Honda Sport Hybrid I-DCD terima lebih 1,200 tempahan


 Honda Malaysia telah menerima lebih 1,200 tempahan bagi model Honda Jazz Sport Hybrid  I-DCD baharu dan juga City Sport Hybrid i-DCD setakat 30 September 2017.

Sokongan kuat pelanggan bagi kenderaan 'Teknologi Esok, Realiti Hari Ini' untuk kedua-dua model ini telah membolehkan sasaran jualan gabungan 3 bulan dicapai dalam masa 2 bulan sahaja. Tempahan untuk Jazz Hybrid Sport I-DCD  dan City Sport Hybrid I-DCD telah dibuka kira-kira dua bulan lalu pada akhir Julai 2017, dengan sasaran jualan bulanan sebanyak 150 unit dan 250 unit masing-masing.

Penerimaan pasaran yang baik ini dikongsi antara kedua-dua model, dengan City Sport Hybrid i-DCD mendapat permintaan yang lebih tinggi iaitu sebanyak 61% dari jumlah tempahan yang diterima. Kenderaan berteknologi Sport Hybrid i-DCD ini lebih popular dengan pelanggan di wilayah Tengah dengan jumlah tempahan sebanyak 53%. Sehingga kini, Honda Malaysia telah menjual lebih daripada 500 unit City Sport Hybrid i-DCD dan 330 unit Jazz Sport Hybrid i-DCD. Jumlah ini telah membolehkan Honda Malaysia menawan kembali kedudukan utama dalam segmen pasaran Hybrid bagi kenderaan Hybrid di bawah RM200,000.
 Dikatakan bahawa permintaan yang tinggi untuk Jazz Sport Hybrid i-DCD dan City Sport Hybrid i-DCD  adalah kerana ciri pemanduan yang sporty yang memberikan pemanduan yang menyeronokkan tanpa menjejaskan kecekapan bahan api atau keluasan dalaman. Walaupun jumlah tempahan yang tinggi, Honda Malaysia memberi jaminan bahawa tempoh menunggu masih  standard, iaitu dalam 1 hingga 2 bulan.

Honda Malaysia merupakan perintis dalam memperkenalkan rakyat Malaysia kepada teknologi hibrid pada tahun 2004, setelah secara rasmi membawa model Hybrid pertama negara - Civic Hybrid, dan melancarkan generasi kedua Civic Hybrid pada tahun 2007. Honda Malaysia terus menerajui pengenalan Hibrid di Malaysia apabila ia menjadi pengeluar pertama untuk memasang Jazz Hybrid dalam negara pada tahun 2012. Langkah ini juga menyaksikan Malaysia menjadi negara ketiga selepas Jepun dan Amerika Syarikat untuk menghasilkan kenderaan Hybrid secara tempatan.

Kedua-dua model hibrid baharu ini melakar sejarah semasa pengenalannya kerana menjadikan Malaysia sebagai satu-satunya negara yang memperkenalkan model Sport Hybrid i-DCD di luar Jepun. Untuk rekod, hampir 865,000 kenderaan yang dilengkapi sistem ini telah dijual di Jepun setakat Jun 2017. Pengenalan ini adalah sejajar dengan strategi Honda Malaysia untuk menawarkan lebih banyak Teknologi Lanjutan kepada para pelanggan.
Jazz Hybrid Sport i-DCD dan City Sport Hybrid i-DCD dikuasakan oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC baharu yang menggabungkan hantaran dwi-klac 7-kelajuan dengan Motor Kuasa Bersepadu untuk membantu pecutan. Gabungan Enjin dan Motor Kuasa Bersepadu membolehkan penyampaian kuasa sebanyak 137PS dan tork 170Nm yang bersamaan dengan kuasa enjin 1.8L untuk memberikan prestasi memandu yang mengujakan pemandu yang suka memandu secara sporty.

Ia juga menawarkan pemanduan dalam mod EV sepenuhnya untuk membantu meningkatkan kecekapan bahan api dengan mengekalkan tenaga regeneratif dan prestasi penggunaan bahan api yang baik namun masih memberikan perjalanan sporty. Unit Kuasa Pintar i-DCD Sport Hibrid dilengkapi dengan bateri Lithium-Ion baru yang lebih ringan sementara mempunyai kapasiti yang lebih tinggi untuk menyampaikan dua kali output berbanding bateri Nikel sebelumnya.

Kedua dua model ini dilengkapi empat beg udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Brek (BA), Bantuan Bermula Bukit (HSA), Isyarat Berhenti Darurat (ESS), Kamera undur pelbagai sudut dan tampatan ISOfix. Untuk maklumat lanjut mengenai Honda Jazz Sport Hybrid  I-DCD dan City Sport Hybrid i-DCD,, lawati mana-mana 90 pengedar sah Honda di seluruh negara atau hubungi nombor Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020, atau log masuk ke www.honda.com.my.

No comments: