Showing posts with label maju motor. Show all posts
Showing posts with label maju motor. Show all posts

Maju Motor orak langkah awal musim 2021

 

Nazirul Izzat Mohd Bahauddin menghadiahkan kemenangan pertama musim 2021 kepada pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor musim ini di pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS. Izzat baru  menyertai pasukan tersebut musim 2021 ini.

 

Kemenangan ini merupakan kemenangan CP150 kedua bagi pelumba berusia 21 tahun itu. Nazirul memulakan perlumbaan di Litar Sepang Utara itu dari barisan kedua. Petak pertama diduduki oleh Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Yuzy Idemitsu Team.

 

Namun, Azroy Hakeem sedikit tertinggal sebaik perlumbaan CP150 Akhir sepanjang 11 lap itu dimulakan. Aiman Tahiruddin dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing muncul sebagai pendahulu awal perlumbaan tetapi Aiman tidak dapat menyekat kemaraan pelumba-pelumba lain dalam kelompok pertama. Nazirul pula bijak mempertahankan kedudukan di dalam kelompok tersebut. 


Pada lap terakhir, Nazirul mula mengorak langkah memperbaiki posisi perlumbaan. Dari tempat ke-7 di lap 10, Nazirul muncul di garisan hadapan pada selekoh terakhir lap terakhir. Strategi bijak Nazirul itu membolehkan pelumba kelahiran Negeri Sembilan itu melakar kemenangan kedua kategori premier Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS.

 

“Saya begitu berpuas hati dengan keputusan hari ini. Kemenangan ini sememangnya begitu berharga bagi saya. Setelah lebih enam bulan tidak beraksi akibat kecederaan tangan, kemenangan ini telah memulihkan tahap keyakinan saya untuk terus berjuang untuk merebut takhta CP150 musim ini. Kemenangan ini lebih berharga kerana ianya seandai hadiah awal untuk pasukan baru saya – PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor,” kata Nazirul. Kemenangan terakhir Nazirul dicatat pada musim 2019 di Kangar.

 

Azroy Hakeem Anuar menamatkan perlumbaan di tempat ke-2 dengan catatan masa 14’38.096s. Tempat ketiga dihadiahkan kepada pelumba SCK Honda Racing Team, Mohd Izam Ikmal.


Dengan kemenangan ini, Nazirul mengambil alih kepimpinan kategori CP150 dengan 29 mata. Mohd Muzakkir Mohamed jatuh ke tangga kedua dengan 28 mata manakala Mohd Izam Ikmal kini menduduki tangga ke-tiga keseluruhan dengan 25 mata.


CP150

 

1. Nazirul Izzat Bahauddin (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – Maju Motor), 14’38.028s

2. Azroy Hakeem Anuar (Honda, Honda Yuzy Idemitsu Team), 14’38.096s

3. Mohd Izam Ikmal (Honda, SCK Honda Racing Team), 14’38.291s


Mata Kejuaraan Keseluruhan CP150

 

1. Nazirul Izzat Bahauddin (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – Maju Motor), 29 points

2. Mohd Muzakkir Mohamed (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 28 points

3. Mohd Izam Ikmal (Honda, SCK Honda Racing Team), 25 points



Ahmad Fazli Sham undur diri setelah 20 tahun


 Akhirnya Ahmad Fazli Sham  mengundur diri dari Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS yang akan memulakan cabaran di Jasin, Melaka pada 23 dan 24 Mac ini. Walaupun begitu, Fazli  menggalas tugas baharu selaku jurulatih pelumba muda bersama jurulatih utama pasukan, Rosnizam Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Obert selain turut membantu tugas-tugas kejuruteraan dan teknikal sewaktu perlumbaan.

“Saya rasa kini sudah tiba masanya untuk saya mengundurkan diri dari arena Kejuaraan Cub Prix setelah berbelas tahun beraksi. Kalau ikutkan, memang saya mahu lagi berlumba tetapi saya perlu akur kudrat saya tidak seperti dahulu, ditambah pula untuk bersaing dengan pelumba-pelumba muda yang lebih agresif dan bertenaga,” jelas pelumba berusia 37 tahun itu.
Tambahnya, “Namun saya gembira dengan tanggungjawab yang diberikan oleh pasukan kepada saya. Saya akan mencurahkan pengalaman saya bersama Obert untuk membimbing barisan pelumba muda dan berharap gandingan kami dapat melahirkan juara untuk pasukan ini.”
Juara Expert 2007 dan 2008 itu bagaimanapun masih tersenarai dalam barisan pelumba pasukan di pentas Kejuaraan Motosikal Asia FIM dalam kategori Underbone 150cc.
Fazli memulakan karier seawal tahun 2001 sebagai pelumba persendirian sebelum dilamar pasukan Maju Motor pada tahun 2003. Sepanjang kariernya, Fazli hanya pernah berpindah ke pasukan Fastrac Racing pada 2011 sebelum kembali ke pangkuan Maju Motor pada tahun berikutnya.
Pada tahun 2018, Fazli dilamar oleh pasukan TKKR dan menamatkan saingan di tangga ke-16 keseluruhan.
 Selain bergelar juara Expert pada tahun 2007 dan 2008, Fazli merupakan pemenang keseluruhan kategori Underbone 125cc (2 lejang) pada tahun 2004 dan 2005 dan pernah menyertai Program Wildcard Malaysia pada tahun 2009 serta memegang rekod pelumba yang paling banyak memenangi perlumbaan kelas perdana Kejuaraan Cub Prix (Expert, CP130 dan CP150) dengan 21 kemenangan.

