Selamat jalan F-1


Sampai di sini sahaja. Peminat motorsports dan F1 tentunya idak mahu terlepas perlumbaan terakhir Grand Prix PETRONAS Malaysia Formula 1, Sepang  diLitar Antarabangsa (SIC) hari ini. 'F1NALE' yang berlangsung dari 29 September lepas, menyediakan pelbagai aktiviti dan produk untuk meraikan 19 Tahun F1 di Malaysia.

Grand Prix Malaysia, yang pertama kali diadakan pada tahun 1999, akan menjadi sebahagian daripada sejarah yang menyaksikan litar Malaysia di Sepang itu telah dibina secara khusus untuk membolehkan Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan perlumbaan utama empat roda dunia. Bermula dengan perlumbaan sulung di mana Ferrari's Michael Schumacher kembali selepas terlepas enam perlumbaan kerana patah kaki semasa Grand Prix British pada tahun itu. Rakan sepasukannya Eddie Irvine memenangi perlumbaan. Kemenangan mereka pada awalnya dibatalkan kerana modifikasi badan kereta yang dikatakan haram tetapi telah dikembalikan selepas rayuan.

F1 telah memainkan peranan dalam perkembangan bukan sahaja Litar Sepang, tetapi juga industri sukan bermotor Malaysia  dan sektor pelancongan sukan. Kesannya telah dirasakan dan scara berterusan akan dirasakan pada tahun-tahun akan datang kerana ia telah meletakkan Malaysia dengan jelas di atas peta global. Ia telah membantu memupuk bakat tempatan muda seperti yang dapat dilihat dengan pengenalan Jazeman Jaafar dalam perlumbaan GT dan Nabil Jeffri dalam Siri GP2. Dan walaupun dengan Formula 1 keluar dari kalendar acara tahunan Malaysia, diharapkan inisiatif ini akan terus berkembang dan membangunkan bakat Malaysia dalam sukan bermotor.

PETRONAS juga telah memberikan prestasi baik sepanjang 19 tahun ini dengan menggabungkan pelbagai pasukan F1, kini dengan juara dunia tiga kali Mercedes AMG Petronas Motorsport. Ia nyata satu palform yang amat sesuai bagi syarikat tersebut dalam mengembangkan pelincir yang sesuai untuk penggunaan jalan biasa. PETRONAS diberi penghormatan untuk menganjurkan Grand Prix PETRONAS Malaysia dan pengembaraan PETRONAS dalam Formula Satu akan berterusan sebagai rakan kongsi teknikalkepada Mercedes AMG PETRONAS Motorsport. Diharapkan syarikat petroleum nasional ini akan terus memupuk bakat baharu, dan membawa teknologi bahan api dan pelinciran yang dibangunkan untuk juara dunia Formula Satu kepada pengguna jalanraya.

Hari ini 1 oktober 2017, Malaysia akan menjadi tuan rumah ke-15 perlumbaan F1 pada musim 2017. Selama bertahun-tahun, acara ini telah berkembang daripada hanya satu perlumbaan kepada acara yang penuh dengan aktiviti yang menarik.

Selamat jalan F-1, walaupun litar ini merupakan satu satunya litar yang dianugerahkan penggunaan F-1 dalam namanya.

Kenderaan klasik UK tak perlu pemeriksaan lagi

Honda CBX
Mulai Mei 2018, kenderaan berusia lebih 40 tahun di UK akan dikecualikan daripada ujian MoT atau JPJ di sana. Ia berikutan fahaman bahawa kenderaan berusia sedemikian digunakan jarang dan akan dijaga dengan baik oleh pemiliknya.

Pada masa ini, kenderaan yang dibuat sebelum tahun 1960 tidak memerlukan sijil MoT untuk pembaharuan cukai jalan di sana. Peraturan baharu bermakna pemilik motosikal  yang dibina pada tahun 1978 juga tikan akan terpaksa melalui pemeriksaan MoT setiap tahun. Jabatan Pengangkutan Jalan di sana menganggarkan bahawa ini bermakna tambahan 293,000 kereta dan motosikal UK tidak akan memerlukan pemeriksaan MoT lagi.


