Showing posts with label elektrik. Show all posts
Showing posts with label elektrik. Show all posts

Voltrix dilancar tawar motosikal elektrik

BKZ Motor Sdn Bhd selaku pemasang, pemasar dan pengedar motosikal elektrik jenama Voltrix hari ini memperkenalkan tiga model terbaru yang akan mula dijual tidak lama lagi.

Model terbaru motosikal tersebut ialah Voltrix Hunter (RM4,750), Voltrix Milano (RM3,950) dan Voltrix SG60 (RM4,950). Kesemua model tersebut dijangka mula berada di pasaran mulai 2019.
Melalui sokongan Perbadanan Nasional Berhad (PNS), BKZ akan membangunkan program francais pembangunan usahawan motosikal bumiputera di bawah jenama "Bikers Pit" yang ditumpukan di kawasan luar bandar khususnya kawasan-kawasan Felda.

Program tersebut akan dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Litar Antarabangsa Sepang. Turut hadir ialah Pengasas United Maex Sdn Bhd, He Ying Feng.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif BKZ Motor Sdn Bhd., Isma Yusnor, program yang dibangunkan bersama PNS adalah untuk membentuk peniaga Bumiputera berkecimpung di dalam perniagaan motosikal.

Katanya, terdapat tiga pakej yang ditawarkan untuk program ini iaitu Pakej Oren yang bermula dari RM25,000 dengan tiga buah motosikal diberikan untuk pameran serta ruang pameran di kompleks membeli belah.
Pakej Biru merangkumi modal permulaan sebanyak RM50,000 dengan ruang pameran disediakan beserta lima buah motosikal untuk pameran, alat ganti, trak pusat servis dan deposit untuk trak.

Manakala Pakej Perak merangkumi modal permulaan RM250,000, 20 buah motosikal, model bilik pameran, trak pusat servis, spa motosikal, perkhidmatan tunda serta bayaran permulaan untuk trak.

Isma berkata, pihaknya merancang untuk memberi tawaran bagi membuka konsep francais ini antara 10 hingga 20 buah setahun.
Katanya, PNS akan memantau program ini agar ia dapat memberi manfaat kepada usahawan Bumiputera dan segala bantuan itu diberikan secara berperingkat-peringkat bergantung kepada kesediaan usahawan tersebut.
Selain itu, pihaknya turut merancang untuk membuka dan memberi lebih banyak peluang kepada peneroka Felda bagi menjalankan perniagaan ini.
“PNS akan memberi latihan untuk membuka bengkel serta juga latihan untuk mekanik.”
Layari www.bkzmotors.com

Skuter elektrik Kymco mampu capai 200 km

Kymco mengumumkan sistem perkongsian bateri dan platform pengecasan elektrik yang akan digunakan untuk sepuluh model skuter elektrik yang akan dilancarkan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Model pertama, Many EV, telah diperkenalkan bersama dengan platform skuter elektrik Ionex Kymco di Pameran Motosikal Tokyo 2018. Tiada banyak maklumat mengenai spesifikasi Many EV setakat ini tetapi ia dijangka akan setanding dengan skuter Kymco Many 125 berenjin petrol. Many EV kelihatan menarik, tetapi platform Ionex sebenarnya adalah topik utama di sini.
Platform Kymco Ionex bertujuan untuk menangani empat halangan yang dihadapi dengan penggunaan kenderaan elektrik: kebimbangan capaian jarak, waktu menunggu yang panjang, kekurangan stesen pengecasan awam dan pembatasan reka bentuk untuk memuatkan teknologi elektrik.
Kunci keseluruhan rancangan platform ini adalah bagaimana Kymco memanfaatkan pek bateri Ionex yang boleh ditukar atau dikongsi. Perkongsian bateri bukan idea yang benar-benar baru. Beberapa model motosikal elektrik Zero telah mempunyai bateri yang boleh ditanggalkan, walaupun pek bateri Zero lebih besar dan lebih rumit daripada penyelesaian yang ditawarkan Kymco. Bateri Ionex lebih padat dan mudah dibawa dengan pemegang genggam dan berat dikatakan sekitar 5 kg setiap. Persaingan akan dihadapi Kymco oleh pembuat skuter elektrik Gogoro dan baru-baru ini Honda turut mengumumkan idea serupa dengan PCX elektriknya.

