Triumph Motorcycles telah mengesahkan penawaran edisi Triumph Daytona iaitu motosikal lagenda yang telah berkali ganda menjuarai Kejuaraan Supersport. Motosikal keluaran khas ini akan diperkenalkan secara rasmi pada acara sidang akhbar khas di GoPro British Grand Prix di Silverstone pada hari Jumaat 23 Ogos 2019 kelak.
• Daytona Moto2™ 765 Edisi Terhad
• Kuasa dan tork yang paling tinggi dari enjin tiga silinder 765cc yang diasaskan kepada jentera Moto2™
• Spesifikasi dan teknologi penunggangan tahap tertinggi
• Casis yang terbukti dengan kejayaan
• jentera rasmi rasmi Moto2™ pertama yang diiktiraf Dorna Sports.SL
• akan dinomborkan secara individu, dengan keluaran hanya 765 buah untuk Eropah dan Asia, dan 765 lagi untuk AS dan Kanada.
Triumph akan melancarkan dua versi Daytona baru yang dinanti-nantikan pada 23 Ogos, satu untuk Eropah dan Asia, dan satu untuk AS dan Kanada. Kedua-duanya akan menampilkan enjin tiga silinder 765cc Moto2™ yang baru di dalam casis yang memfokuskan tunggangan sports kejuaraan yang terbukti. Ia menawarkan kuasa tertinggi dan tork yang mampu dijana oleh enjin bersesaran 765cc, ditambah dengan peralatan spesifikasi tertinggi yang pernah ada, dan skema cat perlumbaan edisi terhad.
Edisi Terhad Daytona Moto2™ 765 yang baru akan menampilkan spesifikasi tertinggi legenda lumba Inggeris, dan juga perkongsian unik dengan Kejohanan Dunia MotoGP™ FIM.
Kedua dua versi ini menzahirkan peranan Triumph sebagai pembekal enjin eksklusif untuk kelas Moto2™ Kejohanan Dunia MotoGP™ FIM, dan berkongsi beberapa perkembangan utama dari program enjin perlumbaan. Kedua-dua versi model akan ditampilkan pada acara sidang akhbar khas pada hari Jumaat 23 Ogos di Silverstone, di mana spesifikasi lengkap dan butiran lain akan turut didedahkan. Kedua-dua motosikal itu juga akan membuat pusingan persembahan yang hebat pada hujung perlumbaan, yang akan dilancarkan oleh dua bekas juara dunia motosikal.
Edisi terhad Daytona yang baharu ini menawarkan jentera jalanan yang paling hampir spesifikasi dan penampilannya dengan jentera perlumbaan Moto2™ tulen.
Showing posts with label #31 rheza danica. Show all posts
Showing posts with label #31 rheza danica. Show all posts
Pelumba Indonesia sapu bersih AP250 di Suzuka
Kategori Asia Production (AP250) telah dikuasai oleh duo Astra Honda Racing Team, Rheza Danica Ahrens dan Mario Suryo
Aji. Rheza memenangi perlumbaan keempatnya pada musim ini dengan masa
keseluruhan 19’53.378s diikuti Mario dengan masa 20’02.030s. Andy Muhammad
Fadly (Manual Tech KYT Kawasaki Racing) di kedudukan ketiga dengan masa 20’02.228s.
Kemenangan ini meletakkan Rheza selesa mendahului kedudukan keseluruhan dengan
123 mata.
Pelumba CKJ
Yamaha Racing, Ahmad Afif Amran menctat keputusan terbaik peribadi dan juga
buat barisan pelumba negara apabila berjaya menamatkan perlumbaan di tempat
keempat dalam kategori ini, dengan masa keseluruhan 20’02.642s.
AP250
1 Rheza Danica Ahrens (INA) Astra
Honda Racing Team 19'53.378s
2 Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda
Racing Team 20'02.030s
3 Andy Muhammad Fadly (INA) Manual
Tech KYT Kawasaki Racing 20'02.228s
4 Ahmad Afif Amran (MAS) CKJ Yamaha
Racing 20'02.642s
5 Akito Narita (JPN) Team HIRO 20'02.718s
Kedudukan Keseluruhan
1 Rheza Danica Ahren (INA) Astra Honda
Racing Team 123 mata
2 Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda
Racing Team 102 mata
3 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand
Racing TEAM 92 mata
4 Muklada Sarapuech (THA) AP Honda
Racing Thailand 62 mata
5 108 Andy Muhammad Fadly (INA) Manual
Tech KYT Kawasaki Racing 58 mata
Subscribe to:
Posts (Atom)


