Showing posts with label Hafiz Nor Azman. Show all posts
Showing posts with label Hafiz Nor Azman. Show all posts
Kenyataan rasmi Cub Prix berhubung insiden Hafiz Azman
Seluruh keluarga Malaysia Cub Prix amat sedih dengan kehilangan Mohd Hafiz Nor Azman, seorang anak muda berbakat yang meninggal dunia berikutan kejadian ketika Pusingan 10 pada 16 Disember 2018.
Semua butiran, bahan dan laporan yang perlu berkaitan dengan insiden itu telah dikemukakan kepada badan pengiktirafan sukan bermotor Malaysia iaitu AAM dan pasukan polis setempat.
Safe Aim Mutual Sdn Bhd, sebagai penganjur Kejohanan Malaysian Cub Prix bersama-sama dengan Kelab Sukan Bermotor Pulau Pinang sebagai pengelola kejohanan ini, menerima
keinginan AAM untuk menyiasat dan menganalisis kejadian ini setelah semua laporan selesai dibuat. Kedua-dua pihak juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam perkara ini.
Kejuaraan Cub Prix Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kesemua mereka yang telah menawarkan masa dan bantuan mereka berhubung kejadian tersebut.
Batu Kawan litar penentu musim?
Saingan Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bakal
menyaksikan beberapa pelumba berpeluang untuk mengesahkan gelaran selaku juara
keseluruhan di Batu Kawan, Pulau Pinang pada hujung minggu ini.
Dalam saingan CP150, pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing,
Ahmad Afif Amran kini sedang mendahului senarai keseluruhan dengan mengumpul
160 mata, 49 mata mengatasi Kasma Daniel kasmayuddin yang berada di kedudukan
kedua dengan 111 mata sementara rakan sepasukan Afif, Md Hafiz Nor Azman di
kedudukan ketiga dengan 103 mata.
Seandainya Afif berjaya menamatkan saingan di hadapan
kedua-dua pelumba tersebut Afif bakal mengesahkan gelaran keseluruhan CP150
seawal pusingan kelapan memandangkan Md Akid Aziz yang kini berada di kedudukan
keempat kini 87 mata ketinggalan di belakang dengan hanya baki 75 mata maksimum
perlumbaan sahaja lagi.
“Sebenarnya peluang masih terbuka untuk Kasma dan Hafiz.
Saya tidak menetapkan sasaran untuk memenangi gelaran di Batu Kawan sebaliknya
hanya fokus untuk memberi aksi terbaik dan menamatkan perlumbaan di kedudukan
terbaik. Paling penting, saya tidak boleh melakukan sebarang kesilapan yang
merugikan,” jelas Afif.
Sementara itu, dalam saingan CP115, Tengku Amirul Haffirudin
juga bakal dinobatkan selaku juara keseluruhan selepas selesa mendahului
kedudukan keseluruhan ketika ini dengan 163 mata.
Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang itu kini 67 mata
mendahului rakan sepasukan, Md Fareez Afeez manakala tempat ketiga milik
pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dengan 92 mata.
Tengku Amirul hanya perlu menamatkan saingan di kedudukan
kelapan bagi mengesahkan gelaran seandainya Md Fareez memenangi perlumbaan.
Namun, berdasarkan keputusan semasa, pelumba kelahiran Terengganu itu pasti
mahu menambah koleksi untuk meraih kemenangan ketujuh setelah berjaya memenangi
enam perlumbaan dari tujuh pusingan yang telah berlangsung.
Dalam pada itu, Md Aqid Jumali turut berpeluang untuk
mengesahkan gelaran keseluruhan kategori PETRONAS Sprinta Pro Am Cup seandainya
berjaya menjaurai perlumbaan ataupun tamat di hadapan seteru utama, Md Shahzul
Naim Razali.
Aqid mendahului kedudukan dengan 134 mata, 52 mata dihadapan
Shahzol yang mengumpul 82 mata.
Kemenangan satu-dua sekali lagi untuk PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing
Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing
meneruskan dominasi musim 2018 dengan satu lagi keputusan satu-dua melalui
gandingan Ahmad Afif Amran dan Mohd Hafiz Nor Azman pada Pusingan 5 Kejuaraan
Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, Perak, hari ini.
Litar sepanjang 1.305km di Teluk Intan itu
jelas begitu sesuai dengan gaya penunggangan Ahmad Afif yang mantap. Bermula
dari petak pertama setelah menguasai sesi SuperPole, Afif langsung tidak
digugat oleh mana-mana pesaing sepanjang 20 pusingan perlumbaan. Pelumba dari
Terengganu itu berjaya memperoleh kemenangan ketiga musim ini dengan catatan
masa 17'15.623s.
Rakan sepasukan, Mohd Hafiz berjaya menaiki
podium di tempat kedua dengan masa 17'22.237s. diikuti pemenang tempat ketiga, Mohd
Hafiza Rofa dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team dengan catatan masa
17'24.225s.
Sementara pasukan CKJ meraikan kejayaan 1-2
yang kedua musim ini, pasukan yang digeruni ramai, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju
Motor pula bergelut dengan pusingan paling mencabar musim ini. Keputusan
terbaik bagi pasukan itu diperoleh menerusi Mohd Ramdan Rosli yang menamatkan
perlumbaan di tempat ke-6, di belakang Rozaiman Said dan Helmi Azman. Kerosakan
mekanikal menyebabkan Mohd Akid Aziz terpaksa menamatkan perlumbaan seawal
pusingan pertama sementara Kasma Daniel Kasmayuddin juga terjatuh di selekoh
pertama pada pusingan permulaan.
"Jentera pasukan kami begitu mantap
musim ini. Ianya merupakan hasil titik peluh dan usaha gigih kru kejuruteraan
pasukan kami. Di sini, saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih,"
kata Afif.
"Saya begitu yakin dengan jentera yang
telah kami hasilkan bersama dan ketika dalam perlumbaan, saya hanya menumpukan
sepenuh perhatian untuk mengekalkan rentak perlumbaan tanpa menghiraukan apa
yang berlaku di belakang."
Afif, yang telah menaiki podium sebanyak lima
kali berturut-turut musim ini mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu kejuaraan
dengan 115 mata. Mohd Hafiz naik ke tangga kedua dengan 74 mata sekaligus
menolak Kasma Daniel Kasmayuddin turun ke tangga ketiga dengan 70 mata.
KEPUTUSAN PUSINGAN 5, TELUK INTAN, PERAK
CP150
1 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ
Racing 17:15.623s
2 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing
17:22.237s
3 Md Hafiza Rofa (TRG) ONEXOX TKKR Racing Team 17:24.225s
4 Md Rozaiman Md Said (PNG) AHM Motorsports Yamaha Racing 17:41.015s
5 Md Helmi Azman (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 17:41.693s
Kedudukan Keseluruhan
1 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 115
mata
2 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 74
mata
3 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju
Motor 70 mata
4 Md Helmi Azman (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 45
mata
5 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 40
mata
PETRONAS Yamaha–CKJ Racing raih kemenangan satu-dua
Litar yang basah pada Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Temerloh, Pahang, semalam memihak kepada Md Hafiz Nor Azman yang berjaya meraih kemenangannya sulung dalam kategori CP150.
Perlumbaan akhir tersebut dikurangkan kepada 15 pusingan setelah terpaksa ditangguhkan sebelum itu akibat cuaca hujan. Pelumba PETRONAS Yamaha – CKJ Racing itu menamatkan dengan masa keseluruhan 11’28.110s mengatasi rakan sepasukan, Ahmad Afif Amran dengan kelebihan 2.959s, menjadikannya kemenangan satu-dua untuk pasukan PETRONAS Yamaha – CKJ Racing
Kedudukan pendahulu bertukar seawal perlumbaan setelah Mohd Helmi Azman (Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing) dipintas oleh pelumba rookie, Mohd Aiman Azman sebaik lampu merah dipadamkan. Aiman bagaimanapun gagal menggunakan kelebihan apabila terjatuh dan membuka ruang buat Hafiz untuk mendahului sehingga ke garisan penamat.
Tumpuan terarah kepada perebutan di tempat kedua diantara Afif, Akid dan Kasma Daniel Kasmayuddin sebelum juara musim 2017 itu terjatuh di pertengahan perlumbaan dan seterusnya memberi laluan kepada Afif dan Akid untuk menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 11’31.069s manakala Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) di tempat ketiga dengan masa 11’31.199s.
“Pada peringkat awal saya cuba untuk mendapatkan rentak berlumba di litar basah sebelum berjaya menjarakkan diri dengan pelumba di belakang. Selepas masuk pusingan ke-10, saya hanya fokus untuk kekal konsisten dan mengelak sebarang kesilapan. Saya sangat gembira dengan kemenangan peribadi pertama saya dalam kategori ini,” jelas Hafiz yang berada di tangga ketiga keseluruhan dengan 54 mata.
Ahmad Afif terus kekal mendahului kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 90 mata diikuti Kasma dengan 70 mata.
KEPUTUSAN PUSINGAN 4 - TEMERLOH, PAHANG
CP150
1 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 11:28.110s
2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 11:31.069s
3 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 11:31.199s
4 Md Helmi Azman (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 11:39.684s
5 Md Izzat Zaidi Md Salehan (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 11:42.483s
Kedudukan Keseluruhan
1 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 90 mata
2 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 70 mata
3 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 54 mata
4 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 40 mata
5 Md Helmi Azman (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 34 mata
Perlumbaan akhir tersebut dikurangkan kepada 15 pusingan setelah terpaksa ditangguhkan sebelum itu akibat cuaca hujan. Pelumba PETRONAS Yamaha – CKJ Racing itu menamatkan dengan masa keseluruhan 11’28.110s mengatasi rakan sepasukan, Ahmad Afif Amran dengan kelebihan 2.959s, menjadikannya kemenangan satu-dua untuk pasukan PETRONAS Yamaha – CKJ Racing
Kedudukan pendahulu bertukar seawal perlumbaan setelah Mohd Helmi Azman (Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing) dipintas oleh pelumba rookie, Mohd Aiman Azman sebaik lampu merah dipadamkan. Aiman bagaimanapun gagal menggunakan kelebihan apabila terjatuh dan membuka ruang buat Hafiz untuk mendahului sehingga ke garisan penamat.
Tumpuan terarah kepada perebutan di tempat kedua diantara Afif, Akid dan Kasma Daniel Kasmayuddin sebelum juara musim 2017 itu terjatuh di pertengahan perlumbaan dan seterusnya memberi laluan kepada Afif dan Akid untuk menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 11’31.069s manakala Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) di tempat ketiga dengan masa 11’31.199s.
![]() |
| Afif dan Hafiz |
Ahmad Afif terus kekal mendahului kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 90 mata diikuti Kasma dengan 70 mata.
![]() |
| Hafiz Nor Azman 30 |
CP150
1 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 11:28.110s
2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 11:31.069s
3 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 11:31.199s
4 Md Helmi Azman (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 11:39.684s
5 Md Izzat Zaidi Md Salehan (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 11:42.483s
Kedudukan Keseluruhan
1 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 90 mata
2 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 70 mata
3 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 54 mata
4 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 40 mata
5 Md Helmi Azman (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 34 mata
Subscribe to:
Posts (Atom)