Pandangan yang matang.

Juara F1 Lewis Hamilton dedahkan F4 LH44

 MV Agusta dan bintang Formula Satu Lewis Hamilton sekali lagi bekerjasama untuk memperkenalkan sebuah motosikal edisi khas, iaitu MV Agusta F4 LH44, yang dijangkakan bernila £53,900. Ia nya telah didedahkan kepada dunia pada 28 September lepas.
Motosikal baharu ini didasarkan pada RC F5 205bhp dan dilengkapi dengan kit yang merangkumi unit peredam bunyi titanium dan unit kawalan untuk meningkatkan kuasa kepada 212bhp. Logo harimau bintang atau panther Lewis Hamilton juga dipaparkan di atas motosikal keluaran khas ini yang datang  dalam warna Candy Apple Red sama seperti keluaran khas MV dan Hamilton sebelum ini iaitu Dragster RR LH44. MV Agusta telah mencapai persetujuan dengan pengilang suspensi Ohlins untuk mewarnakan tupang atau fork dan penyerap kejutan dengan warna hitam dan bukan kuning emas seperti lazimnya.
Pelananya adalah campuran kulit dan Alcantara, manakala enjinnya benar-benar hitam. Fairings dibuat dari serat karbon dan terdapat juga penutup bahan api lumba, roda tempaan dan roda belakang dimesin CNC. Malah tayar di atas motosikal ini direka secara eksklusif oleh Pirelli Supercorsa SPs dengan dinding merah dan logo LH44.
 Harganya belum disahkan, tetapi ketahuilah bahawa hanya 44 buah motosikal ini akan dibina, jadi anda boleh bayangkan sendiri bahawa ia nya tentu bukan murah. Kita layan gambar saja lah.....














Kemaraan Yamaha tak mampu digugat

 Berbaki hanya tiga pusingan lagi, Kejohanan PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix nampaknya didominasi oleh jentera Yamaha, dengan tiga pasukan teratas kini mendahului kutipan mata tanpa mampu digugat pasukan yang menggunakan jentera Honda. Jentera Y15ZR SOHC dengan gerek 57.0 x lejang 58.7mm (undersquare) Yamaha tampak menyerlah dalam tahun sulung penampilannya ini jika dibandingkan dengan prestasi jentera RS10R DOHC Honda dengan gerek dan lejang yang lebih sekata (square engine) pada 57.3 x 57.8 mm.

Tiga pusingan terakhir ini menawarkan jumlah kutipan mata maksima sebanyak 75 mata, dan jika pasukan SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing mampu mengutip semuanya sekali pun, ia masih belum cukup baik untuk menggugat penyandang tempat kedua keseluruhan iaitu pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ yang kini sudah mengutip 155 mata. Malah, peluang untuk menduduki tempat ketiga juga agak getir memandangkan pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang kini berada selesa di sana dengan 116 mata kini. Tempat keempat kini diduduki Onexox TKKR Racing Team, yang telah kehilangan ayam tambatan mereka Norizman Ismail di pusingan ketiga lepas. Al- Fatihah. Pasukan GiVi Honda Yuzy Racing pula kini mengekori di belakang dengan 41 mata setakat ini.

Jauh mendahului di hadapan merupakan pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor yang diterajui Kasma Daniel Kasmayudin. Kepantasan Kasma Daniel Kasmayudin telah membolehkannya meraih kemenangan ketiga berturut-turut yang juga merupakan kemenangan kelimanya bagi musim 2017 apabila menjuarai perlumbaan CP150 pada Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 yang berakhir di Pasir Puteh, Kelantan, baru baru ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu melintasi garisan penamat secara bersendirian dengan masa keseluruhan 17’52.165s mengatasi rakan sepasukan, Ahmad Fazli Sham yang menamatkan perlumbaan dengan masa 17’54.113s. Kasma memulakan perlumbaan di belakang Mohd Izzat Zaidi Salehan (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) dan bermula agak perlahan hingga ketinggalan di belakang beberapa pelumba lain. Persaingan pada awal perlumbaan agak sengit sehinggalah beliau dapat mendahului pelumba lain namun masih perlu berhati-hati kerana permukaan litar yang semakin licin.

Perebutan tempat kedua dan ketiga yang menjadi milik Fazli dan Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) setelah seorang lagi pelumba, Ramdan yang berada di kedudukan kedua terjatuh ketika perlumbaan berbaki beberapa pusingan sahaja lagi.

Kasma terus selesa mendahului kedudukan keseluruhan pelumba setelah mengumpul 125 mata daripada tujuh pusingan yang telah berlangsung setakat ini manakala Afif kekal di tangga kedua dengan 99 mata diikuti Fazli ketiga dengan 64 mata.



KEPUTUSAN PUSINGAN 7, PASIR PUTEH, KELANTAN
CP150
1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 17:52.165s
2 Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 17:54.113s
3 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 17:54.739s
4 Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 18:06.052s
5 Md Fitri Ashraff Razali (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 18:06.295s

Kedudukan Keseluruhan
1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 125 mata
2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 99 mata
3 Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 64 mata
4 Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 51 mata
5 Md Fitri Ashraff Razali (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 51 mata

CP115
1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:46.688s
2 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:46.894s
3 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 13:47.727s
4 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 13:54.385s
5 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 13:57.524s

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 130 mata
2 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 96 mata
3 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 78 mata
4 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PERONAS Sprinta Yamaha – CKJ 58 mata
5 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 52 mata

WIRA
1 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 11:12.261s
2 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 11:12.399s
3 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 11:16.542s
4 Md Anuar Ibrahim Pawi (PRK) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 11:16.982s
5 Md Aiman Azman (SGR) V-Fier Oil Legacy Motorsport Racing 11:17.191

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 107 mata
2 Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 94 mata
3 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 93 mata
4 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 87 mata
5 Md Danial Syahmi (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 69 mata

Barisan pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton diumum

Genap seratus hari selepas Perjanjian Muktamad antara DRB-HICOM dan Zhejiang Geely Holding Group (Geely Holding) yang ditandatangani pada 23 Jun, kedua-dua syarikat telah mengesahkan struktur baru lembaga pengarah dan sebahagian pasukan eksekutif bagi PROTON Holdings Berhad dan syarikat-syarikat berkaitannya (Kumpulan PROTON).

Dato' Sri Syed Faisal Albar kekal sebagai Pengerusi PROTON Holdings Berhad (PHB), dan beliau disertai oleh Shaharul Farez Hassan dan Amalanathan Thomas sebagai calon-calon dari DRB-HICOM sebagai ahli lembaga pengarah. Farez dan Nathan merupakan sebahagian barisan pengurusan kanan di DRB-HICOM.
Geely Holding telah mencalonkan Daniel Donghui Li dan Feng Qing Feng untuk menyertai ahli lembaga pengarah PHB. Daniel Donghui Li kini memegang jawatan
Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Geely Holding, sementara Feng adalah Naib Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Teknologi di Geely Auto, syarikat yang tersenarai di Bursa Hong Kong.
Kesemua lima mereka ini juga merupakan ahli lembaga pengarah Perusahaan
Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB), bersama Dr. Nathan Yu Ning, yang merupakan Naib Presiden Perniagaan Antarabangsa dan Penasihat Eksekutif
kepada Presiden di Geely Holding. Winfried Vahland, bekas Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Å koda Auto, juga dilantik sebagai ahli lembaga pengarah di
PONSB.
Syed Faisal, Farez, Nathan, Daniel Donghui Li dan Dr. Nathan Yu Ning juga dilantik
sebagai ahli lembaga pengarah di PROTON Edar Sdn Bhd, syarikat pengedaran
PROTON di Malaysia.

Lembaga Pengarah telah memutuskan usaha pemulihan jenama global PROTON
sebagai teras keutamaan syarikat. Barisan Eksekutif Global Kumpulan PROTON telah mencalonkan Dr. Li Chunrong sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PONSB, berikutan perletakan jawatan Dato’ Ahmad Fuaad Kenali pada 30 September.

Dr. Li telah mengabdikan selama 30 tahun kerjayanya dalam industri automotif dan
mempunyai pengalaman bekerja dengan jenama utama antarabangsa seperti
Honda, Kia dan Dongfeng dalam pelbagai peringkat tertinggi. Dr. Li bakal bertanggungjawab terhadap keseluruhan operasi PROTON, yang melibatkan pengeluaran, pembuatan, operasi, kualiti dan penyelidikan & pembangunan, serta penjualan dan pemasaran.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif semasa, Dato’ Radzaif Mohammed akan menyokong Dr. Li dan bersama-sama mengetuai pelan pemulihan untuk PROTON.

Pemulihan penuh PROTON adalah matlamat utama kedua-dua Lembaga Pengarah, serta Pasukan Eksekutif yang akan mengetuai perubahan tersebut. Matlamat bersama kedua-dua pasukan ini adalah untuk memulihkan PROTON sebagai
jenama terlaris di Malaysia dan sebagai tiga jenama utama ASEAN pada tahun-tahun akan datang. Bagi mencapai matlamat ini, pihak pengurusan PROTON telah
menubuhkan sebuah pasukan global yang dapat menggemblengkan pengetahuan
terkini pasaran kedua-dua pemegang saham; meliputi maklumat pasaran tempatan DRB-HICOM dan juga sumber-sumber antarabangsa Geely Holding.

Syed Faisal yakin bahawa kerjasama antara kedua-dua syarikat bakal menghasilkan
keputusan yang diinginkan. “Kerjasama bersama Geely Holding ini telah memperkukuhkan lagi struktur syarikat
dan menjana hasil yang memberangsangkan; kami telah menubuhkan satu Lembaga Pengarah global dan bakal mewujudkan sebuah pasukan global terkemuka untuk bekerjasama bagi pemulihan global jenama PROTON. Saya amat yakin bahawa kita boleh mencapai matlamat yang telah kita tetapkan hari ini,” kata Syed Faisal.

Daniel Donghui Li bersetuju dengan keyakinan Syed Faisal. “Selepas usaha pencarian global bersama bagi calon yang sesuai untuk merealisasikan visi bersama kami demi masa depan PROTON, kedua-dua
pemegang saham percaya bahawa Dr. Li adalah calon terbaik untuk memulihkan
PROTON sepenuhnya. Kami akan menggunakan sumber dan kesinambungan
global kami untuk merealisasikan potensi sebenar PROTON dengan kerjasama
DRB-HICOM,” ujar Daniel Donghui Li.

Dr. Li akan menjadi CEO PONSB berkuatkuasa 1 Oktober, 2017 dan akan
memainkan peranan penting dalam pembangunan kenderaan baharu untuk
PROTON. Kenderaan pertama hasil usahasama ini merupakan SUV bersaiz
sederhana, dan ianya kali pertama PROTON memasuki segmen ini.

CEO PONSB yang baru dilantik Dr. Li berkata, beliau teruja untuk menghadapi
cabaran dalam peranan baru ini.
“Saya dicalonkan oleh Lembaga Pengarah untuk menghidupkan semula PROTON
dan saya percaya jenama kereta Malaysia itu bakal menjadi jenama domestik
nombor satu dan sebuah jenama terkemuka ASEAN. Untuk merealisasikan visi ini, PROTON kini mempunyai akses kepada sinergi global, kepakaran dan sokongan kewangan yang diperlukan daripada keluarga Geely. Saya yakin bahawa hari-hari terbaik PROTON bakal menjelang semula,” kata Dr. Li.

Sementara itu, pengambil alihan 51% ekuiti dalam pengeluar kereta Britain Lotus
oleh Geely Holding daripada PROTON juga telah diselesaikan. DRB-HICOM telah
menganjurkan bidaan antarabangsa untuk rakan strategik asing untuk PROTON
pada tahun 2016, dan telah menilai lebih daripada 30 syarikat global. Geely Holding
diumumkan sebagai rakan strategik asing baru PROTON pada 24 Mei tahun ini
berikutan Perjanjian Dasar yang ditandatangani di Kuala Lumpur.