Shell
Rimula merupakan peneraju pasaran bagi minyak enjin diesel tugas berat
di Malaysia dan di peringkat global. Rangkaian Light Duty yang baharu
menandakan penyertaan Shell Rimula dalam segmen pelincir pengguna.
Pengurus
Besar Pemasaran Shell Lubricants May Tan berkata sebahagian besar
jualan kenderaan komersil yang baharu di Malaysia terdiri daripada pikap
dan trak ringan.
Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah melancarkan rangkaian baharu minyak pelincir enjin Shell Rimula untuk pikap dan trak ringan.
Rangkaian
Shell Rimula Light Duty baharu terdiri daripada Shell Rimula Light Duty
LD4 15W-40 (API CI-4) dan LD5 10W-40 (API CK-4) Synthetic Technology.
Minyak pelincir ini dirumuskan khas untuk memastikan prestasi yang
optimum untuk trak yang beroperasi dalam keadaan berhenti-mula dan
melahu dengan kerap serta membawa pelbagai beban yang berat.
Shell
Rimula Light Duty LD4 yang berasaskan minyak mineral dicipta untuk
memenuhi keperluan trak ringan yang menjadi kenderaan pengangkut utama
bagi hampir semua jenis perniagaan komersil. Shell Rimula Light Duty LD5
sintetik sepenuhnya sesuai untuk pikap dan trak 4x4 yang lain.
Kedua-dua pelincir ini terdapat di bengkel-bengkel bebas yang terpilih,
kedai alat ganti dan stesen minyak Shell.
Shell
Rimula Light Duty LD4 dan LD5 disediakan dalam bekas 7.5-litre, sesuai
untuk sekali pertukaran minyak tanpa memerlukan pelincir tambahan,
sekaligus menawarkan kemudahan dan penjimatan kepada pemilik trak.
Harga
runcit yang disyorkan bagi Shell Rimula Light Duty LD4 ialah RM120.00
di Semenanjung Malaysia dan RM121.50 di Sabah dan Sarawak. Harga Shell
Rimula Light Duty LD5 pula ialah RM195.00 (Semenanjung Malaysia) dan
RM196.50 (Sabah dan Sarawak).
No comments:
Post a Comment