Peraturan baharu WSBK lebih sama rata dan murah

Jonathan Rea telah menguasai World Superbike selama tiga tahun yang lepas, dan sekarang penganjur siri ini telah membuat perubahan radikal terhadap peraturan teknikal untuk musim 2018 dalam usaha untuk mempromosikan pariti atau kesama-tarafan dan mengurangkan kos untuk pasukan swasta.

Kawasaki dan Ducati yang menguasai kelas secara efektif akan terkesan oleh peralihan falsafah. Perubahan paling ketara tahun depan adalah pengenalan had revolusi enjin atau rpm yang dijadikan mandatori bagi setiap pengilang.

Had baharu ini akan berdasarkan pengiraan sebanyak 3.3 peratus di atas had motosikal sok yang dijual di pasaran. Siri ini akan menguji semua mesin homologik untuk menentukan had rpm stok mereka, dan setiap jentera lumba akan dilengkapi dengan sensor aci oleng atau crankshaft.

Pemeriksa perlumbaan (scrutineers) akan dapat menentukan sama ada enjin telah melampaui had yang ditetapkan dan untuk berapa lama. Pelumba yang melampaui rpm berlebihan akan dikenakan penalti.

"Kawasaki dan Ducati berada di depan kerana mereka melabur paling banyak dalam kejohanan itu," kata Juara siri tiga kali, Jonathan Rea. "Mereka lebih banyak menghabiskan wang di bahagian teknikal dan penunggang berbanding yang lain, dan itu membuatkan mereka sukar ditewaskan."

Had rpm enjin asal jentera pengilang:
    Aprilia: 14,700 rpm
    BMW: 14,700 rpm
    Ducati: 12,400 rpm
    Honda: 14,300 rpm
    Kawasaki: 14,100 rpm
    MV Agusta: 14,700 rpm
    Suzuki: 14,700 rpm
    Yamaha: 14,700 rpm

Jentera Kawasaki yang ditunggang Rea akan kehilangan sekitar 1,200 rpm. Para pengilang yang kurang berjaya dalam beberapa tahun kebelakangan ini, seperti Honda dan MV Agusta, sepatutnya akan mengalami sedikit peningkatan. Walau bagaimanapun, pasukan persendirian kini boleh membeli peralatan pengilang pada harga khas yang ditetapkan.

Bagi pasukan seperti Puccetti Kawasaki, penetapan harga kas ini adalah satu rahmat. Dalam pertandingan pertama WorldSBK, skuad Itali itu telah menaiki podium dengan Leon Haslam di Donington Park. Walau bagaimanapun, secara umum, pasukan itu berada pada kedudukan yang kurang baik berbanding pasukan pengilang.
"Kami menawarkan peluang untuk mengongsi bahagian utama enjin dan casis bersama dengan pasukan persendirian," kata wakil FIM, Scott Smart.

Musim lepas ini, Puccetti menjalankan program pembangunan enjin lengkap. Sekarang, Puccetti dan pasukan lain-lain hanya perlu membeli bahagian-bahagian yang berkaitan dan memasangnya pada jentera mereka.

Kawasaki dan Ducati telah menang selama bertahun-tahun kerana merka itu telah melabur sumber paling banyak dalam siri ini. Dorna dan FIM, yang menyusun peraturan baru, berminat untuk menunjukkan bahawa pelaburan adalah kunci untuk menang.

Bagi Scott Smart, yang ditugaskan untuk menulis peraturan, matlamatnya adalah untuk mewujudkan lapangan permainan lebih adil dan perlumbaan yang lebih sengit. Hasratnya adalah untuk membekalkan semua pasukan dengan peralatan yang sama seperti pengilang, mewujudkan jentera yang lebih kompetitif dan mengurangkan kos.

"Terdapat banyak manfaat kepada perubahan ini, tetapi faktor terbesar di sebalik peraturannya ialah kami mahukan perlumbaan yang lebih menarik," kata Smart. "Peraturan 2018 akan membolehkan pasukan persendirian mempunyai akses kepada enjin yang sama dan kuasa pasukan kilang.

Yamaha merupakan salah satu pasukan yang akan menerima menafaat paling besar dengan peraturan baharu ini. Selepas membuat kemajuan besar pada separuh kedua musim 2017, YZF-R1 menghasilkan enam podium tetapi tiada kemenangan. Namun enjin satah-lintang atau crossplane Yamaha mungkin tidak akan kenakan sekatan penalti seperti yang lain.

"Ini akan menjadikan mereka lebih kompetitif tetapi juga meningkatkan kebolehpercayaan. Rpm yang lebih rendah akan bermakna bahawa kehidupan enjin akan bertambah baik. Pasukan persendirian yang kuat yang mempunyai jentera lumba yang betul dan mekanik yang baik boleh menjadi kompetitif.
"Apabila kami menukar saingan Supersport supaya elektronik boleh menjadi tahap kit yang mampu milik, sesetengah pasukan dapat membuat langkah besar ke hadapan dalam kelas terbebut," tambah Smart. "Kami menjangkakan perkara yang sama akan berlaku dengan perubahan ini."

Ketua Eksekutif Dorna, Carmelo Ezpeleta berkomentar sebelum pusingan Amerika siri ini pada Julai lalu di Mazda Raceway Laguna Seca, bahawa WorldSBK akan kembali kepada peraturan STK1000 dan kawalan ECU akan digunakan.
"Pengilang menggunakan kelebihan platform Superbike Dunia untuk membangunkan sistem elektronik mereka kerana mereka tidak dibenarkan berbuat demikian dalam MotoGP lagi," kata Smart. "Jika kita mengenakan kawalan ECU, kita boleh kehilangan kelebihan tersebut."

Di bawah peraturan baru, pasukan kilang perlu mendapat mata konsesi sebelum membangunkan bahagian baharu. Pemimpin kejohanan tidak dapat membuat perubahan, tetapi selepas tiga pusingan pengeluar dengan beberapa poin tertentu akan dibenarkan variasi enjinnya yang baru.

Azlan kian rapati Zaqhwan untuk takhta kejuaraan ARRC 2017

 Persaingan gelaran juara keseluruhan SuperSports 600cc semakin sengit dan mendebarkan diantara dua pelumba negara, Mohd Zaqhwan Zaidi dan Azlan Shah Kamaruzaman. Kini hanya lima mata memisahkan kedudukan mereka setelah Perlumbaan 1 Pusingan 6 Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) berakhir di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand semalam.

Zaqhwan (Musashi Boon Siew Honda) yang hadir ke Thailand sebagai pendahulu gagal mengekalkan kelebihan apabila sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10 untuk mengumpul 144 mata keseluruhan manakala rakan senegara, Azlan (Manual Tech KYT Kawasaki Racing) berjaya merapatkan jurang kepada lima mata setelah menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima untuk naik ke tangga ketiga keseluruhan dengan 139 mata.

Pelumba Jepun, Taiga Hada (RAMA Honda by NTS T.Pro Ten10 menjadi pemisah diantara dua pelumba negara apabila berada di kedudukan kedua dengan 141 mata setelah menamatkan perlumbaan di kedudukan kesembilan.
 Dalam pada itu, pertarungan sengit 18 pusingan Perlumbaan 1 dikuasai oleh pelumba tuan rumah, Apiwat Wongthananon (Yamaha Thailand Racing Team) yang menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 29’58.173s setelah berjaya memintas pelumba berpengalaman, Anthony West (Akeno Speed Raing) pada selekoh terakhir perlumbaan. West di kedudukan kedua dengan masa 29’58.353s diikuti Thitipong Warokorn (Kawasaki Thailand Racing Team) ketiga dengan masa 29’58.488s.

“Aksi saya tidak begitu baik pada hari ini. Saya gagal mendapatkan keputusan yang diharapkan namun masih ada satu lagi perlumbaan akhir esok. Kami akan bersaing dan mencuba yang terbaik, untuk diri sendiri, pasukan dan juga negara,” jelas Zaqhwan yang mempunyai misi untuk memegang gelaran SuperSports 600cc buat kali ketiga.
 Sementara itu, penamat di tempat keempat mengesahkan status Gerry Salim (Astra Honda Racing Team) setelah mengumpul 199 mata keseluruhan meskipun masih berbaki satu perlumbaan akhir.

Perlumbaan 1 dimenangi oleh rakan sepasukan, Rheza Danica Ahrens dengan masa keseluruhan 19’07.754s diikuti pelumba tuan rumah, Anupab Sarmoon (Yamaha Thailand Racing Team) dengan masa  19’07.965s dan Tomoyoshi Koyama (RAMA Honda) ketiga, 19’08.111s
Anupab dan Koyama terus bersaing sengit untuk memburu gelaran naib juara dan ketiga keseluruhan setelah masing-masing mengumpul 168 mata dan 163 mata.

Dalam saingan Underbone 150cc, hasrat Mohd Akid Aziz untuk dinobatkan sebagai juara keseluruhan lebih awal tidak kesampaian setelah terjatuh pada pertengahan perlumbaan. Meskipun begitu, pelumba UMA Racing Yamaha Maju Motor itu masih mampu bangkit meneruskan perlumbaan dan tamat di kedudukan ke-11 untuk terus kekal sebagai pendahulu keseluruhan dengan 169 mata.

Perlumbaan 1 dimenangi Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha Racing Indonesia) yang menamatkan lapan pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 16’50.406s sekaligus masih berpeluang untuk memintas Akid seandainya menjuarai Perlumbaan 2 manakala Akid gagal memungut sebarang mata.
Md Amirul Ariff Musa (Yuzy Honda Vietnam Racing Team) muncul naib juara perlumbaan dengan masa 16’50.884s diikuti rakan sepasukan Akid, Md Haziq Fairues ketiga, 16’50.984s.

Keputusan Perlumbaan 1
SuperSports 600cc
1 Apiwat Wongthananon (THA) Yamaha Thailand Racing Team 29’58.173s
2 Anthony West (AUS) Akeno Speed Racing 29’58.353s       
3 Thitipong Warokorn (THA) Kawasaki Thailand Racing Team 29’58.488s
4 Chalermpol Polaimai (THA) Yamaha Thailand Racing Team 29’58.670s
5 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS)  Manual Tech KYT Kawasaki Racing 29’59.564s

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) MUSASHi Boon Siew Honda Racing 144 mata
2 Taiga Hada (JPN) RAMA Honda by NTS T.Pro Ten 10 141 mata
3 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 139 mata
4 Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing   134 mata
5 Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 119 mata

Asia Production 250cc
1 Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 19’07.754s
2 Anupab Sarmoon (THA) Yamaha Thailand Racing Team 19’07.965s
3 Tomoyoshi Koyama (JPN) RAMA Honda 19’08.111s
4 Gerry Salim (INA) Astra Honda Racing Team 19’14.884s
5 Vorapong Malahuan (THA) AP Honda Racing Thailand 19’14.959s

Kedudukan Keseluruhan
1 Gerry Salim (INA) Astra Honda Racing Team 199 mata
2 Anupab Sarmoon (THA) Yamaha Thailand Racing Team 168 mata
3 Tomoyoshi Koyama (JPN) RAMA Honda 163 mata
4 Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 149 mata
5 Takehiro Yamamoto (JPN) Supra Studio HONDA IKAZUCHI Racing Team 136 mata

Underbone 150cc
1 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 16’50.406s
2 Md AMirul Ariff Musa (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing 16’50.884s
3 Md Haziq Fairues (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor 16’50.984s
4 Md Muzakkir Mohamed (MAS) SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing 16’51.024s
5 Owie NNurhuda (INA) SND Factory Indonesia 16’51.786s

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor 169 mata
2 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 145 mata
3 Md Haziq Md Fairues (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor 132 mata
4 Md Helmi Azman (MAS) ONEXOX TKKR Racing Team 118 mata
5 Md Izzat Zaidi (MAS) RCB KAGE Motobatt Yamaha YY Pang Racing Team 110 mata

Honda Civic Type R pertama diserah pada pemilik

Akkbar bersama Adrian di majlis penyerahan
Adrian Salleh Bin Hashim menjadi pemilik pertama yang menerima Honda Civic Type R di Malaysia dalam satu majlis penyerahan rasmi yang diadakan di Botanic Auto Mall Sdn. Bhd. semalam.

Model global yang membawa teknologi paling canggih Honda ini sangat eksklusif sebagai model Honda yang paling berkuasa pernah dijual di Malaysia. Setiap Honda Civic Type R adalah unik, dengan plat nombor bersiri khas diletakkan secara strategik di pusat konsol.

Naib Presiden Kumpulan Honda Malaysia, Akkbar Danial berkata, "Civic Type R menonjol mengatasi yang lain, dan menyampaikan prestasi perlumbaan yang sangat baik namun menyesuaikan diri dengan kehendak pemanduan harian di jalan raya Malaysia."
Encik Adrian Salleh merupakan salah seoang pelanggan pertama yang ditemuramah untuk mendapatkan maklum balas Type R, yang membantu menyumbang kepada wawasan pasaran terutamanya dalam mengenal pasti permintaan dan keperluan segmen pelanggan baharu. Pada tahun 2007, Malaysia menjadi satu-satunya negara di luar Jepun untuk melancarkan model FD2R secara rasminya. Honda Malaysia telah menjual 420 unit FD2R antara tahun 2007 hingga 2011. Pencapaian ini mungkin disebabkan oleh populariti dan permintaan kereta sporti yang boleh dipandu di jalan raya. Malaysia telah menyaksikan peningkatan bilangan peminat kereta dan juga Honda, yang berminat dengan model seperti Type R. Honda Malaysia telah menerima lebih daripada 70 tempahan untuk Type R ini.
Selain menjadi rakyat Malaysia yang pertama untuk memandu pulang Civic Type R, Adrian juga menerima barangan Honda khusus, sebuah GoPro HERO 5 dan salutan Badan Kereta Ultra Honda dengan Ultra Window bernilai RM5,300 sebagai tanda penghargaan daripada Honda Malaysia di Malaysia.

Honda Civic Type R yang diimport sepenuhnya ini berharga RM320,000 di atas jalan tanpa insurans. Pelanggan boleh melawat mana-mana 20 pengedar Honda Sport untuk melihat dan menempah Civic Type R. Pengedar Honda Sport merupakan pengedar bertauliah yang dilantik untuk mengedar Type R di Malaysia. Untuk lebih maklumat mengenai Honda Civic Type R, sila hubungi nombor Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari ke www.honda.com.my

Zaqhwan berdepan misi sukar pertahan kejuaraan ARRC

Pelumba SuperSports 600cc negara, Mohd Zaqhwan Zaidi mengakui berasa sedikit tertekan menghadapi pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) dalam misi untuk mempertahankan gelaran juara keseluruhan pada perlumbaan kemuncak di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand bermula 30 November hingga 3 Disember ini.

Bebanan lebih terasa memandangkan pada tahun ini juara keseluruhan 2014 dan 2016 itu beraksi tanpa gandingan pelumba berpengalaman sebaliknya bertindak selaku pelumba utama pasukan bergandingan dengan pelumba kurang berpengalaman, Teppei Nagoe di dalam pasukan Musashi Boon Siew Honda Racing.
  “Saya terpaksa bekerja lebih keras pada tahun ini. Rakan sepasukan, Teppei merupakan pelumba muda berbakat namun ini merupakan tahun pertamanya dalam kelas 600cc dan memerlukan sedikit masa untuk bersaing di kelompok depan. Ini menyebabkan saya bersendirian tanpa rakan sepasukan ketika bersaing di kelompok depan bersama pelumba berpengalaman yang lain,” jelas Zaqhwan. Tambah juara bertahan itu, dia tidak menyangka untuk menjadi pendahulu setelah kehilangan banyak mata ketika terjatuh pada Perlumbaan 2 di Pasir Gudang manakala meraih keputusan tidak begitu baik pada pusingan berikutnya di Thailand.

 Sebaliknya rakan senegara, Azlan Shah Kamaruzaman yang lebih menonjol pada permulaan musim sebelum juara tahun 2013 itu terbabit kemalangan dan mengalami kecederaan menyebabkannya gagal untuk mengekalkan momentum terbaik pada beberapa pusingan lepas. Keputusan konsisten meraih dua gelaran juara dan lima penamat di podium sepanjang lima pusingan lepas membantu Zaqhwan untuk mendahului kedudukan keseluruhan dengan 138 mata, namun dicabar rapat Yuki Ito dan Taiga Hada yang mengekori rapat dengan 134 mata. “Berdasarkan keputusan lepas, jentera Kawasaki dan Yamaha lebih laju ketika di laluan lurus dan memberi mereka banyak kelebihan di Buriram. Saya dan pasukan perlu mendapatkan pelarasan terbaik dan merencana strategi serta pemilihan tayar tepat yang akan memain peranan besar pada perlumbaan minggu ini,” jelas Zaqhwan.