Kemaraan Yamaha tak mampu digugat

 Berbaki hanya tiga pusingan lagi, Kejohanan PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix nampaknya didominasi oleh jentera Yamaha, dengan tiga pasukan teratas kini mendahului kutipan mata tanpa mampu digugat pasukan yang menggunakan jentera Honda. Jentera Y15ZR SOHC dengan gerek 57.0 x lejang 58.7mm (undersquare) Yamaha tampak menyerlah dalam tahun sulung penampilannya ini jika dibandingkan dengan prestasi jentera RS10R DOHC Honda dengan gerek dan lejang yang lebih sekata (square engine) pada 57.3 x 57.8 mm.

Tiga pusingan terakhir ini menawarkan jumlah kutipan mata maksima sebanyak 75 mata, dan jika pasukan SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing mampu mengutip semuanya sekali pun, ia masih belum cukup baik untuk menggugat penyandang tempat kedua keseluruhan iaitu pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ yang kini sudah mengutip 155 mata. Malah, peluang untuk menduduki tempat ketiga juga agak getir memandangkan pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang kini berada selesa di sana dengan 116 mata kini. Tempat keempat kini diduduki Onexox TKKR Racing Team, yang telah kehilangan ayam tambatan mereka Norizman Ismail di pusingan ketiga lepas. Al- Fatihah. Pasukan GiVi Honda Yuzy Racing pula kini mengekori di belakang dengan 41 mata setakat ini.

Jauh mendahului di hadapan merupakan pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor yang diterajui Kasma Daniel Kasmayudin. Kepantasan Kasma Daniel Kasmayudin telah membolehkannya meraih kemenangan ketiga berturut-turut yang juga merupakan kemenangan kelimanya bagi musim 2017 apabila menjuarai perlumbaan CP150 pada Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 yang berakhir di Pasir Puteh, Kelantan, baru baru ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu melintasi garisan penamat secara bersendirian dengan masa keseluruhan 17’52.165s mengatasi rakan sepasukan, Ahmad Fazli Sham yang menamatkan perlumbaan dengan masa 17’54.113s. Kasma memulakan perlumbaan di belakang Mohd Izzat Zaidi Salehan (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) dan bermula agak perlahan hingga ketinggalan di belakang beberapa pelumba lain. Persaingan pada awal perlumbaan agak sengit sehinggalah beliau dapat mendahului pelumba lain namun masih perlu berhati-hati kerana permukaan litar yang semakin licin.

Perebutan tempat kedua dan ketiga yang menjadi milik Fazli dan Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) setelah seorang lagi pelumba, Ramdan yang berada di kedudukan kedua terjatuh ketika perlumbaan berbaki beberapa pusingan sahaja lagi.

Kasma terus selesa mendahului kedudukan keseluruhan pelumba setelah mengumpul 125 mata daripada tujuh pusingan yang telah berlangsung setakat ini manakala Afif kekal di tangga kedua dengan 99 mata diikuti Fazli ketiga dengan 64 mata.



KEPUTUSAN PUSINGAN 7, PASIR PUTEH, KELANTAN
CP150
1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 17:52.165s
2 Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 17:54.113s
3 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 17:54.739s
4 Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 18:06.052s
5 Md Fitri Ashraff Razali (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 18:06.295s

Kedudukan Keseluruhan
1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 125 mata
2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 99 mata
3 Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 64 mata
4 Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 51 mata
5 Md Fitri Ashraff Razali (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 51 mata

CP115
1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:46.688s
2 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:46.894s
3 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 13:47.727s
4 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 13:54.385s
5 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 13:57.524s

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 130 mata
2 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 96 mata
3 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 78 mata
4 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PERONAS Sprinta Yamaha – CKJ 58 mata
5 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 52 mata

WIRA
1 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 11:12.261s
2 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 11:12.399s
3 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 11:16.542s
4 Md Anuar Ibrahim Pawi (PRK) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 11:16.982s
5 Md Aiman Azman (SGR) V-Fier Oil Legacy Motorsport Racing 11:17.191

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 107 mata
2 Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 94 mata
3 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 93 mata
4 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 87 mata
5 Md Danial Syahmi (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 69 mata

Kasma tawan Serdang seperti dijangka


Saingan CP150 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di MAEPS, Serdang, Selangor, Ahad lepas sekali lagi ditawan Kasma Daniel Kasmayuddin seperti yang dijangkakan.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu menang selesa dengan lebih lapan saat di hadapan pemenang tempat kedua. Kasma dari awal lagi telah merancang strategi untuk cuba menjarakkan diri dari pelumba lain. Litar MAEPS Serdang mempunyai banyak selekoh yang sempit dan permukaan jalan yang tidak begitu baik. Dalam temuramah yang diadakan selepas kemenangannya, pelumba yang baru pulang dari Sepanyol bagi menyertai saingan Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia itu turut juga mengambil kira bahawa beliau akan terlepas dari menyertai beberapa perlumbaan Cub Prix selepas ini, jadi beliau perlu memenangi seberapa banyak perlumbaan dan mengutip mata selagi boleh.

Persaingan di Serdang lebih terarah kepada perebutan tempat kedua dan ketiga diantara rakan sepasukan Kasma, Md Ramdan Rosli, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ), Fakhrusy Syakirin Rostam (SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing) dan Md Azhar Abdul Jalil (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) terutamanya ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan terakhir.

Ramdan bijak menggunakan ruang untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua dengan masa 16’08.169s manakala Ahmad Afif yang berada di kedudukan keenam di peringkat awal perlumbaan bijak mencuri ruang untuk memintas sebelum berjaya menamatkan perlumbaan di atas podium dengan masa 16’08.466s.


Sementara itu, dalam saingan CP115, Azroy Hakeem Anuar (Givi Honda Yuzy Racing) akhirnya berjaya meraih podium pertama bagi musim 2017 dengan menewaskan pendahulu keseluruhan, Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) sekaligus menyekat Akid daripada meraih kemenangan keempat berturut-turut.

Setelah bersaing sengit dan seringkali bertukar kedudukan penndahulu, Azroy akhirnya berjaya menjadi pelumba pertama melintasi garisan pennamat dengan masa keseluruhan 12’20.772s, hanya 0.080s di hadapan Akid diikuti rakan sepasukan Akid, Md Haziq Fairues di kedudukan ketiga dengan masa 12’21.760s. Malang buat Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) yang pada satu ketiga berada di kedudukan ketiga apabila terjatuh pada pusingan terakhir perlumbaan.

Gelaran naib juara cukup utuk meletakkan Akid terus selesa di tangga teratas keseluruhan dengan mengumpul 95 mata, 30 mata mengatasi Haziq manakala Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) di tangga ketiga dengan 47 mata.

Dalam saingan Wira, Md Syarifuddin Azman (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) meraih kemenangan pertama pada musim ini dengan catatan masa keseluruhan 9’57.276s, mengatasi pendahulu keseluruhan, Md Aiman Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha – Afb Tech) yang menamatkan perlumbaan dengan masa 10’03.447s.

Md Syafieq Aiman (Elf Koyoko KC Racing) sekali lagi menamatkan saingan di atas podium di tempat ketiga dengan catatan masa 10’04.055s.

Gelaran naib juara terus melonjakkan kedudukan Aiman selaku pendahulu dengan mengumpul 86 mata, 24 mata mengatasi Saiful Azhary Muhamad yang menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat dengan 56 mata, berkongsi mata bersama Syafieq.



KEPUTUSAN

CP150

1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 15:59.423s

2 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 16:08.169s

3 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 16:08.466s

4 Fakhrusy Syakirin Rostam (JHR) SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing 16:08.550s

5 Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 16:09.103s



Kedudukan Keseluruhan

1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 75 mata

2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 67 mata

3 Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 40 mata

4 Md Adib Rosley (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 39 mata

5 Md Zaqhwan Zaidi (SGR) GiVi Honda Yuzy Racing Team 35 mata



CP115

1 Azroy Hakeem Anuar (KUL) GiVi Honda Yuzy Racing Team 12:20.772s

2 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 12:20.852s

3 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 12:21.760s

4 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 12:35.116s

5 Md Irfan Rosnizam (KDH) WL Motorsports Racing 12:35.398s



Kedudukan Keseluruhan

1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 95 mata

2 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 65 mata

3 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 47 mata

4 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 36 mata

5 Md Irfan Rosnizam (KDH) WL Motorsports Racing 27 mata