Showing posts with label yamaha motor company. Show all posts
Showing posts with label yamaha motor company. Show all posts

Peerapong Boonlert juara SS600 ARRC 2019

Pusingan kedua akhir Kejohanan Asia Road Racing (ARRC) telah berlangsung dari 19 hingga 22 September di Litar Antarabangsa Sepang di Malaysia. Peerapong Boonlert dari Pasukan Racing Yamaha Thailand yang menunggang YZF-R6 ke tempat ke-3 dalam Race 1 dari kelas SuperSports600 (SS600) talah menaiki podium buat kali ke-11 musim ini termasuk 7 perlumbaan kemenangan untuk merangkul gelaran ARRCnya yang pertama dengan berbaki satu pusingan lagi.
Perjalanan ARRC Peerapong bermula pada tahun 2015 pada usia 16 ketika dia memasuki kelas Asia Pengeluaran 250 (AP250) baharu dengan menunggang YZF-R25. Demi melanjutkan kerjayanya, beliau berpindah ke Jepun pada 2016 untuk menyertai pasukan lumba Team Norick yang diasaskan oleh pelumba 500cc MotoGP Norifumi "Norick" Abe, bagi memperoleh pengalaman dan mengambil bahagian dalam kejohanan 600cc tempatan Jepun.
Pada tahun 2017, beliau kembali ke tanah airnya di Thailand dan berlumba di kelas AP250, dan kemudian dipilih untuk menghadiri program latihan Master Camp eksklusif yang dikendalikan oleh Yamaha Motor dan Valentino Rossi's VR46 Riders Academy. Beliau juga membuat debut atau penampilan sulungnya di Suzuka 4 Hours tahun itu, dengan kemenangan yang meyakinkan dan mengulangi pencapaian tersebut pada 2018. Peerapong telah menunjukkan pertumbuhan dan kemajuan sebagai pelumba dan mencatatkan keputusan yang konsisten kuat.
Pada 2019, penunggang Thai itu melangkah ke kelas SS600 dan mempamerkan dominasi dengan memenangi enam perlumbaan yang menakjubkan berturut-turut dari pembukaan musim dan kekal tidak dicabar di bahagian atas carta mata. Kemenangan berturut-turutnya berakhir pada Pusingan 4 di Jepun dengan tempat ke-3 di Race 1, tetapi dia masih kelal menaiki podium dan datang ke Malaysia untuk Pusingan 6 dengan limpinan 80 mata.
Perlumbaan 1 menyaksikan bintang Thailand tersebut tamat ke-3 selepas bertanding untuk kemenangan dengan penunggang tempatan Kasma Daniel Kasmayudin dan Md Ramdan Rosli. Namun tempat ketiga sudah mencukupi untuk menjadikan kutipan mata beliau tidak dapat ditewaskan dan merangkul gelaran, memberikan Yamaha Thailand Racing Team kejuaraan SS600 yang kedua selepas kebangkitan semula Ratthapong Wilairot pada 2017.
"Saya mula berlumba bersama ayah saya 11 tahun lalu dan saya sangat gembira kerana berjaya memenangi kejohanan antarabangsa pertama saya!" jelas Peerapong. "Saya mula berlumba di ARRC di kelas AP250 pada tahun 2015 dengan YZF-R25 dan tahun berikutnya saya menyertai Team Norick dan berlumba di Jepun. Tetapi selama dua tahun selepas itu, saya tidak dapat mencapai keputusan yang saya mahukan kecuali untuk dua kemenangan saya di Suzuka 4 Hours. Musim ini, kami berpindah ke kelas SS600 dan saya berasa sangat baik dengan YZF-R6 sejak dari awal lagi. Sejak memenangi pusingan pembukaan, kami berjaya memenangi dan menjadi juara hari ini. Saya tidak mahu mengatakan terlalu banyak kemajuan yang telah saya buat, tetapi saya boleh mengatakan dengan yakin bahawa ini adalah satu langkah yang mantap dalam kerjaya saya. Saya akan terus bekerja untuk mendapatkan lebih banyak pengalaman dan menjadi penunggang yang lebih kuat. Pusingan terakhir ialah di Thailand, jadi saya mahu menamatkan musim ini dengan dua kemenangan berturut-turut di perlumbaan halaman sendiri saya. "
Peerapong Boonlert
Nationality: Thai
Born: October 26, 1998
Racing Career
2019:Asia Road Racing Championship SS600 Champion
2018:8th in Asia Road Racing Championship AP250 class
Winner of Suzuka 4 Hours
2017:9th in Asia Road Racing Championship AP250 class
Winner of Suzuka 4 Hours
2016:SUGO Road Race Series ST600 Champion
2nd in Motegi Road Race Championship ST600 class
2015:7th in Asia Road Racing Championship AP250 class
Peerapong Boonlert’s 2019 Season Results

Yamaha Star Centre utara dibuka

Pusat Yamaha Star pertama di wilayah utara telah dibuka di sebuah premis dua tingkat di Anson Road, Pulau Pinang. Pusat berintegrasi ini menawarkan sebuah kafe dan ruang pameran yang memperagakan barisan model motosikal jenama Yamaha dan juga enjin sangkut untuk bot. Barangan ekslusif, aksesori dan alat ganti tulen Yamaha turut dutawarkan di pusat servis bertauliah yang diuruskan oleh mekanik terlatih.
Majlis pembukaan rasmi pusat itu telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow, yang juga telah mengucapkan tahniah kepada Hong Leong Yamaha Motor di atas kejayaan pemasangan motosikal yang keempat juta pada awal tahun ini. Turut hadir ialah Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor, Datuk Jim Khor dan Pengarah Urusan Hong Bee Motors, Justin Chuah. Kira-kira 100 orang telah hadir di pusat Yamaha Star Centre tersebut untuk meraikan kejayaan itu serta yang turut dimeriahkan oleh kehadiran pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah.