Kedudukan Keseluruhan SuperSports 600cc
1 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) MUSASHi Boon Siew Honda Racing 138 mata
2 Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing 134 mata
3 Taiga Hada (JPN) RAMA Honda by NTS T.Pro Ten 10 134 mata
4 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 128 mata
5 Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 110 mata

Kedudukan Keseluruhan Pasukan SuperSports 600cc
1 Manual Tech KYT Kawasaki Racing 155 mata
2 MUSASHi Boon Siew Honda Racing 146 mata
3 RAMA Honda by NTS T.Pro Ten 10 140 mata
4 Yamaha Racing 140 mata
5 Yamaha Thailand Racing Team 115 mata

Rawang Bypass dibuka hari ini

Pintasan Rawang atau Rawang Bypass seperti yang lebih gemar disebut banyak pihak, telah boleh dilalui secara rasminya hari ini. Jalan pintas yang dibina bagi menguraikan kesesakan bandar Rawang ini telah dibuka dari jam 6 pagi semalam untuk upacara perasmiannya. Ia mempunyai jambatan bertingkat sepanjang 2.7km yang setinggi hingga 58.2m dari atas tanah sebagai sebahagian daripada lebuh raya sepanjang 9km yang menghubungkan Rawang dan Serendah tersebut.

Tinjauan kami hari ini walaubagaimanapun mendapati bahawa ramai pengguna ke bandar Rawang yang masih tidak sedar bahawa laluan tersebut telah dibuka, dan telah terlajak masuk ke laluan tersebut yang akan membawa mereka melepasi langsung bandar Rawang.

 Mungkin punca utamanya adalah kerana TIADA PAPAN TANDA YANG MENUNJUK ARAH KE BANDAR RAWANG!!
 



 Pun begitu, mereka tidak sepatutnya bersikap mementingkan diri sendiri dan mengambil jalan mudah dengan berundur menongkah aliran trafik dan menyebabkan bahaya dan kesukaran kepada pengguna jalanraya yang lain. Walaupun telah tersilap masuk, mereka sepatutnya meneruskan perjalanan dan mencari jalan lain untuk berpatah balik, seperti keluar di persimpangan Sungai Choh yang hanya beberapa kilometer ke depan sahaja.

Pada majlis pelancaran itu semalam, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ia merupakan kejayaan kejuruteraan dan menandakan keupayaan dan komitmen Jabatan Kerja Raya (JKR) terhadap projek yang kompleks tanpa mengorbankan alam sekitar.

"Projek ini menggunakan Sistem Perancah Bolehgerak (MSS) untuk memelihara ekosistem dengan menghalang penggunaan jentera berat dan penebangan pokok yang berlebihan.

"Ketinggiannya juga menjadikannya unik kerana ia kelihatan seperti anda memandu melalui awan di waktu pagi atau selepas cuaca hujan. Bahagian ini juga menawarkan pemandangan panorama indah bandar Rawang," katanya.
 Projek itu di Taman Warisan Selangor itu hanya memerlukan pembangunan kira-kira 9.7 hektar tanah berbanding 25 hektar jika binaan itu dibina tanpa bahagian jambatan tinggi tersebut. Reka bentuk jambatan itu juga bertujuan untuk melindungi spesies pokok  yang jarang ditemui iaitu Merawan Kanching atau Giam Kanching di taman itu.

Fadillah berkata pintasan itu akan mengurangkan kesesakan dan masa perjalanan antara Rawang dan Serendah, yang kadang kala mengambil masa sehingga dua jam akibat kesesakan lalu lintas melalui bandar tersebut.

"Laluan ini akan memberi manfaat kepada penduduk Hulu Selangor, Selayang dan Rawang dengan mengurangkan aliran trafik di kawasan itu," katanya.