Minat dengan motosikal semenjak datuknya memberikan sebuah Honda C70 untuk berulang alik ke sekolah, seorang pemuda dari Sungkai, Perak yang bernama Hafidz Musa, kemudiannya meneruskan pelajaran ke peringkat ijazah.
Penjurusan karya dalam mixed media atau yang juga dikenali sebagai media campuran merupakan salah satu cabang seni, namun kerap juga dijuruskan dalam seni visual. Ia nya terdiri daripada karya seni yang menggunakan lebih dari satu media dalam pembuatannya. Mixed-media dalam seni visual ini lah yang diceburi anak muda ini yang telah membeli sebuah skuter V125cc, yang digunakan nya untuk ke kelas ketika itu.
Ada perbezaan penting di antara " mixed - media" karya seni dan "seni multimedia ". Campuran media daam media campuran merujuk pada sebuah karya seni visual yang menggabungkan berbagai media seni rupa tradisional yang berbeza. Contoh nya, sebuah karya di atas kanvas yang menggabungkan cat, pewarna , dan kolaj mampu disebut sebagai "media campuran" namun ia tidak boleh dianggap sebagai sebuah karya "seni multimedia." Seni multimedia lazimnya mencakupi penggunaan media yang lebih luas daripada media campuran, menggabungkan seni visual dengan unsur-unsur non-visual (seperti rakaman suara , misalnya) atau dengan unsur-unsur seni lainnya (seperti sastra , drama, tari , grafis gerak , musik, atau interaktivitas).
Namun apa yang menarik, minatnya ini juga rata rata menyerlahkan minat beliau yang mendalam iaitu motosikal. Setelah sekian lama menggunakan skuter yang disebutkan awal tadi yang juga digunakan ketika memikat gadis pilihannya yang kini isteri beliau, ianya tidak lagi sesuai untuk kegunaan nya selepas tamat pengajian, Hafidz kemudian nya membeli sebuah Naza GTR 150cc yang digunakannya selama empat tahun. Beliau kemudiannya membeli sebuah Aprilia Shiver, namun jarang berpeluang untuk menyertai aktiviti kelab oleh kerana kesibukan kerja.
Hafidz amat berminat dengan motosikal buatan Amerika, Eropah dan juga British, yang banyak menampilkan pembuatan motosikal yang cantik dan berseni dalam gaya tersendiri. Hasil kerja anak tempatan ini telah mendapat perhatian beberapa media tempatan dan juga luar negara seperti majalah Tankmoto di Amerika Syarikat. Malah beliau juga telah dijemput untuk mengirimkan beberapa karyanya ke luar negara bagi dipamerkan dalam beberapa acara di sana.
Hasil karya anak muda ini pernah diberi penghormatan untk dipamerkan di Galeri Lembaga Penggalakan Seni Visual Negara yang terletak bersebelahan Balai Seni Visual Negara, di Jalan Tun Razak bersebelahan Istana Budaya.
Jelajah Bikers Kental 2 akan hadir di tempat anda?
Masanya
telah tiba! Bikers
Kental 2 sedang meluncur laju ke pawagam di seluruh negara pada 14 Mac
2019!
Sebuah
kisah yang menyentuh perasaan mengenai ikatan persaudaraan serta kisah
cinta yang tidak pernah luput ditelan zaman, ikuti Bidin al-Zaifa
(lakonan Zizan Razak) di dalam perjalanannya menuju ke Thailand bagi
meminang kekasih idamannya, Cherry Porntit (lakonan Meau Jullangtip).
Hasratnya itu bagaimanapun dihalang oleh seorang samseng yang kejam, Alburque D Al Capon (lakonan Ameerul Affendi) dan abang kandung Cherry, Ananda (lakonan Pont Cranium) seorang juara Muay Thai yang sentiasa mencurigai cinta adiknya.
Tayangan filem ini bakal disertai oleh siri jelajah yang diatur khas bagi menggalakkan interaksi antara para peminat dengan bintang-bintang filem berkenaan dan diadakan di lokasi berikut:
Hasratnya itu bagaimanapun dihalang oleh seorang samseng yang kejam, Alburque D Al Capon (lakonan Ameerul Affendi) dan abang kandung Cherry, Ananda (lakonan Pont Cranium) seorang juara Muay Thai yang sentiasa mencurigai cinta adiknya.
Tayangan filem ini bakal disertai oleh siri jelajah yang diatur khas bagi menggalakkan interaksi antara para peminat dengan bintang-bintang filem berkenaan dan diadakan di lokasi berikut:
*Nota: Masa kemunculan para pelakon di setiap lokasi mungkin berbeza.
Siri
jelajah ini bakal disempurnakan oleh pelakon-pelakon utama berserta
dengan kemunculan istimewa bagi menyertai aktiviti dan pameran di Kedah
Bike Week.
TARIKH
|
LOKASI
|
WAKTU KEMUNCULAN
|
15 Mac 2019
|
Johor
|
2:30 petang - 3:30 petang
4:30 petang - 5:30 petang
8:00 malam - 9:00 malam
|
16 Mac 2019
|
Melaka
Negeri Sembilan
|
2:00 petang - 3:00 petang
4:00 petang - 5:00 petang
8:00 malam - 9:00 malam
|
17 Mac 2019
|
Kuala Lumpur
Putrajaya
|
2:00 petang - 3:00 petang
4:00 petang - 5:00 petang
6:00 petang - 7:00 petang
8:00 malam - 9:00 malam
|
21 Mac 2019
|
Selangor
|
7:30 petang - 9:00 malam
|
22 Mac 2019
|
Kedah
|
4:00 petang - 5:00 petang
6:00 petang - 7:00 petang
|
23 Mac 2019
|
Kedah
|
2:00 petang - 3:00 petang
5:00 petang - 6:00 petang
|
24 Mac 2019
|
Pulau Pinang
|
2:00 petang - 3:00 petang
4:00 petang - 5:00 petang
7:00 petang - 9:00 malam
|
PUSPAKOM Wangsa Maju, Johor Bahru kini beroperasi 7 hari s
PUSPAKOM cawangan Wangsa Maju dan Johor Bahru kini beroperasi tujuh (7) hari seminggu bermula 15 Mac, sejajar usaha meningkatkan kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan.
“PUSPAKOM sentiasa mengambil berat terhadap keperluan pelanggan dan berusaha membuat penambahbaikan selaras dengan kehendak mereka. Ini juga antara inisiatif PUSPAKOM dalam menangani kesesakan di sesetengah cawangan yang menerima jumlah kehadiran kenderaan yang tinggi pada waktu-waktu atau hari-hari tertentu. Keputusan tambahan hari operasi ini adalah susulan maklum balas yang diterima semasa PUSPAKOM mengadakan ‘#welistenwecare Hari Bertemu Pelanggan’,” menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Shukor Ismail.
Kasma dan Adam naik podium SS600 ARRC
Saingan SuperSports 600cc,barisan pelumba muda negara mempamer aksi cemerlang apabila Kasma Daniel Kasmayuddin dan Muhamad Adam Mohd Norrodin menamatkan saingan di atas podium.
Kasma (Hong Leong YAMAHA Malaysia) muncul naib juara dengan masa keseluruhan 21’54.494s setelah bersaing sengit bersama pemenang perlumbaan, Peerapong Boonlert (YAMAHA Thailand Racing Team) di sepanjang 10 pusingan perlumbaan. Peerapong menamatkan saingan dengan masa keseluruhan 21’53.239s.
Adam yang juga bekas pelumba Moto3 negara menamatkan saingan di tempat ketiga dengan masa 21’58.189s mengatasi tiga lagi pelumba negara, Azroy Hakeem Anuar, Md Helmi Azman dan Md Ramdan Rosli.
Perlumbaan Underbone 150cc turut menyaksikan kelibat pelumba negara apabila Md Affendi Rosli muncul naib juara perlumbaan dengan masa 15’28.870s manakala M Akid Aziz ketiga dengan masa 15’28.886s. Perlumbaan dimenangi pelumba UMA Racing YAMAHA Philippine Team, McKinley Kyle Paz dengan masa 15’28.658s.
SUPERSPORTS 600CC
1 Peerapong Boonlert (THA) YAMAHA Thailand Racing Team 21:53.239s
2 Kasma Daniel Kasmayudin (MAS) Hong Leong YAMAHA Malaysia 21:54.494s
3 Muhamad Adam Mohd. Norrodin (MAS) SIC Junior ZK Racing 21:58.189s
4 Azroy Hakeem Anuar (MAS) Musashi Boon Siew HONDA Racing Team 22:00.461s
5 Md. Helmi Azman (MAS) Musashi Boon Siew HONDA Racing Team 22:00.548s
ASIA PRODUCTION 250CC
1 Lucky Hendriansya (INA) ASTRA HONDA Racing Team 19:34.655s
2 Andy Muhammad Fadly (INA) Manual Tech KYT KAWASAKI Racing 19:34.839s
3 Irfan Ardiansyah (INA) ASTRA HONDA Racing Team 19:38.376s
4 Awhin Sanjaya (INA) ASTRA HONDA Racing Team 19:38.926s
5 Muhammad Faerozi Toreqottullah (INA) YAMAHA Racing Indonesia 19:50.614s
ASIA PRODUCTION 250CC
1 Lucky Hendriansya (INA) ASTRA HONDA Racing Team 19:34.655s
2 Andy Muhammad Fadly (INA) Manual Tech KYT KAWASAKI Racing KAWASAKI 19:34.839s
3 Irfan Ardiansyah (INA) ASTRA HONDA Racing Team 19:38.376s
4 Awhin Sanjaya (INA) ASTRA HONDA Racing Team 19:38.926s
5 Muhammad Faerozi Toreqottullah (INA) YAMAHA Racing Indonesia 19:50.614s
UNDERBONE 150CC
1 McKinley Kyle Paz (PHI) UMA Racing YAMAHA Philippine Team 15:28.658s
2 Md Affendi Rosli (MAS) Team One For All YAMAHA 15:28.870s
3 Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing YAMAHA Maju Motor Asia Team 15:28.886s
4 Peerapong Luiboonpeng (THA) Team One For All 15:28.930s
5 Fernando Masato (PHI) UMA Racing YAMAHA Philippine Team 15:28.931s
Azlan Shah Kamaruzaman cemerlang menjuarai perlumbaan pertama kategori Asia Superbike 1000cc Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, semalam.
Azlan memulakan saingan musim 2019 dengan pasukan ONEXOX TKKR SAG Racing Team dan menamatkan 11 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 23’21.172s mengatasi Thitipong Warokorn (KAWASAKI Thailand Racing Team) di kedudukan kedua dengan masa 23’23.137s.
Broc Parkes (YAMAHA Racing Team ASEAN) yang tampil cemerlang sepanjang minggu ini terpaksa akur di tempat ketiga setelah sekadar bermula dari petak keenam setelah terjatuh ketika sesi kelayakan. Broc menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 23’28.753s.
Bermula dari petak kedua, Azlan bijak mengatur strategi apabila menunggu sehingga ke pusingan kesembilan untuk memintas Thitipong dan seterusnya memimpin perlumbaan sehingga ke garisan penamat.
“Perlumbaan agak sukar kerana cuaca yang sangat panas dan saya perlu bijak untuk mengawal penggunaan tayar, namun pada masa sama cuaca panas juga memberi kelebihan kepada saya,” jelas juara SuperSports 60cc Asia 2013 dan 2017 itu.
Tambahnya, “Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan dan penaja yang bekerja keras sepanjang minggu ini sehingga kami berjaya menaiki podium. Saya berharap dapat mengekalkan momentum ini pada perlumbaan kedua esok.”
RACE 1 RESULTS:
ASIA SUPERBIKE 1000CC
1 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) ONEXOX TKKR SAG Racing Team 23:21.172s
2 Thitipong Warokorn (THA) KAWASAKI Thailand Racing Team 23:23.137s
3 Broc Parkes (AUS) YAMAHA Racing Team ASEAN 23:28.753s
4 Ahmad Yudhistira (INA) VICTOR RACING TEAM YAMAHA 23:36.887s
5 Apiwath Wongthananon (THA) YAMAHA Thailand Racing Team 23:37.257s
Subscribe to:
Posts (Atom)













