakkan pembangunan keusahawanan dan kejayaan PKS yang mampan ini telah diterajui Majlis Antarabangsa PKS & Keusahawanan Malaysia (International Council of SMEs & Entrepreneurship Malaysia (ICSMEE) bersama-sama dengan MATRADE Malaysia, dengan sokongan strategik oleh Aspen Gateway, sebuah syarikat yang berpengalaman dalam mengatur pembiayaan perdagangan.
Asian Comfort Investment Co. Ltd Kemboja telah dilantik oleh DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd untuk mempromosikan dan menjual barisan model motosikal Demak di Kemboja. Kumpulan Demak berjaya membangun dan memasarkan lebih daripada 30 model motosikal di bawah jenama "DEMAK", meliputi skuter, moped, utiliti dan sukan, e-basikal dan aksesori. Ia telah mendapat penguasaan pasaran yang kukuh bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Indonesia dan Filipina.
Bab ICSMEE Pulau Pinang telah membolehkan kesinambungan OKS Malaysia untuk pengkomersialan dan diikuti dengan perdagangan dan kerjasama silang sempadan. Ia mampu dilakukan melalui suntikan modal perniagaan dan bantuan pembiayaan perdagangan oleh Aspen Gateway - sebuah syarikat Malaysia yang mempunyai pengalaman dalam rangkaian kewangan di seluruh dunia, yang juga akan menandatangani MoU dengan PKS ini. MATRADE ASEAN menyokong pasaran eksport yang melangkaui model sinergi, secara keseluruhannya berfungsi sebagai platform untuk lima PKS Malaysia yang memasuki perniagaan dengan perwakilan perniagaan Kemboja.
DBMG 2017 himpun 31 kelab permotoran dari seluruh Borneo
Demak Borneo Mega Gathering (DBMG) 2017 yang berlangsung sempena Kuching International Bike Week (KIBW) pada 14-15 Oktober lalu, berjaya mengumpulkan kira-kira 480 peserta dan pemilik motosikal berhimpun di Kilang Demak,di Kuching.
Dengan
tema ‘Jarak Bukan Penghalang’ kesemua peserta terdiri daripada pelbagai pemilik
motosikal Demak dan jenama-jenama lain di mana sebahagian besarnya datang dari
31 buah kelab permotoran seluruh Sarawak dan Sabah.
Malah,
lebih membanggakan lagi, ada pemilik motosikal sanggup mengarungi perjalanan
sejauh 1,500 kilometer iaitu sejauh dari Tawau berkonvoi semata-mata untuk
menyertai DBMG yang julung-julung kali diadakan ini.
Selain
itu DBMG turut menerima kehadiran pemilik-pemilik motosikal dari Sabah dan juga
yang mengharungi perjalanan beberapa hari bagi menyertai perhimpunan DBMG ini.
Penolong
Pengurus Besar Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat Demak Marketing Sdn.
Bhd., Wan Najib Wan Daud berkata, DBMG 2017 ini adalah yang pertama kali
diadakan di perkarangan kilang Demak selain ia diadakan bagi memeriahkan KIBW
yang berlangsung di City One MegaMall Kuching.
“DBMG
merupakan kali pertama diadakan sempenan KIBW dan sambutan yang diterima
terlalu menggalakkan dengan jumlah penyertaan seramai 480 peserta dari pelbagai
latar belakang pemilik motosikal,” katanya.
Malah
katanya, penganjur terpaksa menolak permohonan dari kelab-kelab yang ingin
menyertai DBMG di saat-saat akhir berikutan risau mengenai masalah logistic di
tempat permulaan konvoi sebelum ke City One MegaMall Kuching.
DBMG
kali ini mengimpunkan pelbagai model motosikal keluara Demak dari model cub
hinggalah ke model motard. Malah bagi pemilik di kawasan Borneo, mereka begitu
teruja memiliki model motard atau off road berikutan keadaan muka bumi serta
penggunaan yang lasak.
Wan
Najib berkata, sambutan dari pemilik jenama lain juga amat menggalakkan kerana
selain dari jenama Yamaha, DBMG turut mengumpulkan jenama dari Honda, Kawasaki,
KTM, KTNS, SYM, Modenas dan Ducati.
