Juara F1 Lewis Hamilton dedahkan F4 LH44

 MV Agusta dan bintang Formula Satu Lewis Hamilton sekali lagi bekerjasama untuk memperkenalkan sebuah motosikal edisi khas, iaitu MV Agusta F4 LH44, yang dijangkakan bernila £53,900. Ia nya telah didedahkan kepada dunia pada 28 September lepas.
Motosikal baharu ini didasarkan pada RC F5 205bhp dan dilengkapi dengan kit yang merangkumi unit peredam bunyi titanium dan unit kawalan untuk meningkatkan kuasa kepada 212bhp. Logo harimau bintang atau panther Lewis Hamilton juga dipaparkan di atas motosikal keluaran khas ini yang datang  dalam warna Candy Apple Red sama seperti keluaran khas MV dan Hamilton sebelum ini iaitu Dragster RR LH44. MV Agusta telah mencapai persetujuan dengan pengilang suspensi Ohlins untuk mewarnakan tupang atau fork dan penyerap kejutan dengan warna hitam dan bukan kuning emas seperti lazimnya.
Pelananya adalah campuran kulit dan Alcantara, manakala enjinnya benar-benar hitam. Fairings dibuat dari serat karbon dan terdapat juga penutup bahan api lumba, roda tempaan dan roda belakang dimesin CNC. Malah tayar di atas motosikal ini direka secara eksklusif oleh Pirelli Supercorsa SPs dengan dinding merah dan logo LH44.
 Harganya belum disahkan, tetapi ketahuilah bahawa hanya 44 buah motosikal ini akan dibina, jadi anda boleh bayangkan sendiri bahawa ia nya tentu bukan murah. Kita layan gambar saja lah.....














No comments: