Zaqhwan pasrah di tempat keempat Perlumbaan 2 ARRC India

Pelumba negara, Mohd Zaqhwan Zaidi terlepas kedudukan podium apabila menamatkan perlumbaan di tempat keempat pada Perlumbaan 2 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berakhir di Litar Lumba Motor Madras, India, semalam. Zaqhwan yang bermula dari petak ketiga terpaksa berpuas hati di tempat keempat sekalipun seringkali berada di kedudukan podium ketika bersaing sengit bersama-sama Koyama dan Haida namun akur dipintas oleh kedua-dua pelumba itu pada penghujung perlumbaan dan melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 27’18.209s.
 “Saya agak kecewa dengan prestasi hari ini kerana pada satu ketika sudah berada di kedudukan podium. Namun, inilah perlumbaan, sebarang kesilapan boleh membawa kekecewaan. Saya sudah mencuba yang terbaik dan turut berterima kasih kepada seluruh pasukan yang telah bekerja keras pada minggu ini. Kami akan cuba membuat yang lebih baik selepas ini di Indonesia, jelas Zaqhwan.




No comments: