Usah gusar dengan kod ralat motosikal anda

Dahulunya tiada cara untuk kta mengetahui bahawa motosikal kita sebenarnya bermasalah, dan selalunya apabila masalah menjadi lebih teruk, mekanik akan tercari cari apakah masalah yang dihadapi, dan mungkin menukar alatganti yang masih baik tanpa disedari, dengan kosnya dibayar anda.

Paparan kod ralat atau error code sebenarnya bukanlah sesuatu yang negatif namun memberikan maklumat terkini berkenaan enjin anda dan masalah yang dihadapi juga dapat diketahui dikenalpasti dengan tepat atau beroperasi tidak cekap.

Motosikal kini lebih cenderung untuk dikeluarkan dengan dibekalkan sistem suntikan bahan api elektronik, juga dikenali sebagai EFI. Anda kini boleh mendapati EFI pada semua jenis motosikal, kian setiap pengeluar sedang beralih ke sistem EFI ini.

Terdapat beberapa sebab yang mendorong trend ini, tetapi kebanyakannya yang paling utama ialah adalah untuk peningkatan prestasi dan mematuhi peraturan-peraturan pelepasan bahan cemar ke udara yang semakin meningkat.


Komponen sistem suntikan bahan api motosikal boleh dipercayai dan diharapkan untuk memberi kihidmat yang panjang, tetapi bahagian-bahagiannya masih boleh haus, atau gagal awal. Apabila kegagalan berlaku proses untuk diagnosis dan pembaikan boleh kelihatan menakutkan, tetapi dalam kebanyakan kes ia mungkin hanya wayar longgar, ataupun sensor gagal.

Sensor yang paling biasa rosak atau gagal adalah sensor kedudukan pendikit, atau Throttle Position Sensor untuk pendek. TPS memberitahu ECU (unit kawalan enjin) ataupun kadangkala digelar  ECM (modul kawalan enjin) di mana terdapat injap kekupu (butterfly valve) pengambilan udara berada dalam kedudukan dari tertutup sepenuhnya sehinggalah terbuka luas. Maklumat ini digabungkan dengan data dari sensor lain, membolehkan ECM untuk megukur secara tepat jumlah bahan api yang disembur dari penyuntik. Sebab utama kegagalan TPS hanyalah kegunaan biasa, kerana ia bergerak setiap kali anda menekan atau mengilas pendikit, dan akhirnya ia akan haus. Biasanya kerosakan itu akan dijumpai pada satu tempat tertentu pada pendikit, daripada beroperasi pada kedudukan itu berulang kali. Kegagalan ataupun kerosakan TPS sering berlaku (kita ambil contoh dari kereta sebagai pengetahuan) pada kereta yang melahu dengan enjin hidup tetapi tidak bergerak seperti kereta yang sering terperangkap dalam kesesakan, dan juga teksi. Kereta sebegini sering mengalami kerosakan atau kegagalan TPS pada kedudukan enjin melahu itu. Walaupun enjin melahu dan pendikit seakan tidak bergerak, injap kekupu di dalam TPS sebenarnya masih bergerak walaupun hanya amat sedikit, dan akhirnya ia menjadi haus dan gagal. Getaran dan kesan alam sekitar juga boleh menyebabkan kerosakan dan kegagalan. Getaran semulajadi enjin V-Twin, atau kenderaan yang sering berada di jalan yang berhabuk juga mempercepatkan kerosakan TS ini.


 Berikut dipaparkan beberapa kod kegagalan yang digunakan pada motosikal kini.

Yamaha FZ150i

Kod 12 : Crankshaft Postion Sensor (tidak ada isyarat normal yang diterima daripada sensor ini)

13 : Intake Air Pressure Sensor (litar terbuka atau litar pintas)

14 : Intake Air Pressure Sensor

15 : sensor kedudukan pendikit TPS (litar terbuka atau litar pintas)

16 : sensor kedudukan pendikit TPS (tersekat atau melekat)

21 : Coolant Temperature Sensor (litar terbuka atau litar pintas)

22 : Sensor suhu udara masuk

30 : Lean Angle Sensor (buruk atau rosak)

33 : Ignition Coil

39 : Fuel Injector (litar terbuka atau litar pintas)

41 : Lean Angle Sensor

44 : ralat pembacaan dan penulisan pada E2PROM

46 : bekalan kuasa ke sistem fuel injection tidak normal

50 : Kerosakan memory ECU

Kawasaki D-Tracker 250

11 : Sensor pendikit utama tidak berfungsi

12 : Sensor tekanan udara masuk tidak berfungsi

13 : Sensor suhu udara masuk tidak berfungsi

14 : Sensor suhu air masuk tidak berfungsi

21 : Sensor crankshaft tidak berfungsi

24 : Sensor kelajuan tidak berfungsi

31 : Sensor  kedudukan motosikal tidak berfungsi

32 : sensor subthrottle tidak berfungsi

33 : Sensor oksigen tidak aktif

41 : Injector tidak berfungsi

46 : geganti (relay) pam bahan api tidak berfungsi

51 : Koil pengapian tidak berfungsi

56 : Relay kipas radiator tidak berfungsi

62 : penggerak reed subthrottle tidak berfungsi

64 : Injap pengganti udara tidak berfungsi

67 : Pemanas sensor oksigen tidak berfungsi

Honda CBR 250R

1 : MAP sensor

7 : ECT Sensor

8 : Throttle Position Sensor

9 : IAT Sensor

12 : Injector

21 : O2 sensor

29 : IACV (Idle Control Valve) Sensor

54 : Bank Angle Sensor

Yamaha (am - semua model)

12 : Crankshaft position sensor

13 : Pengambilan air pressure sensor

14 : Saluran intake air pressure sensor

16 : TPS tersekat

21 : Coolant temperature sensor

22 : sensor udara kemasukan

30 : Motosikal terjatuh

33 : Primary ignition coil

39 : System elektrik fuel injector

41 : Lean angel sensor

44 : Proses pembacaan atau penulisan pada EPROM

46 : Aliran elektrik ke system FI tidak normal

50 : Kerosakan pada memori ECU

Suzuki (am - semua model)

12 : CKP sensor

13 : IAP sensor

14 : TP sensor

15 : ET sensor

21 : IAT sensor

23 : TO sensor

24 : Ignition Koil

32 : Fuel injection

40 : ISC valve

42 : Ignition switch

44 : ho2 sensor

Honda (am - semua model)

1 : Sensor MAP (Manifold Absolute Pressure)

7 : Sensor EOT / ECT (Engine Oil / Coolant Temperature)

8 : Sensor TP (Throttle Position)

9 : Sensor IAT (Intake Air Temperature)

12 : Sensor Injektor

21 : sensor O2 (Oxigen sensor)

29 : Sensor IACV (Intake Air Cut Valve)

33 : ECM (Engine Control Module)

54 : Sensor BAS (Bank Angle Sensor)

Honda Step 4

7 : Engine Oil Temperature / Engine Coolant Temperature

8 : Throttle Position Sensor

12 : Injector

21 : O2 sensor

33 : Engine Control Module (ECM)

Jumlah pusingan perlumbaan MotoGP, Moto2 dan Moto3 diselaras

Jarak lumba dalam Kejohanan Dunia FIM MotoGP™ akan diselaraskan mulai tahun 2018, dengan peralihan selama dua tahun bermula musim ini sehingga perubahan akhir pada 2019. Ini adalah untuk memastikan bahawa setiap kelas perlumbaan mempunyai tempoh yang sama di setiap lokasi Kejohanan Dunia, bagi menambahbaik aturan acara dan membantu penyiar televisyen untuk memprogramkan pengaturcaraan perlumbaan dengan lebih baik.

Oleh kerana batasan peraturan mengenai penggunaan bahan api dan enjin di kelas utama, maka peningkatkan jarak beberapa perlumbaan MotoGP ™ dan mengurangkan jarak yang lain adalah tidak mampu dilakukan. Oleh itu, untuk mencapai matlamat persekataan dalam tempoh perlumbaan, tujuh perlumbaan MotoGP™ akan dipendekkan, bermula musim 2018. GP Amerika, GP Perancis, GP Catalan, GP Ceko dan San Marino GP akan disingkatkan sebanyak satu pusingan, dan GP Sepanyol dipendekkan dua pusingan dan GP Valencia sebanyak tiga pusingan. Perubahan ini adalah muktamad.

Walau bagaimanapun, bagi Moto2™ dan Moto3™, terdapat dua peringkat agar pengeluar lebih bersedia. Tahun ini, perubahan besarnya sama seperti di MotoGP™ bagi perlumbaan Moto3™ di Amerika, Sepanyol, Catalan, Czech, Aragon, GP Malaysia dan Valencia dipendekkan sebanyak satu pusingan, dan Moto3™ GP Perancis dipendekkan sebanyak dua pusingan. Moto2™ akan melihat pengurangan satu pusingan di GP Amerika, Perancis, Catalan, Jerman, Czech, San Marino, Jepun dan Malaysia, dan GP Sepanyol serta Valencia akan berkurangan sebanyak dua pusingan pada musim 2018.

Pada tahun 2019, pengurangan jarak perlumbaan akan menjadi lebih besar dalam kelas Moto2™ dan Moto3™. Walaubagaimana pun, perlumbaan kelas MotoGP™ tidak akan diselaraskan lagi.

Di samping itu, terdapat kemas kini lanjutan untuk peraturan MotoGP™ mulai 2018: jika Bendera Merah dikibarkan selepas 75% atau lebih jarak perlumbaan telah selesai, keputusan perlumbaan akan terus ditentukan dan diumumkan. Ini tidak mengubah peraturan sedia ada di Moto2™ dan Moto3™ di mana dua pertiga jarak perlumbaan mesti selesai sebelum mengisytiharkan keputusan akhir, dan ia bertujuan untuk meningkatkan keselamatan para pelumba dan juga peminat.

NCD: kenapa pemilik motosikal dianak-tirikan?

Seperti yang diketahui umum, struktur cukai jalan motosikal adalah berdasarkan keupayaan enjin.

Terdapat enam kategori berbeza, iaitu:
Kapasiti Enjin    Kadar Semenanjung
150cc dan kebawah    Percuma sejak Jan 2004
151cc hingga 200cc     RM 30.00
201cc hingga 250cc     RM 50.00
251cc hingga 500cc     RM 180.00
501cc hingga 800cc     RM 250.00
Melebihi 800cc     RM 350.00

Kapasiti Enjin    Sabah & Sarawak
150cc dan kebawah    Percuma sejak Jan 2004
151cc hingga 200cc    RM 9.00
201cc hingga 250cc    RM 12.00
251cc hingga 500cc    RM 30.00
501cc hingga 800cc    RM 40.00
Melebihi 800cc    RM 42.00

Namun begitu perkiraan kadar insurans pula merupakan perkara berbeza. Walaupun dengan 'liberisasi insurans' semenjak bulan Julai 2017 lepas, tanpa mengambil kira pelbagai faktorseperti umur pengendali, pengalaman atau rekod menunggang, tetapi masih diasaskan kepada kapasiti enjin, sebuah motosikal yang diinsuranskan untuk perlindungan sebanyak RM50,000 akan perlu membayahampir r hampir RM1,900 setahun untuk insurans komprehensif, manakala motosikal kapcai yang dilindungi insurans sehingga RM4,400 pula perlu membayar RM300 sebagai premium.

Isu ini mungkin boleh dipersoalkan dari segi jumlah premium dan perlaksanaannya, malah jika dibanding dengan teliti, motosikal perlu membayar kadar perlindungan insurans yang lebih tinggi berbanding kereta.

Pun begitu, satu lagi isu yang sering disenyapkan oleh pengendali insurans adalah kadar diskaun-tanpa-tuntutan NCD (No-Claim-Discount) yang nyata sekali berat sebelah dan tidak dipedulikan oleh "penggiat motosikal" mahupun "pelindung dan pemain industri". Pemilik motosikal hanya diberi ganjaran NCD setinggi 25% sahaja dan tidak pula mendapat ganjaran sama seperti pengguna kereta yang menikmati kadar diskaun-tanpa-tuntutan atau NCD sehingga 55%? Malah kadar kenaikan diskaun ini juga lebih lambat dari tahun ke tahun berbanding pemilik kereta yang menikmati kadar NCD 25% dari tahun kedua lagi.



Bagi kenderaan berdaftar motosikal dan komersil, kadar NCD yang ditawarkan adalah:

Tahun Pertama - 0%
Tahun Kedua - 15%
Tahun Ketiga - 20%
Tahun Keempat - 25%
Tahun berikutnya - 25%

Kadar NCD untuk kenderaan persendirian:
Tahun Pertama - 0%
Tahun Kedua - 25%
Tahun Ketiga - 30%
Tahun Keempat - 38.33%
Tahun Kelima - 45%
Tahun berikutnya - 55%


Bagi kenderaan komersil, kadar yang lebih rendah ini adalah difahami memandangkan risiko lebih tinggi yang perlu ditanggung penanggung insurans, namun begitu premium yang dibayar juga adalah lebih tinggi.
Walaupun dengan liberisasi kadar insurans, tiada pihak yang mempertengahkan kenapa pemilik motosikal yang menunggang berhemah dan tidak membuat tuntutan, tidak mendapat ganjaran setimpal. Malah pihak penanggung insurans perlu berterimakasih kepada mereka ini kerana tidak membuat tuntutan. Walaupun mungkin ada yang akan mempertikaikan perkara ini, namun begitu jumlah keseluruhan yang ditanggung penanggung insurans mungkin adalah jauh lebih rendah dari jumlah tuntutan yang dibayar untuk kenderaan persendirian. Pun begitu, ironinya, patutkah dibebankan jumlah pembayaran tuntutantersebut kepada mereka yang TIDAK membuat tuntutan?

Diharap ada pihak yang mengambil perhatian terhadap perkara ini agar lebih prihatin kepada pemilik motsikal yang rata ratanya rakyat marhaen.

Pasukan VR46 kan ketepikan Yamaha Tech3 dalam MotoGP?

Bukan rahsia lagi bahawa pengurus pasukan Yamaha Tech3 iaitu Herve Poncharal berpendapat yang Yamaha akan memilih Pasukan Valentino Rossi VR46 sebagai skuad tunggal MotoGP pada masa akan datang Pasukan VR46 kini sudah bersaing dalam Moto2 dan Moto3. Tahun lepas, bos Dorna iaitu Ezeleleta berkata bahawa dia bersedia untuk menjamin tempat bagi skuad Rossi dalam kelas perdana, walaupun secara teorinya grid permulaan telah ditetapkan untuk mempunyai 24 jentera lumba sahaja.

Adakah Tech3 akan kehilangan sokongan Yamaha jika Pasukan VR46 diangkat sebagai pasukan satelit pengilang Jepun tersebut?

Kerjasama Rossi dengan Yamaha yang sebegitu lama membuatkan pasukan VR46 ini nyata sebagai calon pasukan satelit pilihan pengilang tersebut jika VR46 ingin mengorak langkah ke arah MotoGP. Rossi akan mencecah umur 39 tahun pada bulan Februari ini, dan kontrak beliau juga akan tamat di penghujung musim ini. Rossi dikatakan akan berperanan sebagai bos pasukannya sendiri apabila dia memilih untuk bersara daripada perlumbaan kelak. Secara umumnya kita boleh mengandaikan bahawa pasukan VR46nya akan mengorak langkah ke arena kelas perdana MotoGP.

Tetapi Yamaha selama ini hanya menyokong sebuah pasukan satelit sahaja. Ini mungkin akan memaksa pengilang tersebut untuk memilih di antara kolaborator lama mereka iaitu Yamaha Tech3, dan Pasukan VR46. Bos Yamaha Tech3, Poncharal telah mengadakan beberapa perbincangan dengan Yamaha, dan beliau sendiri pernah bertanyakan soalan samada Yamaha akan membariskan enam jentera di grid permulaan, iaitu tambahan dua jetera dari yang ada sekarang.

Jawapan yang diterimanya adalah: 'Tidak, itu terlalu banyak'.

Poncharal bersama Kouchi Tsuji dari Yamaha
Poncharal terus mengajukan soalan maut: " Jika ada permohonan dari VR46 dan Tech3, siapa yang akan menjadi keutamaan?"

Jawapannya: VR46.

Jelas dan nyata.

Namun begitu, kesemua pasukan satelit MotoGP adalah tertakluk secara kontrak dengan Dorna untuk kekal di grid perlumbaan sehingga 2021. Ini juga bermakna bahawa sebarang pasukan baru yang ingin menyertai kejohanan dunia ini akan perlu membeli salah satu kontrak sedia ada atau mendapatkan kelulusan sebulat suara dari Dorna dan semua pasukan bebas yang lain.

Poncharal, yang juga presiden IRTA (Persatuan Pasukan Perlumbaan Jalanan Antarabangsa), berkata beliau meragui yang Rossi akan mahu menjalin kerjasama dengan sebarang pasukan sedia ada, dan turut menafikan pakatan dengan Tech3.

"Kami mempunyai kontrak dengan Dorna dari 2017 hingga 2021 yang menyatakan bahawa tiada siapa yang boleh menyertai kejohanan tersebut kecuali mereka mencari jalan untuk membuat perjanjian, perkongsian atau bergabung dengan pasukan sedia ada," jelasnya.

"Saya tidak inginkan dia (Rossi) sebagai rakan kongsi. Mungkin dia boleh membeli Aspar, Avintia, LCR, atau mana-mana pasukan bebas, tetapi saya tidak fikir bukan ini yang beliau mahukan.

"Jika dia ingin menyertainya, dia perlu mendapatkan lampu hijau bukan saja dari Dorna, tetapi juga dari pasukan bebas yang sedia ada kerana kami mempunyai kesepakatan eksklusif dan ia nya bertulis," tambahnya lagi.

"Ia tidak akan berlaku, kecuali jika semua orang mengatakan bersetuju untuk mempunyai satu lagi pasukan. Ia hanya boleh berlaku pada tahun 2022 apabila kontrak yang sedia ada telah tamat."

Malah Rossi telah menyatakan tahun lepas bahawa sebarang rancangan untuk menggerakkan pasukannya ke kelas MotoGP mungkin berlaku dalam masa 10 tahun kerana dia sedang menumpukan pada pembangunan pelumba muda.
Zarco dan Poncharal
Di samping isu ini, Herve Poncharal juga mengakui bahawa tindakan pasukan MotoGP satelitnya, Tech3 mengalahkan pasukan kilang Yamaha dalam beberapa kesempatan musim 2017 lepas mencetuskan beberapa situasi yang "tidak selesa".

Para pelumba pasuka kilang Yamaha iaitu Maverick Vinales dan Valentino Rossi mengalami kempen mengecewakan dalam musim 2017, sementara rookie Johann Zarco  Tech3 menyerlah dengan menunggang jentera pengilang Yamaha tahun lepas.

Zarco berjaya mengalahkan kedua-dua Vinales dan Rossi enam kali sepanjang musim lepas, manakala rakan sepasukan Jonas Folger berjaya melakukannya dua kali.

"Kadang-kadang agak tidak selesa bagi saya untuk berada di hadapan mereka," kata Poncharal.

Walaupun musim 2017 merupakan musim yang membanggakan untuk Tech3, Poncharal menggariskan bahawa bersaing dengan pasukan pengilang Yamaha  bukan "sepatutnya", dan keutamaannya adalah untuk membantu jenama Jepun itu untuk memenangi gelaran.

"Terdapat empat jentera M1 di litar, dan kita perlu memberikan maklumat yang berharga kepada pengilang untuk membolehkan mereka berjuang untuk kejuaraan," katanya.

"Pasukan kilang sentiasa akan menjadi keutamaan. Kami adalah pasukan Yamaha, dalam musim ke-20 berturut-turut dengan mereka, saya kenal mereka dengan baik, saya menghormati mereka." ujarnya lagi.



Harald Hoelzl CEO BMW Group Malaysia yang baharu.

BMW Group AG telah melantik Harald Hoelzl untuk memegang tanggungjawab sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BMW Group Malaysia yang baharu bermula 1 Mac 2018. Hoelzl akan mengambil alih tanggungjawab di Malaysia daripada Pengarah Urusan dan CEO sekarang iaitu Han Sang Yun bermula 1 Mac 2018. Sang Yun pula bakal dilantik sebagai Presiden BMW Group Korea yang baru. Han Sang Yun dilantik menjadi Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia pada Januari 2015.

Hoelzl memulakan kerjayanya dengan BMW Group pada tahun 2002 serta telah berkhidmat dalam pelbagai jabatan seperti Jualan, Pemasaran, Pembangunan Pengedar dan IT. Dengan rekod kerjaya yang mengagumkan, BMW Group AG melantik beliau sebagai Ketua Pemasaran BMW Group Central South Eastern Europe pada tahun 2011, sebelum mengetuai operasi BMW Group di Republik Czech.