Kasma kekal rentak cemerlang

Aksi Kasma
Kasma Daniel Kasmayudin berada di landasan terbaik untuk meraih kemenangan keenam dalam kategori CP150 setelah muncul pelumba terpantas pada sesi kelayakan spusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan, hari ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu merakam masa terbaik 45.651s manakala pelumba Onexox TKKR Racing, Md Helmi Azman yang beraksi cemerlang dalam saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) mencatat pencapaian terbaik peribadi musim ini apabila mencatat masa kedua terpantas dengan masa 45.817s.

Md Adib Rosley (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) muncul pelumba ketiga terpantas dengan catatan 45.876s sambil Md Fitri Ashraff Razali (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ) dan Md Izzat Zaidi Md Salehan (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) melengkapkan senarai lima pelumba  terbaik dengan catatan 45.893s dan 45.910.

“Keadaan cuaca pada hari ini agak baik berbanding keadaan hujan dan cuaca tidak begitu menentu sepanjang minggu ini,” jelas Kasma.

"Bagi saya, perlumbaan di Jempol kali ini tidak bnyak berbeza berbanding perlumbaan lepas. Saya tidak berasa sebarang tekanan untuk mengejar kemenangan dan sekaligus menebus kekalahan di litar ini pada musim lepas."
Md Fareez Afeez mendahului cabaran CP115 esok
Sementara itu, dalam saingan CP115, Md Fareez Afeez (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) merakam masa terpantas sesi kelayakan dengan masa 46.619s diikuti duo PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Md Akid Aziz dan Md Haziq Fairues, masing-masing dengan catatan terbaik  46.661s dan 46.713s.

Dalam saingan Wira, Md Anuar Ibrahim Pawi (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) bakal memulakan perlumbaan dari petak pertama setelah mencatat masa terpantas sesi Shootout dengan masa 47.218s diikuti rakan sepasukan, Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) kedua, 47.505s. Pendahulu keseluruhan, Md Aiman Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB Tech) bakal bermula dari petak ketiga dengan catatan 47.643s.
Anuar Ibrahim Pawi terpantas dalam Wira
KEPUTUSAN

CP150
1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 45.651s
2 Md Helmi Azman (SGR) Onexox TKKR Racing Team 45.817s
3 Md Adib Rosley (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 45.876s
4 Md Fitri Ashraff Razali (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 45.893s
5 Md Izzat Zaidi Md Salehan (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 45.910s

CP115
1. Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 46.619s
2. Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 46.661s
3. Md Haziq Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 46.713s
4 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 46.721s
5 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 47.089s

WIRA -Shootout
1 Md Anuar Ibrahim Pawi (PRK) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 47.218s
2 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 47.505s
3 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB Tech 47.643s
4 Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB Tech 47.722s
5 Md Danial Syahmi (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB Tech 47.762s

Outlander baharu rasminya tiba

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kini memaklumkan pelancaran rasmi Mitsubishi Outlander 2.0 SUV yang dipasang tempatan. Berikutan itu, pengedar sah Mitsubishi Motors akan mengadakan acara pameran eksklusif pada tarikh-tarikh berikut:

Tarikh
Bilik pameran di
1
14-15 Oktober
Peninsular Malaysia
2
21-22 Oktober
East Malaysia

  
 SUV Outlander ini mempunyai tahap keselamatan dan ruang yang besar untuk keluarga, dan langkah untuk memasang varian 2.0L baharu menjadikan SUV  ini lebih murah untuk rakyat Malaysia.
Semasa acara bilik pameran, tiga pelanggan bertuah yang menguji pandu Mitsubishi Outlander akan berpeluang untuk memenangi iPhone 8 model baharu!
Sistem hiburan Mitsubishi Outlander mampu disuaipadan dengan Apple Carplay
 Dan bukan itu sahaja! 200 pelanggan pertama yang menempah dan mendaftarkan Mitsubishi Outlander juga berhak mendapat baucar petrol bernilai RM300.
 

Outlander 2.0L 4WD baharu dikuasakan oleh enjin 2,0 liter yang terbukti, dengan tork 145 PS dan 196 Nm. Enjin DOHC MIVEC ini digandingkan dengan transmisi INVECS-III CVT.

Dengan bertahun-tahun pengalaman memenangi Rali Dakar, Mitsubishi adalah pakar dalam kenderaan 4WD lasak. Sistem pacuan empat roda atau 4WD meningkatkan daya cengkaman pada permukaan licin dan menghasilkan kestabilan, yang memainkan peranan dalam keselamatan aktif. Ini sangat penting bagi sebuah SUV dengan badan dan pusat graviti yang tinggi.


Ia juga dibekalkan perakam video perjalanan sebagai peralatan standard
 Mitsubishi Outlander dipasang secra kontrak oleh oleh Tan Chong Motors Assemblies (TCMA) di kilang mereka di Segambut, Kuala Lumpur. 
Sistem peringatan untuk berhenti rehat jika pemanduan anda dikesan tidak stabil
Harga pengenalan untuk Mitsubishi Outlander 2.0L 4WD pemasangan dalam negara ini adalah
RM 139,988.00 hingga akhir tahun ini.  Outlander dilengkapi dengan jaminan kilang standard MMM selama lima tahun dan perbatuan yang tidak terhad


 

Shell lancar kempen 'Drive On' semarakkan pemanduan anda

  • Lancar program kesetiaan pelanggan dan perniagaan bersepadu ‘Shell Advantage and Rewards’ (SHARE)
  • Malaysia merupakan pasaran yang pertama di dunia yang melancarkan SHARE
  • Waranti Enjin Shell Helix (SHEW) untuk kereta berusia kurang lapan tahun/ kurang daripada 150,000 km
  • Baucar Lazada bagi pendaftaran dengan pembelian
  • Peringatan untuk penukaran minyak
  • Tawaran beli 3-percuma1 bagi pembelian Shell Helix Ultra
Shell Helix Ultra kini melancarkan kempen terbaharu minyak motor sintetik sepenuhnya tersebut, iaitu kempen jenama global ‘Drive On’, Kempen ini bertujuan untuk menonjolkan peri pentingnya menghayati sebab di sebalik pemanduan dan emosi yang dibangkitkan menerusi satu siri filem yang menakjubkan.

Matlamat utama kempen ‘Drive On’ dari Shell Helix Ultra ini ialah untuk memberikan inspirasi kepada pemandu dan pemilik bengkel dalam mengatasi cabaran seharian dan meneruskan semangat mereka dalam pemanduan dan pengembangan perniagaan mereka.

“Bukan mudah bagi para pemandu untuk benar-benar memahami kepentingan minyak pelincir enjin , dan lebih sukar lagi bagi pihak bengkel untuk menyedarkan pemandu supaya mengambil berat hal tersebut. Dengan kempen ‘Drive On’ Shell Helix Ultra, kami menunjukkan kepada pemandu di Malaysia bagaimana minyak pelincir enjin sintetik sepenuhnya ini dapat menyemarakkan lagi semangat untuk mereka memandu. Tidak kiralah jika mereka memandu kerana ngauman enjin, atau untuk merasai kebebasan di jalan yang terbuka, Shell Helix Ultra direka untuk melindungi enjin kereta daripada rintangan yang boleh mengganggu prestasi supaya para pemandu dapat menikmati perjalanan yang menyeronokkan,” kata Troy Chapman, Pengarah Eksekutif Shell Lubricants – Asia Tenggara & Oceania.
 Tambahnya, “Dengan Shell Helix Ultra, yang diperbuat daripada gas asli, pemandu boleh meyakini bahawa setiap penukaran minyak didatangkan dengan teknologi termaju yang membawakan perlindungan yang tiada bandingannya bagi prestasi enjin yang terbaik. Bagi rakan niaga kami pula, ia memberi keyakinan kepada mereka, kerana mereka tahu bahawa mereka dapat menawarkan produk pelinciran yang terbaik di pasaran serta mereka sentiasa mendapat sokongan daripada kami. Yang paling utama, semua yang memilih Shell Helix dapat menikmati faedah dan ganjaran serta-merta.” 


Teras kempen ini adalah program kesetiaan pelanggan dan perniagaan bersepadu  yang dikenali sebagai ‘Shell Advantage and Rewards’ (SHARE). Malaysia merupakan pasaran yang pertama di dunia yang melancarkan SHARE, yang mencerminkan komitmen Shell untuk memastikan urusan pelanggan dan rakan niaga berjalan dengan lancar.

Bagi pemandu yang membeli sama ada Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus, High Mileage, HX7 atau HX5, mereka akan dapat menyertai dunia ganjaran SHARE dengan pendaftaran dalam talian yang mudah di www.shell.com.my/share. Ini termasuklah baucar Lazada bagi pendaftaran kali pertama dengan pembelian, tawaran 3-campur-1 bagi pembelian Shell Helix Ultra, peringatan untuk penukaran minyak dan promosi bermusim. 


Bagi mereka yang memiliki kereta berusia di bawah lapan tahun dan perbatuan kurang daripada 150,000 km, mereka juga layak untuk mendapatkan Waranti Enjin Shell Helix (SHEW) secara percuma bila mereka menjalankan servis kereta dengan Shell Helix Ultra, High Mileage atau HX7. Waranti enjin yang unik dan pertama seumpamanya di pasaran ini kini merupakan sebahagian daripada program SHARE.
 Untuk mempermudahkan lagi program ini, Shell telah menghasilkan aplikasi mudah alih SHARE yang mesra pengguna bagi rakan niaga untuk membantu mereka mendapatkan dan mengekalkan pelanggan serta menguruskan inventori dengan lebih baik. Aplikasi ini juga membolehkan pemilik bengkel dan mekanik mengumpul mata dengan setiap produk Shell Helix yang mengambil bahagian yang dijual kepada pengguna, dan menebusnya untuk mendapatkan hadiah-hadiah menarik.

Sempena dengan pelancaran kempen tersebut, Shell Helix 'Drive On' Roadshow akan diadakan di lokasi terpilih di seluruh negara bermula pada 13 Oktober hingga 24 Disember 2017 dengan hadiah yang menarik untuk dimenangi. Dua puluh lima pemenang bertuah juga akan membawa pulang hadiah Ferrari dalam pertandingan media sosial Shell Helix #IDriveFor. Sila kunjungi www.shell.com.my/driveon untuk malumat selanjutnya.

Konvoi MotoGP GIVI khusus untuk pemilik Box B32 GIVI

Masa yang dinanti nanti telah tiba! Bagi anda yang sudah memiliki kotak simpanan GIVI Monolock B32 Topbox, ini adalah peluang anda untuk menyertai 'B32 MOTOGP CONVOY TO SEPANG 2017'
Dengan yuran penyertaan RM120 (dan RM150 untuk pembonceng anda), macam macam goodies akan anda dapati dengan menyertai konvoi khas ini, iaitu :-
1 x Tiket K1 Grandstand
1 x GIVI MotoGP Jersey (Limited Edition) 
1 x GIVI WaistPouch
1 x GIVI Cap
1 x GIVI Helmet Cover
1 x Minyak Enjin Castrol 1L
1 x Minuman Energi Monster
1 x Parkir Motorsikal
1 x Sarapan Pagi

Konvoi akan bertolak dari Menara KL (29 Oktober - Ahad).
Bertindak segera!!  Tempat adalah TERHAD!!






Pengedar Yamaha dirai pelumba MotoGP Yamaha

Motul Grand Prix Jepun hanya beberapa hari lagi, dan Pasukan MotoGP Movistar Yamaha kini berada di Asia. Maverick Viñales dan Valentino Rossi sudah tidak sabar lai untuk menghidupkan enjin YZR-M1 mereka di litar Motegi Twin pada hari Jumaat ini dan memulakan perlumbaan untuk Yamaha, namun masih sempat meluangkan sedikit masa untuk berkongsi keghairahan orang Jepun dalam sukan bermotor.

Sebaik sahaja dua pelumba Yamaha Factory itu tiba di Jepun, mereka disambut hangat oleh para peminat setempat dan menerima sambutan yang sama keghairahannya pada acara KITTE di Tokyo semalam.
Empat puluh tiga peniaga terkemuka Yamaha dari negara-negara ASEAN (13 dari Taiwan, 12 dari Filipina, 11 dari Vietnam dan 7 dari Thailand) telah menghadiri persembahan yang sangat istimewa untuk menunjukkan sokongan mereka kepada pelumba MotoGP dan pasukan Yamaha mereka yang turut disertai oleh Johann Zarco  dari Pasukan Monster Yamaha Tech3 untuk berkongsi strategi mereka bagi perlumbaan hujung minggu ini.

Ketiga-tiga bintang MotoGP itu juga turut disertai oleh wira tempatan dan pemenang perlumbaan Suzuka 8-Hours, Katsuyuki Nakasuga, yang akan menyertai Grand Prix Jepun sebagai pelumba wildcard.
Acara KITTE itu ditamatkan dengan beberapa peminat bertuah berpeluang untuk bertanya soalan kepada pelumba secara bersemuka, dan bergambar dengan mereka dan juga Miss Universe Jepun 2017, Momoko Abe, dan rakan-rakan finalisnya Mako Sato, Momoe Yada dan Ai Kobayashi.
Selain bertemu dengan wira-wira MotoGP mereka, peniaga Yamaha juga meraikan kemenangan kejuaraan Grand Prix ke-500 Yamaha yang telah dicapai di Le Mans, Perancis, tahun ini. Kawasan tema "Blue" memperingati pencapaian yang luar biasa ini dengan memaparkan jentera dan enjin Yamaha GP bersejarah. Kawasan itu juga menampilkan sudut penghormatan khas yang didedikasikan kepada pelumba Jepun mendiang Norick Abe, yang telah menyumbang tiga kemenangan 500cc kepada sejarah kejayaan Grand Prix Yamaha.