Gambar gambar dari FB Dato Jim Khor

Yamaha diiktiraf sebagai pertubuhan White 500

Yamaha Motor Co., Ltd. telah dipilih sebagai salah sebuah pertubuhan "White 500"  iaitu Pertubuhan Pengurusan Kesihatan dan Produktiviti Cemerlang. Ini menandakan pengiktirafan pertamanya sebagai sebuah syarikat yang terlibat dalam pengurusan kesihatan dan produktiviti yang cemerlang. Pengiktirafan itu telah dicapai di bawah Program Pengiktirafan Organisasi Pengurusan Kesihatan dan Produktiviti yang disahkan oleh Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI) dan Nippon Kenko Kaigi.

Sejak 2016, program ini menyerlahkan syarikat-syarikat yang mencapai pengurusan kesihatan dan produktiviti yang cemerlang dalam inisiatif mereka untuk menangani isu kesihatan komuniti atau bekerja dalam inisiatif promosi kesihatan yang diambil oleh Nippon Kenko Kaigi. Pada tahun 2018, Yamaha Motor telah menerima pengiktirafan pertamanya dalam Kategori Perusahaan Besar, yang meliputi syarikat-syarikat utama dan institusi perubatan.

Sebagai sebahagian daripada dasar CSR Yamaha melalui aktiviti perniagaannya, Yamaha Motor mempromosikan penglibatan dan kerjasama yang luas dengan masyarakat untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan kesihatan agar semua pekerja dapat bekerja dengan selamat dan mengekalkan ketenangan jiwa mereka. Yamaha Motor meneruskan pelbagai inisiatif untuk mempromosikan dan meningkatkan kesihatan para pekerjanya, seperti memberikan insentif untuk berhenti merokok dan bimbingan kesihatan yang berterusan untuk kakitangan dengan risiko penyakit berkaitan dengan gaya hidup atau isu-isu kesihatan mental, serta melakukan secara teratur pemeriksaan kesihatan.

Sehubungan Pengiktirafan White 500 ini, Yamaha Motor akan bergerak ke tahap inisiatif proaktif yang seterusnya untuk menggalakkan kesihatan dan kecergasan para pekerjanya, bekerja untuk menyumbang kepada komuniti dan masyarakat setempat secara keseluruhan.

HLY Marine kini pengedar ekslusif enjin sangkut Yamaha

 Usui Hirofumi dan Dato' Jim Khor

HLY Marine Sdn Bhd hari ini telah menandatangani perjanjian dengan Yamaha Motor Co., Ltd  di ibu pejabat YMC di Iwata, Jepun, setelah HLY Marine dilantik secara eksklusif sebagai penjual semula dan pengedar produk enjin sangkut Yamaha Marine di Semenanjung Malaysia.

Dengan termeterainya perjanjian ini, HLY Marine yang merupakan anak syarikat milik penuh Hong Leong Industries Berhad, akan menawarkan dan melaksanakan konsep 3S yang merangkumi jualan, perkhidmatan dan alat ganti produk enjin sangkut Yamaha Marine bagi keseluruhan barisan enjin sangkutnya yang ringan, bertugas berat, cekap dan mudah alih.

"Sememangnya, kami teruja dengan pelantikan ini dan mempunyai penuh keyakinan dalam perkongsian ini. HLY Marine mempunyai kepakaran yang diperlukan, dan juga berada dalam kedudukan yang baik untuk menyediakan tahap kualiti dan perkhidmatan yang akan diperlukan oleh pelanggan," kata Pengarah HLY Marine, Dato' Jim Khor. "Pelantikan ini juga mengesahkan rekod prestasi kami yang kukuh dengan YMC," tambahnya.

Pegawai Eksekutif dan Pengurus Besar Kanan, Operasi Perniagaan YMC Marine, En Usui Hirofumi, turut mengiktiraf hubungan kukuh tersebut. "Kami berharap untuk bekerjasama rapat dan yakin dengan HLY Marine sebagai rakan pengedar eksklusif kami, ke arah menjalin rangkaian pengedaran baharu yang lebih kuat di Semenanjung Malaysia," katanya.
Kiri ke kanan: En Chow Khee Thiam, Dato' Jim Khor, En Usui Hirofumi dan En Ando Satoshi.

HLY Marine akan beribu pejabat di Sungai Buloh, Selangor, dan akan menempatkan pusat servis utama mereka yang dilengkapkan oleh YMC.

Pada majlis tersebut, HLY Marine diwakili oleh pengarahnya Dato' Jim Khor, dan Pengurus Besarnya En Chow Khee Thiam, manakala YMC pula diwakili oleh En Usui Hirofumi dan Pengurus Besar, Bahagian Pemasaran Satu, Operasi Perniagaan Marine, En Ando Satoshi.