Ujian hari kedua saksikan dominasi Yamaha

Pasukan MotoGP Movistar Yamaha kembali ke trek pada hari kedua ujian Sepang untuk terus bekerja dalam ujian rasmi pertama IRTA musim 2018. Maverick Viñales dan Valentino Rossi sekali lagi bekerja keras untuk meningkatkan jentera YZR-M1 mereka, dan mendapat maklum balas dan hasil positif. Mereka berjaya menamatkan hari kedua di tempat pertama dan kedua.

Sama seperti pagi semalam, pelumba MotoGP menunggu litar itu kering sebelum mereka memulakan ujian sekitar pukul 12 tengahari.
Viñales mempunyai jadual yang sibuk lagi dan strateginya tetap sama seperti Hari 1: banyak pusingan untuk menguji tayar. Dia pada mulanya mengendarai jentera yang sama seperti semalam untuk merasakan keadaan, sebelum mencuba fairing baharu. Sepanjang hari kedua ujian, pelumba Sepanyol itu melihat peningkatan dalam konsistensi masa lapnya. Dia mendesak YZR-M1 untuk ujian pada peringkat akhir sesi lapan jam dan mencatat 1'59.355s pada pusingan 66/68 untuk kedudukan teratas, dengan margin 0.035s.
Rossi pula cuba memanafaatkan masa yang hilang kerana hujan semalaman, dan membuat kemajuan pada waktu petang. Dia hanya memerlukan kira-kira setengah jam untuk merekodkan 1'59.766s, yang ditetapkan pada pusingan 12, untuk mengambil alih di bahagian atas saringan waktu. Kembali mendapat rentak, dia meneruskan kerja pada persekitaran jenteranya serta penggunaan tayar. Beliau menghabiskan masa yang lama di tempat kedua, sehingga kelajuan semua peserta mula meningkat pada penghujung hari. The Doctor mula membuka langkah dan secara ringkas muncul dengan percubaan 1'59.390 pada lap 38/39, sebelum rakan sepasukannya mengenepikannya ke tempat kedua.
Usaha-usaha hari ini melihat Viñales dan Rossi juga memegang tempat pertama dan kedua di peringkat gabungan kedua duan hari, dan meletakkan mereka dalam keadaan minda yang positif untuk menyelesaikan jadual ujian esok.

No comments: