Showing posts with label honda malaysia. Show all posts
Showing posts with label honda malaysia. Show all posts

Lagi kematian melibatkan beg udara Takata disahkan

Honda Malaysia telah mengesahkan bahawa pengembung atau inflator satu peringkat (single stage SDI) beg udara pemandu Takata  terlah berkecai dalam kemalangan kenderaan pada 27 Mei 2018 lepas. Kemalangan itu mengakibatkan kematian tragik ke atas pemandu. Namun tiada punca kematian rasmi telah diumumkan.

Honda juga mengesahkan telah menjalankan pemeriksaan dengan Polis Diraja Malaysia, didapati bahawa inflator beg udara pemandu Takata (SDI) kereta Honda City keluaran tahun 2004 yang terbabas dalam kemalangan pada 27 Mei 2018 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan ini tersenarai dalam panggilan semula produk Malaysia Product Recall yang diumumkan pada 21 Mei 2015, bagi penggantian inflator SDI untuk beg udara hadapan pemandu Takata. Beberapa surat pemberitahuan yang berkaitan dengan panggilan balik ini telah dihantar kepada pemilik kenderaan tersebut berdasarkan maklumat dalam pangkalan data Honda. Rekod Honda menunjukkan bahawa penggantian inflator tersebut tidak pernah dibuat dan kenderaan itu tidak diservis di peniaga Honda yang bertauliah.

Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan ini juga telah dimasukkan ke dalam senarai panggilan bersurat bagi gantian inflator beg udara penumpang hadapan tahap tunggal (SPI) yang dikeluarkan pada hari yang sama iaitu 21 Mei 2015. Honda telah mengesahkan bahawa inflator beg udara hadapan penumpang pecah pada hari kemalangan tersebut iaitu pada 27 Mei 2018.

Honda kini sedang berhubung dengan pihak berkuasa dan bagi menghormati keluarga mangsa, Honda tidak akan mendedahkan sebarang maklumat peribadi berkaitan kemalangan tersebut.


Maklumat lanjut berkaitan program keselamatan beg udara yang dijalankan Honda selama ini:
Honda Malaysia telah menjalankan aktiviti pemberitahuannya mengenai penggantian modul beg udara hadapanpan Takata menerusi siaran akhbar, iklan, jerayawara, panggilan telefon dan SMS, serta penghantaran surat secara terus, untuk memastikan para pelanggan dimaklumkan dan menggesa pelanggan terjejas untuk melakukan penggantian.
Butiran aktiviti termasuk:
Penghantaran surat kepadalebih daripada 3,200,000 pelanggan yang terjejas
Mengirim lebih daripada 3,660,000 SMS kepada pelanggan yang terjejas
Membuat panggilan telefon kepada lebih daripada 71,700 pelanggan terjejas
Kempen yang diiklankan dan siaran akhbar dikeluarkan untuk memberitahu orang ramai
Mengadakan notis di laman web syarikat, dan membolehkan pencarian VIN (nombor casis) kenderaan terjejas di laman web www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my
Melaksanakan 'kempen capaian' di semua aktiviti luar dan pameran bergerak
Maklumat mengenai panggilan semula turut dikongsi di majalah 'With Dreams' Honda

Syarikat ini juga telah meningkatkan aktiviti penggantian inflator beg udara termasuk memastikan ketersediaan stok 100% bagi alatganti inflator pemandu dan penumpang beg udara hadapan penumpang, dan meningkatkan kapasiti khidmat penggantian melalui Hub Pusat Perkhidmatan, Hab Bergerak, Hab di stesen Petronas terpilih, Hab di jerayawara atau roadshow Honda dan mengutamakan aktiviti penggantian di pusat pengedar.

Setakat 29 Mei 2018, Honda Malaysia telah melengkapkan penggantian lebih daripada 224,000 unit inflator beg udara Takata iaitu 85% selesai. Jumlah gantian pengembung inflator bagi kedua dua beg udara pemandu dan penumpang siap sepenuhnya adalah lebih daripada 445,000 unit atau 75% selesai.

Untuk Model City Tahun 2003-2008, Honda Malaysia telah menyelesaikan penggantian lebih daripada 47,500 unit pengembung beg udara Takata pemandu, iaitu 79% selesai dan 47,200 unit inflator beg udara penumpang  hadapan Takata sebanyak 78% siap.

Seperti kerosakan beg udara sebelum ini, Honda Malaysia dengan tegas ingin memberi nasihat dan terus menggalakkan Pemilik Kereta Model City Tahun 2003-2008 untuk menghantar kenderaan mereka agar diperiksa dan dibaiki segera di peniaga sah Honda.

Honda Malaysia terus merayu kepada pemilik kenderaan Honda yang terjejas oleh penarikan semula produk inflator udara Takata depan untuk membaiki kenderaan mereka di peniaga sah Honda secepat mungkin. Syarikat itu juga menggesa semua pemilik kenderaan Honda untuk mendaftarkan kenderaan mereka di peniaga terdekat supaya sebarang maklumat yang diperlukan dihantar dapat mencapai pemiliknya secukupnya.

Pemilik kenderaan boleh menyemak status penarikan balik produk kenderaan mereka di www.productrecall.honda.com.my atau www.honda.com.my atau hubungi nombor bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau lawati mana-mana peniaga yang diberi kuasa Honda.

Honda Malaysia ingin mengesahkan bahawa model jualan Honda semasa tidak mempunyai jenis inflator udara Takata yang sama seperti model terdahulu yang terlibat dalam penarikan balik. Semua model Honda yang dijual sekarang tidak terjejas.

Honda Civic Type R pertama diserah pada pemilik

Akkbar bersama Adrian di majlis penyerahan
Adrian Salleh Bin Hashim menjadi pemilik pertama yang menerima Honda Civic Type R di Malaysia dalam satu majlis penyerahan rasmi yang diadakan di Botanic Auto Mall Sdn. Bhd. semalam.

Model global yang membawa teknologi paling canggih Honda ini sangat eksklusif sebagai model Honda yang paling berkuasa pernah dijual di Malaysia. Setiap Honda Civic Type R adalah unik, dengan plat nombor bersiri khas diletakkan secara strategik di pusat konsol.

Naib Presiden Kumpulan Honda Malaysia, Akkbar Danial berkata, "Civic Type R menonjol mengatasi yang lain, dan menyampaikan prestasi perlumbaan yang sangat baik namun menyesuaikan diri dengan kehendak pemanduan harian di jalan raya Malaysia."
Encik Adrian Salleh merupakan salah seoang pelanggan pertama yang ditemuramah untuk mendapatkan maklum balas Type R, yang membantu menyumbang kepada wawasan pasaran terutamanya dalam mengenal pasti permintaan dan keperluan segmen pelanggan baharu. Pada tahun 2007, Malaysia menjadi satu-satunya negara di luar Jepun untuk melancarkan model FD2R secara rasminya. Honda Malaysia telah menjual 420 unit FD2R antara tahun 2007 hingga 2011. Pencapaian ini mungkin disebabkan oleh populariti dan permintaan kereta sporti yang boleh dipandu di jalan raya. Malaysia telah menyaksikan peningkatan bilangan peminat kereta dan juga Honda, yang berminat dengan model seperti Type R. Honda Malaysia telah menerima lebih daripada 70 tempahan untuk Type R ini.
Selain menjadi rakyat Malaysia yang pertama untuk memandu pulang Civic Type R, Adrian juga menerima barangan Honda khusus, sebuah GoPro HERO 5 dan salutan Badan Kereta Ultra Honda dengan Ultra Window bernilai RM5,300 sebagai tanda penghargaan daripada Honda Malaysia di Malaysia.

Honda Civic Type R yang diimport sepenuhnya ini berharga RM320,000 di atas jalan tanpa insurans. Pelanggan boleh melawat mana-mana 20 pengedar Honda Sport untuk melihat dan menempah Civic Type R. Pengedar Honda Sport merupakan pengedar bertauliah yang dilantik untuk mengedar Type R di Malaysia. Untuk lebih maklumat mengenai Honda Civic Type R, sila hubungi nombor Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari ke www.honda.com.my

Honda Civic Type R kereta pengeluaran terpantas di dunia kini tiba!

 Penantian kini berakhir bagi mereka yang terunggu tunggu kemunculan Honda Civic Type R, Moodel Honda yang paling berkuasa yang pernah diperkenalkan di Malaysia ini dibawa masuk secara CBU dan dibina di United Kingdom manakala Enjinnya dipasang di Amerika Syarikat.  Civic Type R ini telah dinobatkan sebagai juara 'Juara Segala Juara' kerana telah berjaya menetapkan penanda aras baru di Litar Nurburgring di Jerman pada bulan April 2017 iaitu sebanyak 7 minit 43.80 saat bagi kereta kategori FF1 ataupun kereta pengeluaran.

- enjin 2.0L VTEC Turbocharged
- kuaa maksimum 306 hp dan tork maksimum 400 Nm
- transmisi Manual 6-kelajuan.
- stereng kulit berjejari D berhias titanium
- kerusi paling ringan berjalur pin panel merah
- plat nombor bersiri di konsol tengah
- 3 jenis paparan meter berbeza mengikut mod memandu
- Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA)
- Sistem Pengunci Anti-Kunci (ABS)
- Kawalan Daya Cengkaman
- Pengedaran Brek Elektronik (EBD)
- Garis Panduan Dinamik
- tambatan ISO Fix dan  6 beg udara.
- model import dari Swindon, United Kingdom
- enjinnya dihasilkan di Anna, Ohio
- waranti 5 tahun tanpa had jarak
- sela masa servis tiap 10,000km
- RM320,000
 Pada majlis pelancaran yang diadakan di Malaysia Autoshow 2017, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia yang baharu, Encik Toichi Ishiyama berkata, "Civic Type R adalah model global yang bukan hanya membawa teknologi kereta yang paling canggih, tetapi juga menyampaikan DNA Honda Racing Spirit; 'Fun to Drive'."

Seperti yang dikeathui ramai, siri Type R adalah model perlumbaan sports Honda ikonik telah membina reputasi sejak 25 tahun yang lalu. Model ini mula diperkenalkan pada tahun 1992 dan ia dibangunkan bagi prestasi dinamik untuk mencapai tahap terbaik di jalan raya dan trek perlumbaan.
 Enjin 2.0L VTEC Turbocharged yang menawarkan 310PS dan tork maksima 400NM, dipadankan dengan transmisi Manual 6-kelajuan. Tiga mod pemanduan ditawarkan bagi membolehkan pemandu mengalami prestasi berbeza dalam pelbagai persekitaran memandu iaitu Mod COMFORT, SPORT dan + R yang mengawal selia dan mengubah tetapan sistem penyerap kejutan adaptif (ADS), pendikit kawalan wayar (DBW), stereng kuasa elektrik (EPS), bantuan kestabilan kenderaan (VSA), sistem cengkaman dan brek.
 Civic Type R telah dibangunkan pada platform Honda Civic Hatchback dengan bingkai badan ketegaran yang tinggi. Simbol luar yang menonjol yang membezakan jenis All-New Civic Type R tidak lain adalah lambang H ikonik berwarna merah yang merupakan penzahirat semangat juang atau "Challenging Spirit" Honda dan warisan perlumbaannya.

Civic All-New ditawarkan dalam warna Putih Kejohanan eksklusif dan berharga RM320,000 (tidak termasuk insurans). Dalam tempoh sebulan yang lalu, Honda Malaysia telah menerima 60 tempahan bagi All-New Civic Type R, yang melepasi sasaran awal mereka sebanyak 30 unit. Tempahan masih diterima.



Toichi Ishiyama teraju baharu Honda Malaysia



Honda Malaysia Sdn. Bhd mengumumkan kedatangan En Toichi Ishiyama sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu. En. Ishiyama, yang telah bekhidmat dengan Honda selama 25 tahun, akan menggantikan En Katsuto Hayashi berkuatkuasa mulai 1 November 2017.
 

Encik Ishiyama berbekalkan lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam penyelidikan pasaran dan perancangan produk, yang nyata akan memberikannya kelebihan ke arah memastikan Honda Malaysia meneruskan momentumnya yang kuat sebagai Jenama Kenderaan Kebangsaan No.1 dan No.2 dalam Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) .

Di bawah pimpinan Ishiyama ini, Honda Malaysia yakin mampu mencapai sasaran penjualan 100,000 unit menjelang akhir tahun 2017.

 

Honda Sport Hybrid I-DCD terima lebih 1,200 tempahan


 Honda Malaysia telah menerima lebih 1,200 tempahan bagi model Honda Jazz Sport Hybrid  I-DCD baharu dan juga City Sport Hybrid i-DCD setakat 30 September 2017.

Sokongan kuat pelanggan bagi kenderaan 'Teknologi Esok, Realiti Hari Ini' untuk kedua-dua model ini telah membolehkan sasaran jualan gabungan 3 bulan dicapai dalam masa 2 bulan sahaja. Tempahan untuk Jazz Hybrid Sport I-DCD  dan City Sport Hybrid I-DCD telah dibuka kira-kira dua bulan lalu pada akhir Julai 2017, dengan sasaran jualan bulanan sebanyak 150 unit dan 250 unit masing-masing.

Penerimaan pasaran yang baik ini dikongsi antara kedua-dua model, dengan City Sport Hybrid i-DCD mendapat permintaan yang lebih tinggi iaitu sebanyak 61% dari jumlah tempahan yang diterima. Kenderaan berteknologi Sport Hybrid i-DCD ini lebih popular dengan pelanggan di wilayah Tengah dengan jumlah tempahan sebanyak 53%. Sehingga kini, Honda Malaysia telah menjual lebih daripada 500 unit City Sport Hybrid i-DCD dan 330 unit Jazz Sport Hybrid i-DCD. Jumlah ini telah membolehkan Honda Malaysia menawan kembali kedudukan utama dalam segmen pasaran Hybrid bagi kenderaan Hybrid di bawah RM200,000.
 Dikatakan bahawa permintaan yang tinggi untuk Jazz Sport Hybrid i-DCD dan City Sport Hybrid i-DCD  adalah kerana ciri pemanduan yang sporty yang memberikan pemanduan yang menyeronokkan tanpa menjejaskan kecekapan bahan api atau keluasan dalaman. Walaupun jumlah tempahan yang tinggi, Honda Malaysia memberi jaminan bahawa tempoh menunggu masih  standard, iaitu dalam 1 hingga 2 bulan.

Honda Malaysia merupakan perintis dalam memperkenalkan rakyat Malaysia kepada teknologi hibrid pada tahun 2004, setelah secara rasmi membawa model Hybrid pertama negara - Civic Hybrid, dan melancarkan generasi kedua Civic Hybrid pada tahun 2007. Honda Malaysia terus menerajui pengenalan Hibrid di Malaysia apabila ia menjadi pengeluar pertama untuk memasang Jazz Hybrid dalam negara pada tahun 2012. Langkah ini juga menyaksikan Malaysia menjadi negara ketiga selepas Jepun dan Amerika Syarikat untuk menghasilkan kenderaan Hybrid secara tempatan.

Kedua-dua model hibrid baharu ini melakar sejarah semasa pengenalannya kerana menjadikan Malaysia sebagai satu-satunya negara yang memperkenalkan model Sport Hybrid i-DCD di luar Jepun. Untuk rekod, hampir 865,000 kenderaan yang dilengkapi sistem ini telah dijual di Jepun setakat Jun 2017. Pengenalan ini adalah sejajar dengan strategi Honda Malaysia untuk menawarkan lebih banyak Teknologi Lanjutan kepada para pelanggan.
Jazz Hybrid Sport i-DCD dan City Sport Hybrid i-DCD dikuasakan oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC baharu yang menggabungkan hantaran dwi-klac 7-kelajuan dengan Motor Kuasa Bersepadu untuk membantu pecutan. Gabungan Enjin dan Motor Kuasa Bersepadu membolehkan penyampaian kuasa sebanyak 137PS dan tork 170Nm yang bersamaan dengan kuasa enjin 1.8L untuk memberikan prestasi memandu yang mengujakan pemandu yang suka memandu secara sporty.

Ia juga menawarkan pemanduan dalam mod EV sepenuhnya untuk membantu meningkatkan kecekapan bahan api dengan mengekalkan tenaga regeneratif dan prestasi penggunaan bahan api yang baik namun masih memberikan perjalanan sporty. Unit Kuasa Pintar i-DCD Sport Hibrid dilengkapi dengan bateri Lithium-Ion baru yang lebih ringan sementara mempunyai kapasiti yang lebih tinggi untuk menyampaikan dua kali output berbanding bateri Nikel sebelumnya.

Kedua dua model ini dilengkapi empat beg udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Brek (BA), Bantuan Bermula Bukit (HSA), Isyarat Berhenti Darurat (ESS), Kamera undur pelbagai sudut dan tampatan ISOfix. Untuk maklumat lanjut mengenai Honda Jazz Sport Hybrid  I-DCD dan City Sport Hybrid i-DCD,, lawati mana-mana 90 pengedar sah Honda di seluruh negara atau hubungi nombor Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020, atau log masuk ke www.honda.com.my.