“Ini
menunjukkan semangat kekeluargaan dari kalangan pemilik motosikal adalah kuat
tanpa menghiraukan jenama motosikal masing-masing,” katanya.
Para
peserta telah mula tiba di perkarangan kilang Demak seawal pukul 9.30 pagi dan
melakukan pendaftaran dengan diberikan beberapa cenderahati sebagai tanda
kenangan DBMG 2017.
Beberapa
acara sampingan telah diadakan seperti sesi tunggang uji empat model motosikal
Demak, acara stunt oleh pemilik motosikal Demak, sesi karaoke, sesi cabtan
bertuah dan jamuan makan tengah hari sebelum semua peserta berlepas ke City One
MegaMall Kuching, kira-kira puul 1.30 petang, yang dilepaskan oleh Pengurus
Besar Operasi Demak Marketing (Borneo) Ling Boo Hiung
Sebelum
semua peserta dilepaskan untuk berkonvoi ke KIBW, semua kelab permotoran yang
mengambil bahagian di DBMG telah diberikan sijil penyertaan sebagai menghargaai
kerjasama dan penyertaan mereka.
Berikutan
sambutan yang amat menggalakkan itu, sebahagian besar kelab permotoran yang
menyertai DBMG kali ini teah menyatakan komitmen masing-masing untuk menyertai
DBMG pada tahun hadapan.
Wan
Najib berkata, berikutan sambutan yang
diterima begitu menggalakan pengurusan Demak memikirkan untuk ia dianjurkan
sekali lagi pada tahun depan dengan konsep yang berlainan.
Demak Sri Lanka dan Motul jalin kerjasama
Demak Sales and Services Sri Lanka memeterai perjanjian kerjasama dengan pengeluar pelincir terkenal dunia Motul sebagai jenama pelincir yang dicadangkan untuk kegunaan semua motosikal jenama Demak yang dijual di Sri Lanka. Demak Sri Lanka merupakan anak syarikat DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd yang mengeluarkan motosikal Demak.
Berikutan perjanjian kerjasama itu, Transmec International (Pvt) Ltd yang merupakan pengedar sah MOTUL di Sri Lanka bersama Demak Sales and Services Sri Lanka memeterai perjanjian membekal dan menjual produk pelincir MOTUL di kesemua rangkaian pengedar Demak di seluruh Sri Lanka.
Pengurus Besar Operasi DNC Asiatic Sdn Bhd., Tan Peng Kee berkata, perjanjian kerjasama ini member peluang kedua-dua jenama ini berkembang seiring dengan teknologi dan kepakaran masing-masing.
“MOTUL merupakan sebuah jenama minyak pelincir yang terkenal di dunia dan menjadi salah satu penaja dan juga rakan pelincir rasmi untuk MOTO GP sejak dari 2014 sehingga kini, Demak amat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan MOTUL,’ katanya.
Ketika ini semua model motosikal Demak dipasang di kilang Sri Lanka dengan purata jualan sebanyak 1,000 buah sebulan.
Demak Sri Lanka memiliki 134 pengedar sah dan 34 pusat mega yang menyediakan perkhidmatan alat ganti dan servis di seluruh Sri Lanka.
Menurut Peng Kee, jenama Demak begitu cepat berkembang di Sri Lanka sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan bagi memenuhi permintaan pasaran Sri Lanka DNC Asiatic Sdn Bhd telah membuka kilang pemasangan di Sri Lanka tahun lalu.
“Melalui kerjasama dengan MOTUL ini, kita akan berkongsi kerjasama teknologi bagi meningkatkan keupayaan dan kepakaran jurutera serta rangkaian pengedar di seluruh Sri Lanka,” katanya.
Tambah beliau, Demak akan mencadangkan pengunaan minyak pelincir MOTUL sebelum dan selepas tempoh jaminan bagi mengekalkan keupayaan dan ketahanan enjin.
Subscribe to:
Posts (Atom)















