PROTON rekod kenaikan jualan cemerlang

PROTON mengakhiri suku pertama tahun 2019 dengan rekod kenaikan jualan cemerlang yang dicapai pada awal tahun ini. Sebanyak 6,145 unit didaftarkan dalam bulan Mac, yang merupakan peningkatan sebanyak 11%  berbanding 2.6% untuk bulan yang sama pada tahun 2018.

Bulan Mac menyaksikan pertumbuhan positif bagi industri automotif di mana anggaran Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) telah meningkat sebanyak 11.8% dari tahun ke tahun. Walau bagaimanapun, PROTON sekali lagi telah mengatasi pasaran dengan peningkatan pendaftaran sebanyak 46.1%, bersamaan dengan kadar pertumbuhan hampir 4 kali lebih tinggi daripada keseluruhan industri.

Bagi tiga bulan pertama tahun 2019, angka kumulatif adalah 43.5% atau lebih daripada 6 kali bilangan TIV sebanyak 6.7%. Kedudukan keseluruhan jualan PROTON adalah yang paling hadapan berbanding jenama pesaing-pesaing yang lain bagi bulan ini serta suku pertama 2019. Ini juga bermakna Syarikat telah berjaya mendahului jenama automotif keempat terlaris di Malaysia, mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama popular di kalangan pembeli kereta di
Malaysia.
"Angka yang dicatatkan oleh PROTON pada tahun 2019 merupakan hasil daripada usaha padu yang dilakukan oleh setiap pekerja di Syarikat. Pencapaian-pencapaian ini juga adalah disebabkan oleh pembukaan cawangan cawangan 3S/4S, peningkatan kualiti produk, tumpuan penuh pada perkhidmatan pelanggan serta penambahbaikan pada bahagian-bahagian yang lain. Dengan pelancaran pelbagai lagi model oleh Syarikat pada tahun ini, PROTON yakin bahawa pelaburannya dalam perniagaan akan terus memberi kelebihan pada pertumbuhan jualan," kata Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong.


Proton X70 adalah SUV paling popular di Malaysia
Meskipun baru dilancarkan, SUV pertama PROTON iaitu Proton X70 telah berjaya mencatatkan angka pendaftaran yang memberangsangkan. Sebanyak 2,979 unit telah didaftarkan pada bulan Mac menjadikan model tersebut bukan sahaja sebagai SUV terlaris untuk bulan ini, tetapi secara kumulatifnya juga merupakan SUV paling popular untuk tiga bulan pertama tahun ini secara keseluruhannya. Angka yang direkodkan bagi Mac juga merupakan angka paling banyak yang pernah dicatatkan dalam industri automotif Malaysia bagi segmen SUV dalam masa satu bulan. Pada masa yang sama, lebih 25,000 tempahan telah diterima justeru menjadikan Proton X70 sebagai model Proton paling popular untuk tahun 2019

Promosi Shell Rimula Ultimate Stopover Barcelona 2019



BARCELONA JADI DESTINASI PROMOSI SHELL RIMULA ULTIMATE STOPOVER TAHUN INI
Shell Rimula menyediakan ganjaran kepada pelanggan setia yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada pekerjaan yang dilakukan dengan membawa mereka ke destinasi hentian yang terunggul di seluruh dunia. Promosi Shell Rimula Ultimate Stopover Barcelona 2019 akan menyaksikan para tetamu dibawa ke kota di Sepanyol yang terkenal dengan seni, budaya, pasukan bola sepak dan makanan yang enak.

Promosi mulai 1 Mac hingga 30 Jun 2019 ini dibuka untuk para pelanggan yang membeli produk minyak enjin diesel tugas berat dan tugas ringan Shell Rimula dan dengan peluang memenangi percutian eksklusif 5 hari 4 malam ke Barcelona. Percutian ini menggabungkan peluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia Shell Lubricants yang dipacu oleh inovasi sambil menikmati bandar raya Mediterranean yang indah dan menawan.

Pemenang Ultimate Stopover 2018 William Teo dari Sibu yang berpeluang mengunjungi Dubai berkata bahawa pengalaman yang dilaluinya sukar dilupakan, terutama memahami teknologi diesel Shell serta pelincir lain untuk kegunaan tugas berat.

“Kami berpeluang menyaksikan ujian dunia sebenar bagi produk menerusi persekitaran, beban dan suhu yang ekstrem serta aktiviti sebenar yang lain. Saya mendapat pengetahuan, peluang melancong dan juga membina rangkaian!” beliau berkata.

Untuk mandapat maklumat lanjut tentang rangkaian Shell Rimula Light Duty dan promosi Shell Rimula Ultimate Stopover Promotion 2019, sila layari www.shell.com.my/rimula. 

Rangkaian Shell Rimula Light Duty baharu dilancar

Shell Rimula merupakan peneraju pasaran bagi minyak enjin diesel tugas berat di Malaysia dan di peringkat global. Rangkaian Light Duty yang baharu menandakan penyertaan Shell Rimula dalam segmen pelincir pengguna.

Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants May Tan berkata sebahagian besar jualan kenderaan komersil yang baharu di Malaysia terdiri daripada pikap dan trak ringan.

“Pikap sekarang bukan terhad kepada penggunaan komersil sahaja.  Ia menjadi pilihan popular bagi mereka yang menggemari gaya hidup aktif di luar rumah.  Rangkaian Shell Rimula Light Duty yang baharu menawarkan perlindungan dan kebersihan enjin yang lebih baik, selang waktu penukaran minyak yang lebih lama dan penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan,” dia berkata.
Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah melancarkan rangkaian baharu minyak pelincir enjin Shell Rimula untuk pikap dan trak ringan.

Rangkaian Shell Rimula Light Duty baharu terdiri daripada Shell Rimula Light Duty LD4 15W-40 (API CI-4) dan LD5 10W-40 (API CK-4) Synthetic Technology. Minyak pelincir ini dirumuskan khas untuk memastikan prestasi yang optimum untuk trak yang beroperasi dalam keadaan berhenti-mula dan melahu dengan kerap serta membawa pelbagai beban yang berat.

Shell Rimula Light Duty LD4 yang berasaskan minyak mineral dicipta untuk memenuhi keperluan trak ringan yang menjadi kenderaan pengangkut utama bagi hampir semua jenis perniagaan komersil. Shell Rimula Light Duty LD5 sintetik sepenuhnya sesuai untuk pikap dan trak 4x4 yang lain. Kedua-dua pelincir ini terdapat di bengkel-bengkel bebas yang terpilih, kedai alat ganti dan stesen minyak Shell. 

Shell Rimula Light Duty LD4 dan LD5 disediakan dalam bekas 7.5-litre, sesuai untuk sekali pertukaran minyak tanpa memerlukan pelincir tambahan, sekaligus menawarkan kemudahan dan penjimatan kepada pemilik trak. 

Harga runcit yang disyorkan bagi Shell Rimula Light Duty LD4 ialah RM120.00 di Semenanjung Malaysia dan RM121.50 di Sabah dan Sarawak.  Harga Shell Rimula Light Duty LD5 pula ialah RM195.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM196.50 (Sabah dan Sarawak).

Givi perkenal 15 produk baharu

GIVI Asia telah melancarkan lebih daripada 15 produk baharu bersempena dengan Ulang Tahun 25nya. Kekal dengan komitmennya dalam meningkatkan kualiti dan keselamatan dalam setiap
keluaran produk terbaru mereka, penelitian secara menyeluruh dalam setiap aspek pembuatan
dijadikan perkara utama bagi mendapatkan produk aksesori motorsikal yang berkualiti tinggi bagi memenuhi permintaan yang tinggi di kalangan penunggang motorsikal di Asia.
Antara Koleksi terbaru GIVI 2019 adalah MONOLOCK B32N-ADVANCE BOLD TOPCASE, MONOLOCK B270N TOPCASE, MONOKEY E23N SIDE CASE dan G12N FIXED SYSTEM CENTER CASE. Rangkaian produk baru ini telah diperbaharui dan diinovasikan dengan teknologi tinggi bagi menjamin mesra pengguna, kebolehpercayaan, dan ketahanan produk ini.

GIVI telah memperkenalkan kotak simpanan terbaru B32N-ADVANCE BOLD yang merupakan adaptasi daripada B32 BOLD. Ia dilengkapi dengan empat komponen tambahan iaitu sepasang pemegang rod “stainless-steel” di atas kotak simpanan, jaringan elastik serbaguna, penyandar belakang dan turut didatangkan dengan
pelapik dalaman.
 B270N MONOLOCK TOPCASE pula merupakan kotak simpanan yang mempunyai ukuran isipadu 27 liter, dengan kemasan logo GIVI berwarna perak. Kotak simpanan B270N ini menggunakan sistem kekunci Monolock terbaharu yang mampu ditutup
tanpa memerlukan kunci. Kemasan karbon fiber di atas kotak simpanan ini menambahkan rupa premium dan sportynya.
Di samping dua kotak simpanan topcase terbaharu ini, Givi Asia juga memperkenalkan kotak simpanan sisi terbaru E23 Monokey Side. Kotak simpanan berkapasiti 23 liter ini mampu memnyimpan beban maksimum sehingga 5kg, dan turut didatangkan bersama lampu isyarat bersepadu tambahan dan jalur reflektif prisma. Ciri keselamatan ini mampu memberi kesan keterlihatan anda di atas jalan raya.
 Selain itu, G12 Fixed Sistem Center Case juga turut diperkenalkan, dimana ianya telah diinovasikan daripada produk G10 Center Case. Berbanding dengan Case Center G10 sebelumnya, G12 ini mempunyai kapasiti beban maksimum 12 liter dan lebih padat.

GIVI Asia juga turut melancarkan rangkaian produk baru dalam 3 segmen lain iaitu:
RIDER TECH RANGE
RBP03 RIDER TECH CAMO Backpack 15 litre
RWB05 RIDER TECH CAMO Waist Bag 3 litre
RSB01 RIDER TECH Saddle Bag 15 litre
HPS NEW GRAPHIC HELMET M30.1 CIELO
Mod Ice White, Mod Black & Slide Titanium



SAFETY AND COMFORT (WATERPROOF GARMENT)
PRS04.AX PRIME Rainsuit
CAM01.AH CAMO Rainsuit
CRT01.AX COMFORT Rain Trousers

Razlan undur diri dari Persatuan Motorsports Malaysia MAM

Dato 'Ahmad Razlan Ahmad Razali telah meletak jawatan dari Persatuan Motorsports Malaysia (MAM) pada 21 Mac, 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) itu memutuskan untuk meletakkan jawatannya bagi memberi tumpuan kepada kerja di litar itu dan juga sebagai wakil prinsipal pasukan PETRONAS-YAMAHA-SEPANG MotoGP yang baru ditubuhkan.

Surat peletakan jawatannya telah dikemukakan kepada Presiden MAM, Tan Sri Mokhzani Tun Mahathir yang menggantikan Tan Sri Azman Yahya. Penggantian ini adalah sebahagian daripada penstrukturan semula MAM.

MAM, yang ditubuhkan pada tahun 2009 bagi mengembangkan sukan bermotor (motorsport) di Malaysia, sebagai badan pengiktirafan di samping membantu kelab, penganjur acara, pegawai, pesaing, pengendali komersil dan penaja untuk memastikan pertumbuhan masa depan motorsport dalam pelbagai bidang. Ianya sentiasa menjadi matlamat utama MAM untuk mempromosikan pembangunan motorsports Malaysia di peringkat akar umbi danmemajukan bakat tempatan.

Dalam suratnya, Dato 'Razlan, berkata perletakan jawatan beliau adalah demi kepentingan MAM.
Dato 'Razlan seterusnya mengumumkan bahawa Muizz Azli akan menjadi penggantinya. Muizz telah bertanggungjawab menangani kes-kes undang-undang yang melibatkan acara motorsport. Razlan percaya bahawa Muizz akan mampu membantu penstrukturan semula MAM dan membawanya ke peringkat seterusnya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi setiausaha MAM di alamat e-mel secretary@mam.org.my.