Showing posts with label H2R. Show all posts
Showing posts with label H2R. Show all posts

Lightning LS-2 Motosikal pengeluaran terpantas di dunia

Siapa yang membuat motosikal pengeluaran yang terpantas? Persoalan ini sering dijadikan modal untuk meningkatkan penjualan motosikal selama beberapa dekad. Walaupun sejak kelajuan motosikal mencapai 300 kmj pada akhir tahun 1990-an, ia telah lama hilang kaitannya dengan dunia sebenar menunggang. Namun begitu ia tidak bermakna orang tidak lagi peduli. Jauh sekali dari itu.
Kawasaki H2R memang merupakan sebuah motosikal pengeluaran. Tetapi ia tidak diluluskan untuk kegunaan di jalan raya. Motosikal elektrik Lightning  LS-218 kekal hingga ke hari ini sebagai motosikal pengeluaran kegunaan jalanraya yang paling pantas di bumi. Namun setelah sering disebut sebut telah dikalahkan Kawasaki H2R sebanyak 3.2kmh di Bonneville, Lightning ini telah membuatkannya menjadi jauh lebih laju.

Kita boleh saksikan sendiri video kelajuan 400 kmj dalam iklan yang persembahkan oleh Kawasaki dalam ujian terkawal. Di lapangan bergaram di Bonneville, di mana semua jentera ujian menghadapi keadaan yang  sama dengan peralatan yang sama, 310 kuasa kuda Kawasaki H2R mampu memacunya selaju 354 kmj di ujian Speed Week minggu lepas.

Walaupun H2R tidak boleh didaftarkan untuk kegunaan jalan raya, ia masih menjadi motosikal yang disebut sebut sebagai jentera terpantas dalam dunia enjin pembakaran dalaman. Kini, Lightning tampil untuk menunjukkan kepada dunia bahawa dominasi enjin pembakaa dalaman pembakaran sudah berakhir.

Pengasas dan CEO Lightning, Richard Hatfield telah memutuskan untuk membina versi "R" mereka sendiri iaitu LS-218. Walaupun hanya berbekalkan 200 kuasa kuda, motosikal elektrik ini terasa jauh lebih kuat daripada menunggang sebuah motosikal konvensional dengan enjin pembakaran dalaman, kerana motorsikal elektrik menghasilkan tork maksimum secara segera sejak mula pendikit dikilas lagi. Motosikal versi "R" Lightining baru-baru ini berjaya menghasilkan sekitar 250 hp ata kuasa kuda, tetapi Hatfield percaya ia akan mampu menghampiri angka 300 dalam seminggu lagi, apabila Lightning membawanya ke Bonneville untuk mengetahui betapa pantasnya ia, sebelum menamakannya.

Pada masa ini dirujuk sebagai LS-2??R, jentera ini telah berjaya mencapai 341kmj di litar tanah di El Mirage. Oleh itu, pasukan Lightning nampaknya mempunyai peluang yang baik di litar rata bergaram Bonneville untuk mencipta rekod motosikal pengeluaran baharu dalam beberapa minggu akan datang yang akan memadamkan semua keraguan siapa yang leih pantas.









Kawasaki H2: Melangkaui kebiasaan



Ketika Ninja pertama (GPz900R) berada di pasaran pada tahun 1984, kuasa nya yang luar biasa,
reka bentuk casis inovatif dan reka bentuk badan yang mengatasi masa telah memberikan kesan kekal kepada pasaran waktu itu. Pada tahun-tahun berikutnya, kKawasaki terus untuk mengeluarkan model model baru berasaskan falsafah reka bentuk asas Kawasaki untuk mengeluarkan motosikal
yang seronok untuk ditunggang (Fun to Ride). Sempena ulang tahun ke-30 Ninja, Kawasaki telah mengumumkan ketibaan model baru yang melambangkan prinsip yang sama iaitu model Ninja H2.

Menawarkan keseronokan menunggang pada tahap yang tidak pernah dialami, yang
Ninja H2 menggabungkan dua elemen yang pasti menggamit peminat motosikal seluruh
dunia. Yang pertama adalah kegembiraan mengawal salah satu motosikal berprestasi tinggi, dan yang kedua ialah jenis pecutan pantas yang telah menjadikan model H2 (750SS Mach IV) sensasi di seluruh dunia pada tahun 1971 dahulu. Dari gabungan ini lah nama Ninja H2 diperolehi.

Kawasaki Ninja H2 adalah jentera sports berpengecaj super "supersport supercharged" jentera sports Kawasaki Ninja, yang dikeluarkan oleh Kawasaki Heavy Industries, yang menggunapakai pengecaj jenis empar berkelajuan berbagai (variable-speed centrifugal-type supercharger). Berbeza dengan pengecaj turbo yang diputar oleh gas ekzos, pengecaj super dipusing secara mekanikal terus oleh enjin. Model H2R dengan 300hp dijangka mampu mencecah kelajuan melebihi 400kmj.

Ninja H2 mempamerkan teknologi enjin supercharged yang direka sepenuhnya oleh Kawasaki sendiri. Ini merupakan kali pertama supercharger ditawarkan pada motosikal pengeluaran. Ia turut didatangkan dalam varian terhad Kawasaki H2R yang hanya boleh digunakan untuk perlumbaan di litar sahaja.

Kawasaki telah memilih platform satu liter untuk model Ninja H2 ini, dan bukannya meneruskan pembangunan hyperbike Ninja ZX-14. Tidak dinafikan lagi kelas satu liter nyata merupakan "pusat pasaran berprestasi tinggi", dan akan menjana pembangunan yang terbaik dalam perlumbaan, dengan  reka bentuk casis dan gantungan terbaik. Tidak hairanlah jika Kawasaki mencipta jentera yang boleh memanfaatkan kesemua maklumat dan maklumbalas ini.

Reka bentuk kerangka baru dan ciri ciri aerodinamik prestasi tinggi telah digabungkan dalam jentera hebat ini dengan menggunakan-pakai teknologi analisis yang terkini, sekaligus meningkatkan
teknologi motosikal ke tahap yang baru. Atas sebab ini, kebenaran untuk menggunakan
Kawasaki "River Mark" -yang dikhususkan untuk model berkepentingan sejarah - telah diberikan untuk Ninja H2 ini. Ninja H2 merupakan bukti nyata komitmen Kawasaki untuk terus menerjah teknologi baru dalam usaha berterusan mereka untuk menyediakan jentera jentera hebat bagi keseronokan penunggangan peminat motosikal sejagat.

H2 ini merupakan produk perdana firma Jepun itu, dan setiap elemen adalah yang paling baik dari Kawasaki, daripada pembangunan enjin dan aerodinamik, hinggalah ke kemasan cat krom hitam berkilauan yang dibangunkan khusus untuk model ini. Kawasaki Ninja H2 disasarkan untuk ditawarkan pada harga di bawah RM154,000 manakala versi litar H2R akan ditawarkan pada harga jangkaan di bawah RM300,000 yang merupakan tanda harga berbaloi bagi sebuah motosikal pengeluaran paling berkuasa pada 300 hp.
Kelas Supersport
Enjin pengecaj super emparan dua kelajuan emparan, 998 cc DOHC 4-selinder sebaris
Tekanan penggalak (boost) 20.5 PSI
Gerek X lejang 76x55 mm
Nisbah mampatan 8.5: 1
Kuasa H2: 200 hp H2R: 300hp
Transmisi 6-kelajuan
Penggantungan depan: tupang teleskopik 43 mm bolehlaras
Belakang: penyerapkejutan mono, spring bolehlaras
Brek depan: 2x330 mm cakera
Belakang: 250 mm cakera
Tayar depan: 120 / 70ZR17
Belakang: 200 / 55ZR17
Jarak roda 1,450 mm
Ukuran L: 2,090 mm
Ketinggian tempat duduk 830 mm
Berat basah 238,0 kg

Artikel berkaitan: http://salihinr.blogspot.com/2014/11/kawasaki-h2r-h2-and-vulcan-s-launched.html























Kawasaki H2R , H2 and Vulcan S launched

BUILT BEYOND BELIEF
The launching point for the development of the Ninja H2R was a strong desire to offer riders something they had never before experienced. Convinced that a truly extraordinary riding experience would not be found on a motorcycle that merely built on the performance of existing models, the design team committed to developing the “ultimate” motorcycle from a clean slate. The bike needed to deliver intense acceleration and an ultra-high top speed, coupled with supersport-level circuit performance. To realise this goal, help was enlisted from other companies in the Kawasaki Heavy Industries (KHI) Group.
Baca: http://salihinr.blogspot.com/2014/12/kawasaki-h2-melangkaui-kebiasaan.html