Pendekatan Kymco adalah untuk mengintegrasikan bateri ke lantai skuter. Ini bukan sahaja menurunkan berat lebih rapat ke bumi, malah ia juga membebaskan kawasan bawah pelana untuk membolehkan ruang penyimpanan yang lebih besar. PCX Electric Honda menyimpan baterinya di bawah tempat duduk, hinggakan tidak ada ruang untuk menyimpan barangan lain. Kymco merekabentuk cara yang agak elegan untuk memasukkan dan mengeluarkan bateri.

Pek bateri segi empat disimpan mendatar apabila digunakan. Apabila skuter dimatikan, suis pada hendal sebelah kanan menyebabkan bateri berputar ke kedudukan menegak, dan menjadikannya mudah dikeluarkan.
Many EV dibekalkan dua pek bateri di dalam petak lantai, jadi anda boleh mengecasnya secara berasingan.

Apa yang menarik tentang sistem Ionex ialah ia menggunakan bateri "teras" ketiga, yang tidak boleh dialih, di bahagian depan bahagian simpanan di bawah pelana. Apabila skuter sedang digunakan, bateri bolehalih membekalkan kuasa skuter dan juga juga mengecas bateri teras. Apabila kuasa pek bateri berkurang, atau bateri  dikeluarkan, bateri teras menjadi sumber kuasa utama, membolehkan anda menunggang sementara pek bateri dicas semula.

Sistem pengurusan kuasa mengawal cara pek bateri bolehalih membekalkan kuasa skuter atau mengecas bateri dalaman kekal. Kymco berkata sistem itu lancar beralih antara kedua dua sumber kuasa tanpa mengganggu prestasi.
Kymco menawarkan beberapa cara yang berbeza untuk mengecas skuter Ionex, menggunakan pilihan pengecasan peribadi dan juga perkongsian. Pemilik boleh menghubungkan skuter kepada bekalan elektrik yang serasi atau meletakkannya di dok pengecasan mudah alih.
Platform Ionex termasuk rangkaian dok pengisian awam, rangkaian pusat pengecasan dan kedai cas awam. Dok pengisian cas boleh mengecas pelbagai bateri yang dikongsi, dan membolehkan penunggang untuk menukar bateri yang rendah kuasanya untuk pek bateri yang telah dicas sepenuhnya. Kymco berkata dok ini boleh ditempatkan dengan mudah ke tempat awam seperti stesen transit dan kawasan pelancongan. Kymco mengharapkan kerjasama kerajaan tempatan, dengan membenarkan pemasangan dok ini ke atas harta awam dan dengan mewujudkan dasar-dasar untuk menggalakkan sektor swasta untuk memasang memasang dok pengecasan awam.
Kymco juga mencadangkan rangkaian perniagaan dan pejabat untuk membekalkan pusat pengecasan awam untuk penunggang untuk skuter ini.

Pilihan lain ialah rangkaian lokasi pengecasan Kymco di mana penunggang boleh meninggalkan bateri mereka untuk mengisi semula. Menurut Kymco, lokasi pengecasan ini boleh mengembalikan bateri dengan cas penuh dalam waktu kurang dari satu jam. Sebagai alternatif, stesen-stesen ini juga boleh menyewakan bateri. Ini juga membuka peluang untuk menyewa pelbagai bateri pada masa yang sama untuk perjalanan yang lebih panjang. Menurut Kymco, kawasan simpanan bawah pelanaboleh menampung tiga pek bateri tambahan. Digabungkan dengan dua dipasang di skuter dan bateri dalaman, Kymco berkata tiga bateri tambahan boleh memanjangkan capaian skuter sehingga 200 km.
Kymco telah menetapkan sasaran untuk menjual lebih daripada setengah juta skuter elektrik dalam masa tiga tahun ini dan membangunkan rangkaian pengecasan di lebih 20 negara. Samada mereka berjaya mendapat sokongan kerajaan masih belum dipastikan.

Walaubagaimana pun, diharapkan konsep menarik ini akan dapat dibawa ke Malaysia oleh Modenas, dan rangkaian sistem pengecasan ini akan dapat dibangunkan dengan sokongan kerajaan sebagai menyokong teknologi hijau yang lebih mesra alam.

Bollinger SUV lasak mesra alam


Kereta elektrik semakin menular penggunaannya, dan kini van elektrik telah mula digunakan di sektor logistik. Namun begitu trak elektrik dan SUV yang lebih kecil belum lagi banyak kenampakan di jalanraya dunia.

Bollinger Motors kini memperkenalkan kenderaan B1 pacuan semua-roda masa akan datang, yang mungkin memangkinkan penglibatan lebih aktif daripada pengeluar utama dalam kategori kenderaan elektrik luar-jalan. Namun, apakah pembeli kenderaan SUV mahukan sebuah kereta elektrik, atau ia nya lebih cenderung untuk pasaran khusus armada kerajaan dan penggunaan komersial? Apa pun, prototaip bolehguna B1 myata menjurus arah arah baru dalam mobiliti elektrik, dan layak diberi perhatian yang lebih serius.

Bollinger Motors lebih gemar menggelar B1 mereka ini sebagai "trak utiliti sport" (SUT) yang mempunyai "keupayaan jalan luar biasa" dan walaupun terdapat beberapa SUV dan crossovers yang boleh melakukan pemanduan luar jalan yang serius atau mempunyai beberapa ciri daya tarikan tambahan seperti pacuan semua roda, kenderaan baharu ini dibina sesuai dengan fungsinya. B1 mempunyai lojikuasa dan casis lasak, dengan badan aluminium yang ringan, dan mempunyai kelegaan tanah sebanyak 15.5 inci untuk memudahkan pengendalian di permukaan medan lasak dan kasar. Bateri dan lojikuasa semuanya ditempatkan rendah dan di antara rel casis, untuk mewujudkan pusat graviti yang rendah sambil memaksimakan ruang untuk kapasiti kargo.
 Kuasa untuk roda datang dari lojikuasa dwi-motor depan dan belakang yang mampu menjana tork 472 lb-ft, dan menghasilkan sehingga 360 hp (270 kW). berat keseluruhan trak adalah kira-kira 1769 kg dan denagn kapasiti 2,766 kg, tetapi apabila kosong, ia boleh memecut dari 0 hingga 100kmj dalam 4.5 saat dan boleh mencapai kelajuan melebihi 200 kmj. Dua pilihan bateri ditawarkan iaitu 60 kWh atau 100 kWh, masing-masing mampu menawarkan jarak perjalanan sejauh antara 192 atau 320 km, dan masa mengecaj di antara 7 jam dan 12 jam. Brek regeneratif akan turut membantu menambahkan capaian jarak, di samping menjadikannya sebuah kenderaan yang lebih mudah bergerak dan lincah di medan.

Bollinger Motors B1 juga menggabungkan pelbagai elemen sedia ada di luar jalan untuk memastikan trak ini stabil dan menawarkan daya tarikan tinggi pada semua jenis rupa bumi, dan menawarkan profil trak utiliti klasik dan dalaman bersih. Banyak ruang simpanan boleh didapati di bahagian belakang dan bonet depan (memandangkan ia nya tiada berenjin) dan ia juga mempunyai lohong atau lubang sedia terbina yang membolehkannya mengangkut papan sepanjang 8 kaki, dan bumbung keras B1 boleh ditanggalkan jika mahu. Dengan pergerakan roda sebanyak 10", ia mempunyai banyak ruang untuk menangani permukaan kasar, dan dengan empat tempat duduk.

Satu aspek lain yang sangat berguna bagi sebuah kenderaan elektrik adalah penggunaannya sebagai satusumber kuasa, dan Bollinger Motors telah menggabungkan fungsi tersebut dengan membina dua outlet elektrik 110V yang mudah diakses, serta outlet USB dan 12V, yang nyata amat berguna untuk mengecaj GoPro atau untuk menjalankan alat kuasa di tapak kerja. Untuk tugas-tugas kecil, kesan pada paras bateri B1 mungkin minima, bagaimanapun, terdapat had praktikal untuk penggunaannya sebagai pek bateri yang besar, yang mana anda perlu menguruskan penyimpanan tenaga anda dan baki perjalanan anda.

Nampaknya seolah-olah pasukan Bollinger Motors telah menghasilkan sesuatu yang menarik dan berprestasi, berdasarkan spesifikasi dan visual pada prototaip B1 yang bekerja, tetapi penentu sebenarnya kelak adalah harga, dan pada ketika ini, syarikat itu lebih gemar membisu, dan satu-satunya petunjuk yang mungkin boleh dijadikan rujukan adalah kenyataan yang dikeluarkan mereka bahawa ia nya akan mampu"bersaing dengan harga SUV yang setanding." Bollinger ingin mula menjual B1 ini menjelang akhir tahun dan diharapkan dapat memulakan pengeluaran pada akhir 2018 dan memasarkannya pada awal tahun 2019. Sementara itu, syarikat ini giat mengkaji permintaan pasaran dalam trak utiliti sport elektrik ini di laman webnya, yang akan turut memakumkanbakal pelanggan dengan berita terkini berkaitanpengeluaran. Menurut syarikat itu, pada awal tahun 2018 kelak, penempah awal itu akan dapat memesan B1 dengan bayaran pendahuluan USD$1,000.

Lightning LS-2 Motosikal pengeluaran terpantas di dunia

Siapa yang membuat motosikal pengeluaran yang terpantas? Persoalan ini sering dijadikan modal untuk meningkatkan penjualan motosikal selama beberapa dekad. Walaupun sejak kelajuan motosikal mencapai 300 kmj pada akhir tahun 1990-an, ia telah lama hilang kaitannya dengan dunia sebenar menunggang. Namun begitu ia tidak bermakna orang tidak lagi peduli. Jauh sekali dari itu.
Kawasaki H2R memang merupakan sebuah motosikal pengeluaran. Tetapi ia tidak diluluskan untuk kegunaan di jalan raya. Motosikal elektrik Lightning  LS-218 kekal hingga ke hari ini sebagai motosikal pengeluaran kegunaan jalanraya yang paling pantas di bumi. Namun setelah sering disebut sebut telah dikalahkan Kawasaki H2R sebanyak 3.2kmh di Bonneville, Lightning ini telah membuatkannya menjadi jauh lebih laju.

Kita boleh saksikan sendiri video kelajuan 400 kmj dalam iklan yang persembahkan oleh Kawasaki dalam ujian terkawal. Di lapangan bergaram di Bonneville, di mana semua jentera ujian menghadapi keadaan yang  sama dengan peralatan yang sama, 310 kuasa kuda Kawasaki H2R mampu memacunya selaju 354 kmj di ujian Speed Week minggu lepas.

Walaupun H2R tidak boleh didaftarkan untuk kegunaan jalan raya, ia masih menjadi motosikal yang disebut sebut sebagai jentera terpantas dalam dunia enjin pembakaran dalaman. Kini, Lightning tampil untuk menunjukkan kepada dunia bahawa dominasi enjin pembakaa dalaman pembakaran sudah berakhir.

Pengasas dan CEO Lightning, Richard Hatfield telah memutuskan untuk membina versi "R" mereka sendiri iaitu LS-218. Walaupun hanya berbekalkan 200 kuasa kuda, motosikal elektrik ini terasa jauh lebih kuat daripada menunggang sebuah motosikal konvensional dengan enjin pembakaran dalaman, kerana motorsikal elektrik menghasilkan tork maksimum secara segera sejak mula pendikit dikilas lagi. Motosikal versi "R" Lightining baru-baru ini berjaya menghasilkan sekitar 250 hp ata kuasa kuda, tetapi Hatfield percaya ia akan mampu menghampiri angka 300 dalam seminggu lagi, apabila Lightning membawanya ke Bonneville untuk mengetahui betapa pantasnya ia, sebelum menamakannya.

Pada masa ini dirujuk sebagai LS-2??R, jentera ini telah berjaya mencapai 341kmj di litar tanah di El Mirage. Oleh itu, pasukan Lightning nampaknya mempunyai peluang yang baik di litar rata bergaram Bonneville untuk mencipta rekod motosikal pengeluaran baharu dalam beberapa minggu akan datang yang akan memadamkan semua keraguan siapa yang leih pantas.