Mitsubishi panggil balik Pajero dan ASX

Pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia meminta pemilik 128 unit Mitsubishi Pajero Exceed yang dihasilkan dari 2010-2014 untuk datang bagi melakukan penggantian pengembung beg udara pemandu.
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), menjelaskan bahawa langkah proaktif ini adalah sebahagian daripada kempen panggil-balik yang melibatkan beg udara Takata di seluruh dunia. Sesetengah beg udara pemandu tersebut berkemungkinan membebaskan serpihan logam apabila diaktifan, dan mungkin menyebabkan kecederaan kepada pemandu.

"Keselamatan adalah keutamaan kami, dan MMM mengambil inisiatif ini untuk memastikan keselamatan pelanggan dan menyesali kesulitan yang dihadapi pelanggan yang terjejas. Usaha ini adalah untuk membolehkan penggantian pengembung beg udara pemandu dengan unit yang lebih baik," katanya
 Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi.

MMM turut juga akan menjalankan dua pembaikan lain secara berasingan. Pebaikan pertama adalah melibatkan spring pintu ekor untuk kenderaan SUV kompak ASX yang dikeluarkan dalam tahun 2010-2015 dan bagi  dan Pajero Sport yang dikeluarkan pada tahun 2010-2016. Latihan ini adalah perlu untuk menggantikan spring yang rosak akibat salutan anti karat yang tidak memadai.
Kempen pembaikan kedua pula adalah untuk gantian motor pengelap cermin SUV kompak ASX yang mungkin membenarkan resapan air dan mengakibatkan hakisan kepada bahagian dalaman motor pengelap dan menyebabkannya gagal beroperasi.

MMM akan mengeluarkan surat pemberitahuan kepada semua pemilik Mitsubishi yang terjejas dan kos penggantian akan ditanggung sepenuhnya oleh mereka. Semua pelanggan terjejas disarankan untuk membuat temujanji di mana-mana Pusat Servis Mitsubishi Motors yang bertauliah untuk penggantian di atas. Senarai pusat perkhidmatan dan maklumat lanjut boleh diapat i di www.mitsubishi-
Motors.com.my atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan mereka di 1-800- 18-6611 (Isnin hingga Jumaat)
Jumaat, 9:00 pagi hingga 5.00 petang).

No comments: