Pengedar Yamaha dirai pelumba MotoGP Yamaha

Motul Grand Prix Jepun hanya beberapa hari lagi, dan Pasukan MotoGP Movistar Yamaha kini berada di Asia. Maverick Viñales dan Valentino Rossi sudah tidak sabar lai untuk menghidupkan enjin YZR-M1 mereka di litar Motegi Twin pada hari Jumaat ini dan memulakan perlumbaan untuk Yamaha, namun masih sempat meluangkan sedikit masa untuk berkongsi keghairahan orang Jepun dalam sukan bermotor.

Sebaik sahaja dua pelumba Yamaha Factory itu tiba di Jepun, mereka disambut hangat oleh para peminat setempat dan menerima sambutan yang sama keghairahannya pada acara KITTE di Tokyo semalam.
Empat puluh tiga peniaga terkemuka Yamaha dari negara-negara ASEAN (13 dari Taiwan, 12 dari Filipina, 11 dari Vietnam dan 7 dari Thailand) telah menghadiri persembahan yang sangat istimewa untuk menunjukkan sokongan mereka kepada pelumba MotoGP dan pasukan Yamaha mereka yang turut disertai oleh Johann Zarco  dari Pasukan Monster Yamaha Tech3 untuk berkongsi strategi mereka bagi perlumbaan hujung minggu ini.

Ketiga-tiga bintang MotoGP itu juga turut disertai oleh wira tempatan dan pemenang perlumbaan Suzuka 8-Hours, Katsuyuki Nakasuga, yang akan menyertai Grand Prix Jepun sebagai pelumba wildcard.
Acara KITTE itu ditamatkan dengan beberapa peminat bertuah berpeluang untuk bertanya soalan kepada pelumba secara bersemuka, dan bergambar dengan mereka dan juga Miss Universe Jepun 2017, Momoko Abe, dan rakan-rakan finalisnya Mako Sato, Momoe Yada dan Ai Kobayashi.
Selain bertemu dengan wira-wira MotoGP mereka, peniaga Yamaha juga meraikan kemenangan kejuaraan Grand Prix ke-500 Yamaha yang telah dicapai di Le Mans, Perancis, tahun ini. Kawasan tema "Blue" memperingati pencapaian yang luar biasa ini dengan memaparkan jentera dan enjin Yamaha GP bersejarah. Kawasan itu juga menampilkan sudut penghormatan khas yang didedikasikan kepada pelumba Jepun mendiang Norick Abe, yang telah menyumbang tiga kemenangan 500cc kepada sejarah kejayaan Grand Prix Yamaha.


No comments: