Jelajah Bikers Kental 2 akan hadir di tempat anda?

Masanya telah tiba! Bikers Kental 2 sedang meluncur laju ke pawagam di seluruh negara pada 14 Mac 2019!

Sebuah kisah yang menyentuh perasaan mengenai ikatan persaudaraan serta kisah cinta yang tidak pernah luput ditelan zaman, ikuti Bidin al-Zaifa (lakonan Zizan Razak)  di dalam perjalanannya menuju ke Thailand bagi meminang kekasih idamannya, Cherry Porntit (lakonan Meau Jullangtip). 
Hasratnya itu bagaimanapun dihalang oleh seorang samseng yang kejam, Alburque D Al Capon (lakonan Ameerul Affendi) dan abang kandung Cherry, Ananda (lakonan Pont Cranium) seorang juara Muay Thai yang sentiasa mencurigai cinta adiknya.
Tayangan filem ini bakal disertai oleh siri jelajah yang diatur khas bagi menggalakkan interaksi antara para peminat dengan bintang-bintang filem berkenaan dan diadakan di lokasi berikut:
*Nota: Masa kemunculan para pelakon di setiap lokasi mungkin berbeza.
Siri jelajah ini bakal disempurnakan oleh pelakon-pelakon utama berserta dengan kemunculan istimewa bagi menyertai aktiviti dan pameran di Kedah Bike Week.
TARIKH
LOKASI
WAKTU KEMUNCULAN
15 Mac 2019


Johor
  1. TGV Tebrau City
  2. TGV Bukit Indah
  3. MBO Batu Pahat

2:30 petang - 3:30 petang
4:30 petang - 5:30 petang
8:00 malam - 9:00 malam
16 Mac 2019
Melaka
  1. GSC Dataran Pahlawan
  2. GSC AEON Bandaraya Melaka
Negeri Sembilan
  1. TGV Seremban Dua

2:00 petang - 3:00 petang
4:00 petang - 5:00 petang



8:00 malam - 9:00 malam
17 Mac 2019


Kuala Lumpur
  1. TGV Wangsa Walk
  2. TGV AU2
  3. MMC eCurve

Putrajaya
  1. GSC IOI City Mall

2:00 petang - 3:00 petang
4:00 petang - 5:00 petang
6:00 petang - 7:00 petang


8:00 malam - 9:00 malam
21 Mac 2019
Selangor
  1. GSC Setia City Mall

7:30 petang - 9:00 malam
22 Mac 2019
Kedah
  1. GSC AmanJaya, Sungai Petani
  2. MBO Central Square, Sungai Petani

4:00 petang - 5:00 petang

6:00 petang - 7:00 petang
23 Mac 2019


Kedah
  1. GSC Aman Sentral, Alor Setar
  2. Kedah Bike Week, Alor Setar

2:00 petang - 3:00 petang

5:00 petang - 6:00 petang
24 Mac 2019


Pulau Pinang
  1. GSC Queensbay Mall
  2. TGV First Avenue
  3. GSC Sunway Carnival

2:00 petang - 3:00 petang
4:00 petang - 5:00 petang
7:00 petang - 9:00 malam

No comments: