Azlan Shah Kamaruzaman cemerlang menjuarai perlumbaan pertama kategori Asia Superbike 1000cc Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, semalam.
Azlan memulakan saingan musim 2019 dengan pasukan ONEXOX TKKR SAG Racing Team dan menamatkan 11 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 23’21.172s mengatasi Thitipong Warokorn (KAWASAKI Thailand Racing Team) di kedudukan kedua dengan masa 23’23.137s.
Broc Parkes (YAMAHA Racing Team ASEAN) yang tampil cemerlang sepanjang minggu ini terpaksa akur di tempat ketiga setelah sekadar bermula dari petak keenam setelah terjatuh ketika sesi kelayakan. Broc menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 23’28.753s.
Bermula dari petak kedua, Azlan bijak mengatur strategi apabila menunggu sehingga ke pusingan kesembilan untuk memintas Thitipong dan seterusnya memimpin perlumbaan sehingga ke garisan penamat.
“Perlumbaan agak sukar kerana cuaca yang sangat panas dan saya perlu bijak untuk mengawal penggunaan tayar, namun pada masa sama cuaca panas juga memberi kelebihan kepada saya,” jelas juara SuperSports 60cc Asia 2013 dan 2017 itu.
Tambahnya, “Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan dan penaja yang bekerja keras sepanjang minggu ini sehingga kami berjaya menaiki podium. Saya berharap dapat mengekalkan momentum ini pada perlumbaan kedua esok.”

RACE 1 RESULTS:
ASIA SUPERBIKE 1000CC
1 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) ONEXOX TKKR SAG Racing Team 23:21.172s
2 Thitipong Warokorn (THA) KAWASAKI Thailand Racing Team 23:23.137s
3 Broc Parkes (AUS) YAMAHA Racing Team ASEAN 23:28.753s
4 Ahmad Yudhistira (INA) VICTOR RACING TEAM YAMAHA 23:36.887s
5 Apiwath Wongthananon (THA) YAMAHA Thailand Racing Team 23:37.257s


No comments: