Majalah Young Machine Jepun menyatakan bahawa Yamaha telah memfailkan paten untuk motosikal dalam gambar ini. Jika dilihat, ianya terlalu banyak persamaannya dengan Yamaha V-Max.
Namun begitu perbezaan paling besar antara jentera berkuasa 200bhp dan model dalam paten terkini ialah versi Yamaha yang difailkan peatennya ini adalah beroda tiga dan ia mampu menyendeng.
Setakat ini tiada lagi meklumat lain, dan majalah Jepun Young Machine telah melakukan tindihan untuk gambar menunjukkan persamaan.
Apa akan ada yang minat dan suka dengan jentera 200bhp menyendeng beroda tiga ?
Showing posts with label sendeng. Show all posts

Gaya menunggang mana yang betul?
Salah satu ciri menunggang yang penting dan sering ditumpukan adalah keinginan untuk menyempurnakan kedudukan badan. Keinginan ini bermaksud membuat penyesuaian kedudukan badan yang berlainan dari kedudukan yang selesa bagi seseorang penunggang itu, hanya kerana komen seseorang, atau kerana melihat apa yang orang lain buat.
Seringkali dalam mengusahakan "gaya" ini, kadangkala tiga ciri utama dalam menunggang telah dilupakan, iaitu kebolehan menimbal-balik sudut sendeng, pegangan hendal yang relaks dan keselesaan menunggang. Tiga perkara ini jauh lebih penting untuk mendapatkan tunggangan yang baik, dan anda tidak perlu mengubah apa-apa melainkan anda menghadapi satu satu masalah khusus.
Apabila anda mencapai tahap ini, anda hanya perlu menunggang dengan 'gaya' anda sendiri, dan jika anda menonton perlumbaan motosikal anda akan tahu bahawa setiap pelumba dalam perlumbaan mempunyai gaya mereka yang tersendiri juga.
Mereka mungkin nampak sama, tetapi ada perbezaan yang boleh dilihat.
Jika anda memerhatikan gaya mereka betul betul, mungkin anda dapat menilai kedudukan badan yang 'sempurna', ataupun mungkin nampak bagaimana pelumba paling TIDAK melakukan gaya atau kedudukan menunggang yang anda anggap betul.
Namun begitu harus juga disedari bahawa dalam persekitaran dunia nyata dengan kesesakan trafik dan kenderaan yang datang dari arah depan, gaya mereka ini mungkin tidak realistik atau selamat. Apa yang lebih utama ialah bagaimana penunggang dapat mencapai hasil yang mereka perlukan dalal masa atau keadaan tertentu, dan kedudukan badan yang sedikit berubah tidak akan menjejaskan tunggangan anda.
Foto: Shazli Shamsuddin

Subscribe to:
Posts (Atom)